Anda di halaman 1dari 29

( VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER /SEMESTER : JANUARI/JANUARY 2011

KOD KURSUS /COURSE CODE : HBHE2203

TAJUK KURSUS /COURSE TITLE : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NO. MATRIKULASI : 730117115042002


NO. KAD PENGNEALAN : 730117-11-5042
NO. TELEFON : 013- 9610963
E-MEL : norainikassim@ymail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : IPSM KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT


HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

BIODATA

NAMA : NORAINI BINTI KASSIM

NO. K/PENGENALAN : 730117-11-5042

NO. TELEFON : 013-9610963

E-MAIL : norainikassim@ymail.com

ALAMAT SEKOLAH : SK PELAGAT , 22000


JERTEH TERENGGANU

ALAMAT RUMAH : 2179, TAMAN PELAGAT UTAMA,


22000 JERTEH TERENGGANU

1
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

S ekapur Sirih

Assalamualaikum w.b.t.

ersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t di atas keizinan dan kekuatan yang diberikan, dapatlah

saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan mengikut kehendak bagi mata pelajaran

HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA. Ribuan terima kasih kasih yang tak

terhingga kepada IPGM Kampus Sultan Mizan dan OUM di atas kesudiannya

memberikan ruang waktu dan tempat untuk saya memenuhi pengajian ini. Tidak lupa juga

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ENCIK CHE ISHAK BIN ISMAIL ,

selaku tutor bagi kumpulan kami kerana telah banyak memberi bimbingan,tunjuk ajar serta

panduan dan nasihat yang berguna dalam melengkapkan lagi tugasan ini. Kepada teman-

teman terima kasih diucapkan di atas inspirasi, idea dan buah fikiran yang disumbangkan.

Tak lupa juga buat suami dan anak-anak di atas segala sokongan dan dorongan yang

diberikan selama ini.

Sekian, terima kasih.

2
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Biodata 2
2. Sekapur Sirih 3
3. Isi Kandungan 4
4. Pendahuluan 5
5. Konsep Remaja 6
6. Perubahan Perkembangan Remaja 6 - 21
7. Gaya Hidup Sihat 22 - 25
8. Soalan soal selidik 26
9. Penutup 27
10. Rujukan 28

3
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
PENDAHULUAN
Setiap orang kanak-kanak akan melalui zaman remaja iaitu zaman peralihan dari alam
kanak-kanak ke alam remaja. Di peringkat ini, remaja lelaki dan perempuan akan mengalami
banyak perubahan terutamanya perubahan fizikal. Setiap perubahan yang terjadi inibanyak
dipengaruhi oelh bebrapa faktor dan juga keadaan persekitaran. Bagi setiap orang akanak-
kanak itu, perlu memahami perubahan yang berlaku semasa akil baligh kerana ianya adalah
sangat penting alam membantu seseorang itu untuk menempuh suasana di alam remaja. Akil
baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari
seorang kanak-kanak ke seorang dewasa. Baligh merupakan satu tahap atau proses di mana
tubuh seseorang akan menjalani banyak perubahan. Perubahan ini berlaku secara perlahan-
lahan dan biasanya bermula ketika seseorang individu itu berumur 10 atau 11 tahun.
Perubahan ini berlaku tanpa disedari tetapi tubuh badan itu akan melalui proses
penambahbaikan setiap hari. Semasa baligh, otak akan membebaskan bahan kimia yang
dipanggil hormon pembebasan yang kemudiannya akan “mengerakkan” struktur berbentuk
bulat dalam otak dipanggil kelenjar pituatari. Kelenjar ini akan melekat pada otak sama
seperti buah yang melekat pada pokok. Selepas menerima isyarat, ia akan membebaskan
hormon perangsang, yang akan menyebabkan ovary gadis remaja dan testis budak lelaki
mula menghasilkan hormon seks. Hormon yang dihasilkan ini yang adalah
bertanggungjawab ke atas kesemua perubahan pada tubuh badan semasa akil baligh.
Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'. Ia disebabkan
bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon. G. Stanley Hall (1904)
Mengenengahkan istilah ’storm and stress’ bagi menggambarkan remaja sebagai ’zaman ribut
dan tekanan dalam tempoh kehidupan manusia dengan memiliki sifat tertentu, mengalami
perubahan dan penuh dengan keganjilan. Arnett (2003) Melihat remaja sebagai ’tempoh
melalui konflik dengan ibubapa, perubahan mood yang cepat dan perilaku yang berisiko’.

Beberapa perubahan fizikal, fisiologi dan psikologi berlaku semasa baligh.


Perubahan-perubahan ini membuka alam baru daripada alam kanak-kanak kepada alam
remaja. Baligh dikenali sebagai pertumbuhan fizikal dan fisiologi. Baligh juga bererti
perkembangan psikologi individu. Kanak-kanak lelaki akan bertukar menjadi remaja dan
kanak-kanak perempuan akan mempunyai sifat-sifat kewanitaan. Saiz badan, kadar tinggi dan
pertumbuhan badan berlaku dengan pantas.

4
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

DEFINISI REMAJA
 Merupakan masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. 

 Batasan usia remaja menurut WHO (badan PBB untuk kesihatan dunia) adalah 12
hingga 24 tahun.

 (Rogers, 1981) - Adolescence atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu
"adolescere" yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi matang"

 Kamus Dewan ( Edisi Tiga ) - remaja merupakan mulai dewasa, sudah akil baligh,
sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan 'cinta'.

KONSEP REMAJA
Muss (1966) mentakrifkan :

i) Sudut kronologi; di usia 12 hingga 13 tahun kepada awal 20an secara


umumnya,

ii) Sudut psikologi; individu berada di dalam keadaan dalam mencari keselarasan
baru untuk menukar sifat dan kelakuan yang keanak-anakan kepada sifat dan
kelakuan orang dewasa dalam masyarakat dan

iii) Sudut sosiologi; zaman peralihan daripada anak-anak yang bergantung kepada
orang lain ke arah seorang dewasa yang mampu berdikari .

PERINGKAT REMAJA
Di dalam perubahan yang berlaku ini, dapat dikelaskan kepada beberapa peringkat
keremajaan yang dapat di kelaskan iaitu :
• Kanak-kanak yang berumur diantara 7-11 tahun

• Remaja yang berumur di antara 12- 18 tahun

• Awal Dewasa iaitu pada umur di sekitar 19- 24 tahun

• Dewasa 25 tahun dan keatas

5
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Peringkat remaja adalah peringkat ketidakseimbangan dan ketidakserasian fizikal. Fizikal


remaja mengalami perubahan yang cukup drastik sehingga anda rasa mengalami masalah.
Anda berada dalam keadaan dilema kerana anda bukan lagi kanak-kanak yang dimanjakan
dan bukan pula golongan dewasa yang sudah matang dibebani dengan pelbagai
tanggungjawab. Di samping itu anda berada dalam keadaan ketidak tentuan berhubung masa
depan fizikal anda. Adakah seseorang remaja itu menjadi seorang yang tinggi pada masa
akan datang ataupun sebaliknya? Adakah dia seorang yang kurus ataupun gemuk? Ini secara
tidak langsung menyebabkan krisis personaliti dalam diri seseorang remaja.

Perkembangan biologi remaja dapat dibahagikan pada dua peringkat; peringkat awal remaja
dan peringkat remaja. Peringkat awal remaja dikatakan dalam lingkungan 10 sehingga 12
tahun.

