Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP KHAS JANUARI / 2014


HBAE3103
KRAF TRADISIONAL
NAMA
NO MATRIKULASI

: AMY TING CHIEW YIN


: 800709135160001

NO KAD PENGENALAN : 800709135160


NAMA TUTOR
HUSSEN

: EN. ZULKANAIN BIN

NO TELEFON

: 0168737113

E-MEL

: ah_miao1980@hotmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU LEARNING CENTE

1.0 Pengenalan
1

Seperti mana yang telah diterangkan oleh Farish Noor & Eddin Khoo (2003), kraf boleh
didefinisikan sebagai suatu item yang mana dihasilkan oleh seseorang individu dengan
menggunakan kemahiran tangan mreka tanpa ataupun dengan menggunakan peralatan yang
mudah sahaja. Secara lazimnya, Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002) juga
menerangkan bahawa seni kraf tangan ini cenderung untuk diwarisi sejak turun temurun dari
satu generasi ke generasi yang lain.
Pada masa yang sama, pandangan yang mana telah dikemukakan oleh Halim Nasir (1987)
juga menunjukkan bahawa penghasilan seni kraf tradisional ini adalah sangat memerlukan
kemahiran tangan yang mana mengambil masa yang panjang untuk mempelajari kemahiran
tersebut. Pada kebiasaanya, kemahiran ini akan diwarisi oleh generasi sebelum ini ke generasi
muda yang akan datang. Contoh karya seni kraf tangan yang dimaksudkan ini adlah
termasuklah anyaman, tenunan, batik, tembikar, wau, gasing perhiasan diri, ukiran kayu dan
lain lain. Dalam pada itu, pandangan yang telah dikemukakan oleh Mackenzie, Donald A.,
(1926) juga menunjukkan bahawa kraf tradisional yang mana dihasilkan ini merupakan
elemen yang penting untuk mencerminkan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek
moyang kita. Semua kebudayaan ini dapat dicerminkan melalui reka bentuk, warna, garisan
dan juga gaya yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya tradisional tersebut..
Di samping itu, Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995) juga berpendapat bahawa kraf tangan yang
telah direkakan dan dihasilkan dalam masyarakat Melayu tempatan mempunyai hubungan
yang sangat penting dan rapat dengan kebudayaan bangsa Melayu serta kesenian Islam
terseut. Ini boleh ditunjukkan dalam pelbagai proses untuk penghasilan sesuatu kraf
tradisional. Antara proses yang dimaksudkan adalah termasuklah proses penggarapan,
pentafsiran, dan pemberian suatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan
keanekaragaman dalam suatu hasil karya seni tersebut. Akhirnya, Mohamed Najib bin Ahmad
Dawa. (1995) juga mengatakan bahawa ajaran dalam agama Islam merupakan suatu
pengaruh yang cukup penting serta signifikan dalam penghasilan karya kraf tradisional untuk
bangsa Melayu di Malaysia. Ia boleh dibuktikan dengan pelbagai motif dan corak yang
berasaskan kesenian Islam yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya kraf tradisional
Melayu tersebut.
2.0 Konsep Islam dalam Kehidupan Masyarakat Melayu
2

