Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Perkhemahan pengakap ialah satu program yang diadakan

pada setiap

tahun di sekolah-sekolah rendah. Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Gong Kapas. Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesame mereka dengan komunikasi yang baik. Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktivitiaktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi. Aktiviti yang diatur dan disusun oleh adalah mengikut masa yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan murid-murid dan guruguruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi urusan-urusan tertentu. Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional dan bengkel permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun. Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan. Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahankelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan tidak mencukupi. Contohnya

tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang mana terpaksa dipinjam. Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerjakerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer sahaja dibekalkan dalam bilik guru. Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan ini masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam keadaan padang yang basah. Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari atau malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan murid India mengamalkan menu vegetarian dalam kehidupan mereka. Ini sedikit menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan. Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari tersebut. Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh tuan rumah. Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti. Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan, memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung.

Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan bersemangat buat para peserta. Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang menyertai perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan mereka sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid dan guru-guru daripada kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah membuat persediaan awal dan dapat menempah makanan seperti yang dikehendaki. Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Setiap kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat.

Disediakan oleh Ravindran a/l Muthu

Anda mungkin juga menyukai