Anda di halaman 1dari 10

TAZKIRAH RAMADHAN Assalamualaikum SIDANG MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIKASIHI DAN DIRAHMATI ALLAH; Terlebih dahulu saya

ingin berpesan dan mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan kepada seluruh umat muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan tahun ini memberi keberkatan kepada kita semua. Marilah kita bersama bersyukur dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya kita dapat sekali lagi menyambut ketibaan Ramadhan yang pada awalnya Rahmat, pertengahannya keampunan dan pada akhirnya merdeka atau bebas dari api neraka. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadhan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa diharamkan dan ditegahkan daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan. SIDANG PEMBACA YANG BERBAHAGIA, Renungkanlah, bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedang di bulan Ramadhan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantaikan dan dibelenggukan, umpat mengumpat misalnya menjadi perbualan mulut, kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut. Malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Keadaan ini terjadi kerana matlamat puasa kita itu belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki iaitu tahap sebagai benteng pertahanan jiwa. Seandainya jiwa belum lagi terbentuk sebagai benteng yang kukuh senanglah nafsu syahwat yang sedia ada dalam jiwa mengajak ke arah keburukan dan kemaksiatan. SAUDARA MUSLIMIN, Ramadhan ialah perkataan Arab dari kata dasar Ramadha yang membawa dua pengertian :

Pertama: Memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang kesembilan taqwim Qamariah atau Hijriah kebanyakan Jazirah Arab atau kepulauan Arab berada dalam keadaan yang bergitu panas dan bahang. Kedua: Ada yang mentafsirkan kelebihan Ramadhan dapat menghapus dan meleburkan dosa-dosa manusia yang telah lalu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Barang siapa yang ingin menghayati kelebihan beribadat di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah sahaja akan diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu. Riwayat Bukhari dan Muslim. Namun bergitu maksud yang tersirat hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui. Kita harapkan kepanasan maknawi itu akan membakar dan melebur dosa-dosa dan kesalahan harian disamping penghidupan kita. KAUM MUSLIMIN SEKALIAN, Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah,jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohanian, ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga akan memfardhukan ibadat puasa meskipun keyakinan jiwanya berlainan. Hikmat puasa dari sudut rohani boleh juga menguatkan keperibadian,meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan. Puasa juga sebagai latihan rohani yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum,nafsu kejantinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela , caci maki, mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu. Untuk membentuk keperibadian yang mulia seorang pengarang bangsa Jerman bernama James Brooke menulis sebuah buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa. Katanya untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah dijadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Justeru itu manusia boleh menguasai

dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan. Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kebersihan bertepatan dengan kata-kata seorang hukamak yang bemaksud:

Maiddah atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok daripada segala ubat Imam Ghazali juga memberi penjelasan iaitu: Manakala maiddah atau perut besar seseorang ini biasa penuh, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan solat

Penjelasan daripada Imam Ghazali itu dapat kita fahami bahawa kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau penderaan kepada mereka sebaliknya ia merupakan satu langkah untuk memperolehi kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun .Ada yang beranggapan puasa boleh menjejaskan kesihatan. Dalam konteks ini memang kumpulan kecil yang perlu dikenalpasti dapat nasihat daripada doktor berhubung dengan berpuasa. Ada penyakit seandainya seseorang itu berpuasa boleh menjanjikan kesihatan dan Allah s.w.t. telah memberi rukhsah atau kelonggaran kepada mereka yang uzur supaya tidak berpuasa. Kalau dilihat allah s.w.t. pencipta manusia dan alam lebih mengetahui akan perkara yang baik untuk kejadiaanya dan sudah termaktub di dalam Al-Quran akan kelonggaran tersebut. KAUM MUSLIMIN SEKALIAN, Demikian juga rahsia puasa dari sudut kemasyarakatan iaitu dapat memupuk perasaan rahmah dan belas kasihan terhadap fakir miskin, anak-anak yatim dan orang-orang yang kurang bernasib baik kerana orang-orang kaya akan dapat merasai sama perasaan apa yang dirasai oleh fakir miskin dan penderitaan mereka. Dalam hal ini orang-orang beriman dan bertaqwa akan tersentuh perasaan mereka untuk berkasih sayang serta menolong orang-orang yang tidak berkemampuan yang sering kali merasai kelaparan, Nabi Allah Yusuf a.s. walaupun baginda mengetuai khazanah harta kekayaan negara Mesir pada ketika itu, ada orang bertanya kepada

baginda yang bermaksud: Kenapakah tuan berpuasa ? sedangkan tuan merupakan pengerusi pembekalan negara. Baginda menjawab: Aku bimbang kiranya aku kaya dan perut kenyang tetapi lupa kepada orang yang bernasib baik. WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU, Budaya dan tabiat boros ketika berbelanja juga menggambarkan seolah-olah umat Islam di negara kita lebih cenderung untuk berhari raya daripada berpuasa. Adadi kalangan mereka beberapa bulan sebelum tiba Ramadhan mereka telah membelanja sejumlah wang yang banyak untuk membeli belah secara berlebihlebihan sebagai persiapan menyambut hari raya. Amalan ini patut dielakkan kerana tidak menepati dengan kehendak Islam, dalam Islam yang lebih diutamakan ialah penghayatan Ramadhan terlebih dahulu bukannya hari raya. Justeru itu kita disunatkan berpuasa dalam bulan Rejab dan Syaaban sebagai latihan dan persiapan menghidupkan Ramadhan dengan amalan-amalan kebajikan . Kita harus menghormati Ramadhan sebagai perkara pokok dan bukannya sampingan. Kita bimbang juga cara begini diamalkan. Tidak mustahil suatu hari nanti generasi akan datang tidak mengenali bulan Ramadhan, tidak mengenal keistimewaan dan keberkatannya. Firman Allah yang bermaksud : wahai orangorang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah ke atas umat-umat yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang beriman. Marilah kita bersama berazam dan bertekad untuk berusaha bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah di sepanjang bulan yang penuh kemuliaan dan keampunan ini. Janganlah dibuang kesempatan ini kerana tidak ada siapa yang boleh menjamin bahawa kita akan hidup lagi esok hari melainkan dengan izin dan kasih sayang Allah Taala

Tazkirah Ramadhan: Menurut At Tsauri, seorang ulama hadis yang terkenal, terdapat 10 perbuatan baik tapi dianggap sia-sia jika dilakukan: 1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak dipohonkan doa untuk kedua ibu bapanya dan kaum muslimin. 2. Orang yang kerap kali membaca al-Quran, tetapi tidak membacanya secara tertib sekalipun sehingga 100 ayat setiap hari. 3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian keluar dari masjid tanpa menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. 4. Orang yang melalui tanah perkuburan tetapi tidak memberi salam pada penghunipenghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah-arwah mereka. 5. Lelaki yang masuk ke satu kota pada hari jumaat, kemudian dia keluar dari kota tersebut tanpa mendirikan solat Jumaat. 6. Orang yang tinggal di satu lingkungan bersama ulama , tetapi ia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuannya.

7. Dua yang bersahabat tetapi mereka tidak saling bertanya, atau mengambil tahu tentang keadaan masing-masing dan keluarganya. 8. Orang yang mengundang seseorang sebagai tetamunya, tetapi tidak dilayan tetanu tersebut dengan sebaiknya. (bersifat acuh tak acuh). 9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan dengan kenyangnya. Semoga dengan sedikit tazkirah ramadhan ini mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Semoga ia menjadikan kita lebih tawaduk dan menginsafi kesalahan silam. Wassalam. [divider]

Amalan Dan Ramadhan

Kelebihan

Bulan

Berita Kaki || Thursday, July 11, 2013 || Agama,Ramadhan || 1 ulasan

Amalan Dan Kelebihan Bulan Ramadhan | Bulan Ramadhan adalah bulan yang begitu dinantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan mempunyai 1001 rahsia dan kebaikan yang kita sendiri sudah sedia maklum yang mana ditunjukkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Bulan Ramadhan adalah bulan mulia. Jangan cemarinya dengan tingkah laku kita sebagai manusia yang telah berjaya di latih 11 bulan oleh Syaitan untuk menghadapi bulan Ramadhan selama 1 bulan.

Kewajipan Berpuasa :
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu...

Fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan


Apa fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan ? kita akan ketahui satu persatu daripada sini. 1) Pintu Langit dibuka Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, - "Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatkanlah semua syaitan" -Riwayat Bukhari dan Muslim 2) Amal Ibadah dan Pahala Ganjaran di bulan Ramadhan antara ibadah-ibadah pada Bulan Ramadhan yang mana menjadi kebiasaan kepada kita semua setiap tahun melakukannya ialah :

Solat sunat Terawih Solat-solat sunat yang lain Bersedekah Banyakkan berselawat, bertahlil Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka Banyakkan bersabar Tinggalkan semua maksiat dan kemungkaran

Antara Fadhilat Berpuasa Di Bulan Ramadhan :


Doa orang berpuasa dimakbulkan Allah SWT Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu, kegembiraan berbuka dan juga kegembiraan bertemu Allah di akhirat kelak Orang yang berpuasa dan mengerjakan ibadah lain dan menjauhi larangan semasa berpuasa akan dibina mahligai indah di syurga Setiap kali sujud kepada Allah, orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan mendapat 1700 kebajikan

Jadi mengapa anda masih lagi tidak mengerti dengan fadhilat dan segala kebaikan yang telah Allah nyatakan di dalam al-Quran mengenai Puasa di Bulan Ramadhan ? Tutuplah aurat anda di bulan Ramadhan, jangan jadikan puasa anda sia-sia dan tidak mendapat kelebihan daripada Allah. Hentikan mengumpat dan segala perbuatan maksiat. Jagalah deria supaya tidak mendengar atau membuat atau berkata-kata perkara yang boleh menyebabkan puasa menjadi sia-sia.

Amalan Yang Sangat Dituntut Pada Bulan Ramadhan AlMubarak | Keistimewaan Dan Kelebihan Ramadhan AlMubarak
Amalan Yang Sangat Dituntut Pada Bulan Ramadhan Al- Mubarak | Keistimewaan Dan Kelebihan Ramadhan Al-Mubarak | Ramadhan Sudah Menjelma, Syaitan sudah di Jail, awasi nafsu kerana ia merupakan musuh yang paling bebal dan jahat. Moga Allah menjadikan Ramadhan kali ini, adalahh Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Tinggalah sementara hiburan dunia yang melekakan. Salam Ramadhan Al Mubarak dari Ambe ( Kakisembang.com ) 1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat. Dengan keadaan sehat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksimal di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, Allahuma bariklana fii rajab wa syaban, wa balighna ramadan. Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Syaban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha. Artinya, ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas karunia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya. Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur. 3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka. (HR. Ahmad). Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah. 5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agendaagendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan. Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka. [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui, begitu kata Allah di Al-Quran surah Al-Anbiyaa ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. [Q.S. An-Nur (24): 31] 8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada 9. Siapkan diri untuk bulan berdakwah di bulan Ramadhan Ramadan. dengan:

buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta bada sholat subuh dan zhuhur. membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa. 10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istrianak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Anda mungkin juga menyukai