Anda di halaman 1dari 2

Contoh Surat Pertuduhan Untuk Tujuan Gantung Sekolah Sebagai Hukuman

Tatatertib

Later Head Sekolah


Ruj. Kami : SMKT/03/03/03SLT( )
Tarikh : 24 Februari 2009
Aminah Binti Kasim ( No.KP)
SMK Tanjung
35500 Tanjung Rambutan

TINDAKAN DISIPLIN GANTUNG PERSEKOLAHAN


Aminah binti Kasim (No.KP:…)
Tingkatan 4 S

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-peraturan


Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh
20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak
pada Guru Besar / Pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan


dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut:

“Bahawa kamu, Aminah binti Kasim ( No.KP: 890402338742) pada 15 Februari


2009, lebih kurang jam 1.30 petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah
Menengah Kebangsaan Tanjung, Tanjung Rambutan, telah didapati
berkelakuan sumbang dengan Encik Sabtu bin Ahad, kakitangan makmal
lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu kamu telah
melakukan satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2(c) bab XI,
Undang-undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan
Tanjung, 35500 Tanjung Rambutan.”

3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Guru Besar / Pengetua


bertanggung jawab terhadap disiplin murid-murid, pernah memberi amaran secara
bertulis kepada kamu kerana didapati berpegang-pegang tangan dengan Encik
Sabtu bin Ahad, kakitangan makmal yang sama melalui surat
……………………….bertarikh ……………………. Kamu juga telah melalui sesi
kaunsling dengan guru Bimbingan dan Kaunsling sekolah mengenai perkara yang
sama, tetapi kelakuan kamu tetap tidak berubah seperti diharapkan.

4. Di bawah Peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan


sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tanjung, Tanjung Rambutan, kamu boleh digantung dari
sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap pertuduhan yang tersebut di
atas.
5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah
terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut digantung
sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara
bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari
tarikh kamu menerima surat ini.

6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam


tempoh empat belas (14) hari seperti para 5 di atas, saya akan membuat
keputusan berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai
pertuduhan tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah gantung
sekolah.

7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah di alamatkan kepada:

Pengetua
SMK Tanjung,
35500 Tanjung Rambutan.

8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan


borang akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.

………………………………………
(Guru Besar / Pengetua )
SMK Tanjung,
35500 Tanjung Rambutan

Sk: 1. Pendaftar Sekolah


Jabatan Pelajaran……………..

2. Pejabat Pelajaran Daerah

3. En. Kasim bin Abu (Ibu bapa / Penjaga)

Anda mungkin juga menyukai