Anda di halaman 1dari 4

LA TATAHARRAKU ZARRATUN ILLA BIIZNILLAH

(Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendakNya)

Sama sama kita kekalkan aura positif di tribe kita, semoga kita dapat menarik lebih
ramai wave dan energy positif dan menghalang energy dan wave negatif
daripada turut serta.
Itulah sebab sifu suruh buat tahajjud, utk inilah juga.

Izuwan, cer share surah 17 ayat 7 di sini, kita muzakarah sama-sama ya

Surah 17:7 (Al Isra')


"Jika kamu berbuat baik bermakna kamu membuat kebaikan untuk dirimu sendiri. Dan
jika kamu membuat kejahatan, maka akibatnya itu adalah untuk dirimu sendiri. 
Apabila datang saat hukuman kejahatan yang kedua, (kami bangkitkan musuhmu)
untuk mendukacitakanmu lalu mereka masuk ke dalam masjid (masjidil Aqsa),
sebagaimana 
mereka memasukinya kali pertama dan mereka membinasakan apa sahaja yang
mereka kuasai".

Alhamdulillah..apa yang kita boleh sama sama tadabbur dari ayat inilah :

Bila kalian dapat SOP sifu tu (hidayah), yang mana di beri Taufik (Kuasa Tindakan)
akan terus berubah untuk berbuat baik, manfaat itu akan kembali pada diri
kamu sendiri.

Yang mana masih WAIT & SEE, duduklah di situ tanpa ada sebarang perubahan. Bila
kita nak berubah itulah yang kita kena JIWA KENTAL, PERLU ISTI1AMAH sebab
nak bertarung dengan makhluk dalam diri tu yang negatif, yang lebih awal
mendiaminya. Buatlah SEIKHLAS MUNGKIN, kerana iblis dan syaitan tidak dapat
menembusi jiwa jiwa yang ikhlas.

Apa itu IKHLAS..??


BUAT SESUATU TANPA MENGHARAPKAN SESUATU 
WAIMA PUJIAN MAHUPUN UCAPAN TERIMA KASIH

Al-'Insān:9 - (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami
memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan 
sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.

Inilah ayat membenarkan apa yang sifu sebut tentang IKHLAS

Aaamiin...sama sama kita berkongsi RASA di sini


Stay together, yang mana semangat down tu sama sama kita tarik meraka naik balik
duduk atas BAHTERA ini, supaya tak hanyut kelemasan.

Sama sama kita mohon pada Allah ya


Sifu nie tiada daya tiada kuasa
Hanya asbab seumpama kereta control DIA, remote DIA pegang

Ingat ini ya, di kala kita down, tiada yang lebih baik dari jawapan yang surah tersurat
dalam al quran surah ar raad ayat 28

"HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, JIWA AKAN MENJADI TENANG"


Tags: Metafizik
Share this post:




About author: Rashidah Abd Hamid

Hidup ini suatu perjuangan...kalau tidak berjuang menggunakan senjata, berjuanglah


menggunakan akal dan pena...

Related Posts

Konsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (Bahagian II)


Konsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (Bahagian I)

Kuasai Sabar

Zikir sebagai salah satu fasa dari kecerdasan spiritual

Amalan zikir Ya Fattah, Ya Razzaq

Amalan Ayat Seribu Dinar

Anda mungkin juga menyukai