Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN MERCHANG,

21610 MERCHANG TERENGGANU.

TEL : 09-8321252

Ruj. Kami : SKMT /06/05/002/01 (01)

Tarikh : 29 JANUARI 2018

Pengarah,
Penjara Marang,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman
Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN PENJARA UNTUK LATIHAN BADMINTON SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan dewan Penjara
untuk latihan badminton sekolah.

2. Besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami bagi melancarkan
lagi latihan utuk pasukan badminton sekolah. Pihak kami akan memastikan keadaan dewan seperti
sediakala dan menjaga kebersihan dewan semasa menggunakannya.

3. Dengan ini,saya sertakan lampiran masa dan hari latihan badminton. Semoga mendapat
pertimbangan yang sewajarnya dari phak tuan. Segala sokongan dan kerjasama pihak tuan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN”

…………………………………….……………….
( )
Lampiran

Hari Masa Tempoh

Isnin -Rabu 5.30 -6.30 petang 1 jam

Khamis - Jumaat 4.00 -6.00 petang 2 jam

Sabtu 8.30 – 10.30 petang 2 jam

Anda mungkin juga menyukai