Seperti mana yang telah diterangkan oleh Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. (1995), kraf
Melayu merupakan suatu hasil karya seni yang mana menggunakan pelbagai unsur yang
wujud dala persekitaran kepada rupa bentuk seni. Sebagai contoh, unsur flora dan bunga
bungaan merupakan antara elemen yang selalunya digunakan oleh seniwan di dalam negara
ini untuk menghasilkan pelbagai jeins kraf tradisional Melayu seperti batik dan juga kain
sarung. Sesungguhnya, Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007) juga bersetuju akan kenyataan ini
di mana beliau telah mengatakan bahawa kraf Melayu yang dihasilkan dalam masyarakat
bangsa Melayu adalah unik dan berbeza dengan kraf seni yang telah dihasilkan oleh bangsa
bangsa yang lain di dalam negara ini. Semua ini adalah berikutan seni kebudayaan yang
berbeza untuk bangsa yang berbeza.
Selain daripada itu, penerangan yang telah disumbangkan oleh Norhaiza Noordin (2005)
telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang sangat erat wujud di antara orang
Melayu dan juga kesenian Islam dalam usaha menghasilkan suatu kraf tangan yang unik dan
istimewa. Beliau telah memberikan contoh di mana tulisan al Quran yang telah digunakan
sebagai sumber motif untuk menghasilkan pelbagai jenis karya ukiran kayu yang menarik
dalam masyarakat Melayu di dalam negara Malaysia ini. Sesungguhnya, pandangan yang
telah dikemukakan oleh Zulkifli Hanafi (2000) telah menunjukkan bahawa kebanyakan motif
yang digunakan oleh seniwan tempatan adalah sejajar dengan ajaran agama Islam. Sebagai
contoh, semua motif yang digunakan untuk menghasilkan karya Melayu seperti gasing
perhiasan adalah tidak berdasarkan figura manusia ataupun binatang. Ini adalah figura
binatang dan manusia tidak dibenarkan untuk dijadikan sebagai motif dalam karya seni
sebagaimana yang ditetapkan dalam ajaran agama Islam.
Dalam pada itu, Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995) juga menerangkan bahawa keistimewaan
untuk hasil kraf tangan Melayu dapat ditunjukkan dengan lebih nyata dan jelas lagi melalui
proses penggarapan motif yang mana berdasarkan pelbaagi subjek yang relevan dengan alam
semula jadi seperti arabes, flora, dan geometri. Contohnya, kebanyakan batik yang dihasilkan
dalam masyarakat Melayu adalah cenderung untuk menggunakan bunga dan flora sebagai
motif yang utama dan ia telah menunjukkan keunikan serta keistimewaan karya seni kraf
tangan Melayu dalam negara ini.
Seperti mana yang sedia diketahui, unsur ajaran Islam merupakan suatu unsur yang begitu
penting untuk mempengaruhi corak dan motif seni karya kraf tangan yang dihasilkan dalam
3

masyarakat Melayu tempatan. Ini turut dipersetujui oleh Norhaiza Noordin (2005) di mana
beliau telah menjelaskan bahawa salah satu contoh di mana membuktikan pengaruh ajaran
Islam dalam karya seni kraf tangan Melayu ialah motif yang digunakan sebagai sumber idea
untuk menghasilkan karya kraf tangan ini adalah tidak menggunakan figura manusia ataupun
binatang. Ini adalah kerana ia adalah bertentangan dengan ajaran dalam agama Islam dalam
msyarakat Melayu tempatan ini. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka yang masih ingin
mendapatkan idea daripada figura fauna, mereka boleh menggunakan kreativiti mereka untuk
melakukan pengubahsuaian ke atas figura tersebut supaya ia tidak kelihatan secara jelas
merupakan suatu bentuk manusia ataupun binatang tersebut. Oleh yang demikian, ia jelas
menunjukkan hubungan yang erat di antara ajaran agama Islam dengan kesenian Melayu
dalam masyarakat Malaysia ini.
Pada masa yang sama, pelbagai ciri ciri kesenian Islam yang menarik juga boleh
ditunjukkan dalam hasil karya Melayu. Antaranya ialah penggunaan motif yang berulang,
unsur geometri dan juga penggunaan arabes yang sesuai. Sesungguhnya, Farish Noor &
Eddin Khoo (2003) telah menerangkan bahawa motif arabes yang digunakan dalam seni kraf
Melayu adalah suatu motif yang mana berdasarkan pengaruh Arab. Pada kebiasaannya, motif
arabes in iakan digunakan untuk menghasikan seni hiasan yang mana terdapat pada yangga
masjid Hadhari, dan Jertih. Seni hiasan yang mempunyai corak yang berulang dan
ketidakhinggaan ini telah mencerminkan kepercayaan penganut agama Islam bahawa Allah
SWT adalah bermaha ehsa dan mempunyai kuasa yang ketidakhinggaan tersebut.

