Anda di halaman 1dari 3

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

PEMERHATIAN
1. Pemerhatian terhadap cara guru mengajar.
Guru telah mengaplikasikan pelbagai cara dari segi membaca, mendengar dan
bercakap serta menulis dalam pengajaran. Semua aspek dalam pembelajaran bahasa
siaplikasikan dengan sempurna dalam pnp. Pelajar dapat belajar secara keseluruhan.
Aktiviti yang diadakan oleh guru sepanjang pnp amatlah menarik. Guru juga telah
menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar sepanjang pengajaran.

2. Pemerhatian terhadap bahan-bahan pengajaran sama ada
bersesuaian atau tidak.
Bahan-bahan pengajaran bersesuaian dengan tahap serta umur murid yang diajar. BBM
yang digunakan tidak kompleks dan mudah difahami. Secara langsungnya,
pembelajaran dapat dimaksimakan denagn bantuan BBM ini. Minat serta perhatian
murid berjaya ditarik terhadap pembelajaran.

3. Pemerhatian terhadap respon pelajar belajar.
Murid banyak memberi respon sepanjang pembelajaran. Setiap soalan yang ditanya
guru pelajar amat memberi kerjasama dan berebut-rebut untuk menjawab. Pelajar
berani untuk mengemukakan jawapan yang dianggap betul dan bertanya kepada guru.
Cara pembelajaran pelajar membolehkan pembelajaran dalam kelas lebih efektif. Ia juga
telah mencapai matlamat KSSR yang mementingkan penglibatan pelajar dalam kelas
dan guru sebagai fasilitator sahaja.

4. Pemerhatian terhadap sikap serta reaksi guru sepanjang pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
Guru amatlah memberikan perhatian kepada semua pelajar. Segala soalan yang ditanya
oleh pelajar guru mencuba sedaya upaya untuk menjawabkannya. Guru juga telah
menunjukkan minat terhadap pertanyaan pelajar membolehkan murid lebih beryakin
dalam pembelajaran.

5. Pemerhatian terhadap hasil pembelajaran murid.
Pada akhir pembelajaran, murid telah dapat mencapai objektif pengajaran pada hari
tersebut. Pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung berjaya memberi input
kepada pembelajaran murid. Murid juga telah dapat belajar dalam suatu keadaan yang
bersemangat dan gembira.
















TEMU BUAL
1. Bahan-bahan yang digunakan untuk mengajar.
2. Cara yang diaplikasikan dalam pengajaran.
3. Adakah cara yang digunakan efektif.
4. Terdapat apa cabaran sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
5. Bagaimana guru menyelesaikannya.
6. Bagaimana dengan hasil pembelajaran murid.
7. Bagaimana untuk mencipta suatu cara pengajaran yang bersesuaian
dengan semua pelajar di kelas.
8. Bagaimana pengajaran dan pembelajaran di sekolah berlangsung secara
keseluruhan.
9. Adakah cara guru mengajar bersesuiaan dengan matlamat sekolah.
10. Bagaimana dengan pencapaian murid.
11. Bagaimana dengan suasana pembelajaran di sekolah.
12. Terdapat apa yang perlu ditambahbaikkan.
13. Adakah suka belajar di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai