Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Alhamdulillah ,akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasakan Ilmu (KKPI) Hubungan Etnik ini dalam masa yang ditetapkan.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah kami, yang selalu memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam memastikan kami menghasilkan hanya yang terbaik. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini banyak yang dapat saya kutip untuk dijadikan sebagai pengalaman dan pengajaran dalam kehidupan yang mendatang. Sejara jujurnya,pada permulaan,saya beranggapan subjek ini adalah subjek yang agak membosankan kerana kandungan subjeknya banyak tertumpu kepada sejarah sahaja.Ramai yang beranggapan belajar sejarah ini sesuatu yang

membosankan,namun setelah mendalami subjek ini ternyata subjek ini banyak membuka mata saya tentang peristiwa-peristiwa penting dalam penubuhan Malaysia; satu perkara yang ramai antara kita tidak begitu mengetahui dan mendalaminya. Dalam tugasan kali ,kami dikehendaki untuk menghasilkan peta minda yang mengandungi konsep perlembagaan dan unsur-unsur di dalamnya,carta garis masa untuk menunjukkan sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia dari tahun 1945 sehingga 1965.Selain itu,tugasan ini juga turut meliputi laporan lengkap berkaitan ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia ,kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di sesebuah negara dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.Oleh kerana kumpulan saya mempunyai 5 orang ahli;jadi masing-masing mempunyai peranan tersendiri untuk menyempurnakan KKBI.Alhamdulillah,kami dapat bekerjasama dengan baik dan dapat memberikan komitmen yang tinggi. Banyak telah saya perolehi sepanjang membuat tugasan ini,lebih-lebih lagi mengenai perlembagaan Malaysia.Saya akui tugasan kali ini banyak memberi input

berguna mengenai perlembagaan Malaysia seperi konsep ,unsur-unsur serta sejarah penggubalan Perlembagaan itu sendiri. Secara ringkasnya, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan

menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara. Garis masa yang dihasilkan untuk tugasan ini memudahkan saya untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah penggubalan perlembagaan.Bermula dengan kekalahan Jepun sehingga tertubuhnya Malaysia,banyak rentetan yang telah berlaku.Jasa pemimpin pemimpin terdahulu amatlah besar sehingga kita hidup dalam aman sehingga hari ini. Kefahaman saya terhadap kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik juga turut bertambah.Kontrak sosial adalah berteraskan dua asas iaitu Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Hak Kewarganegaraan.Hal ini selalu diperdebatkan dan ternyata ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak. sesetengah pihak kurang bersetuju mengenai keistimewaan yang diterima oleh penduduk bumiputera, iaitu Melayu, Orang Asli, peribumi Sabah, dan juga peribumi Sarawak. Ada yang menyalahkan pemimpinpemimpin terdahulu yang seolah-olah mengambil jalan mudah untuk memperoleh kemerdekaan negara. Hormatilah hak keistimewaan dan juga pengiktirafan kewarganegaraan ini kerana kita sama-sama lahir, membesar dan mencintai negara yang memiliki sejarah yang sama. Sebenarnya sejarah perjanjian inilah yang telah memelihara keharmonian negara kita secara terus menerus melalui perpaduan antara kaum.

Kita tidak mahu lagi mengulangi sejarah hitam negara yang menjadi igaun ngeri bagi setiap kita yang cintakan keamanan.Peristiwa 13 Mei 1969 seharusnya menjadi ikhtibar kepada kita semua supaya menjalani kehidupan dengan rasa tolak ansur di dalam sebuah negara majmuk ini. Akhir kata,diharap tugasan kali ini member manfaat kepada semua. Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai