Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1403
SENI DALAM PENDIDIKAN
(SEMESTER SEPTEMBER 2015)

NAMA

FATIMAH BT PAWI

NO MATRIK

660207135388001

NO KAD PENGENALAN

660207 13 5388

EMEL

fatimahpawi@rocketmail.com.my

NO TELEFON

012 8490646

TUTOR

ENCIK WONG NENG LEE

E-TUTOR

MOHD ZAHARI BIN MAT NOR

PUSAT PEMBELAJARAN

SIBU, SARAWAK

Isi Kandungan

Muka Surat

1.0 PENGENALAN
1.1 Misi
1.2 Definisi Pengalaman
1.3 Tema
1.4 Topik
1.5 Kumpulan Sasaran
1.6 Objektif Pembelajaran
2.0 PENGALAMAN
2.1 Kemahiran Berfikir
2.2 Kemahiran Melukis
2.3 Kemahiran Mewarna
3.0 EKSPRESI
3.1 Elemen-elemen ekspresi
3.2 Apresiasi Seni
3.3 Kajian Kes Pengajaran dan Pembelajaran
4.0 SOROTAN KAJIAN
5.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN

1.0.

17
18

PENGENALAN

Pembelajaran seni visual alaf ke-21 telah mengalami satu perubahan yang amat ketara dari segi
penerapan kemahiran dan penerokaan media untuk menghasilkan seni lukis dan seni reka yang
amat menarik dan kreatif. Menurut Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol
yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Menurut Martin,
(1986) pula, seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan
2

kemahiran serta pengetrahuan yang nyata. Sesuatu aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanakkanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, emosi dan salah satu medium komuniksai bagi
kanak-kanak.
Salah satu aktiviti seni yang mengabungkan dua bidang dalam pendidikan seni ialah aktiviti
diorama yang mana bidang seni lukis yakni catan dan seni reka berbentuk objek atau arca.
Dengan adanya satu pembelajaran seni visual yang teratur dan tersusun ia akan melatih muridmurid dari segi. Diorama boleh ditakrifkan sebagai gabungan catan besar yang mewujudkan
persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar
tersebut. Merujuk Kamus Dewan edisi ke-empat menerusi bidang kesenian, diorama ialah
persembahan citra dalam bentuk tiga dimensi , biasanya bahagian latarnya dilukis manakala
dalam bidang pendidikan pula diorama merupakan model tiga dimensi yang mengambarkan
pemandangan dihadapan latar belakang dua dimensi berbentuk lengkung, untuk membantu
pengajaran dengan lebih jelas.
Oleh yang demikian, di bawah panitia pendidikan seni visual sekolah, panitia tersebut telah
merancang satu program seni lukis dan seni reka selama 4 minggu berturut-turut yang
melibatkan pelbagai aktiviti. Program ini merupakan salah satu program persatuan mata
pelajaran pendidikan seni yang telah diwujudkan dibawah unit kokurikulum sekolah. Sekolah ini
merupakan sekolah yang terletak dim kawasan luar Bandar tetapi mempunyai murid dan tenaga
pengajar yang paling ramai diantara sekolah luar Bandar di kawasan tersebut. Dari segi aktiviti
kokurikulum pula sekolah ini amat aktif dengan pelbagai ptogram sepanjang tahun.

1.1

Misi
Penganjuran program kesenian yang berkonsepkan diorama ini merupakan satu
landasan yang tepat bagi kanak-kanak untuk mengembangkan potensi mereka
dalam mengolah daya kreativiti pada peringkat yang lebih tinggi. Pembentukkan
aktiviti seni yang tersusun dan terancang akan dapat melahirkan kanak-kanak
yang mempunyai keupayaan dalam menyelesai segala permasalahan dan bijak
3

membuat keputusan. Program seni diorama ini juga diadakan untuk melahirkan
murid-murid yang menyayangi dan menghargai alam sekitar dalam kehidupan
seharian mereka pada masa kini dan masa yang akan datang.

1.2

Definisi Pengalaman
Pengalaman ialah sesuatu yang telah dijalani dan melihat perkara-perkara dan
juga kejadian yang telah berlaku kepada seseorang. Selain itu, gabungan antara
kemahiran dan pengetahuan yang telah didapati daripada melakukan sesuatu
dalam satu tempoh masa atau ketika juga akan membentuk satu pengalaman.
Dalam dunia pendidikan, apa juga bidang yang dipelajari

akan membina

pengalaman yang amat bermakna, memberangsangkan dan menghasilkan satu


kepuasan kepada kanak-kanak. Menerusi minat serta sifat ingin tahu kanak-kanak
akan membentuk satu pengetahuan yang disimpan serta berkembang dalam satu
jangka masa yang panjang. Pengalaman ini penting bagi membantu kanak-kanak
membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasa diri sendiri.
Sekaligus, satu karya yang baru dan kreatif akan terbentuk hasil daripada
pengalaman sepanjang tempoh pembelajaran. Selain itu, penerokaan menerusi
deria seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan bauan juga boleh
membentuk pengalaman kepada kanak-kanak. Hal ini disokong oleh pendapat
Bersoon (1982) yang mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan
respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan

1.3

Tema
Tema bagi program seni diorama tahun ini ialah Seni dan Kehidupan

1.4

Topik

Bagi merealisasikan tema program diorama ini, topik yang difikirkan sesuai ialah
Sayangi dan Hargailah Kehidupan Haiwan
1.5

Kumpulan Sasaran
Bagi menjayakan program ini, kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar tahap 2
iaitu pelajar Tahun Empat.

1.6

Objektif Pembelajaran
1.6.1

Mendedahkan kanak-kanak dalam aktiviti pendidikan seni visual yang


bersifat kreatif, ekspresif dan aktif bagi mengembang pemikiran pada
tahap yang paling maxsimum sekaligus melatih motor halus kanak-kanak
dalam mengolah seni lukis dan seni reka bentuk dengan cara yang
tersendiri.

1.6.2

Memupuk semangat setia kawan dalam hidup bermasyarakat dan saling


hormat menghormati dalam memberi serta menerima idea atau pendapat
rakan-rakan semasa membuat aktiviti berkumpulan.

1.6.3

Menerapkan nilai-nilai kesenian dalam kehidupan seharian sekaligus


membentuk peribadi yang sentiasa mencintai keindahan seni terutamanya
dalam bidang seni lukis dan seni reka bentuk.

2.0

PENGALAMAN

Dalam menempuh dunia pendidikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semakin mendapat
perhatian umum. Pelbagai pembaharuan sering dilakukan agar aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat memberi manfaat yang berguna kepada kanak-kanak. Secara asasnya, murid
di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Dengan aktiviti seni
dalam pendidikan ia memainkan peranan bagi memperkembangkan sifat-sifat melalui persepsi

visual, imaginasi dan daya pemikiran. Aktiviti pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pada minggu pertama program yang akan dianjurkan oleh unit kokurikulum ini nanti dibawah
persatuan pendidikan seni visual bersama-sama panitia pendidikan seni visual, adalah
menggunakan konsep pangabungjalinan. Dalam pengabungjalinan ini murid-murid akan merasai
pengalaman yang amat berguna dalam mempelajari kemahiran-kemahiran dalam menghasilkan
karya seni yang asli dan menarik. Selain itu, pengabungjalinan dalam mata pelajaran lain juga
memberikan satu pengalaman yang amat berharga dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran
dam pembelajaran dalam pendidikan seni visual.
Seterusnya aktviti minggu pertama ini juga melibatkan mata pelajaran yang lain seperti sains
juga satu pengalaman yang bermakna dalam menambah ilmu pengetahuan dalam bidang sains
disamping mempelbagaikan bahan bantu belajar untuk memahami konsep sains dengan lebih
mudah. Menerusi kegiatan seni diorama, pengabungjalinan sains amat bertepatan dan sekaligus
memahirkan murid-murid dalam mata pelajaran sains lebih-lebih lagi tajuk haiwan yakni tema
untuk program ini.

2.1

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu serta dalam menyelesaikan masalah. Ia terbahagi kepada dua iaitu
kemahiran berfikir secara kriris dan kreatif. Berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Berfkir secara kreatif pula, kebolehan kita
6

mencerna serta menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Menurut Edward de Bono dalam
buku nya yang berjudul I am Right You Are Wrong (1990), beliau mendefinisikan berfikir
sabagai satu proses yang kompleks berlaku dalam minda seseorang apabila orang tersebut
menerokai pengalamanya secara terpeinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Menurut Dewey
(1910) pula, pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah
timbuil. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk
digunakan menyelesaikan malalah dalam situasi yang dihadapi.
Berpandukan model Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru
(BPG), kemahiran berfikir terbahagi kepada komponen seperti pemikiran kritis, pemikiran
kreatif, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan kemahiran belajar. Menerusi program
ini murid-murid akan didedahkan dengan komponen-kompenen dalam kemahiran berfikir.
Melalui proses tersebut, mereka akan mudah untuk mengembangkan pemikiran mereka pada
satu tahap yang paling tinggi. Maka dengan itu, mereka akan mudah meneroka pelbagai bidang
dalam menghasilkan sebuah karya yang benar-benar bermutu tinggi. Kecekapan berfikir mereka
mudah untuk diterjemahkan melalui hasil karya diorama yang akan dihasilkan. Jalan penceritaan
diorama yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi akan menggalakan murid-murid untuk
berfikir dalam pada masa yang sama mereka akan menunjukkan kemahiran seni lukis dan seni
bina secara semulajadi.

2.2

Kemahiran Melukis

Kemahiran melukis merupakan sejenis kemahiran yang terawal dalam peradaban manusia
melebihi kemahiran menulis dan mewarna. Ini dapat dibukti apabila terdapat lukisan-lukisan
yang berupa lakaran di dinding gua tempat pengunapan manusia dahulu. Oleh yang demikian
7

melukis adalah asas kepada penghasilan sebuah karya seni. Kemahiran dalam melukis amat
berkait rapat dengan kegiatan membuat gambar yakni satu aktiviti melukis dengan menggunakan
media kering atau media yang terhad untuk menghasilkan sebuah gambar yang menarik. Secara
langsung, bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan
menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan
dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada
kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan
Kemahiran melukis adalah kemahiran asal program ini dan tahap kemahiran dalam melukis yang
tinggi akan menentukan kejayaan program ini sekaligus meletakan ia sebagai program
pendidikan seni yang paling bermakna. Menerusi pembelajaran dan pengajaran disekolah rendah,
kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak untuk
merangsang dan meningkatkan pembelajaran dalam aktiviti melukis. Dalam program ini juga
murid-murid yang kurang mahir dalam melukis akan diberikan pendedahan secara penuh
dengan penggunaan pelbagai jenis media, alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut
cara ekspresinya yang tersendiri. Ia juga dapat membantu murid mengembangkan aspek
psikomotor dan emosi serta penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi murid-murid.

2.3

Kemahiran Mewarna

Pengunaan warna dalam penghasilan karya hanya terhad kepada 3 kumpulan warna iaitu warna
asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna-warna tersebut hadir dalam media warna seperti
8

pensel warna, warna pastel, warna air dan lain-lain lagi. Aktiviti mewarna juga tidak kurang
pentingnya dalam menghasilkan satu karya yang lebih jelas dan menarik. Pengunaan pelbagai
media warna dalam menghasilkan diorama dapat menentukan tahap kemahiran mewarna muridmurid. Hal ini boleh membantu mereka untuk membuka minda seluas luasnya dalam
perkembangan murid-murid yang sering membentuk fikiran dan idea menerusi lukisan mereka.
Aktiviti-aktiviti ini merupakan bentuk-bentuk luahan yang kukuh untuk pelbagai emosi muridmurid rasai atau alami dalam aktiviti harian mereka.
Dalam kemahiran mewarna yang telah diterapkan menerusi program ini, murid-murid secara
tidak langsung dapat membina kemahiran motor halus mereka. kemahiran motor halus penting
dalam kehidupan mereka untuk menjadikan mereka lebih teliti dan peka dalam membuat sesuatu
perkara. Dalam kemahiran ini juga murid-murid dapat membangunkan otot-otot tangan dengan
cara memegang dan mengawal warna dengan betul. Selain itu kemahiran mewarna mengajar
mereka untukn lebih fokus terhadap sesuatu perkara. Misalnya apabila melukis, mereka akan
memberikan tumpuan untuk menghabiskan lukisannya malahan ia juga membuatkan muridmurid belajar tentang had iaitu tidak mewarna di luar garisan yang telah ditetapkan. Hasil kerja
yang baik dan berjaya akan membuatkan mereka banggga dengan hasilnya.

