Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN KEMERDEKAAN 2023

STEP KEYWORD TEKS / AYAT

1 BASMALLAH Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
-Cikgu Hasrul- Pemanis kata selamat datang,
Awal basmallah pembuka bicara,

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Bismillahirrahmanirrahim………

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

2 SALUTASI Yang Berusaha,


Pn. Suzieany bt. Mohammed Harris,
-Cikgu Hasrul Pengetua SMK Seri Hartamas.

Yang dihormati,
Pn. Jamilah bt. Muhammad Koya,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Yang dihormati,
Pn. Sumangala A/P Velayudhan
Guru Penolong Kanan HEM.

Yang dihormati,
Pn. C. Usha Devi A/P Chinnapan,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Barisan guru kanan, guru-guru, murid-murid dan seluruh


hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

3 KATA-KATA Hadirin yang dikasihi,


ALUAN
PENGACARA Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
-Ust. Maiza Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia MADANI aman sejahtera.

Bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia,


Bumi bertuah indah permai,
66 tahun kita Merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke


hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi
yang penuh barakah ini, kita diberikan kesempatan untuk
sama-sama berkumpul pada Majlis Perasmian Bulan
Kebangsaan SMK Seri Hartamas dengan penuh
keamanan dan kedamaian.

Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan


dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
2023 yang dipilih bagi mendasari tekad serta komitmen
pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah bangsa yang
memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu
serta kehidupan yang aman dan sejahtera.

Malaysia Madani bermaksud sebuah konsep perpaduan


dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar
pentadbiran negara yang lebih manusiawi. Ia
bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan
kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradapan.

4 UCAPAN Sambut merdeka sekali setahun.


PERASMIAN Keringat tercurah pejuang berjasa,
OLEH PENGETUA Malaysiaku merdeka 66 tahun,
Itulah sejarah perjuangan bangsa.
-Ust. Maiza

Segar pepohon di pagi hari,


Embun menitis membasahi bumi ;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perangsang hajatnya kami.

Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan


sukacitanya dijemput yang berusaha Pn. Suzieany binti
Mohammed Harris untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

****ucapan****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada puan


pengetua atas ucapan perasmian sebentar tadi.
5 GIMIK Para guru dan murid sekalian,
PERASMIAN
Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini,
-Cikgu Hasrul dijemput sekali lagi pengetua SMK Seri Hartamas, Pn.
Suzieany binti Mohammed Harris diringi Pn. Vasantha
a/p Yethembram, selaku guru kanan Bidang Sains Sosial
ke pentas bagi upacara gimik perasmian kemerdekaan
peringkat sekolah SMK Seri Hartamas.

Dipersilakan yang berbahagia puan pengetua untuk


memalu gong sebanyak 3 kali menandakan perasmian
majlis pelancaran kemerdekaan tahun 2023. Dipersilakan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*******3 kali gong*******

Diminta puan pengetua kekal berada di pentas.

*******Irmin membawa wau bulan*******

Seterusnya di minta puan pengetua untuk meletakkan wau


di atas kayu easel.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang


berusaha Pn. Suzieany binti Mohammed Harris dan Pn.
Vsantha a/p Yethembram sudi menyempurnakan gimik
perasmian itu tadi.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Untuk makluman semua, wau bulan dikatakan telah


bermula pada zaman Kerajaan Srivijaya, yang mengikut
lagenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama
Dewa Muda. Corak bunga dan daun wau Dewa Muda
dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya.

Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada


Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

6 ACARA Sebagai tanda simbolik majlis kita pada hari ini,


MEMOTONG dipersilakan puan pengetua bersama semua pentadbir
untuk berada di pentas bagi memotong pulut semangat
PULUT KUNING Merdeka SMK Seri Hartamas.

-Ust. Maiza Majlis mempersilakan.

*****potong pulut***

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


pentadbir SMK Seri Hartamas atas upacara pemotongan
pulut itu tadi.

7 AKTIVITI Tulisan rumi bacaan dewasa,


SEPANJANG Memenuhi laman setiap terbitan,
BULAN Berjuanglah demi memartabatkan bangsa,
KEMERDEKAAN Diskriminasi perkauman cuba elakkan.

-Cikgu Hasrul
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Sepanjang bulan kebangsaan ini, terdapat pelbagai aktiviti


dan pertandingan yang akan di jalankan. Antaranya

Panitia Sejarah :

1) Pertandingan kelas paling patriotic – Ting. 1-5


2) Pertandingan mencipta video kemerdekaan –
Ting. 1-5
3) Kuiz kemerdekaan – Ting. 1-5
4) Pertandingan sudut patriotisme kelas – Ting. 1-5
5) Pertandingan guru berpakaian paling patriotik
(L&P)

Panitia Geografi:
1) Pertandingan Membina Model Struktur Bumi
Merdeka – Ting. 1
2) Pertandingan kuiz - Ting. 2
3) Pertandingan puzzle peta dunia – Ting 3
4) Program alam sekitar Nestle Milo Careton Ting.
1-3

Panitita Tasawwur Islam dan Pendidikan Islam:

1) Pertandingan kotak beracun (Istilah) – Murid


Tasawwur Islam
2) Bacaan Yaasin kepada pejuang tanah air – Semua
pelajar Muslim
3) Ceramah khas kemerdekaan – Semua Murid
Panitia Pendidikan Moral:

1) Pertandingan kuiz spontan – Ting. 1


2) Pertandingan lagu-lagu patriotik – Ting. 2 &3
3) Pertandingan tarian tradisional – Ting. 4 & 5

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:

1) Hiking Merdeka SMKSH – Semua Guru


2) Galah Panjang – Terbuka L&P
3) Pertandingan sepak penalti bersarung - Terbuka

Panitia Pendidikan Seni Visual:

1) Pertandingan mencanting batik - Terbuka


2) Pertandingan rock painting - Terbuka
3) Pertandingan melukis doodle - Terbuka
4) Pertandingan melukis poster – Terbuka

Diharap semua pelajar dapat mengambil bahagian dalam


aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan
kemerdekaan.

8 PERSEMBAHAN Sehabis merah daun yang sihat,


Dahan melebar bercerita sakan,
-Ust. Maiza Pelancaran Kemerdekaan mohon berehat,
Persembahan pelajar kita saksikan.

Hadirin sekalian,

Kini tibalah masa yang kita nanti-nantikan. Untuk itu


dipersilakan Nik Muzamil Emran (4 Pluto) untuk
membuat persembahan dengan saksofon dan
mendendangkan lagu Sejahtera Malaysia.

*******persembahan saksofon********

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan pesembahan


pelajar Koir Seni Suaramas yang akan menyanyikan lagu
Warisan.

*******persembahan koir********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas


persembahan itu tadi.

9 LAGU PATRIOTIK Hadirin yang dihormati,


-Cikgu Hasrul Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema bulan
kebangsaan. Untuk itu diminta semua guru dan murid
yang dikasihi dipersilakan berdiri bagi sama-sama
menyanyikan lagu patriotik iaitu lagu tema hari
kebangsaan yang ke-66 yang bertajuk Tekad Perpaduan
Penuhi Harapan, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.

*****Nyanyian lagu*****

10 SESI FOTOGRAFI Hadirin dan hadirat yang dikasihi

-Ust. Maiza Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi fotografi.


Diminta guru-guru berada di atas pentas bagi sesi
fotografi.

*****Semua Guru bergambar*****

Seterusnya, di minta semua guru di bawah bidang Sains


Sosial untuk berada di pentas bagi sesi fotografi.

*****Guru Sains Sosial bergambar*****

Terima kasih diucapkan kepada semua guru di atas


kesudian untuk bergambar sebentar tadi.

11 PENUTUP Hadirin yang dihormati,

-Ust. Hasrul Sekali lagi, majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada guru-guru dan murid-murid di atas kesudian untuk
bersama-sama menjayakan program pada hari ini.

Bunga seroja di atas cemara,


Jatuh sekuntum diatas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan


dalam pengendalian program pada hari ini, kami bagi
pihak ahli jawatankuasa dengan rendah hati memohon
ribuan ampun dan maaf.
Sekian sahaja daripada kami, salam hormat, wabillahi
taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai