Anda di halaman 1dari 7

____________________________________________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,


PETI SURAT 10491, 88805
KOTA KINABALU,
SABAH

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6
WAJ3114
Tarikh :
8 JULAI 2013 (ISNIN)
Masa:
2.00 4.00 PETANG
Tempat :
STOR UNIT KOKURIKULUM
Unit :
PISMP AMBILAN JANUARI 2011
Penganjur :
PISMP MATEMATIK SEMESTER 6
Dengan kerjasama :
UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS GAYA

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6/ 2013


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
1.0 Pengenalan
Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Program ini melibatkan pelatih-pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej
aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian.
Pelaksanaan

Bina

Insan

Guru

(BIG)

lebih

menekankan

kepada

pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi
sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai
dan akhlak keguruan dalam kalangan guru-guru pelatih. Di samping program
dan aktiviti yang dirancang secara khusus, bakal guru diberi pendedahan
kepada apa sahaja perkara dan isu yang berkaitan dengan alam pendidikan
usaha pembinaan insan guru yang unggul serta diperkukuhkan melalui
tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).
2.0 Matlamat
Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru
yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan,
daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan
prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan pada
sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara.

3.0 Objektif

Program Bina Insan Guru (BIG) diadakan bertujuan untuk :


3.1 Memenuhi Modul PISMP
3.2 Membentuk, memupuk serta melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu
yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri
dan kualiti sahsiah yang terpuji.
3.3 Meningkatkan kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, penyelesaian masalah dan
membuat keputusan dalam kalangan guru-guru pelatih.
3.4 Meningkatkan keupayaan memindahkan pengetahuan kemahiran yang
dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar dalam kalangan guru-guru pelatih.
3.5 Mendedahkan guru-guru pelatih kepada pembelajaran secara langsung.
3.6 Memupuk kemahiran sosial antara gurub pelatih dengan masyarakat
setempat.
3.7 Menimba pengalaman yang berguna untuk kebaikan para pelatih.

Pada akhir Program Bina Insan Guru (BIG) ini, guru-guru pelatih
diharap agar dapat:
i

Mengenal

diri

dan

mampu

mengaplikasikan pengetahuan

dan

pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan


ii

guru secara berterusan.


Memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta
sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan

dan arus globalisasi.


iii Meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal
iv Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan, berdaya tahan, nilai-nilai murni dan
keterbukaan fikiran.

4.0 Kumpulan sasaran


Kesemua 21 orang guru pelatih dari PISMP Matematik Ambilan Januari 2011
akan menyertai Program Bina Insan Guru ini di stor unit Jabatan
Kokurikulum. Terdapat 2 orang pensyarah pembimbing akan terlibat dalam
Program Bengkel Bina Insan Guru (BIG) ini.

5.0 Tarikh dan tempat pelaksanaan aktiviti


Tarikh

: 8 Julai 2013 (Isnin)

Masa

: 2.00 4.00 petang

Tempat

: Stor Unit Kokurikulum, IPG Kampus Gaya

6.0 Penubuhan Jawatankuasa (Lampiran 1)

Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengendalikan urusan


Program Bina Insan Guru (BIG) ini.
7.0 Anggaran Perbelanjaan (Lampiran 2)
Peruntukkan kewangan yang digunakan dalam menjalankan program aktiviti
ini adalah seperti dalam lampiran 2.
8.0 Aktiviti

Tarikh

Masa

Aktiviti
Taklimat
Membersihkan kawasan stor Unit

8 Julai 2013

2.00 4.00 petang

Kokurikulum
Senarai semak alatan
Jamuan ringan
Bersurai

9.0 Penutup
Diharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang wajar dan sokongan
kepada kami untuk menjayakan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 ini.
Segala budi baik dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh:

(WENAH RINAH)
Setiausaha,
Jawatankuasa Kerja BIG Fasa 6,
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Disemak oleh:

(EN. ADZMI RAJU)


Penyelaras Program Bina Insan Guru,
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Diluluskan oleh:

(PUAN SALMAH BINTI ABDULLAH)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6, 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
Unit: PISMP Matematik Ambilan Januari 2011 IPG Kampus Gaya
AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

: TEOH ALFRED

Naib Pengerusi

: ELVY ALBANNIA MARTIN

Setiausaha

: WENAH RINAH

Naib Setiausaha

: NUR ZULAIHA BT MELAHI

Bendahari

: MUHAMMAD AFIQ ALWAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA


AJK Dokumentasi : 1. MOHD SAFWANDY SUAIDI
2. MARSILA JOHN BAPTIST
3. YVONNY NORWEN VICTOR SUGOH
AJK Kebersihan

: 1. MOHD SYAHRUL NIZAM


2. MAZLAN BIN AHMAD

AJK Teknikal

: 1. MUHAMMAD AIDI FAIZI KARIM

Lampiran 2

Bil
.
1.
2.
3.
4.
5.

Senarai Barang
Makanan dan minuman
Plastik sampah
Penyapu
Penyodok sampah
Lain-lain

Bilanga
n
21
1
5
5

Kos
RM 100
RM 6.00
RM 15.00
RM 15.00

JUMLAH
=RM 136

Catatan

Anda mungkin juga menyukai