3.0

EKSPRESI

Ekspresi merujuk kepada luahan perasaan seseoarang terhadap sesuatu objek yang dilihat, dirasai
dan dihidu walaupun tanpa luahan lisan, ekspresi tersebut boleh berlaku dengan hanya
memperlihatkan melalui hasil karya seni. Menurut Tolstoy ekspresi dalam seni ialah satu bentuk
komunikasi atau seumpama bahasa. Manakala menurut Collingwood pula, ekspresi sebagai
penghubung yang rapat antara perasaan pelukis dengan hasil kerjanya. Pelukis tidak perlu
meluahkan perasaannya untuk khalayak tetapi cukup hanya berekspresi menerusi karya tersebut.
Bagi murid-murid, program ini adalah satu medium yang sessuai untuk mereka berekspresi
menerusi aktiviti contengan atau lukisan yang dihasilkan. Terdapat sesetengah murid-murid
yang sukar untuk berkomunikasi secara lisan atau terus. Maka, melalui ekspresi orang
disekeliling mereka akan tahu isi hati murid-murid tersebut. Sebagai contoh hasil contengan
sebuah keluarga yang dihasilkan kanak-kanak memperlihatkan imej ibu lebih besar berbanding
imej ayah dan ahli keluarga yang lain. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut lebih rapat
atau menyayangi ibunya lebih dari ahli keluagra yang lain.
3.1

Elemen-elemen ekspresi

Berkenaan dengan ekspresi yakni ekspresi visual seseoarang pelukis terhadap sesuatu objek yang
dilukis misalnya merupakan menifestasi rasa dalaman yang dianggap penyataan perasaan. Ini
secara jelas telah memperjelaskan tentang ekspresi. Oleh yang demikian, terdapat tiga elemen
yang terdapat dalam ekspresi yang secara jelas nya mempunyai pengetian yang berbeza iaitu
daya intuisi, presepsi dan konsepsi. Intuisi merujuk kepada pengamatan dalam diri murid
terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan. Persepsi ialah bagaimana tanggapan murid-murid
terhadap sesuatu pengolahan seni dan diluahkan berbentuk ekspresi diri yang spontan. Manakala
konsepsi merujuk kepada pembentukan sesuatu konsep yang baru hasil daripada ekspresi murid
terhadap aktiviti pendiidkan seni. Konsep yang dihasilkan mungkin asli tanpa meniru hasil
ciptaan orang lain.

3.2

Apresiasi Seni

Sesuatu hasil karya seni yang telah dihasilkan jika tidak dihargai akan menjadikan sesebuah
karya tersebut sia-sia. Oleh itu dalam pengajaran pendidikan seni visual apresiasi seni telah
10

diperkenalkan dan diterap. Secara ilmiahnya, apresiasi seni adalah satu proses penghayatan seni
yang merangkumi aspek pengetahuan, pertimbangan, diskriminasi dan penghargaan terhadap
karya seni. Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan
yang menyeronokan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk
memahami sesuatu karya seni. Menurut Hurwitz dan Day (2001) pula ia membahwa maksud
menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah pencarian dan penyaluran
maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, mengenai
bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya.
Progam ini mampu menyediakan medan komunikasi bagi murid-murid unntuk meningkatkan
kepercayaan terhadap diri sendiri dalam melontarkan pandangan dan pendapat sendiri tentang
seni. Maka bagi mereka apresiasi seni merupakan satu landasan yang sesuai untuk mereka
berekspresi serta mengembangkan idea mereka dalam mengolah sebuah karya yang bermutu
tinggi. selain itu, apresiasi seni juga melatih kanak-kanak untuk menghargai hasil karya seni
orang lain dan menghormati idealogi yang terdapat pada karya. Disamping itu, pelaksanaan
apreasiasi seni bertujuan membina tatabahasa visual kanak-kanak bagi meningkatkan daya
estetik dan sebagai pengalaman yang amat berguna dalam bahasa tampak membantu menyelami
perasaan penghasil-karya. Menerusi Feldman (1967) dan Smith (1967) telah mencadangkan
aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan interktual melalui empat
tahap yakni menggambarkan, menganalisis, tafsiran dan penilaian.

