Anda di halaman 1dari 14

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak.

Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih. Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak. Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi". Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan. Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities). Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan. Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik. Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.

Sedari kecil, Hana gemar mengajuk cakap sesiapa saja. Jika ditanya, siapa nama? Tiada jawapan diberi tetapi ayat siapa nama? akan diajuk kembali. Di kala usianya masih kecil, lagaknya itu mengundang jenaka di kalangan ahli keluarga namun

apabila menginjak usia empat tahun, jenaka itu bertukar menjadi kebimbangan tambahan pula, Hana masih tidak mampu bertutur dan lasak. Sehinggalah, satu hari, selepas beberapa kali pertemuan dengan doktor pakar, Hana disahkan mengalami autisme.

Persoalan berakar dalam benak si ibu tentunya mengenai masa depan anak comel itu. Adakah dia mampu berdikari, sama seperti insan normal lain? Penolong Setiausaha, Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom), Zuariyah Mohd Noor, berkata autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak dan gejalanya selalunya timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Penyebab autisme adalah gangguan neuro biologi yang mempengaruhi fungsi otak sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif. Kata Zuariyah, autisme adalah penyakit seumur hidup yang tiada ubat dan sehingga kini, tiada pihak dapat memberitahu apa faktor penyebab autisme. Justeru, ibu bapa harus menjangkakan di setiap peringkat hidup anak autisme datang bersama kemungkinan dan masalah berbeza. Bagaimanapun, mereka tetap mempunyai emosi, nafsu dan perasaan, cuma semuanya itu dikaburi perilaku luar kawal akibat masalah pada saraf dipanggil vestibular problem, masalah tingkah laku dan deria, katanya. Masalah selalu timbul adalah salah tafsir masyarakat yang tidak memahami apabila melihatkan anak autisme berwajah normal, namun memiliki perilaku luar kawal sehinggakan ada segelintir ibu bapa berasa malu tampil di khalayak, katanya. Zuariyah mengakui, penerimaan masyarakat terhadap anak autisme masih terlalu jauh, malah beliau sendiri kurang gemar apabila ramai melabelkan anak autisme sebagai kurang upaya. Ia kedengaran seperti prejudis sedangkan kanak-kanak ini kadangkala lebih bijak dan mempunyai kecenderungan lebih terhadap bidang muzik serta gajet elektronik. Disebabkan prejudis masyarakat itulah yang dikatakan menjadi punca ramai penghidap autisme di United Kingdom membunuh diri, katanya. Mengubah tanggapan negatif boleh dimulai dengan tindakan awal ibu bapa sendiri iaitu melalui bimbingan dan terapi khusus, bertujuan mengawal perilaku mereka. Kanak-kanak autisme tidak boleh menjadi normal, mereka juga tidak boleh diubati tapi yang nyata, individu ini boleh diuruskan. Paling utama bagi anak autisme adalah bimbingan awal sebagai jaminan untuk anak itu berdikari di masa depan.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak autisme perlu diajar menjalani kehidupan membabitkan semua aspek sama ada pengurusan diri, bermain juga bergaul dari awal, katanya. Bagaimanapun, banyak pihak seakan terlupa, kanak-kanak ini akan membesar suatu hari nanti dan memerlukan program khas bagi meneruskan kelangsungan hidup. Kita fikir budak, tapi mereka akan besar. Selepas usia 19 tahun, apa program yang dapat menjamin kehidupan mereka malah Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri tiada rumah perlindungan khas untuk individu autisme kerana itu juga antara kebimbangan diluahkan ramai ibu bapa di mana anak autisme hendak menumpang hidup setelah mereka tiada lagi di dunia, katanya. Naib Pengetua Nasom, Rusmawati Abdullah, berkata sekiranya kanak-kanak autisme dikesan dan dirawat secara perlahan pada peringkat awal usia lagi, mereka mungkin dapat menjalani kehidupan lebih baik. Sehingga kini, ada penghidap autisme dapat dikesan seawal usia 18 bulan disebabkan wujudnya kesedaran di kalangan pengamal perubatan dan ibu bapa mengenainya, katanya. Sejak 2005, Nasom menawarkan program pengesanan, penilaian dan diagnosis bagi pengesahan autisme bermula di Jalan Pahang dan kini di Pusat Sehenti Nasom-Kiwanis Autistik PJ, Setia Alam, Meru, Selangor, bermula November tahun lalu. Kami di Nasom turut menggalakkan, anak autisme menjalani program intervensi awal selama enam bulan yang memfokuskan kepada kemahiran sosial dan urus diri, katanya. Program ini disediakan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi. Ada juga anak autisme menyertai Program Peralihan memenuhi kriteria berserta kelulusan Kementerian Pendidikan berpeluang meneruskan pelajaran di sekolah biasa terpilih. Bagaimanapun, hanya mereka yang layak saja akan dibenarkan kerana kanak-kanak ini memerlukan sokongan tanpa ada sikap prejudis orang lain. Kita tidak mahu jika tersalah langkah akan menyebabkan keadaan mereka bertambah serius, katanya. Program Sekolah Aliran Biasa itu dimulakan dengan kerjasama Nasom dan Kementerian Pendidikan sejak 2005 di 12 sekolah perdana terpilih di mana setiap sekolah terbabit dibekalkan alat bantuan mengajar bagi memastikan anak autisme tidak ketinggalan dalam pelajaran. Program Rumah turut dirangka Nasom, khusus bagi ibu bapa yang mengalami kesukaran menghantar anak ke sekolah khas. Kami akan rangka program pendidikan individu berasaskan keperluan murid dan menjalankan penilaian berkala, katanya. Sebagai bekalan, kemahiran hidup turut diajar melalui program vokasional khusus bagi anak autisme yang tidak berpeluang memasuki sekolah.

