Anda di halaman 1dari 11

1.

NAMA GURU

VALLIAMAH A/P ELLUMALAI

2. NAMA SEKOLAH

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LDG SEL RIVER, BUKIT ROTAN

3. ISU/CABARAN

Murid mengalami masalah dalam menyebut konsonan bergabung (digraf). Kegagalan

dalam menguasai konsonan bergabung menyebabkan murid hilang fokus dan

menunjukkan sikap tidak minat.

4. ASPEK PERLAKSANAAN

4.1 AKADEMIK 

4.2 KEMAHIRAN

4.3 KOAKADEMIK

5. KATEGORI

5.1 PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (INTERAKTIF)



5.2 PEMBELAJARAN MELALUI BBM

5.3 PEMBELAJARAN MASTERI

5.4 MODEL PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

6. TAJUK

Mengatasi Kelemahan Menyebut Perkataan Yang Melibatkan

Konsonan Bergabung (Digraf) Dengan Kaedah

‘Scrabble Dan Sebut’


7. SINOPSIS

Pengajar telah mengenal pasti murid pemulihan khas dari Tahun 2 dan 3 menghadapi

masalah dalam menyebut konsonan digraf. Sejajar dengan itu, pengkaji telah memilih

seramai 12 orang murid dan menjalankan satu kajian tindakan dengan mengaplikasikan

teknik pengajaran yang mengintegrasikan konsep permainan.

8. KUMPULAN SASARAN

Perlaksanaan kaedah pengajaran ini adalah bertumpukan kepada 12 orang murid dari

Tahun 2 dan 3 yang disenaraikan dalam kelas pemulihan khas. Murid pemulihan Tahun

2 dan 3 ini menghadapi masalah pembelajaran dan rasional pemilihan murid ini adalah

bagi mengatasi masalah dalam penyebutan konsonan digraf yang dihadapi oleh murid-

murid pemulihan khas ini.

9. LATAR BELAKANG

Sistem pendidikan abad ke 21 merupakan sesuatu yang mencabar. Sistem pendidikan

yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh menjadi ‘global player’

dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti sifat jati diri yang tinggi, inovatif, produktif,

berkemahiran, berdaya saing, berdaya tahan, dan kreatif bagi menangani cabaran

negara dan arus globalisasi. Sistem pendidikan yang berkualiti akan dapat

menyumbang ke arah memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan budaya

pembelajaran sepanjang hayat (Abdulah, 2011). Sistem persekolahan yang terbaik di

seluruh dunia, mengandungi empat perkara penting bagi tujuan meningkatkan

pencapaian murid. Antaranya, sistem pendidikan perlu memastikan setiap kanak-kanak

berjaya dengan menetapkan tahap pencapaian tinggi bagi semua murid (tanpa mengira
latar belakang) dan menyediakan bantuan yang sistematik serta sokongan kepada

kanak-kanak yang ketinggalan. Selain itu, analisis terhadap masalah yang dihadapi

oleh murid secara kerap juga menunjukkan keberkesanan sesebuah sekolah.

Sejajar dengan itu, satu analisis terhadap masalah yang dihadapi oleh murid

pemulihan khas telah dijalankan oleh pengajar. Hasil analisis didapati murid gagal untuk

membaca ayat dan petikan jika perkataan di dalam ayat terdapat perkataan yang

mempunyai konsonan bergabung (digraf). Murid menyebut ‘gaga’ bagi perkataan

‘nganga’ dan ‘yayi’ bagi perkataan ‘nyanyi’. Daripada pemerhatian dan ujian yang

dijalankan didapati murid bermasalah dalam menyebut perkataan yang melibatkan

konsonan bergabung (digraf) ‘ny’ dan ‘ng’. Perkataan-perkataan seperti ‘nyonya’,

‘nyanyi’, ‘tanya’, ‘nyamuk’, ‘bunyi’, ‘nyala’, ‘dengan’, ‘lengan’, ‘tangan’, ‘nganga’,

‘telinga’, ‘singa’, tidak dapat disebut dan dibaca oleh murid. Dalam ujian diagnostik yang

dijalankan murid tidak dapat menyebut suku kata nga, ngi, nge, nge, ngu, ngo dan nya,

nyi, nye, nye, nyu, nyo dengan betul dan lancar. Seramai 8 orang daripada 12 orang

murid salah semua di dalam menyebut suku kata ini.

10. RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK

Pemilihan amalan terbaik ini adalah sejajar dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan berintegrasikan dengan ciri-ciri pendidikan abad ke

21. Antara ciri abad ke 21 yang dapat diaplikasikan menerusi teknik amalan terbaik ini

adalah:

 Berpusatkan murid

 Pembelajaran aktif
 Pembelajaran kendiri

 Murid faham dan mematuhi arahan

 Murid bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka

 Pembelajaran kolaboratif

 Penilaian berasaskan pencapaian

11. KAEDAH / TEKNIK YANG DIGUNAKAN

Kaedah pengajaran menggunakan permainan telah dipilih oleh pengajar. Kaedah atau

teknik permainan ini merupakan satu kaedah yang sesuai dan berkesan kepada

golongan murid yang lemah dan lambat memahami sesuatu topik pengajaran.

12. PERINCIAN AKTIVITI

Berikut adalah langkah-langkah dalam perlaksanaan kaedah pengajaran ini.

1. Kad-kad huruf di masukkan ke dalam kotak.

2. Murid dipilih secara rawak dan ditempatkan dalam kumpulan.

3. Murid membaling gelung menjurus pada kayu penanda.

4. Setelah berjaya memasukkan gelung, memilih kad huruf dari kotak.

5. Setiap ahli dalam kumpulan akan memegang satu huruf.

6. Setelah semua ahli kumpulan mendapat huruf, perlu menyusun (scarbble) lalu

membina perkataan.

1. Huruf ‘n’ di awal suku kata memang telah tersedia.

7. Setelah selesai, murid dikehendaki mengeja dan menyebut suku kata tersebut.

Jika murid dapat menyebutnya dengan betul, ganjaran akan diberikan.


8. Pengayaan juga boleh dilakukan dengan meminta murid mengambil 3 kad

mengikut warna huruf vokal dan konsonan menjadi suku kata seperti ‘ngan’,

‘nyet’, ‘ngis’, ‘nyak’ dan sebagainya.

13. KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P&P

Setelah melalui sesi pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran ini, guru

melakukan pentaksiran dengan mengedarkan kertas soalan atau instrumen pentaksiran

yang mengandungi perkataan digraf dan murid perlu menjawab mengikut kehendak

soalan. Selain daripada pentaksiran formal, guru juga memantaksir murid menerusi

kaedah pemantauan dengan melihat tahap dan cara penglibatan murid dalam aktiviti

yang dijalankan. Bagi murid yang kurang bersembah maka guru akan memilih murid

tersebut bagi melibatkan diri dalam aktiviti seterusnya.

14. NILAI MURNI YANG DITERAPKAN

Menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid diterapkan nilai

kerjasama dimana murid-murid perlu bergerak dalam kumpulan bagi menyelesaikan

masalah yang diberi oleh pengajar. Sejajar dengan itu, murid mempelajari cara

berkerjasama antara satu sama lain dan seterusnya, menerusi kaedah pengajaran ini

juga, murid dapat diterapkan dengan nilai berusaha iaitu murid perlu berusaha tanpa

berputus asa sehingga memasukkan gelang dalam kayu penanda.

15. KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK YANG DIPILIH

Kaedah pengajaran yang dipilih ini adalah mempunyai beberapa kekuatan seperti

dibawah:

 Kaedah pengajaran berasaskan permainan


Pembelajaran berasaskan permainan sebagaimana yang ditakrifkan oleh

Prensky (2003) adalah suatu integrasi kandungan pendidikan dan permainan.

