Anda di halaman 1dari 9

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA AMBANG MERDEKA SMK DEMAK BARU

PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN SAMBUTAN AMBANG
KEMERDEKAAN YANG AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI……TERIMA KASIH.

IRAMA BERALUN GENDANG DIPALU…


LANGKAH DIAYUN BERPASANG-PASANGAN
50 TAHUN TELAH BERLALU.
MALAYSIA MEGAH MENYAMBUT KEMERDEKAAN..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAIN


PENOLONG KANAN AKADEMIK

EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,


TN HJ ALET BIN HAJI ALI,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..

RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK


DEMAK BARU.
DAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN…

ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA DI PAGI YG BERBAHAGIA DAN CERIA INI
KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN SATU LAGI PROGRAM BERSEMPENA
DENGAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 5O TAHUN MALAYSIA.

BEGITU PANTAS DETIK MASA BERLALU,KITA BAKAL MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KURANG
DARI PADA 24 JAM DENGAN PENUH KEDAMAIAN.INI JELAS MEMBUKTIKAN BETAPA BERUNTUNGNYA
KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA,HIDUP DI BUMI BERTUAH INI.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-
SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN ADIK…MOHD ALIF UNTUK MENGETUAI
BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN
MASING-MASING.

AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ADIK MOHD ALIF ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

PARA HADIRIN SEKALIAN,


MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN NYANYIAN 3 BUAH LAGU PATRIOTIK .JUSTERU ITU,BAGI
MENZAHIRKAN RASA BANGGA MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA,MARILAH SAMA-SAMA DENGAN
PENUH SEMANGAT MENYANYIKAN LAGU 31 OGOS,JALUR GEMILANG DAN MALAYSIAKU GEMILANG.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN LAGU PATRIOTIK .KITA SEBENARNYA TERHUTANG BUDI
KEPADA TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN YG TELAH MENEMPUH PAHIT GETIR UNTUK MEMBEBASKAN
NEGARA DARIPADA BELENGGU PENJAJAH.KEMERDEKAAN YG DIKECAPI MESTI DIPELIHARA DAN
DIPERTAHANKAN.

UCAPAN PENGETUA
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN…
BAGI MENERUSKAN MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PADA PG INI, DENGAN SUKACITANYA
DIJEMPUT YANG BERUSAHA, PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN PENGETUA.

HADIRIN SEKALIAN
MAJLIS AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN PERUTUSAN DARIPADA MENTERI PELAJARAN
YG AKAN DISAMPAIKAN OLEH EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN MADZALAN ZAWAWI.

SIDANG HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA ,KITA AKAN MENDENGAR DAN SAMA2LAH MENGHAYATI PERUTUSAN DARIPADA YG


DIPERTUAN AGONG,YG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PN MISIA HJ ZAIN.PENOLONG KANAN
AKADEMIK.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN MISIA.

DEGUPKANLAH JANTUNG KITA…


NYATAKANLAH DALAM HATI…
KITA BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA…
MARILAH KITA BERTEPUK TANGAN…
MEMBERI SOKONGAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN
MALAYSIAKU GEMILANG….

TERIMA KASIH…..

PENYAMPAIAN HADIAH

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, KINI TIBALAH KE ACARA YANG SETERUSNYA IAITU ACARA
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN YANG TELAH
DILANGSUNGKAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN..

BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YG


DIHORMATI PN MISIA HJ ZAIN UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN
LAGU-LAGU PATRIOTIK.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

DIJEMPUT TEMPAT KEEMPAT KUMPULAN 5 ZAMRUD . SETERUSNYA TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH
KUMPULAN 8 MUTIARA DARI TINGKATAN 1C.NAIB JOHAN PERTANDINGAN LAGU-LAGU PATRIOTIK
DIMENANGI OLEH KUMPULAN BALQIS DARI TINGKATAN 1G.JOHAN PERTANDINGAN DI SANDANG OLEH
KUMPULAN PASRAH YANG TELAH MENDENDANGKAN LAGU BAHTERA MERDEKA DAN PERAJURIT
TANAH AIR.