3.0 Analisis Perbincangan Ciri Ciri Falsafah Melayu dan Kesenian Melayu
Pada asasnya, kesenian Islam merupakan suatu unsur sangat penting untuk memberikan
kesan yang mendalam terhadap rekaan dan penghasilan seni kraf tangan Melayu di dalam
negara Malaysia. Contohnya, seni kraf tangan Melayu seperti tembikar, tenunan, anyaman,
4

batik, kain sarung dan sebagainya adalah dihasilkan berdasarkan motif yang berunsurkan
kesenian Islam seperti tulisan tulisan Al-Quran, Arabes dan sebagainya. Oleh yang demikian,
perbincangan dalam bahagian kertas ini akan bertumpu perhatian terhadap hasil analisis yang
mana dilakukan terhadap ciri ciri Falsafah Melayu dan juga kesenian Melayu yang relevan.

(A) Proses Penggarapan Idea


Untuk proses penggarapan idea, Farish Noor & Eddin Khoo (2003) telah menerangkan
bahawa seluruh proses penggarapan motif untuk menghasilkan karya kraf tangan Melayu
seperti batik Melayu yang mana menggunakan motif arabes, geometri, dan juga flora sebagai
inspirasi untuk penghasilan seni karya tersebut. Sesungguhnya, semua motif ini adalah sejajar
dan tidak bercanggahan dengan ajaran dalam agama Islam yang sedia ada di mana semua
motif yang diterangkan ini adalah lebih cenderung kepada sesuatu yang positif, membina,
lembut dan juga menunjukkan kebaikan serta maha ehsa Tuhan seperti mana yang ditekankan
dalam agama Islam dalam masyarakat Melayu tersebut.

Rajah 1.0 Contoh Ukiran Kayu


Seperti mana yang telah ditunjukkan dalam rajah 1.0 di atas, ia merupakan suatu ukiran kayu
yang mana dihasilkan berdasarkan motif dan corak tulisan al Quran. Pada masa yang sama,
tulisan dan corak yang digunakan untuk menghasilkan ukiran kayu ini adalah berpola
geometrid an juga berulang serta mengembang ke semua arah tanpa penghujungnya. Ini
sebenarnya memberikan suatu konsep di mana sifat Allah swt yang tidak terbatas dan tiada
penghujungnya. Sehubungan dengan itu, ia telah membuktikan bahawa kesenian Islam
5

merupakan suatu unsur yang sangat penting untuk mempengaruhi proses penggarapan idea
dalam menghasilan karya kraf tangan Melayu dalam masyarakat Malaysia.

(B) Proses Mentafsir Idea


Selain daripada itu, pandangan yang telah dikemukakan oleh Syed Muhammad Naquib AlAttas (1972) juga menunjukkan bahawa pengaruh agama Islam adalah sangat penting dan
signifikan untuk proses menafsirkan idea dalam usaha untuk menghasilkan suatu karya kraf
tangan Melayu yang menarik dan istimewa. Beliau juga mengatakan bahawa idea
berdasarkan kesenian Islam yang mana digunakan untuk menghasilkan pelbagai kraf tangan
Melayu seperti batik dan kain sarung adalah mempunyai nilai estika yang tinggi dan ia boleh
menawankan hati sesiapa sahaja yang melihat hasil karya tersebut. Sememenganya tidak
boleh dinafikan bahawa semua idea yang ditafsirkan dan digunakan untuk menghasilkan kraf
tangan Melayu ini seharusnya tidak boleh bercanggahan dengan ajaran agama Islam dalam
negara Malaysia. Ini boleh dibuktikan melalui contoh di mana semua karya kraf tangan
Melayu akan dihasilkan berdasarkan pelbagai motif yang berlainan selain daripada motif
yang berdasarkan figura manusia dan binatang. Ini adalah kerana ajaran agama Islam telah
mengatakan bahawa semua figura manusia dan binatang adalah dilarang untuk digunakan
dalam menghasilkan sesuatu seni karya Melayu. Salah satu contoh seni karya Melayu iaitu
kain tenunan songket adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.0 berikut:

Rajah 2.0 Contoh Hasil Tenunan Melayu Songket


6

Secara lazimnya, rajah 2.0 telah menunjukkan suatu contoh hasil tenunan Melayu Songket
yang mana unsur arabes yang mengabungkan unsur flora dan juga geometri akan digunakan
sebagai motif yang utama dalam penghasilan hasil tenunan ini. Seperti mana yang telah
dinyatakan oleh Halim Nasir (1987), motif arabes boleh didefinisikan sebagai suatu motif
yang mana berdasarkan pengaruh kebudayaan Arab dan padanan dengan unsur geometri, dan
bunga bungaan adalah sangat harmoni seperti mana yang ditunjukkan dalam hasil tenunan
kain Songket Melayu dalam rajah 2.0 di atas. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa
penenun kain songket ini bukan hanya semata mata untuk menghasilkan motif yang indah
sahaja tetapi yang lebih penting lagi beliau ingin menggali keunikan dan keistimewaan yang
ada pada Al- Quran dan Hadith tersebut.

(C) Pengaruh dalam Memberi Makna


Untuk komponen yang ketiga di mana akan diterangkan dalam kertas kajian ini adalah
berkaitan dengan hubungan di antara kesenian dan ajaran agama Islam dalam mempengaruhi
apreasiasi kraf tangan Melayu dalam masyarakat tempatan. Seperti mana yang telah
ditekankan oleh Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995), hasil karya seni kraf Melayu yang
dihasilkan ini bukan semata mata hanya mementingkan keindahan dan keunikan sahaja
tetapi ia juga lebih kepada menyampaikan pelbagai mesej yang positif kepada masyarakat
tempatan seperti kasih sayang yang wujud di antara seseorang hamba kepada penciptaNya.
Secara lazimnya, kebanyakan karya kraf Melayu juga dihasilkan dengan menggunakan motif
flora dan alam semula jadi di mana akan memberikan peringatan kepada kita semua tentang
keindahan dan keunikan ciptaanNya kepada manusia sejagat ini. Salah satu contoh hasil
7

karya kraf tangan Melayu iaitu anyaman yang dihasilkan berdasarkan unsur kesenian Islam
adalah seperti mana yang dipaparkan dalam rajah 3.0 berikut:

Rajah 3.0 Contoh Hasil Anyaman


Secara lazimnya, rajah 3.0 di atas merupakan suatu contoh anyaman yang dihasilkan dalam
masyarakat Melayu tempatan. Corak anyaman ini adalah Kelarai Tampuk Jantung yang mana
idea ini telah ditafsirkan berdasarkan tumbuhan di persekitaran rumah dan juga bentuk
bentuk geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam
penghasilan motif. Motif yang mana terdiri daripada geometri yang berulangan dan
berkembang ke semua arah telah menunjukkan makna yang tersirat iaitu kuasa yang maha
Esa adalah tidak terbatas.

4.0 Ukiran Kayu Tradisional


Pada masa yang sama, tumpuan untuk perbincangan dalam bahagian kertas ini adalah kepada
ukiran kayu tradisional yang mana dihasilkan oleh bangsa Melayu dalam negara ini. Seperti
mana yang telah dikemukakan oleh Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007), ukiran bolehlah
didefinisikan sebagai suatu usaha yang mana mengukirkan sesuatu bahan seperti kayu dengan
menggunakan pisau wali. Selain daripada itu, beliau turut mengatakan bahawa terdapat dua
faktor yang utama di mana akan menentukan keunikan dan juga keistimewaan ukiran kayu
tradisional yang dihasilkan oleh seseorang pengukir. Antaranya faktor faktor ini adalah
seperti yang disenaraikan berikut:

Alam semula jadi yang mana kaya dengan pelbagai bahan kayu kayan yang boleh
digunakan untuk menghasilkan bahan binaan, alat, perahu dan juga barang hiasan
yang berlainan.

Kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan yang mana boleh memberikan idea yang
membina kepada semua pencipta untuk menwujudkan pelbagai karya seni yang
menarik serta istimewa.

Secara lazimnya, proses yang perlulah dilalui untuk menghasilkan sesuatu ukiran tradisional
Melayu akan dibahagikan kepada dua proses yang utama iaitu proses penghasilan silat dan
juga proses kemasan. Penerangan yang detail untuk kedua dua proses ini akan dipaparkan
seperti di bawah:

(A) Proses Penghasilan Silat


Seperti mana yang telah diterangkan oleh Zulkifli Hanafi (2000), silat boleh didefinisikan
sebagai suatu corak yang mana akan bertimbul dan juga bertenggelam untuk bahagian tepi
corak tersebut ataupun di atas papan diukir telah keluar. Contohnya, ukiran tebuk silat akan
menunjukkan bahagian yang sepatutnya bertindih ataupun berlengkung yang terkeluar akan
ditenggalamakan. Ukiran yang sedemikian adalah sangat menarik untuk menonjolkan corak
tersebut. Ia turut dipersetujui oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) di mana beliau
juga berpendapat bahawa ukiran kayu silat ini dapat menonjolkan kesan 3 dimensi yang
menarik berbanding dengan ukiran kayu yang biasa. Selain daripada itu, Zulkifli Hanafi
(2000), juga mencadangkan 5 jenis ukiran silat yang biasa akan digunakan dalam
menghasilkan ukiran kayu ini. Antaranya ialah silat leper, silat belah rotan, silat serong, silat
dada tuma, dan silat Minangkabau. Salah satu contoh ukiran silat adalah seperti mana yang
ditunjukkan dalam rajah yang berikut:

Rajah 4.0 Contoh Hasil Ukiran Bersilat


Pada masa yang sama, ukiran tradisional Melayu ini juga boleh dilakukan dalam bentuk
gabungan di antara bahagian yang disilatkan dan juga tidak disilatkan. Ukiran ini
menunjukkan bahagian belakang kayu yang mana ditembuskan ke bahagian belakang dan
bahagian yang disilatkan tersebut akan diukirkan supaya ia akan bertimbul dengan lebih
tinggi berbanding bahagian yang lain. Pada kebiasaannya, corak ukiran ini akan digunakan
dalam menghasilkan mimbar masjid, barang hiasan, perabot dan sebagainya. Contoh untuk
ukiran ini adalah seperti yang dipaparkan dalam rajah yang berikut:

Rajah 5.0 Contoh Hasil Ukiran yang mempunyai Bahagian Silat dan Tidak Silat
(B) Proses Kemasan
Seperti mana yang telah diterangkan oleh Zulkifli Hanafi (2000), proses kemasan adalah
suatu proses yang cukup penting untuk mempertingkatkan tahap kehalusan dan juga
kecantikan sesuatu ukiran kayu tradisional. Pada kebiasaannya, pengukir akan menggunakan
kertas pasir untuk mengosok bahagian permukaan ukiran dan juga celah celah pada ukiran
supaya bahagian bahagian ini boleh diratakan dan dilicinkan. Ia secara langsung akan
menjadikan bahan ukiran kayu ini menjadi menawan dan halus. Oleh yang demikian, kerja
10

kerja kemasan ini mestilah dilakukan dengan berhati hati sebelum ukiran kayu ini dicatkan
dan dipasarkan.
Dalam pada itu, minyak bijian dan juga getah kayu sena biasanya akan digunakan untuk
mengecatkan bahagian permukaan ukiran kayu tersebut untuk menjadikannya kelihatan lebih
kemas dan menarik lagi. Selain daripada itu, minyak bijan ini juga boleh melindungi
bahagian permukaan ukiran kayu ini supaya tidak senang rosak. Pada pendapat Norhaiza
Noordin (2005), usaha untuk memelihara dan memulihara hasil ukiran kayu mestilah
dilakukan supaya ukiran tersebut boleh bertahan lama. Antara langkah langkah penjagaan
yang dicadangkan oleh beliau adalah seperti:

Membersihkan ukiran kayu dan mengilapkannya sekiranya keadaan diperlukan

Mengelakkan ukiran kayu diletakkan di tempat yang panas ataupun terkena dengan
air hujan

Minyak akan disapukan ke atas permukaan kayu untuk melindungi permukaan ukiran
kayu tersebut.

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni kraf Melayu adalah suatu seni yang mana begitu menarik dan
menawan. Seperti mana yang telah diterangkan oleh tokoh tokoh seni seperti Farish Noor &
Eddin Khoo (2003), kraf tangan Melayu merupakan suatu hasilan karya dengan
menggunakan kemahiran tangan dan juga peralatan yang ringkas dalam masyarakat Melayu
tempatan. Antara contoh hasil kraf tangan Melayu yang popular dalam negara Malaysia
adalah seperti anyaman, tembikar, tenunan kain Songket, batik, perhiasan gasing dan
11

sebagainya. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa penghasilan kraf tangan Melayu ini
adalah relevan dengan kesenian dan ajaran agama Islam di kalangan ahli ahli masyarakat
Melayu tempatan. Contohnya, mereka akan menggunakan motif yang berunsurkan Islam
seperti Arabes, tulisan Al-Quran, geometri berulang dan sebagainya untuk menghasilkan
karya karya kraf tangan seperti batik. Selain daripada itu, proses penghasilan kraf tangan
Melayu bukanlah setakat mementingkan keindahan dan keunikan hasilan tersebut, tetapi ia
juga berfokus kepada mesej dan konsep yang ingin dipaparkan kepada masyarakat.
Contohnya, penggunaan corak flora untuk menghasilkan kain batik adalah untuk
memberitahu kepada orang ramai tentang keunikan dan keistimewaan ciptaanNya. Semua
individu seharusnya menghargainya. Akhirnya, ukiran kayu tradisional merupakan salah satu
jenis kraf tangan Melayu yang unik dan ia akan melibatkan dua proses yang utama iaitu
proses kemasan dan juga proses penghasilan silat.

6.0 Rujukan
Farish Noor & Eddin Khoo (2003), Spirit of Wood, Periplus : Singapore
Frishman, M & Hasan-uddin Khan (ed). (2002), The Mosque, Thames & Hudson : London.
Halim Nasir (1987), Traditional Malay Wood Carving, DBP : Kuala Lumpur
Mackenzie, Donald A., (1926), The Migration of Symbols and their Relations to Beliefs and
Customs., Alfred A. Knopf : New York.
Mahmud Yusuf Li Hua Yen (1995), Masjid Masjid Di Negara China, Pustaka Antara : Kuala
Lumpur.
12

Mohamed Najib bin Ahmad Dawa. (1995). The Symbolism of Batik from Kelantan, Malaysia
: Its Origins and Transformation, Tesis PhD yang tidak diterbitkan, Institute of Advance
Studies, Manchester Metropolitan University, UK. 1995.
Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007). Kajian Simbolisme Elemen-Elemen Estetik dan Ragam
Hias Rumah Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni Bina Gaya Pantai Timur, Tesis PhD,
Institut Pengajian Siswazah, USM, 2007.
Norhaiza Noordin (2005). Mengekalkan Motif Ukiran Kayu Tradisi Masa Kini, International
Seminar : Spirit & Form in Malay Design, Muzium Negara, Kuala Lumpur. 27 29 Jun
2005.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,
ABIM: Kuala Lumpur
Zulkifli Hanafi (2000), Pola-Pola Hiasan di Dalam Bangunan Tradisional Melayu, DBP :
Kuala Lumpur

13

Anda mungkin juga menyukai