Anda di halaman 1dari 43

SYAIR

SYAIR IKAN TERUBUK


MAKSUD SETIAP RANGKAP SYAIR IKAN TERUBUK

RANGKAP 1 MAKSUD RANGKAP 1


Bismillah itu permulaan kalam, Syair ini dimulakan dengan bacaan
Dengan nama Allah Khalik al-alam, bismilah sebagai pembuka cerita
Melimpah rahmat siang dan malam, dan seterusnya diikuti dengan
Kepada segala mukmin dan islam memuji kebesaran Allah pentadbir
sekalian alam semestayang sentiasa
member rahmat siang dan malam
kepada setiap umat Islam.
RANGKAP 2 MAKSUD RANGKAP 2
Mula dikarang ikan terubuk, Syair ini menceritakan tentang ikan
Lalai memandang ikan di lubuk, terubuk yang tidak menghiraukan
Hati dan jantung bagai serbuk, keadaan sekeliling(kawasan
Laksana kayu dimakan bubuk pemerintahannya) kerana bersedih .
RANGKAP 3 MAKSUD RANGKAP 3
Asal terubuk ikan puaka, Sebenarnya ikan terubuk adalah
Tempatnya konon di laut melaka, ikan yang dianggap berhantu dan
Siang dan malam berhati duka, berasal dari laut Melaka. Ikan
terubuk berada dalam kesedihan
Sedikit tidak menaruh suka.
setiap waktu sehingga tidak ada
keceriaan dihatinya.
RANGKAP 4 MAKSUD RANGKAP 4
Pagi dan petang duduk bercinta, Ikan terubuk sentiasa termenung
Berendam dengan airnya mata, dan bermuram dalam kesedihan
Kalbunya tidak menderita, kerana perasaanya resah gelisah
apabila mengetahui adanya puteri
Kerana mendengar khabar berita
yang cantik jelita.
RANGKAP 5 MAKSUD RANGKAP 5
Pertama mula terubuk merayu, Kisahnya bermula apabila ikan
Berbunyi guruh mendayu-dayu terubuk yang cuba memujuk rayu
Senantiasa berhati sayu, puteri ikan puyu-puyu, sehingga
menyebabkan ikan terubuk sentiasa
Terkenangkan puteri ikan puyu-puyu
terkenangkannya.
RANGKAP 6 MAKSUD RANGKAP 6
Puteri Puyu-puyu konon namanya, Puteri tersebut dikenali sebagai
Didalam kolam konon tempatnya, Puteri puyu-puyu yang tinggal di
Cantik mejelis barang lakunya, dalam sebuah kolam (air tawar)
Memiliki rupa paras yang cantik,
Patutlah dengan budi bahasa
tingkah laku yang baik serta
bersopan-santun.
RANGKAP 7 MAKSUD RANGKAP 7
Kolamnya konon di Tanjung Padang, Tempat tinggal sang puteri di
Disanalah tempat Terubuk Tanjung Padang. Pada suatu ketika
bertandang, ikan terubuk datang menziarahinya
Pinggangnya ramping dadanya lalu jatuh cinta kerana kecantikan
bidang, fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan
puyu-puyu.
Hancurlah hati terubuk memandang
RANGKAP 8 MAKSUD RANGKAP 8
Muda menentang darri saujana, Ikan terubuk mulai terkenang puteri
Melihat peteri terlalu lena, puyu-puyu dari jauh hingga tidak
Hati di dalam bimbang gulana, terkata. Perasaannya diselubungi
resah sehingga tidak keruan(tidak
Duduk bercinta tiada semena
tentu arah jadinya)
RANGKAP 9 MAKSUD RANGKAP 9
Gundah gulana tidak ketahuan, Perasaan sedih kerana
Lalulah pulang muda bangsawan, terkenangkan puteri puyu-puyu yang
Setelah sampai ke Tanjung Tuan, tidak menerimanya menyebabkan
ikan terubuk (golongan bangsawan)
Siang dan malam igau-igauan
pulang ke tempat asalnya di Tanjung
Tuan. Siang dan malam ikan terubuk
teringatkan tuan puteri.
RANGKAP 10 MAKSUD RANGKAP 10
Setelah hari hampirkan senja, Apabila menjelang waktu
Puteri bersiap hendak memuja, senja(petang) tuan puteri berdoa,
Jika sungguh asalku raja, sekiranya dia dari keturunan raja
Disampaikan Allah barang disaja yang berdaulat muga Allah akan
memakbulkan segala pemintaannya.
RANGKAP 11 MAKSUD RANGKAP 11
Berlimau mandi tuan puteri, Upacara berdoa tersebut dimulai
Lalulah masuk ke dalam puri, dengan tuan puteri mandi berlimau
Meminta dia seorang diri, membersihkan diri, seterusnya ke
tempat beribadat. Tuan puteri
Sampailah waktu dinihari
berdoa sehingga waktu
dinihari(subuh).
RANGKAP 12 MAKSUD RANGKAP 12
Ya Ilahi, Ya Tuhanku, Doa tuan puteri dimulai dengan puji
Apakah sudah demikian laku, dan puja kepada Allah. Tuan puteri
Dengan berkat nenek moyangku, merintih akan nasib dirinya, dia juga
bermohon untuk mendapat restu dari
Disampaikan dewata barang pintaku
keturunannya agar doanya
diperkenankan.
RANGKAP 13 MAKSUD RANGKAP 13
Selang tidak berapa ketara, Tidak lama kemudian, suasana
Turunlah ribut dengan segera, berubah, ribut , kilat dan petir
Kilat dan petir tidak terkira, sabung menyabung lalu turunlah
nenek moyangnya dari kayangan.
Datuk nenek turun dari udara
RANGKAP 14
Membawah sepohon batangnya Mereka membawa sepohon pokok
pulai, pulai yang dibawa dari Tanjung
Datang dari Tanjung Balai, Balai. Pokok pulai itu sangat cantik
Eloknya tidak ternilai, apabila tuan puteri menyaksikannya
timbullah rasa kagum.
Puteri melihat hairan terlalai
RANGKAP 15 MAKSUD RANGKAP 15
Pulainya rendang dengan Pokok pulai itu sangat rending
rampaknya, dengan banyak dahannya. Pokok
Di tengah kolah terdiri dianya, pulai itu diletakkan ditengah-tengah
Sampailah waktu dengan janjinya, kolah, apabila sampai waktu yang
telah ditetapkan tuan puteri telah
Puteri melompat ke atas puncaknya
melompat ke atas pucuknya.
RANGKAP 16 MAKSUD RANGKAP 16
Dengan berkat segala aulia, Dengan restu para wali (orang suci)
Perkataan puteri terhentilah ia, tuan puteri tidak dapat berkata-kata,
Belumlah sampai daya upaya, belumpun sempat berlaku apa-apa
tuan puteri sudah tidak kelihatan
Tiada pertemuan apakan daya
lagi.
RANGKAP 17 MAKSUD RANGKAP 17
Berlidah menyahut sambil bercura, Ikan belida bersungguh-sungguh
Lemah lembut bunyi suara, memaklumkan tentang kejadian
Puteri nin sudah naik udara, tersebut di mana tuan puteri telah
naik ke langit bersama dengan bala
Dengan bala segala tentera
tenteranya.
RANGKAP 18 MAKSUD RANGKAP 18
Pari pun kembali menghadap Ikan pari telah datang menghadap
banginda, Duli Baginda seripada[ikan terubuk]
Berdatang sembah lakunya syahda, memaklumkan tentang berita
Dalat tuanku duli seripada, kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
Tuan petri sudah tiada
RANGKAP 19 MAKSUD RANGKAP 19
Sudah naik ke atas udara, Ikan pari memaklumkan bahawa
Belida gerangan punya bicara, berita kehilangan tuan puteri naik ke
Kepada tuanku jangan ketara, udara datangnya daripada ikan
belida. Dia berharap berita tersebut
Silakan tuanku ke laut negara
tidak akan menimbulkan keresahan
kepada ikan terubuk. Lalu dia
mempersilakan ikan terubuk ke laut
negara.
RANGKAP 20 MAKSUD RANGKAP 20
Demi baginda mendengarkan kata, Apabila Raja seripada mendengar
Tunduk berhamburan airnya mata, berita tersebut dia berasa sangant
Putuslah harap rasanya beta. sedih hingga menyebabkan
menitiskan air mata. Beliau berasa
Belumlah lagi pertemua kita.
harapannya hampa kerana belum
dia sempat dia bertemu tuan puteri ,
tuan puteri menghilangkan diri.
RANGkAP 21 MAKSUD RANGKAP 21
Terubuk berenang lalu ke laut, Ikan terubuk terus berenang ke
Sekalian ikan ramai yang ikut, lautan luas bersama dengan bala
Hati di dlam terlalu kusut, tenteranya, perasaannya diselebungi
rasa serba salah sehingga timbul
Bagaikan datang rasanya kusut
rasa takut [tidak berjumpa dengan
tuan puteri] didalam hatinya.
RANGKAP 22 MAKSUD RANGKAP 22
Kain putih bersamoul pulih, Raja seripada diselubungi rasa sedih
Pakaian anak raja perempuan, kerana kehilangan tuan puteri yang
Yang dicita tidaklah boleh, dikasihinya. Begitulah nasib yang
terpaksa dihadapinya.
Sudahlah nasib badanku tuan
RANKAP 23 MAKSUD RANGKAP 23
Anggur jabat tanaman judah, Perasaan raja seripada terus
Tanam melati di jambangan, dibayangi rasa sedih yang
Jangan dijabat yang telah sudah, berpanjangan akibat kehilangan tuan
puteri.
Rosaklah hati yang berpanjangan
RANGKAP 24 MAKSUD RANGKAP 24
Muda pun datang kepada Raja seripada kembali semula ke
tempatnya, tempat asalnya, perasaan sedih
Hancur luluh rasa hatinya, yang teramat sangat kerana hasrat
Sebab tak sampai bagai hatinya untuk mendapatkan tuan
kehendaknya, puteri tidak kesampaian perasaan
sedihnya itu bersemadi didalam
Duduk bercinta di dalam hatinya.
kalbunya.
SINOPSIS

