Anda di halaman 1dari 6

NAMA : MUHAMMAD HAZIQ FITRI

BIN ANUWARHAZLY
PROGRAM : TEKNOLOGI KIMPALAN
NO IC : 071023090167
SEMESTER : 1 SVM
NAMA PENSYARAH : PUAN MARIA BT DIN
PENGHARGAAN

    Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi


kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek
Matematik ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini  saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada PUAN MARIA BT DIN ,selaku Pensyarah Usahawan
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya
kepada pensyarah saya PUAN MARIA BT DIN atas budi bicara beliau dalam
memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai  kerana tanpa bantuan
dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.

Sekian, terima kasih


ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN HALAMAN

1 PENGHARGAAN 1

2 PENDAHULUAN 2

3 KEPENTINGAN HUKUM KANUN MELAKA

4 PENGARUH ISLAM DALAM HUKUM KANUN


MELAKA
5 RUMUSAN
PENDAHULUAN

Hukum Kanun Melaka adalah merupakan Hukum Islam yang pertama yang telah
diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka.
Hukum Kanun Melaka adalah dokumen bertulis yang menunjukkan bahawa
undang-undang syariah termaktub dalam sIstem perundangan Melaka dan
jajahan takluknya serta dikuatkuasakan berdasarkan kepada fakta sejarah. Kajian
ini juga memaparkan sejarah undang-undang di Melaka yang menjadi amalan
masyarakat melayu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah. Terdapat
beberapa aspek yang ditekankan dalam Hukum Kanun ini.
Antaranya undang-undang perkahwinan, jual beli dan prosedur juga
dimuatkan bagi memperlihatkan Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang
Islam. Kewujudan Empayar Melayu Melaka dengan segala kehebatannya amat
berkait rapat dengan pengamalan hukum-hukum Islam. Pemerintah Melaka amat
menghormati ajaran Islam dan menjadikan istana sebagai pusat perkembangan
Islam.

2
KEPENTINGAN HUKUM KANUN MELAKA

Hukum kanun melaka sungguh penting kerana menjadi panduan dalam


menjalankan pemerintahan kesultanan melayu melaka. Hukum kanun melaka
dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin
keselamatan rakyat. Dengan itu perilaku jenayah dalam negeri melaka dapat
diatasi dengan baik dan terurus.
Selain itu, hukum kanun melaka penting sumber rujukan bagi menentukan
hukuman bagi kesalahan tertentu. Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan
seadil-adilnya dan mengikut undang negara. Tidak akan berlaku fenomena “ main
hakim sendiri” dalam kalangan masyarakat kerana hukum kanun melaka sudah
memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan.
Pentingnya hukum kanun melaka terletak pada peranannya sebagai
penentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam
undang-undang tesebut terkandung satu adat yang digelar adat lembaga yang di
dalamnya mengkanunkan satu sistem pentabiran dan pemerintahan yang teratur.
Di samping itu, kepentingan hukum kanun melaka turut terserlah bagi
mempertahankan sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan
golongan raja dan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintahan amat
berbeaza dan jauh jurangnya dengan yang diperintah.
Akhir sekali, adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan
larangannya, pemerintahan bendara, temenggung, penghulu, bendari dan
syahbandar dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentabiran
memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya
meningkat mutu dan produktiviti

2
2

Anda mungkin juga menyukai