Tiga pusat menawarkan pendidikan vokasional turut ditubuhkan di mana mereka berpeluang mempelajari kemahiran tertentu seperti memasak, menyediakan makanan, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjahit, menghasilkan kerja tangan dan kemahiran komputer. Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan untuk pelanggan yang ingin menyediakan diri bagi memasuki alam pekerjaan, katanya. Bagaimanapun kata Rusmawati, kunci kejayaan dalam mendidik anak autisme adalah kesinambungan latihan dan kerjasama. Hasil pasti akan kelihatan jika ibu bapa komited kerana ketahuilah bahawa anak istimewa ini tidak bodoh tapi mereka memerlukan bantuan untuk mempelajari kemahiran dalam tempoh masa tertentu. Saya juga suka untuk mengingatkan ibu bapa supaya tidak mengasingkan anak autisme kerana tanpa pendedahan, masyarakat juga tidak akan terbuka dan faham, katanya. Sedari kecil, Hana gemar mengajuk cakap sesiapa saja. Jika ditanya, siapa nama? Tiada jawapan diberi tetapi ayat siapa nama? akan diajuk kembali. Di kala usianya masih kecil, lagaknya itu mengundang jenaka di kalangan ahli keluarga namun apabila menginjak usia empat tahun, jenaka itu bertukar menjadi kebimbangan tambahan pula, Hana masih tidak mampu bertutur dan lasak. Sehinggalah, satu hari, selepas beberapa kali pertemuan dengan doktor pakar, Hana disahkan mengalami autisme.

Persoalan berakar dalam benak si ibu tentunya mengenai masa depan anak comel itu. Adakah dia mampu berdikari, sama seperti insan normal lain? Penolong Setiausaha, Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (Nasom), Zuariyah Mohd Noor, berkata autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak dan gejalanya selalunya timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Penyebab autisme adalah gangguan neuro biologi yang mempengaruhi fungsi otak sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara efektif. Kata Zuariyah, autisme adalah penyakit seumur hidup yang tiada ubat dan sehingga kini, tiada pihak dapat memberitahu apa faktor penyebab autisme. Justeru, ibu bapa harus menjangkakan di setiap peringkat hidup anak autisme datang bersama kemungkinan dan masalah berbeza. Bagaimanapun, mereka tetap mempunyai emosi, nafsu dan perasaan, cuma semuanya itu dikaburi perilaku luar kawal akibat masalah pada saraf dipanggil vestibular problem, masalah tingkah laku dan deria, katanya.

Masalah selalu timbul adalah salah tafsir masyarakat yang tidak memahami apabila melihatkan anak autisme berwajah normal, namun memiliki perilaku luar kawal sehinggakan ada segelintir ibu bapa berasa malu tampil di khalayak, katanya. Zuariyah mengakui, penerimaan masyarakat terhadap anak autisme masih terlalu jauh, malah beliau sendiri kurang gemar apabila ramai melabelkan anak autisme sebagai kurang upaya. Ia kedengaran seperti prejudis sedangkan kanak-kanak ini kadangkala lebih bijak dan mempunyai kecenderungan lebih terhadap bidang muzik serta gajet elektronik. Disebabkan prejudis masyarakat itulah yang dikatakan menjadi punca ramai penghidap autisme di United Kingdom membunuh diri, katanya. Mengubah tanggapan negatif boleh dimulai dengan tindakan awal ibu bapa sendiri iaitu melalui bimbingan dan terapi khusus, bertujuan mengawal perilaku mereka. Kanak-kanak autisme tidak boleh menjadi normal, mereka juga tidak boleh diubati tapi yang nyata, individu ini boleh diuruskan. Paling utama bagi anak autisme adalah bimbingan awal sebagai jaminan untuk anak itu berdikari di masa depan. Dalam erti kata lain, kanak-kanak autisme perlu diajar menjalani kehidupan membabitkan semua aspek sama ada pengurusan diri, bermain juga bergaul dari awal, katanya. Bagaimanapun, banyak pihak seakan terlupa, kanak-kanak ini akan membesar suatu hari nanti dan memerlukan program khas bagi meneruskan kelangsungan hidup. Kita fikir budak, tapi mereka akan besar. Selepas usia 19 tahun, apa program yang dapat menjamin kehidupan mereka malah Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri tiada rumah perlindungan khas untuk individu autisme kerana itu juga antara kebimbangan diluahkan ramai ibu bapa di mana anak autisme hendak menumpang hidup setelah mereka tiada lagi di dunia, katanya. Naib Pengetua Nasom, Rusmawati Abdullah, berkata sekiranya kanak-kanak autisme dikesan dan dirawat secara perlahan pada peringkat awal usia lagi, mereka mungkin dapat menjalani kehidupan lebih baik. Sehingga kini, ada penghidap autisme dapat dikesan seawal usia 18 bulan disebabkan wujudnya kesedaran di kalangan pengamal perubatan dan ibu bapa mengenainya, katanya. Sejak 2005, Nasom menawarkan program pengesanan, penilaian dan diagnosis bagi pengesahan autisme bermula di Jalan Pahang dan kini di Pusat Sehenti Nasom-Kiwanis Autistik PJ, Setia Alam, Meru, Selangor, bermula November tahun lalu. Kami di Nasom turut menggalakkan, anak autisme menjalani program intervensi awal selama enam bulan yang memfokuskan kepada kemahiran sosial dan urus diri, katanya.

Program ini disediakan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi. Ada juga anak autisme menyertai Program Peralihan memenuhi kriteria berserta kelulusan Kementerian Pendidikan berpeluang meneruskan pelajaran di sekolah biasa terpilih. Bagaimanapun, hanya mereka yang layak saja akan dibenarkan kerana kanak-kanak ini memerlukan sokongan tanpa ada sikap prejudis orang lain. Kita tidak mahu jika tersalah langkah akan menyebabkan keadaan mereka bertambah serius, katanya. Program Sekolah Aliran Biasa itu dimulakan dengan kerjasama Nasom dan Kementerian Pendidikan sejak 2005 di 12 sekolah perdana terpilih di mana setiap sekolah terbabit dibekalkan alat bantuan mengajar bagi memastikan anak autisme tidak ketinggalan dalam pelajaran. Program Rumah turut dirangka Nasom, khusus bagi ibu bapa yang mengalami kesukaran menghantar anak ke sekolah khas. Kami akan rangka program pendidikan individu berasaskan keperluan murid dan menjalankan penilaian berkala, katanya. Sebagai bekalan, kemahiran hidup turut diajar melalui program vokasional khusus bagi anak autisme yang tidak berpeluang memasuki sekolah. Tiga pusat menawarkan pendidikan vokasional turut ditubuhkan di mana mereka berpeluang mempelajari kemahiran tertentu seperti memasak, menyediakan makanan, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjahit, menghasilkan kerja tangan dan kemahiran komputer. Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan untuk pelanggan yang ingin menyediakan diri bagi memasuki alam pekerjaan, katanya. Bagaimanapun kata Rusmawati, kunci kejayaan dalam mendidik anak autisme adalah kesinambungan latihan dan kerjasama. Hasil pasti akan kelihatan jika ibu bapa komited kerana ketahuilah bahawa anak istimewa ini tidak bodoh tapi mereka memerlukan bantuan untuk mempelajari kemahiran dalam tempoh masa tertentu. Saya juga suka untuk mengingatkan ibu bapa supaya tidak mengasingkan anak autisme kerana tanpa pendedahan, masyarakat juga tidak akan terbuka dan faham, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Misteriautisme/Article/

mutiara: AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas

untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan pelik, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu. Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini. Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.

Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran. Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti. Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:

# Tidak menghiraukan orang lain # Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain # Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap # Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) # Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran # Lebih suka bermain sendiri # Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi # Lambat bercakap # Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang # Tidak boleh berkomunikasi dengan baik # Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot # Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) # Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya # Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa # Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan

# Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek # Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan # Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang # Tidak boleh duduk diam # Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) # Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri # Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu: # Kurang tumpuan kepada persekitaran # Sering ada dalam dunia sendiri # Kadangkala pertuturan tidak jelas # Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran Apabila kanak-kanak mula menunjukkan perangai, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman.

Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan. Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satusatu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi, katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif: # Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya # Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau buat perangai) # Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas) # Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian) # Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek # Cuba mengambil balik kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa) # Stimming perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulangulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain Apa yang boleh dilakukan guru? Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:

# Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah. Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah. # Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. # Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak. # Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya lagi lima minit kita akan tutup televisyen atau dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. # Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.

Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik negatif. # Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang. # Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang. Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme, katanya.

Ciri-ciri autisme > Tidak menghiraukan orang lain > Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap > Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) > Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran > Lebih suka bermain sendiri > Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi > Lambat bercakap > Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang > Tidak boleh berkomunikasi dengan baik > Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot > Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) > Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya > Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa > Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan > Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek > Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang > Tidak boleh duduk diam > Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) > Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif > Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
http://pdknet.com.my/forum/index.php?topic=589.0;wap2

Anda mungkin juga menyukai