Syair simbolik/kiasan ini menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di
laut Melaka[kerajaan air masin laut] telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan
puyu-puyu yang berasal dari tanjung pandang[kerajaan air tawar]. Ikan terubuk yang di gelar
sebagai duli seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan
dan baik tingkahlaku serta bersopan.
Namun begitu tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk,menyebabkan
ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan puteri puyu-puyu tidak
berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak
bersama dengan ikan terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan
petir sabung- menyambung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh di tengah kolah puteri
puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu tlelah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang
lenyap di udara.
Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala
tenteranya telah disampaikan oleh ikan Belida kepada ikan Pari.Berita tersebut
telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli
seripada.Apabila mendengarnya,dia berasa amat sedih kerana hasratnya
untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun
segala usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan
terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat asalnya
dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri tidak kesampaian.
ASPEK KEINDAHAN SYAIR
TEMA

Bertemakan kegagalan dalam percintaan


berpunca dari perbezaan status.
PERSOALAN

PERSOALAN PERCINTAAN

HURAIAN; Percintaan yang melibatkan perbezan status/ darjat yang membawah kepada
kegagalan dalam percintaan tersebut.

CONTOHNYA;
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka.
Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.

HURAIAN CONTOH:Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal dari kerajaan air
masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.
PERSOALAN PENGHARAPAN KEPADA ESA./DOA

HURAIAN; Segla harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa,

CONTOHNYA; Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada Allah agar dia tidak dipertemukan dengan
ikan terubuk.
PERSOALAN TENTANG KERINDUAN

HURAIAN; Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi
resah dan gelisah.

CONTOHNYA; Ikan terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga
menyebabkannya sedih dan gelisah.
PERSOALAN TENTANG KEDAULATAN.[KELUARGA DIRAJA]

HURAIAN; Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri.

CONTOHNYA; Puteri ikan puyu-puyu berkta jika dia dari keturunan yang
berdaulat barang diminta jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak di
pertemukan dengan ikan terubuk , maka berlaku perkara aneh pokok pulai
mulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok
pulai dan akhirnya hilang.
PERSOALAN TENTANG KEJADIAN LUAR BIASA / ANEH

HURAIAN; Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan
dengan sesuatu keadaan.

CONTOHNYA; apabila Tuan Puteri Puyu-puyu menyeru nenek moyangnya , maka berlakulah
kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat.
PERSOALAN TENTANG KECANTIKAN GOLONGAN BANGSAWAN.

HURAIAN; Golongan bangsawan sering digambarkanmemiliki wajah yang cantik, contohnya


tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik.

CONTOHNYA; Cantik mejelis barang lakunya.


PERSOALAN KEELOKAN TINGKAH LAKU GOLONGAN BANGSAWAN

HURAIAN; Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi pekerti


hingga memikat hati orang yang melihatnya.

CONTOHNYA; Tuan puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang baik.


PERSOALAN TENTANG PUTUS ASA / KECEWA

HURAIAN; Apabila berdepan dengan kegagalan dalan percintaan , perasaan putus asa dan
kecewa sering menghantui diri.

CONTONYA; Ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering
termenung dan berada dalam gundah gulana
SARWAJAGAT[PEMIKIRAN MANUSIA]

1. PERBEZAAN DARJAT / KETURUNAN

Boleh membawah kegagalan dalam percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk
yang gagal memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan
terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

2. KEAGUNGAN TUHAN

Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan , keizinan dari tuhan hendaklah dipohon bagi
memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh puteri
puyu-puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak ikan terubuk.
3. KONSEP DAULAT

Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana
akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang
dihajatinya. terbukti apabila puteri puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya
pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri.

4. KEJADIAN LUAR BIASA

Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemrintah.
Pemerintah atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair ikan terubuk
kejadian aneh yang berlaku ialah ribut , kilat dan petir sabung - menyambung menandakan kedaulatan
seseorang raja.
NILAI

NILAI KEMANUSIAN NIKAI KEMASYARAKATAN


i. NILAI KASIH SAYANG i. KERJASAMA
ii. KEBERANIAN ii. KESETIAN KEPADA PEMERINTAH
iii. KEGIGIHAN
iv. KEYAKINAN
NILAI KEPERCAYAAN NILAI KEAGAMAAN
i. KEPERCAYAAN TENTANG IKAN i. MEMULIAKAN TUHAN SEBAGAI
TERUBUK ADALAH IKAN YANG PENTADBIR ALAM
MEMILIKI ROH JAHAT. ii. LIMPAHAN RAHMAT UNTUK SEMUA
ii. KEPERCAYAAN TERHADAP MAKHLUK.
KEJADIAN LUAR BIASA
CARA MENJAWAB SOALAN ESEI

FAKTA / ISI :…..


CONTOH: Mu/la di/ka/rang i/kan te/ru/buk,(a)(…..)
Lalai memandang ikan di lubuk,(a)
Hati dan jantung bagai serbuk,(a)
Laksana kayu dimakan bubuk(a)
HURAIAN CONTOH:
CARA MENJAWAB SOALAN ESEI

BENTUK PUISI BUKANNYA GAYA BAHASA

RIMA BUKAN GAYA BAHASA

GAYA BAHASA SEBAHAGIAN DARIPADA UNSUR


KEINDAHAN PUISI

UNSUR BUNYI BUKAN GAYA BAHASA

Anda mungkin juga menyukai