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PN MISIA BINTI HJ ZAIN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUTSILA


YANG BERUSAHA PN HAJAH JUITA BINTI HJ SENAWI KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH
KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN LAGU P.RAMLEE .DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

JOHAN PERTANDINGAN DUET LAGU P.RAMLEE DIMENANGI OLEH JURAIDAH IKSAN BERSAMA
PASANGANNYA AWANG MOHD FAIZ YANG MENDENDANGKAN LAGU MLM KU BERMIMPI.

JOHAN PERTANDINGAN SOLO LAGU P.RAMLEE DI MENANGI OLEH MOHD FAZRUL IZWAN BIN DAHLAN
DARI TINGKATAN 2P MENDENDANGKAN LAGU JERITAN BATINKU.

DIPERSILAKAN PULA,VOKAL LELAKI TERBAIK ,AMIRULLAH BIN JOHARI DARI TINGKATAN 3 PERMAI.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PN HJH JUITA BINTI HJ SENAWI.

PERSEMBAHAN

SAYANG TEBU PATAH SEBATANG


DITEBANG IA DIBUAT GULA
SAAT YG DINANTI TELAHPUN DATANG
PERSEMBAHAN PELAJAR BERMULA.

HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERTAMA


NYANYIAN DUET OLEH AWANG MOHD FAIZ DAN PASANGANNYA YANG JURAIDAH BINTI IKSAN YG AKAN
MENDENDANGKAN LAGU MALAMKU BERMIMPI.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT KOIR SMK DEMAK BARU DI BAWAH
PIMPINAN AWANG MOHD FAIZ YANG AKAN MENYAMPAIKAN 2 BUAH LAGU IAITU JOGET MALAYSIA
DAN PUTERA PUTERI .DIPERSILAKAN PULA PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS YANG AKAN
MENDENDANGKAN LAGU WARISAN.

HADIRIN SEKALIAN,DEMIKIAN TADI SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS.DAN


SAMPAILAH KITA KE PENGHUJUNG MAJLIS.SEBELUM MAJLIS BERSURAI DIJEMPUT PARA GURU DAN
PELAJAR MENYANYIKAN LAGU IBU PERTIWIKU.

PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA
WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN AMBANG
KEMERDEKAAN INI..
SAMA-SAMALAH KITA LAUNGKAN MERDEKA SEBANYAK 7 KALI

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,
MERDEKA,MERDEKA, MERDEKA

SIDANG HARDIRAN SEKALIAN DENGAN BERAKHIR NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU DAN LAUNGAN
MERDEKA MAJLIS AKAN BEREHAT SEKETIKA DAN AKAN KEMBALI BERSAMAPADA JAM 2 PETANG INI
UNTUK MENYAKSIKAN PERTANDINGAN AKHIR POCO-POCO,BOCCE DAN BOLA BALING.

.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…


ang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Yang
dihormati Puan Rosni binti Gani, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati Puan Soh Rosie, Pen Kanan HEM,
Puan Hajah Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

2) Assalammualaikum dan salam 1Malaysia….

3) Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

4) Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Taman Molek. Sama-sama kita
panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersatu di sini.
Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang
berpanjangan.

5) Anak-anak Molek,

6) Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di
sekolah ini bersam melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

7) Dengan tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" , secara rasminya menunjukkan Malaysia
akan meraikan ulangtahun yang ke-57 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah
kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan,
kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

1) Ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57 ini, hakikatnya menjadi refleksi keada tarikh keramat
kemerdekaan negara pada tahun 1957. Justeru, kita perlu mencerminkan impian dan harapan serta
semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan
panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

9) Ekoran itu, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia, terutama golongan muda inilah
yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita
perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan,
yang sedia ada sekarang.

10) Anak-anak molek,

11) Ada pepatah mengatakan, nak tengok negara kita akan datang, lihatlah anak remaja sekarang. Jika
baik, maka baiklah kelak. Jika sebaliknya, maka bersedialah. Lantaran itu, fikirlah sejenak apa akan jadi
pada negara pada zaman kalian menjadi dewasa kelak.
12) Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan dan teknologi yang sedang kita lalui. Kita
semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas
daripada sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin.

13) Hadirin sekalian,

14) Sempena bulan kemerdekaan kali ke-57 ini, pihak penganjur program akan menjalankan beberapa
aktiviti bagi menyemarakkan sambutan. Untuk tujuan itu majlis diteruskan dengan
menjemput .................................................... selaku penyelaras program bagi memberi penjelasan lebih
lanjut.

15) Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru
Besar SK Taman Molek, sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57.
Dipersilakan....

16) Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

17) Keris Melayu Lambang Pusaka,


Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,


Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.

18) Hadirin sekalian,

19) Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita nikmati dan kecapi
sekarang ini akan terus berkekalan..Sama-samalah kita berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terus
selamat dan terhindar daripada sebarang bala bencana.

20) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara persembahan. Dipersilakan
kumpulan koir ............................... dengan lagu Parajurit Tanah Air dan Warisan, diikuti dengan
sajak ............................................ yang akan dibacakan oleh Siti Hazwany binti Zaini.
engumumkan ketibaan Pn Che Norizam Bt Abdullah diiringi oleh pihak pentadbir masuk ke dewan.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu Si gadis merdu sekali;
Terima Kasih sekalung budi,
Sudi datang ke majlis ini.

- Dari Dewan Bestari SK Bangsar , kita akan saksikan persembahan pembukaan Majlis Penutup Bulan
Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah iaitu tarian 1Malaysia.
- Persembahan tarian 1 Malaysia itu tadi dibawah bimbingan Pn Norlaili, Cik Nurul Hayati dan Cik Nur
Hafizah.

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.


- Yang Berusaha Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar, Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK
Tadbir dan Kurikulum, , Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM, , Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum,
Pn Tanma a/p Rajasegaran Guru Penyelia Petang, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Hati-hati membuka peti,
Peti pusaka zaman berzaman;
55 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya
pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis
Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan.
Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita
mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan
sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan
semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang
patriotik.
Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz Ikwan Najib Bin Badar untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati.
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila;
Kain ditenun bersama Reja,
Ucapan penyelaras program dipersila,
-Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Nor Shafina Binti Yasak selaku Guru
Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.
-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Puan Che Norizam Binti Abdullah Guru
Besar SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Bulan Kemerdekaan dan
Hari Malaysia peringkat . Dipersilakan.
- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan dan sudi merasmikan
Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebentar tadi.
Persembahan murid :
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
-Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan murid prasekolah nyanyian dan gerakan lagu
“Alhamdulillah dan Tanggal 31 Ogos’
-Begitu menarik persembahan murid prasekolah itu tadi di bawah bimbingan Cik Amie dan Siti
Nurfazlina Guru Prasekolah.
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
-Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pakaian tradisional oleh murid-murid prasekolah dan Tahun
4.- Begitulah tadi persembahan pakaian tradisional yang melambangkan pelbagai kaum yang terdapat di
Malaysia. Persembahan tadi dibawah bimbingan Pn Nafisah, Pn Zalina dan Cik Amie.
Penyampaian hadiah murid Tahap 1
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Lima puluh lima tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Hadirin sekalian,
-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari
Malaysia bagi Tahap 1. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah.
-Oleh itu majlis mempersilakan Pn Tanma a/p Rajasegaran selaku Penyelia Petang untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn Tanma a/p Rajasegaran penyampaian
hadiah kepada para pemenang.
Persembahan Murid
-Majlis diteruskan dengan persembahan pentomin dan koir patriotik
- Persembahan pentomin dari kelas 5 Dinamik yang bertajuk “Leftenan Adnan Wira Bangsa”.
- Pentomin ini di bawah bimbingan Pn Nafisah.
- Seterusnya persembahan koir patriotik dari kelas 4 Dinamik yang bertajuk “Joget Malaysia”.
- Begitulah persembahan koir patriotik Tahun 4 Dinamik . Kumpulan koir ini di bawah bimbingan Cik
Norhafizah Azman
Penyampaian hadiah Tahap 2
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
-Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 2 telah menyertai pelbagai aktiviti sepanjang
Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Kini masa yang dinanti-nantikan majlis penyampaian hadiah.
- Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK
Bangsar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis mengucapkan terima kasih Pn Che Norizam Binti Abdullah di atas penyampaian hadiah kepada
para pemenang.
Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan
waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat
sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu
1.1 Malaysia
2.Tanggal 31
3. Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai