Anda di halaman 1dari 2

NAMA : MOHD NAZRIN BIN ABDUL RAHMAN

KELAS : PISMP PK(BM) JANUARI 2012


REFLEKSI KKBI WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat


juga saya menyiapkan tugasan yang diberi ini. Saya telah memilih soalan yang
kedua yang memerlukan saya menjelaskan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh Negara Malaysia dalam mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat
melalui hubungan etnik serta mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi
cabaran tersebut. Tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu En. Charlie
Ungang.
Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa
saya lalui dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Masalah masa, tidak memahami
konteks soalan, dan sebagainya terus menghantui saya sejak awal lagi. Selain itu,
banyak kerja kursus dan aktiviti lain yang bertembung pada suatu masa sehingga
melemahkan semangat saya. Namun, sebagai bakal seorang pendidik saya
melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk
sama-sama menanganinya.
Sebagai langkah awal, saya mula bergerak untuk mencari bahan-bahan yang
berkaitan daripada internet, buku-buku dan sebagainya. Banyak maklumat dan data
yang saya peroleh daripada bahan-bahan tersebut. Pembahagian masa amat
penting ketika ini. Seterusnya, saya menyusun, mengedit dan memindahnya ke
dalam bentuk yang dikehendaki.
Sepanjang yang saya dapat semasa membuat tugasan ini, saya tahu bahawa
rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri
mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat. Sejajar dengan ini, keharmornian dan kedamaian rakyat yang sedia
terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan
suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Semua kaum perlu mengekalkan keharmornian dan kedamaian negara


mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara
untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman
politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di
mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di
mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada
menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya saya berjaya


juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berasa sangat berpuas hati
dengan usaha dan penat lelah saya selama ini kerana telah berjaya menyiapkan
tugasan mengikut apa yang dikehendaki oleh pensyarah. Saya juga bersyukur
kerana sedikit sebanyak pemahaman saya mengenai keharmornian dan kedamaian
rakyat Malaysia ini bertambah dan ianya pasti amat berguna kepada saya suatu hari
nanti.
Secara keseluruhannya, mata pelajaran hubungan etnik memang sesuai
dijadikan sebagai mata pelajaran wajib di IPTA, IPTS malah kepada kami yang bakal
menjadi pendidik khasnya tentang keharmornian dan kedamaian rakyat. Melalui
mata pelajaran ini kami dapat menambahkan nilai kesedaran dalam diri kami tentang
pentingnya keharmonian dan kedamaian rakyat dalam kalangan masyarakat
majmuk yang ada seperti hari ini. Di samping memupuk nilai cintakan negara serta
mengambil iktibar daripada peristiwa perkauman yang telah berlaku di negara kita
sebelum ini. Sememangnya hala tuju negara pada masa depan akan ditentukan oleh
generasi muda sekarang. Oleh itu, sebagai pemangkin generasi yang akan datang
marilah kita sama-sama menjaga keharmornian dan kedamaian negara seiring
dengan pembangunan negara. Bak kata pepatah bersatu kita teguh, becerai kita
roboh.

Anda mungkin juga menyukai