Anda di halaman 1dari 27

Kandungan

Prakata Y.A.B. Ketua Menteri Melaka............................................................ Kata-Kata Aluan Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka.............................. Tujuan...............................................................................................................

i ii 1

Latar Belakang................................................................................................... 1 Takrif Khurafat dan Azimat ............................................................................. 2

Ciri-ciri Khurafat........................................................................... 3 Bentuk-bentuk Khurafat ................................................................... 3 Amalan Khurafat Yang Berlaku di Negeri Melaka ..................................... 5

Bentuk-Bentuk Azimat . 6 Ciri-Ciri Azimat ... 6 Bentuk Azimat Atau Jampi Yang Diharuskan.. 7 Hukum Berkaitan Khurafat dan Azimat .. 8 Kesimpulan ... 9 Penutup . 9 Bibliografi .. 10

Lampiran-Lampiran : Salinan Warta Mengenai Khurafat dan Azimat... 12 Petikan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Melaka)... 14 Contoh Azimat dan Tangkal. Iklan dan Keratan Akhbar Berkaitan Khurafat dan Azimat. Gambar Berkaitan Amalan Syirik dan Khurafat . 15 19 22

PRA KATA
Y.A.B. Ketua Menteri Melaka Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taala, Tuhan Sekalian Alam, salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu `Alayhi Wasallam, ahli keluarga dan para sahabatnya serta orang-orang yang mencontohi Baginda hingga hari qiyamat. Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Mufti Negeri Melaka kerana telah dapat menghasilkan buku Garis Panduan Mengenai Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam yang amat berguna kepada umat Islam khususnya di negeri ini untuk mendapatkan kefahaman dan panduan hukum yang jelas mengenai aspek-aspek khurafat dan azimat daripada perspektif Islam sebagai pedoman menghindarkan diri dan keluarga daripada terjebak dalam kepercayaan dan amalan yang boleh memudharatkan kesucian dan kemurnian aqidah. Menjadi harapan saya supaya amalan dan kepercayaan khurafat oleh segelintir umat Islam di negeri ini dapat dihakis dan dibanteras melalui penyebaran ilmu, didikan dan penguatkuasaan yang berterusan dengan kerjasama pelbagai pihak. Garis panduan ini juga secara tidak langsung dapat memudahkan pihak-pihak yang terbabit mengenalpasti ciri-ciri dan bentuk-bentuk khurafat dan azimat yang berlaku dalam masyarakat untuk diambil tindakan yang sewajarnya demi kemaslahatan umat Islam khususnya dalam pemeliharaan aqidah ummah. Saya mendoakan supaya umat Islam di negeri ini dapat menghindarkan diri daripada amalan dan kepercayaan khurafat dan penggunaan azimat yang dilarang oleh Islam dengan mematuhi garis panduan yang dinyatakan dalam buku ini demi kamajuan ummah di bumi bertuah ini.

Selamat Maju Jaya. MELAWATMELAKABERSEJARAHBERERTIMELAWATMALAYSIA MELAKABANDARAYAWARISANDUNIA,UNESCO MELAKAMAJUNEGERIKUSAYANG,NEGERIBANDAR TEKNOLOGIHIJAU

Y.A.B. DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD.RUSTAM Ketua Menteri Melaka

KATA ALU-ALUAN
Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka
Assalamulaikum Warahamatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa`kan ke hadrat Allah subhanahu wata`ala di atas nikmat limpah kurnia serta taufiq, hidayah dan inayahNya, maka dapatlah pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka menyusun Buku Garis Panduan Mengenai Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam untuk rujukan dan bacaan umum masyarakat pelbagai peringkat di negeri ini. Sesungguhnya kandungan buku garis panduan ini telah melalui proses penelitian dan perbincangan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Penyemakan, Jawatankuasa Fatwa Neegri Melaka dan seterusnya diperakukan oleh Majlis Agama Islam Melaka yang telah bersidang pada 16 Ogos 2011. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Jawatankuasa Penyemakan di atas sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam penyediaan garis panduan ini. Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka khususnya Bahagian fatwa dan Buhuth selaku urus setia dalam menghasilkan garis panduan ini. Akhir kalam, saya berharap dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta`ala semoga garis panduan ini dapat memberikan manfaat dan menjadi seruan dakwah kepada semua pihak agar dapat menjauhkan diri daripada amalan dan kepercayaan khurafat serta penggunaan azimat secara batil yang boleh membawa kepada kesyirikan yang membinasakan aqidah. Saya memohon agar semua umat Islam kembali ke pangkal iman, iaitu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam segenap lapangan kehidupan supaya terpelihara daripada kemurkaan Allah dan kebinasaan. Ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta`ala dipohonkan semoga usaha yang murni ini mendapat keredhaanNya, insyaAllah. Sekian, wassalam.

DATUK WIRA HAJI RASHID REDZA BIN HAJI MD. SALEH Mufti Kerajaan Negeri Melaka

ii

GARIS PANDUAN MENGENAI AMALAN KHURAFAT DAN PENGGUNAAN AZIMAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

TUJUAN

1.

Garis panduan ini disediakan untuk menjelaskan kepada masyarakat

mengenai bahaya kepercayaan dan amalan khurafat serta penggunaan azimat dan tangkal yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah seseorang. Panduan ini adalah berdasarkan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia setelah disemak dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka serta diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka. Hukum mengenai kepercayaan khurafat dan penggunaan azimat menurut pespektif Islam ini telah disiarkan dalam warta sebagai Fatwa pada 12 Januari 2012 sepertimana di Lampiran A. Pelanggaran terhadap keputusan Majlis Agama Islam Melaka dan Fatwa yang diwartakan merupakan suatu kesalahan kerana ia dianggap sebagai menghina Agama Islam dan Pihak Berkuasa Agama serta boleh dikenakan takzir sebagaimana yang diperuntukan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Melaka. Petikan seksyen berkenaan seperti mana di Lampiran B.

LATAR BELAKANG

2.

Garis Panduan Mengenai Khurafat dan Azimat Menurut Perspektif Islam ini

dihasilkan sebagai panduan dan rujukan orang ramai ekoran gejala tersebut dilihat masih berleluasa dalam masyarakat di mana ia boleh menjerumuskan pelakunya kepada perbuatan syirik dan kerosakan aqidah. Kepercayaan dan amalan tersebut 1

masih lagi dipegang atau diamalkan oleh sesetengah masyarakat Islam berpunca daripada pelbagai faktor antaranya kerana kejahilan atau kurang kefahaman ilmu agama, kerapuhan iman, terpedaya dengan pujukan hawa nafsu dan syaitan, terlalu mencintai dunia, wujud penawaran dan permintaan dan sebagainya.

3.

Kepercayaan dan amalan khurafat yang membelenggu pemikiran masyarakat

boleh membantutkan kemajuan dan kecemerlangan ummah. Hal ini boleh terjadi menerusi halangan-halangan dan sekatan-sekatan psikologi ke atas orang yang meyakini sesuatu unsur khurafat serta tingkah laku yang terikat dengan ramalanramalan tertentu sehingga mereka berada dalam keadaan ketakutan dan tidak bebas untuk melaksanakan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna. Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan, berleluasanya amalan bidah yang menyesatkan, hilang kepercayaan kepada qadha dan qadar, melahirkan sikap malas berusaha dan mudah berputus asa.

4.

Garis panduan ini diharap dapat memberi kefahaman dan penjelasan kepada

umat Islam di negeri ini mengenai aspek-aspek khurafat dan azimat daripada perspektif Islam dengan harapan supaya masyarakat Islam dapat menghindarkan diri dan keluarga daripada mengamalkannya demi memelihara kemurnian aqidah ummah.

TAKRIF KHURAFAT DAN AZIMAT

5.

Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran,

pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.

6.

Azimat atau tangkal ialah suatu bentuk permohonan untuk mendapatkan

pertolongan atau bantuan dengan menggunakan suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi 2

atau dipuja untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudharatkan orang lain.

CIRI-CIRI KHURAFAT :

7.

Amalan atau kepercayaan khurafat dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti

mana berikut :

(i)

Ia tidak didasarkan kepada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith yang bersandarkan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;

(ii)

Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongengan, khayalan atau kepercayaan karut;

(iii)

Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam;

(iv)

Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada selain daripada Allah Taala untuk tujuan tertentu;

(v)

Ia melibatkan penggunaan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok, busut dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu; atau

(vi)

Ia mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik, merosak atau menjejaskan akidah dan syariat Islam.

BENTUK-BENTUK KHURAFAT :

8.

Amalan dan kepercayaan khurafat boleh berlaku dalam pelbagai bentuk

seperti mana berikut :

(i)

Kepercayaan kepada keramat seperti makam, kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, cincin, bukit, tongkat, haiwan tertentu dan sebagainya;

(ii)

Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu, adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya;

(iii)

Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah pantai dan sebagainya;

(iv)

Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau kekuatan anasir halus atau makhluk bersemah, sebagainya; tertentu seperti adat memuja ke sungai semangat dan laut padi, dan

membuang

ancak

(v)

Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala dan sebagainya;

(vi)

Kepercayaan kepada ramalan-ramalan bintang, zodiak, angka, nombor, kod matrik, tarikh kelahiran, abjad nama, rajah-rajah tertentu, kitaran hari dan bulan dalam kalendar, bertenung nasib dan sebagainya dalam merancang dan melaksanakan sesuatu perkara dan mengatur kehidupan serta menentukan masa depan;

(vii)

Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali atau syeikh tertentu, melakukan upacara menghadirkan roh dan sebagainya; atau

(viii)

Menggambarkan wajah guru atau membayangkan di dalam hati rupa Guru Mursyid semasa berzikir atau beramal dan

sebagainya.

AMALAN KHURAFAT YANG BERLAKU DI NEGERI MELAKA :

9.

Antara amalan-amalan khurafat yang didapati berlaku dan diamalkan oleh

segelintir umat Islam di negeri ini adalah seperti mana berikut :

(i)

Membaca tahlil, berdoa dan bertakbir di tiang bendera semasa upacara menurun dan menaikkan bendera dengan

kepercayaan tertentu terhadap sesuatu yang dianggap keramat;

(ii)

Menyapu

dan

menyiram

cairan

cendana

dan

yang

seumpamanya pada batu nisan, membentang kain penutup ke atas kubur, membalut kain pada batu nesan, memasang colok, meletakkan bendera di atas kubur dan sebagainya;

(iii)

Perarakan membawa bendera, bunga telur, bunga-bungaan, buah-buahan di dalam dulang sambil berselawat beramai-ramai menuju ke kubur tertentu yang dianggap keramat;

(iv)

Mengadakan majlis maulud atau sambutan hari hol atau upacara tertentu di perkuburan yang dianggap keramat untuk

mendapatkan keberkatan;

(v)

Membawa haiwan ternakan hidup ke sesuatu tempat untuk disembelih bagi tujuan tertentu seperti membayar nazar, memohon hajat, lambang terima kasih kepada kubur dan simbol 5

upacara penutup selepas usaha memuja tempat yang didakwa keramat; (vi) Melakukan baiah di atas kubur atau tempat-tempat yang dianggap keramat; dan

(vii)

Upacara suluk atau uzlah dengan menghabiskan zikir tertentu berhari-hari di kawasan kubur dengan kepercayaan boleh meningkatkan taraf atau darjat di sisi Allah.

BENTUK-BENTUK AZIMAT

10.

Azimat terdiri daripada beberapa bentuk seperti mana berikut :

(i)

Menjampi batu, cincin, rantai, baju, keris dan sebagainya untuk dijadikan pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih dan sebagainya;

(ii)

Membungkus tulisan-tulisan, rajah-rajah atau objek-objek tertentu dengan kain kuning untuk dijadikan tangkal;

(iii)

Menjampi tulisan-tulisan yang tidak diketahui maknanya seperti dan dicampuradukkan dengan ayat-ayat al-Quran; dan

(iv)

Berjampi atau berazimat menggunakan kata-kata dicampuraduk dengan kata-kata sihir dan kufur yang tidak diketahui maknanya, contohnya: Bikana, makna, Nabi Yakun, Numa Yakun Akjulah sebenar-benar Zat Allah.

CIRI-CIRI AZIMAT

11.

Azimat dapat dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti mana berikut :

(i)

Kepercayaan kepada kekuatan sesuatu benda bukan berdasarkan kepada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith;

(ii)

Menjadikan tulisan-tulisan, rajah-rajah dan objek-objek tertentu sebagai tangkal;

(iii)

Menggunakan jampi serapah yang dicampuraduk dengan perkaraperkara kufur yang boleh membawa kepada syirik; dan

(iv)

Berjampi kepada objek-objek atau rajah-rajah yang dicampuraduk dengan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan tertentu.

BENTUK AZIMAT ATAU JAMPI YANG DIHARUSKAN

12.

Sesuatu azimat atau jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada 3 syarat

seperti mana berikut :

(i)

Ia hendaklah didasarkan kepada Allah Subhanahu Wa Taala

iaitu

dengan menggunakan kalamullah (al-Quran) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya;

(ii)

Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab atau bahasa lain yang boleh difahami maknanya; dan

(iii)

Hendaklah beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan manfaat atau mudharat dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah Subhanahu Wa Taala.

13.

Namun perlulah diambil ingatan bahawa tangkal, azimat atau jampi yang

mengandungi ayat-ayat al-Quran, nama-nama dan sifat-sifat Allah yang Maha Suci, wajiblah dipelihara daripada perkara-perkara yang hina atau keji.

HUKUM BERKAITAN KHURAFAT DAN AZIMAT

14.

Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala

amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber perundangan Hukum Syarak yang muktabar iaitu al-Quran, al-Hadith, Ijma dan Qiyas mengikut fahaman dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak.

15.

Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti

yang sering dilakukan oleh sesetengah individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri.

16.

Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah

atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda yang najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

17.

Amalan penggunaan azimat, tangkal atau susuk sebagai pelindung diri

seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pembenci, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;

18.

Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak

difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh.

19.

Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat,

menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang 8

bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Taala

KESIMPULAN

20.

Segala bentuk khurafat dan azimat sama ada yang berbentuk amalan atau

kepercayaan boleh membawa kepada syirik dan bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam. Justeru itu menjadi kewajipan setiap umat Islam mengetahui dan memahami hakikat khurafat dan azimat ini menurut perspektif Islam dan tidak terpedaya dengan hasutan nafsu dan syaitan yang menyesatkan.

PENUTUP

21.

Semoga garis panduan ini dapat memberi kefahaman dan penjelasan kepada

umat Islam di negeri ini mengenai aspek-aspek khurafat dan azimat daripada perspektif Islam dan seterusnya dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam kepercayaan dan amalan yang boleh memudharatkan kesucian dan kemurnian aqidah yang benar.

BIBLIOGRAFI
Al-Quran al-Karim

Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, 2000, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, t.th, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah

Muslim, Sahih Muslim Bi Syarh An-Nawawi, t.th, Kaherah: al-Maktabah al-Misriyah

Abu Daud As-Sajastani, Sunan Abi Daud, 1416H/1996, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah

Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari, Juz 11, Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Allamah Abi Thayyib Muhammad Syams al-Haqq al-Azhim Abadi, Aun al-Mabud Syarh Sunan Abi Daud, t.th., Juz10, Beirut: Dar al-Fikr.

Abi al-Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami, Az-Zawajir an Iqtiraf alKabair, 1418H/1998, Juz 1, Beirut: Dar al-Fikr.

Syamsuddin Muhammad bin Abi al-Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin ar-Ramli, Nihayah alMuhtaj ila Syarh al-Minhaj, 1386H/1967, Juz 1, Mesir: Syirkah Maktabah wa Mutabiah Mustafa alBabi al-Halabi wa Auladuh

Dr. Yusuf al-Qardhawi, Fatawa al-Muasirah

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, 2009, Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Fatwa Mufti Kerajaan, 1999, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam

Fatwa Mufti Kerajaan, 2004, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam

Ensiklopedia Islam, 2004, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Mujam al-Wasit, 1985, Al-Qaherah: Bi Syirkah al-Ilanat al-Syarqiah.

10

Al-Munjid fi al-Lughah wa al-Adab wa al-Ulum, t.th., Beirut: Al-Matbaah al-Kathulakiah

Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Kamus Idris al-Marbawi, 1998, Kuala Lumpur: Dar anNuman

Ismail Awang, Adat Orang-Orang Melayu Yang Bertentangan Dengan Akidah Islam, 1996, Kota Bharu, Kelantan: Cetakan Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

Mahyuddin Ismail Ph.D, Ahli Sihir Ke Tali Gantung, 2011, Batu Caves, Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd.

