Anda di halaman 1dari 4

TUJUH PERJANJIAN NABI SULAIMAN AS.

bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban
rambutnya, dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk,
kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar
pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan
kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan
pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu


daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang
yangpaling hodoh selain daripada engkau. Perempuan itu menjawab: Akulah
Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak
Adam lelaki dan perempuan, aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh
berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu,
bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular. Aku juga boleh
bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim
perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kangungan dan mereka
semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku
memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta
sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku
masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam
kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah
keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.
Tambahnya lagi : Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perrempuan
ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda
kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan
kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku
menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup
spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi
jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.

Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya.


Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke
dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia
tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah.
Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya
kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka,
dengan itu mengigillah badan mereka sera diconteng-conteng rupa paras
mereka supaya dibenci orang.
Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : Wahai perempuan
yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu
perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan
perempuan.

Lalu ia pun berkata: Wahai Nabi allah! Aku akan berikan kepada engkau
beberapa perjanjian dan sumpah setia bahawa aku tidak akan mendekati
dan tidak akan menyakiti sesiapa yang menulis untuknya ataupun
menggantungkan baginya sama ada kepada orang lelaki, perempuan atau
kanak-kanak, gedung-gedung perniagaan, tanah-tanah untuk bercucuk
tanam ataupun binatang-binatang ternakan dan sebagainya.

Kalimat perjanjian tersebut, sebagai beikut:

)(Perjanjian I







.

)(Perjanjian II











.

)(Perjanjian III













.

)(Perjanjian IV
















.

)(Perjanjian V















.

)(Perjanjian VI














.

)(Perjanjian VII










.

Anda mungkin juga menyukai