Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN BANI UMAIYAH

Sebagaimana yang diketahui umum, dengan berakhirnya kekuasaan khalifah Ali ibnu
Abi Thalib, maka lahir dan bermulalah kekuasaan Bani Umayyah. Kerajaan Bani Umayyah
adalah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian pada tahun 661 M. Beliau merupakan
keturunan Bani Umayyah, bekas Gabenor Syam dan seorang pemimpin yang pintar dan
mempunyai fikiran yang tajam. Penubuhan Kerajaan Bani Umayyah menyebabkan sistem
pemerintahan demokrasi dan pemilihan Khalifah Islam berdasarkan Sistem Syura lenyap dan
telah mewujudkan sistem pemerintahan monarki dan pemilihan Khalifah Umayyah
berdasarkan sistem warisan. Kerajaan Bani Umayyah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap
kelahiran (661-705 M), zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M) dan zaman
kehancuran (724-750 M). Pada zaman ini, masyarakat Islam terbahagi kepada golongan
pemerintah, kaum Mawali, golongan Zimmi dan golongan hamba.
Dengan kata lain, pada masa pemerintahan Khalifah Ali dan Khalifah yang
sebelumnya, corak kepemimpinan dan pemerintahan masih mengikuti keteladanan Nabi
SAW. Para khalifah dipilih melalui proses musyawarah yang dikenali sebagai Sistem Syura.
Ketika mereka menghadapi sebarang permasalahan dan kesulitan, maka mereka mengambil
keputusan secara langsung melalui musyawarah dengan para pembesar yang lainnya.
Namun, hal ini berbeza dengan masa khulafa Al Rasyidin atau masa dinasti-dinasti
yang berkembang sesudahnya, yang dimulai pada masa dinasti Bani Umayyah. Adapun
bentuk pemerintahannya adalah berbentuk kerajaan, kekuasaan bersifat monarki. Untuk
mempertahankan kekuasaan, khilafah akan menggunakan sepenuh kekuasaannya, adanya
unsur kekerasan, diplomasi yang diiringi dengan tipu daya, serta hilangnya musyawarah
dalam pemilihan khilafah.
Kerajaan Bani Umayyah berkuasa lebih kurang selama 91 tahun. Reformasi cukup
banyak berlaku, termasuklah juga pada bidang pengembangan dan kemajuan pendidikan
Islam. Perkembangan ilmu tidak hanya dalam bidang agama semata-mata malah dalam aspek
teknologi. Sementara sistem pendidikan masih sama ketika Rasul dan Khulafa Al Rasyidin,
iaitu kaedah kuttab dimana pelaksanaannya berpusat di masjid.
Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa, institusi pendidikan yang ditubuhkan pada
awalnya ialah masjid. Banyak masjid dibina dan dijadikan pusat pendidikan seperti Masjid
Amawiyin/Umawi di Damsyik, masjid di Kufah, Basrah dan Fustat. Khalifah Walid Al Walid

contohnya berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menghapuskan buta huruf


dalam kalangan umat Islam melalui pembinaan masjid dan kuttab. Masjid Amawiyin dibina
selama lapan tahun dan dijadikan tempat beribadat serta tempat belajar kaum muslimin. Bilikbilik disediakan sebagai tempat menyalin dan perbincangan pelajar. Guru-guru berkhidmat
secara sukarela dan ada juga yang dibayar gaji. Kurikulum yang dipelajari ialah fardhu ain
dan fardhu kifayah (bahasa, kesusasteraan, ilmu hisab).
Perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman kerajaan Bani Umayyah meliputi ilmu
bahasa dan sastera, sains, perubatan dan agama seperti hadis, fikah, tafsir dan tauhid. Ilmu
bahasa dan saster berkembang di kota Basrah dan Kufah (Iraq) dan semestinya masjid di
kedua-dua kota inilah yang menjadi pusat pengajaran ilmu tersebut. Pada zaman ini jugalah
lahirnya seorang ahli bahasa dan filologi Arab yang bernama Khalil bin Ahmad, dan beliau
mempunyai seorang murid yang menjadi pakar nahu Arab iaitu Sibawaih. Pada masa inilah
kalimah-kalimah Al-Quran diletakkan tanda bunyi atau baris seperti fathah, dammah dan
kasrah. Bahasa Arab juga telah dijadikan bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran negara.

Anda mungkin juga menyukai