3.3

Kajian Kes Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam proses pengajaran dan pebelajaran disekolah, mereka selalu terlibat dengan pelbagai
aktiviti yang memberikan ruang kepada mereka untuk terus berekspresi tanpa sebarang
11

kekangan. Beberapa rangsangan perlu digunakan dalam gaya pembelajaran murid untuk
membentuk ekspresi yang positif. Rangsangan-rangsangan seperti rangsangan persekitaran,
rangsangan emosi, rangsangan sosiologi, rangsangan fisiologi dan rangsangan psikologi. Bagi
mewujudkan murid-murid yang berekspresif beberapa

aktiviti pendidikan seni visual yang

bersifat koperatif perlu dilakukan. Aktiviti yang bersifat koperatif ini akan membimbing mereka
untuk menjadi murid yang murni disamping membebaskan murid-murid daripada sebarang
tekanan persaingan yang kerap kali membawa kesan tingkah laku yang merosakkan. Aktiviti
koperatif adalah seperti berikut:
Senario Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Diorama : hidupan laut.

Aplikasi seni: Guru sebagai pemudah cara menunjukkan contoh diorama yang telah siap
dan menunjukkan langkah-langkah untuk menghasilkan diorama.

Contoh diorama

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 3

Ekspresi Kreatif : Murid-murid memanipulasikan bahan-bahan secara kreatif dengan


bantuan dan bimbingan dari guru dan murid-murid
menghasilkan

diorama yang dikehendaki.


Apresiasi Seni : Murid-murid diberikan peluang secara sukarela untuk mempamerkan
akuarium yang dihasilkan dan mereka menceritakan pengalaman
sendiri
dalam proses penghasilan akuarium tersebut.

4.0

SOROTAN KAJIAN

12

Kajian merupakan satu penelitian ilmiah yang telah dijalankan oleh mereka yang pakar dalam
sesuatu bidang. Ia sesuai digunakan untuk memperkukuhkan sesuatu penulisan yang telah
dihasilkan. Oleh yang demikian terdapat beberapa kajian yang sesuai digunakan untuk
menyokong cadangan program yang telah dirancang ini. Kajian-kajian ini telah terbukti sebagai
kajian ilmiah yang secara langsung mengkaji tentang perkembangan manusia seperti teori
perkembangan artistik kanak-kanak Lowenfeld dan Britain (1982) yang telah memperkenalkan
teori perkembangan kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun.
Dalam teori ini terdapat lima peringkat utama yang telah diketengahkan iaitu scribbling,
preschematic, schematic dan dawning realism.
4.1

Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

Dalam teori ini, dikatakan bahawa kanak-kanak bermula dengan sebuah contengan secara
rawakdan tidak terkawal. Proses ini menyebabkan pergerakan badan secara semulajadi dan
membangunkan koordinasi otot motor tangan. Peringkat ini merupakan peringkat yang terawal
bagi kanak-kanak sebelum mereka menguasai pergerakan tangan dan mula berubah kepada
lukisan garisan lurus serta melintang kepada melukis bulatan. Seperti lukisan di bawah:

Contoh lukisan peringkat scribbling


Sumber : https://plasticenglish.wordpress.com/drawing-development-in-children/
4.2

Peringkat Preschematic ( 4-7 tahun)


13

Peringkat seterusnya akan memperlihatkan perubahan dari contengan kepada percubaan pertama
yakni melukis objek yang terdapat disekelilingya dengan menggunakan garisan. Pada peringkat
ini juga kanak-kanak juga sudah dapat membezakan perwatakan dalam lukisan yang dihasilkan
seperti karakter ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka akan dilukis dengan anggota yang
lengkap seperti tangan dan kaki serta ia dilukis seolah-olah terapung dengan saiz imej yang
berbeza-beza. Kebiasaanya, saiz imej yang dilukis besar menggambarkan karakter terebut lebih
mereka sayangi.

Contoh lukisan preschematic


Sumber : https://plasticenglish.wordpress.com/drawing-development-in-children/

4.3

Peringkat Schematic (7 -9 tahun )


14

Seperti yang terdapat dalam teori perkembangan ini, peringkat schematic lebih memberikan
penekanan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek
yang terdapat di sekelilingnya. Penyusunan yang dimaksudkan disini adalah reka letak imej yang
dilukis. Kanak-kanak pada peringkat ini secara tidak sedar telah menunjukkan pengunaan asas
seni reka dalam mengambar iaitu imbangan. Dengan memasukkan imej atau objek secara
sistematik, maka satu imbangan telah wujud dalam lukisan tersebut. Selain itu, kanak-kanak juga
dapat menggunakan ruang dengan baik dalam lukisan mereka. Sebagai contoh kanak-kanak mula
membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu
satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama
manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan dihasilkan spontan, bebas dan
berskala besar seperti contoh dibawah.

Contoh lukisan schematic


Sumber : https://plasticenglish.wordpress.com/drawing-development-in-children/

15

4.4

Peringkat Drawing Realism atau The Gang Age (9-12 tahun)

Semakin meningkat usia kanak-kanak semakin meningkat tahap pengolahan fikiran mereka. hal
ini boleh diterjemahnya menerusi peringkat dawning realism yang mana umur kanak-kanak ialah
sekitar 9 hingga 12 tahun. Pada peringkat, ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan
konsep dan skema tertentu. Perubahan lukisan pada peringkat ini adalah terhadap hasil lukisan
yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanakkanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil kerya sendiri. Perbandingan hasil karya
antara mereka mula berlaku disini dan inilah yang menyebabkan mereka akan berhati-hati dan
sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti hasil karya. Contoh lukisan kanak-kanak
peringkat The gang age seperti di bawah.

Contoh lukisan peringkat drawing realism or the gang age (umur 10 tahun)
Sumber : http://www.learningdesign.com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing.html

5.0

KESIMPULAN
16

Secara kesimpulanya, seni dalam pendidikan sememangnya amat penting kepada dunia
pendidikan dalam melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pelbagai aktiviti seni visual yang dijalankan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dalam menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan

diri, keluarga, masyarakat dan negara. Maka dengan

terhasilnya kertas cadangan ini akan membuka satu ruang yang lebar untuk murid-murid
berekspresi secara positif dalam menghasilkan satu karya seni yang terbaik serta mampu untuk
bersaing dalam pendiidkan global. Ini merupakan satu titik permulaan bagi murid-murid untuk
mengembangkan potensi mereka dalam penghasilan karya yang kreatif. Inilah tugas yang perlu
digalas oleh guru-guru pendidikan seni visual disekolah dalam merealisasikan impian dan
harapan negara terhadap murid-murid warisan masa hadapan. Sesungguhnya, dengan sedikit
pengorbanan yang dicurahkan oleh guru-guru akan melahirkan satu generasi yang mampu
membentuk masa depan yang lebih baik.

Jumlah Patah Perkataan : 2,914 patah perkataan.

17

6.0

RUJUKAN

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf
http://www.slideshare.net/SabariahBahrum/kreativiti-estetika-dan-ekspresi-visual
http://inspirasiku11.blogspot.my/2011/12/memupuk-kreativiti-dan-ekspresi-diri.html
Bermain Dengan Warna
Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 2 Disember 2011

http://pama.karangkraf.com/bayi/bermain-dengan-warna-1.9492
http://www.slideshare.net/yusriwahab4898/panduan-pengajaran-pendidikan-seni-visualtahun-4-kssr

18

Anda mungkin juga menyukai