Pada peringkat awal remaja, perkembangan psikomotor remaja terjadi begitu pesat seperti
berlakunya perubahan daripada segi rangka tulang, struktur saiz tubuh, dinding pembuluh
darah . Bagi remaja perempuan, bentuk tubuh mengalami perubahan yang ketara iaitu saiz
dan berat semakin bertambah khasnya selepas kedatangan haid yang pertama. Pada
umumnya remaja perempuan menunjukkan sifat-sifat kewanitaan dan terdapat pertumbuhan
sel-sel lemak terutama di bahagian punggung dan dada. Bagi remaja perempuan saiz badan
yang besar menjadi masalah bagi dirinya. Kematangan seksual yang dialami oleh remaja
perempuan amat mempengaruhi pemikiran ini. Setiap orang akan menjadi semakin matang
selepas kedatangan haid dan mempunyai perasaan ke atas remaja lelaki. Oleh itu jangan
cukup risau apabila saiz badan terlalu gemuk kerana ini menyebabkan akan dipandang rendah
oleh remaja lelaki.

PERUBAHAN PERKEMBANGAN KE ARAH KEDEWASAAN

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami
perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat
tindakan hormon dalam badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah
berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di
antara seorang individu dengan individu yang lain.
6
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA LELAKI

Bagi remaja lelaki pula , pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku ialah:

1. Suara menjadi garau.

2. Misai dan janggut mula tumbuh.

3. Bahu dan dada menjadi bidang.

4. Jerawat mula tumbuh.

5. Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani.


Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akil baligh.

6. Zakar dan buah zakar mula membesar.

PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN

Bagi remaja perempuan berlaku pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku pada
remaja perempuan ialah :

1. Buah dada ( payudara ) mula membesar.

2. Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan ari-ari.

3. Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.

4. Jerawat mula tumbuh.

5. Mula didatangi haid.

6. Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

Selain daripada itu terdapat perubahan fizikal yang lebih ketara berlaku kepada remaja
perempuan berbanding dengan remaja lelaki. Antaranya ialah :

1. Tumbesaran Badan - Selain daripada menjadi lebih tinggi , pinggul dan paha akan
menjadi besar.
2. Payudara ( Buah Dada) -Payudara akan semakin membesar .Jangan bimbang jika
sebelah lebih besar dari yang satu lagi.Pada akhir baligh saiz kedua-duanya akan lebih
kurang sama.
7
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3. Peluh dan Bau Badan - Kelenjar peluh di bahagian ketiak mula berfungsi pada masa
ini dan akan menyebabkan perpeluhan yang mendatangkan bau badan.
4. Jerawat dan Rambut Berminyak -Kulit dan rambut akan lebih berminyak dan perlu
dibasuh dengan lebih kerap lagi.
5. Bulu badan -Bulu mula tumbuh di kawasan pubik iaitu kawasan V dimana kaki anda
akan bersambung dengan badan. Bulu juga akan tumbuh pada ketiak dan kaki.
6. Keputihan -Cecair jernih dan keputihan akan mula mengalir dari kemaluan anda.Ia
akan meninggalkan sedikit kesan pada seluar dalam.
7. Menstruasi ( haid) - Menstruasi adalah petanda badan anda sihat dan berfungsi dengan
baik. Ia merupakan sebahagian hidup setiap wanita antara 28 hingga 35 hari.

Bagi seseorang remaja perempuan mesti mengetahui beberapa perkara berkaitan dengan
penjagaan bahan-bahan peribadi untuk wanita, antaranya :

1. Cara Menggunakan Pad ( Tuala wanita)

• Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah pad.

• Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat pada seluar dalam – pakailah.

2. Cara Membuang Pad.

• Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau plastik

• Masukkan ke dalam tong sampah.

• Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.

3. Kebersihan peribadi

• Tuala wanita perlu ditukar selalu

• Basuh kemaluan menggunakan sabun dan air

• Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.

8
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa
menjangkau usia remaja, anda akan mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan
ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. Tetapi perasaan ini
perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak menghancurkan masa depan remaja

Perubahan emosi yang berlaku.

• Perasaan ingin mencari identiti diri.

• Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.

Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Rakan sebaya

• Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti


pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan
sebagainya yang cuba meracuni golongan remaja.
Bimbingan keluarga , pelajaran dan agama adalah pedoman untuk menunjuk arah
masa depan.

SOKONGAN SOSIAL

Pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi kepada kanak-kanak seterusnya ke peringkat


remaja memerlukan mereka bergaul atau berhubung dengan orang lain selain daripada ibu
bapa, penjaga atau adik beradik. Proses sosialisasi ini akan dicorakkan oleh persekitaran
budaya, system kepercayaan, kedudukjan sosial serta pendidikan awal seseorang itu.
Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya,
keluarga dan masyarakat.Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu
mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan :
. Ibubapa
. Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya
. Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai
9
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Peringkat Usia Remaja

Rajah : peringkat usia remaja


PERKEMBANGAN FIZIKAL

 Baligh merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja.

 Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran
respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus.

 Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan


kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata
tentang permulaan akil baligh.

 Perkara yang paling ketara semasa baligh adalah perkembangan permatangan seksual
iaitu kebolehan pembiakan.

 Bagi remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau, misai dan
janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh,
mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar
dan buah zakar mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah
akil baligh.

 Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada
(payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari,
Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula

10
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang
lebih matang.

Perkembangan Fizikal Remaja

 Pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba.

 Sifat seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan
otot, dan kematangan organ seksual akan timbul dalam perubahan fizikal remaja.

 Terdapat perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan,
peningkatan kekuatan tenaga dan stamina.

Perkembangan Remaja Awal

 Secara purata anak-anak perempuan lebih pendek daripada lelaki semasa kanak-
kanak,

 Mulai tumbuh pesat, menjadi lebih tinggi dan lebih berat diantara usia 10 dan 12
tahun.

 Kebanyakan kanak-kanak perempuan bertambah sekitar 5 cm setiap tahun.

 Pertumbuhan yang perlahan mengikutinya hingga seseorang wanita mencapai


ketinggian maksimum sekitar umur 16 atau 17 tahun.

 Pertumbuhan lelaki yang secara am ketinggalan 2 tahun dibandingkan dengan


perempuan

 Pertumbuhan lelaki mulai tumbuh pesat diantara usia 10 dan 16 tahun, iaitu
pertambahan sekitar 7cm hingga 12 cm setahun.

Perkembangan Remaja Pertengahan


 Apabila remaja mula mencapai umur 14 atau 15 tahun, perubahan-perubahan fizikal
menjadi semakin perlahan.

 Mereka bersedia menerima perubahan fizikal mereka yang baru.

Perkembangan Remaja Akhir


 Peringkat perkembangan remaja akhir adalah yang paling panjang. Fasa ini bermula
sekitar umur 17 tahun hingga 20 tahun.

11
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
 Perubahan fizikal pada saat ini tetap terjadi, tetapi lambat. Remaja secara fizikal
kelihatan sudah dewasa kecuali mentalnya belum.

 Keadaan fizikal mereka sangat penting dan menentukan harga diri mereka.

(W. S. Turambi, 2001)

Perkembangan Fizikal Remaja Lelaki

RAJAH : Perkembangan Fizikal Remaja Lelaki

10 hingga 13 tahun (remaja awal)


 Badan bertambah gagah

 Otot-otot membesar

 Bahu melebar

 Dada menjadi bidang

 Suara menjadi garau

 Skrotum membesar

 Kulit skrotum bertambah kasar dan berwarna gelap

 Saiz zakar membesar

14 hingga 17 tahun (remaja pertengahan)


12
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

 Tubuh bertambah tinggi

 Bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat

 Skrotum semakin membesar

 Kulit skrotum semakin kasar

 Saiz zakar semakin membesar

 Jerawat mula tumbuh

 Mengalami mimpi ghairah

18 hingga 20 tahun (remaja akhir)

 Ketinggian bertambah

 Bulu tumbuh di ketiak dan mungkin di bahagian dada

 Misai dan janggut mula tumbuh

 Warna kulit skrotum bertambah gelap

 Saiz zakar semakin membesar

Rajah : Perkembangan Fizikal Remaja Perempuan

13
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Rajah : perkembangan fizikal remaja perempuan.

PERKEMBANGAN FISIOLOGIKAL

Rajah : Kedudukan dan fungsi Organ

Kelenjar pituitari

14
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
 Ia terletak pada bahagian tengah bawah otak. Kelenjar ini menghasilkan sejenis
hormon, iaitu bahan kimia yang melicinkan perjalanan sistem salur darah, sistem
pembekal makanan, sistem pembekal oksigen dan sebagainya yang disebut hormon
pituitari.

 Hormon pituitari yang berlebihan akan menyebabkan individu berbadan besar.


Kekurangan hormon ini akan menyebabkan pertumbuhan seseorang terbantut.

Kelenjar tiroid
 Terletak di kiri kanan tengkorak.

 Menghasilkan hormon tiroksin.

 Tiroksin yang berlebihan akan menyebabkan seseorang individu aktif

 Kekurangan tiroksin akan menyebabkan seseorang berasa lesu.

Kelenjar pankreas

 Pankreas menghasilkan hormon insulin.

 Insulin mengawal jumlah gula di dalam darah.

 Sekiranya pankreas tidak berfungsi dengan betul, maka lebihan gula akan terjadi. Ini
menyebabkan penyakit diabetis.

Kelenjar adrenal

 Sepasang kelenjar adrenal terdapat di atas buah pinggang.

 Bahagian dalam kelenjar menghasilkan hormon adrenalin dan nonadrenalin.

 Ketika seseorang itu hilang akal adrenalin masuk ke dalam darah lalu menyebabkan
denyutan jantung bertambah cepat dan tekanan darah juga meningkat tinggi.

 Hormon nonadrenalin dikeluarkan di dalam darah dan ini mengembalikan seseorang


itu kepada individu yang normal.

 Bahagian luar adrenal mengeluarkan hormon streroid yang mengekalkan


keseimbangan garam dalam badan. Ia membolehkan protein bertukar menjadi gula
dan selepas itu akan menjadi tenaga.

15
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Kelenjar jantina
 Kelenjar jantina lelaki menghasilkan semen (mani) dan hormon androgen.

 Androgen akan menghasilkan sifat-sifat kelelakian.

 Kelenjar jantina perempuan (ovari) menghasilkan ovum dan hormon estrogen.


Estrogen menimbulkan sifat-sifat keperempuanan seperti kedatangan haid.

Perkembangan Fisiologikal Remaja Lelaki

 Perubahan fizikal dikawal oleh hormon, bahan biokimia yang dirembeskan oleh
kelenjar endokrin.

 Hormon mempengaruhi pertumbuhan remaja sejak lahir

 Bilangan pengeluaran hormon semakin bertambah pada akil baligh.

 Hormon “lelaki” dan hormon “perempuan”  muncul dalam kedua-dua seks, tetapi
lelaki mempunya hormon bernama androgens yang lebih banyak, dan hormon yang
terpenting, testosterone berbanding dengan perempuan

 Perempuan pula mempunyai hormon dipanggil estrogen dan progesterone yang lebih
banyak berbanding dengan lelaki.

(Tanner, 1978).

Rajah : Organ Reproduktif Lelaki

Reproduktif Lelaki

16
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
 Zakar ialah organ yang boleh mengendur dan mengembang akibat sesuatu
rangsangan. Berfungsi menyalurkan keluar air kencing dan air mani.

 Skrotum ialah pundi lembut yang mengampu dan melindungi testis. Berfungsi untuk
mengawal suhu sekitaran testis, agar lebih sejek dari suhu badan. Skrotum akan
mengembang supaya testis akan berada jauh dari badan apabila suhu badan
meningkat. Skrotum akan mengecut dan testis akan berada berhampiran tubuh apabila
suhu atau cuaca sejuk.

Testis ialah kelenjar yang menghasilkan sperma (benih lelaki) dan hormon testosteron bagi
sifat-sifat kelakian
Reproduktif Lelaki
 Kelenjar ialah yang menghasilkan cecair membantu sperma di salurkan.

 Prostate dan Vesikal seminal ialah cecair yang bercampur dengan air mani.

 Duktus Sperma ialah saluran yang membawa sperma dari testis.

Perkembangan Fisiologikal Remaja Perempuan


 Haid pertama, adalah menandakan peringkat perubahan remaja perempuan.

 Waktu haid pertama mungkin berlaku pada umur 9 ½ atau lewat umur 16 ½; purata
perempuan Amerika Syarikat ialah 12 ½. Dalam bahagian dunia lain, waktu haid
pertama berlaku lebih lewat berbanding dengan Amerika Syarikat. Contohnya, purata
perempuan Czechoslovakian menghadapi haid pertama pada umur 14 tahun, (Power,
Hauser, & Kilner, 1989).

 Waktu haid pertama biasanya berlaku semasa dia hampir mencapai ketinggian
dewasanya dan semasa dia diuruskan untuk menyimpan jumlah minimum lemak
badan.

 Bagi purata ketinggian perempuan, tanda ini biasanya berlaku semasa beratnya
mencapai lebih kurang 100 pound

(Frisch, 1988).

Ovari
 Sepasang kelenjar berfungsi untuk mendewasakan seorang gadis.

17
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
 Panjangnya 3 cm dan lebarnya 2cm dengan ketebalan 1 cm.

 Sewaktu kanak-kanak kedua-dua ovari tidak memainkan apa-apa peranan.

 Selepas akil baligh, perubahan-perubahan terjadi dikendalikan oleh ovari.

 Fungsi ovari - menghasilkan hormon estrogen dan progesteron

Hormon-hormon tersebut menggalakkan pertumbuhan tubuh sejak permulaan usia belasan


tahun

Rajah : Organ Reproduktif Perempuan

Uterus
 Uterus juga dikenali sebagai rahim

 Merupakan organ yang berbentuk buah pear.

 Ia berongga dengan dinding yang sangat tebal, berukuran sekitar 7.5 cm, panjangnya
50 cm dan lebarnya 1.75 cm.

 Uterus terletak di dalam garisan pertengahan tubuh, jauh di bawah rongga perut.

Selaput Dara
 Selaput dara ialah membran mukosa atau selaput nipis yang menutupi sebahagian dari
mulut faraj.

 Bahagian mulut faraj yang tidak ditutup ialah tempat darah haid keluar.
18
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
 Biasanya selaput ini menghalagi persetubuhan dan mempunyai saiz, struktur dan
ketebalan yang berbeza.

Tiub-tiub falloppio
 Kedua tiub ini merupakan saluran dari ovari menuju ke uterus.

 Tiap-tiap tiub kira-kira 10 cm.

 Ia tidak bersambung dengan ovari.

 Dihujung tiub-tiub itu ada rerambut yang amat halus terletak berdekatan dengan dua
ovari atau saran telur.

Faraj
 Faraj adalah saluran di antara vulva dan uterus

 merupakan satu tiub lembut bergetah dan dipenuhi dengan saraf-saraf berahi.

 Dindingnya diselaputi dengan pengalas lembut dan berlendir ialah membra mukosa
elastik dan dalam keadaan berlipat lipat.

Bukaan faraj terletak antara salur kencing dan dubur, biasanya diselaputi oleh selaput dara

Kedatangan Haid
 Apabila tiba akil baligh, seseorang remaja perempuan akan mengalami kedatangan
haid.

 Remaja tersebut akan mengeluarkan darah dan tisu-tisu cecair daripada rahim
menerusi faraj.

 Darah dan tisu cecair yang dikeluarkan daripada rahim sebenarnya merupakan lapisan
yang disediakan oleh badan untuk membolehkan seorang bayi membesar.

19
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

KESAN KEMATANGAN AWAL DAN LEWAT

Walaupun banyak remaja mempunyai sikap positif dengan patutnya terhadap kadar
kematangan mereka sendiri (Pelletz, 1995), kematangan awal dan lewat mendatangkan
masalah, terutamanya bagi lelaki kematangan lewat. Lantaran daripada perempuan matang,
dengan puratanya, 2 tahun lebih awal daripada lelaki, jadi lelaki kematangan lewat adalah
orang yang paling lewat mencapai akil baligh dan paling lewat untuk mengalami
pertumbuhan secara pecut. Oleh itu, dia adalah paling kecil dan kurang otot berbanding
dengan rakan sama umur dia, dia mengalami kelemahan dalam sukan. Kanak-kanak dan
dewasa berkecenderungan menganggap kanak yang lebih kecil sebagai kanak yang lebih
muda, jadi, orang yang mengalami kematangan lewat mempunyai status sosial yang lebih
rendah di kalangan rakan dia dan dipandang sebagai kurang kecekapan oleh dewasa

(Brackbill & Nevill, 1981).

GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan
jangkitan penyakit. Ramai yang memikirkan amalan gaya hidup sihat hanya merupakan

20
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
penjagaan pemakanan dan melakukan senaman, tetapi penjagaan badan kita juga merupakan
satu aspek yang amat penting dalam kehidupan yang sihat.

 Masyarakat kini mengambil prihatin tentang amalan gaya hidup sihat dengan mengadakan
beberapa kempen dan iklan mengenai kepentingan dan  cara-cara untuk menjalankan
kehidupan yang sihat. Pada hari ini, terdapat iklan yang diulang di televisyen yang
menggalakkan khalayak ramai, terutama sekali kanak-kanak, untuk makan dua hidangan
buah-buahan dan juga sayur-sayuran setiap hari.

Rajah : piramid makanan

 Mengapa gaya hidup sihat itu sangat penting? Apa yang dapat di perkatakan, gaya hidup
sihat dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Dengan penjagaan pemakanan dan
adanya tidur yang secukupnya, seseorang itu akan mempunyai tenaga yang lebih banyak dan
dapat menghabiskan kerja-kerja yang lebih banyak. Minda yang cergas dapat membantu
setiap individu mencari penyelesaian yang baik dan juga idea-idea yang unik untuk pekerjaan
mereka.

21
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

 Kini, ramai remaja yang terlibat dalam gejala-gejala sosial seperti mencuri, mengambil
dadah dan melakukan seks rambang. Ini diakibatkan amalan gaya hidup yang tidak sihat.
Bilangan remaja yang didapati mempunyai jangkitan penyakit kelamin dan juga ditangkap
polis semakin meningkat. Ini amat membimbangkan kerana remaja pada masa kini tunggak
masa hadapan.

 Dengan itu, masyarakat kini harus mengambil tindakan untuk menggalakkan amalan gaya
yang sihat. Aktiviti fizikal merupakan sebarang aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota
badan serta menggunakan tenaga. Ianya amat penting untuk meningkatkan tahap kecergasan
dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari
seperti penyakit jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti.
Amalan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali sehari selama 30 minit . jika kita tidak dapat
melakukannya , amalkan tabiat berjalan kaki ataupun aktiviti lain yang boleh menghasilkan
peluh 

22
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Rajah: Bersenam baik untuk kesihatan dan jantung

Amalkan gaya hidup sihat dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya ialah :

 Tidur secukupnya

 Menjaga Kebersihan diri

 Pemakanan yang seimbang

 Bersenam secara tetap

23
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKKAN SEKIRANYA……..

 Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.

 Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.

 Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.

 Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda.

Soalan Soal Selidik mengetahui Remaja.

No Jawab Ya( / )
soalan Item soalan atau tidak( X )

1. Adakah anda faham maksud akil baligh?

2. Bolehkah anda membezakan ciri seorang lelaki dengan


perempuan

3. Apakah yang dikaitkan dengan system reproduktif

4. Bolehkah anda senaraikan jenis-jenis makanan yang baik untuk


kesihatan
5. Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup
sihat?

6. Adakah pengaruh rakan sebaya mempengaruhi perkembangan


remaja ?

7. Ibu bapa saya sedia memberikan nasihat dan bimbingan apabila


saya menghadapi masalah
8. Ibu bapa saya mampu meluangkan masa untuk saya walaupun
mereka sibuk

9. Ibu bapa saya memberikan kebebasan kepada saya untuk


membuat sesuatu keputusan setelah berbincang
10. Ibu bapa saya sering mengajarkan nilai-nilai yang baik kepada
saya

11. Ibu bapa saya sering menasihati saya agar mengerjakan suruhan
24
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
agama

12. Ibu bapa saya sering menerangkan dengan rasional tentang


sesuatu peraturan
13. Ibu bapa saya memberikan bantuan apabila saya memerlukan

14. Ibu/bapa saya sering menasihat saya apabila saya melakukan


kesalahan

15. Ibu/bapa saya memahami dan mengambil berat tentang diri saya

PENUTUP

Pertumbuhan dan perkembangan remaja merupakan tempoh yang tidak wajar di


abaikan di dalam kehidupan manusia. Setiap tempoh pertumbuhan dan perkembangan ini
terpaksa menyebabkan kecenderungan kepada setiap individu itu untuk membuat pilihan
berdasarkan kepada apa yang difikirkan betul oleh akal fikirannya, tanpa terlalu
menitikberatkan nilai-nilai dan norma-norma yang menjadi amalan di persekitaran, malah
kadang-kadang ia dilihat terlalu janggal buat dirinya. Keghairahan untuk keluar dari alam
kanak-kanak menuju kedewasaan, menjadikan remaja sering hilang arah tuju dan acap kali
terjebak dengan tingkah laku songsang di dalam masyarakatnya. Setiap pelakuan yang
mempengaruhi tingkahlaku dan desakan dari rakan sebaya mungkin dapat mendatangkan
serta membawa kebaikan dan juga kemudaratan kepada dirinya. Perlakuan ini boleh di
ibaratkan seperti “ api bertemu dengan minyak”. Jika seseorang remaja itu tidak mempunyai
pegangan hidup yang kuat dan terlepas pandang dari kawalan ibu bapa. Ianya akan lebih
mudah terikut-ikut atau termakan pujuk rayu yang membolehkan mereka terlibat dalam
kancah yang tidak sihat serta tidak bermoral. Pengetahuan tentang perkembangan dan
pertumbuhan ini dapat dijadikan satu panduan asas untuk remaja bagi mengenali proses
perkembangan terutamanya daripada perubahan pertumbuhan dan perkembangan
terutamanya daripada segi perubahan fizikal yang lebih ketara. Setiap ibu bapa perlu
memainkan peranan bagi memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak amatlah perlu dititik
beratkan. Apatah lagi pada zaman serba canggih ini.

25
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
Sedikit pesanan yang dapat dititipkan buat semua kerana remaja merupakan adalah
satu aset yang amat bernilai serta menjadi tunjang dan harapan bagi Negara pada masa
hadapan. Setiap orang perlu melengkapkanlah diri dengan ilmu pengetahuan untuk menjadi
pelapis pada generasi yang akan dating dengan lebih bermakna. Di usia remaja, penuh
dengan cabaran dan halangan malah setiap yang dilalui detik memerlukan satu keputusan
yang tepat untuk mengelakkan daripada segala kepincangan dan musibah yang mungkin
berlaku. ( 3763 patah perkataan)

26
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Dr. Gilbert Tordjman Claude Morand.(1993), Seks Di Dalam Kehidupan Seharian (


Untuk usia 10-13 tahun), Mahir Publications Sdn. Bhd. Malaysia.

Albeny Joslyn Panting Pises Busu. (2009), HBHE 2203 Kesihatan Diri dan Keluarga,
Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Baharudin Omar.(1997). Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :


Dewan bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia(1995). Pendidikan Kesihatan keluarga. PPK

Jamilah Ibrahim & Helen Ten Hong Beng. (1991). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Seri kumtom Sdn. Bhd.

Borhannudin b Abdullah, Abdul Razak b Sulaiman, Mohd Fauzi b Abd Rahman,


Hamizon b Hamid (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Buku
Teks Tahun 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.infosihat.gov.my/

http://pmr.penerangan.gov.my/

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/gaya-hidup-sihat.html

www.kotex.com.my

27
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

28

Anda mungkin juga menyukai