Anda di halaman 1dari 4

1.0. 1.1. 1.2.

JURNAL REFLEKTIF PERTAMA AKTIVITI : Laporan Hari Perayaan ( Tahun Baharu Cina ) Menyediakan satu laporan yang berkaitan dengan perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina.

PERISTIWA :

1.3.

JURNAL Sepanjang menjalankan aktiviti 1, saya telah banyak menghabiskan masa dengan mencari

maklumat melalui media-media cetak, temubual dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dari internet. Walaupun aktiviti ini nampak mudah tetapi ia memerlukan beberapa kemahiran seperti kemahiran mencari maklumat, mengumpul maklumat, mentafsir maklumat dan menghuraikan maklumat menggunakan cara yang paling berkesan. Dengan kerjasama yang padu daripada rakan-rakan yang berbangsa cina, saya dengan mudah mendapat beberapa maklumat yang penting untuk penulisan saya. Setelah melalui beberapa pengalaman di dalam menyiapkan tugasan yang pertama ini, saya dapat merasakan sesuatu yang berbeza dari segi persepsi terhadap perayaan ini. Sebagai individu, saya rasakan perayaan Tahun Baharu Cina merupakan satu perayaan yang unik dan mempunyai sejarah yang amat kuat dari segi sosio budaya. Ini kerana perayaan ini lebih memberikan penekanan kepada hidup berharmoni, bermasyarakat, keselesaan dan menitik beratkan hal-hal kekeluargaan. Ia juga memberikan satu gambaran yang jelas tentang hidup masyarakat Cina yang dikelilingi dengan kemewahan. Jika dilihat dari sudut kekeluargaan yakni saya sebagai ibu bapa kepada sesebuah keluarga atau saya sebagai anak kepada kedua orang tua saya, perayaan ini telah memberikan satu contoh yang amat baik dari segi pertalian kekeluargaan. Mereka mempunyai banyak cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan semasa hari perayaan seperti makan besar, bermain bunga api, pemberian angpau bagi ahli keluarga yang belum berkahwin dan ziarah menziarahi. Sebagai ayah kepada anak-anak saya, amalan menziarahi jiran tertangga yang merayakan Tahun Baharu Cina terus diamalkan supaya menjadi contoh kepada anak-anak saya agar amalan ini berterusan dan terus diamalkan oleh generasi-generasi yang akan datang.

Di dalam hidup bermasyarakat, kaum cina dikatakan sebuah kaum yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Mereka amat mengambil berat sesama kaum, dalam masa yang sama mereka mudah bargaul dengan masyarakat yang lain di sekeliling mereka. Sebagai ahli masyarakat, saya telah peka akan hal-hal yang berkaitan dengan budaya sesuatu masyarakat yang lain lebih-lebih lagi masyarakat Cina. Sifat mereka yang tekun berusaha menjadi contoh satu masyarakat yang berjaya di dalam semua lapangan lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan. Telah menjadi adat hidup berjiran, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Inilah amalan hidup berjiran yang telah saya amalkan semasa hari perayaan dan ia telah diperkukuhkan lagi setelah saya melibatkan diri dalam menyediakan tugasan ini. Reflektif yang terakhir bagi aktiviti 1 adalah tanggungjawab saya sebagai guru di sekolah. Setelah menjalankan aktiviti ini, saya telah mengetahui bahawa amat penting bagi setiap murid dididik dari kecil tentang kepentingan menjaga keharmonian dalam masyarakat. Satu masalah yang telah saya kenalpasti sepanjang saya menjalankan aktiviti ini iaitu semangat menziarahi jiran semasa hari perayaan dan amalan turun-temurun semasa perayaan semakin kurang diamalkan. Oleh yang demikian melalui beberapa cara di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, saya sebagai guru cuba untuk menanamkan amalan ini pada murid-murid agar mereka terdidik dan dapat mempertahankan tradisi ini demi menjaga identity masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk.

2.0. 2.1. 2.2.

JURNAL REFLEKTIF KE-DUA AKTIVITI : PERISTIWA : Menemubual tiga generasi tentang perayaan ( Tahun Baharu Cina ) Merakam perbualan saya dengan tiga generasi iaitu kumpulan 1: individu yang berumur 55 tahun dan ke atas, kumpulan 2: individu yang berumur 25 tahun hingga 45 tahun dan kumpulan 3: individu yang berumur 7 hingga 18 tahun.

2.3.

JURNAL Di dalam menjayakan aktiviti yang kedua, saya telah dengan sedaya upaya menjalankan

satu sesi temubual dengan beberapa individu yang telah saya pilih untuk mendapat beberapa maklumat tentang perayaan yang saya lakukan. Walaupun pada hakikatnya ia merupakan satu tugas yang amat berat dan sukar untuk dilaksanakan disebabkan oleh faktor kekangan bahasa, kefahaman dan pengetahuan individu yang ditemubual, tetapi dengan keyakinan yang tinggi akhirnya saya dapat melakukan tugasan tersebut dengan jayanya. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mendapat satu pengalaman yang amat berguna sebagai seorang inidividu. Secara tidak langsung saya telah meningkatkan keyakinan diri saya di dalam berhadapan dengan kaum lain disamping melatih diri untuk lebih mahir di dalam menggunakan bahasa yang sopan untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Manakala sebagai ibu bapa kepada anak-anak saya, pengalaman ini dapat saya gunakan untuk mengajar anak-anak saya supaya dapat menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila di dalam perbualan seharian dengan rakan-rakan serta orang yang lebih tua dengan mereka. Dengan cara menunjukkan hasil temubual yang telah saya rakam dan membawa mereka semasa sesi temubual akan memberikan kesan kepada anak-anak saya agar mereka meminati bidang komunikasi. Sebagai ahli masyarakat pula, saya sememangnya amat bertuah kerana melakukan sendiri tugasan ini

Anda mungkin juga menyukai