Pendekatan permainan dalam pendidikan merupakan salah satu kaedah yang

sangat fleksibel dan mempunyai kelebihan bagi mengaplikasikan prinsip-prinsip

pembelajaran seperti penerapan teori tingkahlaku, teori kognitif dan teori

konstruktif (Smaldino, 2005)

 Pengajaran berasaskan murid

Pendididikan pada era ini harus bercirikan pengajaran yang berfokuskan murid

dimana guru hanya menjadi fasilitator. Sejajar dengan dengan menggunakan

kaedah ini, tanggungjawab guru adalah hanya untuk memberi arahan dan syarat

melibatkan diri dalam aktiviti. Selain daripada itu, segala perbicangan dan

pemutus keputusan adalah murid bagi sepanjang perlaksanaan kaedah ini.

 Bercirikan abad ke 21

Pengajaran yang bercirikan abad ke 21 merupakan antara ciri yang harus dan

wajib diinputkan kepada murid. Lantarannya, kaedah pengajaran ini merupakan

salah teknik yang bercirikan abad ke 21 yang dimana murid menimba ilmu

dengan kaedah didik hibur dan melakukan perbicangan dengan guru dan

suasana di kelas bagaikan bilik kuliah.

16. IMPAK

Pelaksanaan kaedah pengajaran ini dapat memberi impak yang positif terhadap murid.

 Impak pertama yang dapat dilihat oleh guru adalah pencapaian atau peningkatan

markah dalam topik konsonan digraf dimana murid menjadi mahir dalam

mengenal pasti konsonan dan menyebut semula dengan betul. Sebagai


contohnya, guru telah menjalankan ujian secara dalaman bagi melihat

perkembangan murid dalam topik konsonan digraf dengan menyenaraikan 12

perkataan KV+KKV atau KV+KKVK dan hasilnya menunjukkan murid-murid

dapat menyebut 12 perkataan yang disebut dengan lancar.

 Selain daripada peningkatan dalam pencapaian akademik murid juga menerima

impak darisegi intrinsik dimana motivasi dan efikasi murid meningkat. Murid

menjadi aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti di dalam bilik darjah dan

menunjukkan keyakinan yang tinggi dalam menjawab soalan yang ditujukan oleh

pengajar.

 Akhir sekali, pengaplikasian kaedah pengajaran baru sebegini dapat

meningkatkan tahap keyakinan guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran

dengan aktif dan mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran demi meningkatkan

pemahaman dan penguasaan murid terhadap sesuatu topik.

17. KESIMPULAN

Kaedah ini merupakan sebuah kaedah yang berkesan dan dapat meningkatkan

pencapaian murid serta meningkatkan pemahaman murid terhadap topik pelajaran.

“Scrabble dan sebut” boleh diluaskan bagi subjek bahasa yang lain seperti Bahasa

Inggeris dan juga bahasa pengantar dalam kelas pemulihan khas.


RUJUKAN

Abdul Hafiz et al. 2012. Memperkasakan jati diri Melayu-Muslim menerusi pendidikan
Islam dalam pengajaran akhlak. Jurnal Hadhari. Special Edition, hlm 23-36.
Hairol Anuar. 2010. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriotisme (Edisi Kedua).
Bandar Seri Putra: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik KUIS.
Hairol Anuar et al. 2014. Permainan Pendidikan Digital: Satu Kajian Awal. Jurnal SASS.
Vol.2
Hassan Langgulung. 1987. Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. “Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran”.
K.Yilmaz. 2008. Social Studies Teachers’ views of learner centered instruction.
Eur.J.Teach Educ. Vol.31, no.1, pp.35-53.
Latifah Abdul Majid et al. 2012. Penerapan nilai murni dan pembentukan jati diri kanak-
kanak prasekolah melalui penggunaan Multimedia. Jurnal Hadhari. Special
Edition, hlm 51-66.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai