Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C.

CONTOH SURAT KEPUTUSAN GANTUNG SEKOLAH


SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.
Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 )
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

SMP.TR/DP/SULIT/(23).
6 Rabiulakhir 1412
14 Oktober 1991

Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung


Persekolahan Aminah Bt Hamid
( KP : A4289460 ) Tingkatan 5A3 Mengikut
Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.
Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap
kamu melalui surat saya SMPP/TR/DP/SULIT/(20) Bertarikh 24 September
1991.
Saya telah menimbang jawapan bertulis kamu dan berpuas hati
bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah
terhadap pertuduhan melanggaar disiplin tersebut.
2.
Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang
dinyatakan di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk
tujuan mengekalkan disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja
Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan, kamu dengan ini digantung
persekolahan selama 14 hari dan keputusan ini berkuatkuasa daripada tarikh
surat ini.
3.
Kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan tidak
dibenarkan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan dengan serta merta dari 14 - 27 Oktober, 1991.
Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini atau melanggar
perintah ini kamu boleh dikenakan penalti Peraturan 14, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan dengan tidak lebih
daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja ), atau penjara tidak
lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara.
4.
Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini
dengan menggunakan surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini.

t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.
15

s.k.
1.

Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

2.

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kinta,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.

3.

Hamid B Bidin
No. 2254 Rumah Awam,
Taman Cempaka,
35500 Tanjung Rambutan

16

Anda mungkin juga menyukai