Adil Akhyar, Khurafat Alam Melayu, , 2010, Johor Bahru, Johor: Pustaka Azhar.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000, Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka

Melaka, 1991, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, No.6 tahun 1991.

Haji Mazanan bin Haji Yusof, Kertas kerja bertajuk Hukum Beramal Dengan Khurafat dan Azimat, 2007, dibentangkan di Majlis Ilmu Daerah Brunei/Muara, Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 61 Tahun, Anjuran Jabatan Perdana Menteri bertempat Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Berakas.

11

Lampiran A

NEGERI MELAKA

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF MALACCA GAZETTE


PUBLISHED BY AUTHORITY
Jil. 54 No. 11

19hb Januari 2012


M. P.U. 1. ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002 ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM (STATE OF MALACCA) ENACTMENT 2002
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36 FATWA UNDER SECTION 36

FATWA yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen itu. THE FATWA set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca) Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published in the Gazette under that subsection. JADUAL/SCHEDULE a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta;

b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja;

12

c)

Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, alHadith, Ijma dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam;

d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Mereka yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orangorang yang jahil dan menzalimi diri sendiri; e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda yang najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa; Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;

f)

g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh; h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Taala. Bertarikh 28 Disember 2011 Dated 28 December 2011 [JMM/BFB(S)/351/255//01/13; PUNM. 700-02/30 Jilid 2]

DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM Pengerusi/Chairman, Majlis Agama Islam Melaka

13

Lampiran B

ENAKMEN 6 TAHUN 1991 ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991 BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN

Seksyen 63. Menghina agama Islam. (1) Sesiapa dengan secara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau menghina Agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar, pegawai Agama, Guru Agama dan Imam yang dilantik dengan sahnya menurut undang-undang, mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti di bawah peruntukan Enakmen ini, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali. (2) Seseorang Islam yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan mengikut subseksyen (1) seksyen ini kerana mempersendakan Agama Islam dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalamnya.

Seksyen 65. Menghina pihak berkuasa agama. Sesiapa yang mengingkari, melanggar, membantah atau mengeji (selain dari menjalankan hak membuat rayuan) kewibawaan dan titah perintah yang sah daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, perintah Majlis, mana-mana Jawatankuasa Majlis pegawai mana-mana Mahkamah Syariah atau mana-mana pegawai agama, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya sekali.

14

CONTOH AZIMAT DAN TANGKAL

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/16/azimat-nabi-sulaiman-as/

Baju perang http://tapakwarisan.blogspot.com/p/barang-mistik-antik.html

Azimat tolak gunjingan http://paranormalmedanindonesia.blogspot.com/2010/01/azimat-tolak-gunjingan.html

15

Azimat pengobatan http://cocakijo.wordpress.com/2011/05/18/azimat-pengobatan/

Saputangan Azimat Berwafaq

Tali Pinggang Azimat Berwafaq

http://mistik707corner.blogspot.com/2010/07/saputangan-azimat-berwafaq.html

http://rasasejati.wordpress.com/kumpulan-ilmu-ghoib/ilmu-menulis-rajah/

Azimat sabuk (tali pinggang)

16

www.lelong.com.my

Minyak pengasih

Pati Raja Pengasih

Ibu duit

17

Bulu burung cenderawasih

Kain kelambu Kabah

Pisau Berwafaq

http://mistik707corner.blogspot.com/2010/07/saputangan-azimat-berwafaq.html

http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2010/04/hukum-memakai-tangkal.html

Lilitan benang

18

IKLAN BERKAITAN KHURAFAT

KERATAN AKHBAR BERKAITAN KHURAFAT DAN AZIMAT

December 15th, 2011


http://www.harian-metro-online.com/jampi-rambut-kekasih

PERBUATAN bomoh yang melakukan perbuatan khurafat dalam urusan perubatan boleh memesongkan akidah Kosmo, 5 November 2009

19

Wednesday, April 21, 2010

RAMPASAN: Selendang dan objek azimat yang dirampas pihak berkuasa

Makam Tok Gajah dipuja Harian Metro, Selasa, 14 Februari 2012

20

http://bookukita.blogspot.com/2011/06/khurafat-alam-melayu.html

21

GAMBAR BERKAITAN AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpress.com/2010/06/03/makam-sultanul-aarifeen-di-pulau-besar-2/makamsultanul-aarifeen-2/

22

Anda mungkin juga menyukai