Anda di halaman 1dari 1

Salam Sejahtera kepada Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormat sekalian,

Pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin menyampaikan pidato bertajuk "Nilai-Nilai
Murni".
Masa remaja adalah waktu yang penting dalam pembentukan perwatakan kita, dan
nilai-nilai murni memainkan peranan dalam mengarahkan kita menuju kehidupan yang
bermakna dan berjaya.
Kejujuran adalah nilai murni yang harus kita patuhi dalam kehidupan harian. Kejujuran
adalah tindaklaku seseorang dalam berbicara dan bertindak tanpa menyembunyikan
kebenaran. Sebagai pelajar, kita harus menjunjung tinggi integriti dalam menjalankan
tugas, ujian, dan tugasan secara berkumpulan. Kejujuran membantu membangunkan
reputasi yang baik dan dapat memperolehi kepercayaan dari rakan sekelas, guru, dan
orang tua.
Selain itu, rajin adalah satu lagi nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar. Sebagai
pelajar, kita harus mengembangkan semangat dan tekad yang kuat untuk mencapai
kejayaan dalam akademik. Meningkatkan prestasi dengan bekerja keras serta tekun
adalah cara untuk mencapai kejayaan.
Selanjutnya, disiplin adalah nilai murni penting yang membantu kita mengatur waktu
kita dengan baik. Dalam menjalani kehidupan pelajar, kita harus memiliki jadual yang
teratur untuk belajar, bersukan dan juga perlu menyeimbangkan waktu untuk berehat
dan bersama rakan. Dengan mengamalkan nilai murni disiplin, kita dapat mencapai
keseimbangan dalam menwujudkan kehidupan yang sihat, menjalankan tugas
akademik, kegiatan kokokurikulam dan juga beriadah bersama rakan.
Selain itu, nilai murni yang harus kita dijunjung tinggi adalah hormat-menghormati
semasa kita dan juga guru serta ibubapa kita. Perbuatan menghormati guru, rakan dan
semua pegawai di sekolah adalah merupakan amalan baik oleh semua pelajar.
Akhirnya, sebagai seorang pelajar kita perlu memiliki nilai murni iaitu perasaan
bertanggung jawab ketika berada di kawasan sekolah serta perlu menjaga persekitaran
persekolahan.
Sebagai seorang pelajar, kita perlu mengamalkan dan menghayati serta mempupuk
nilai-nilai murni dalam kehidupan harian kita. Dengan adanya nilai-nilai murni ini, kita
akan berjaya mewujudkan satu masyarakat yang berintegriti tinggi serta dapat
membantu memberi menwujudkan satu kelompok masyarakat yang dipandang tinggi.
Terima kasih atas perhatian semua. Marilah kita bersama-sama mengembangkan nilai-
nilai murni ini dan mewujudkan masyarakat yang berfikiran positif serta mempupuk nilai-
nilai murni dari kecil. Bah kata peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai