Anda di halaman 1dari 2

NUR AMERRAH AMERRA BT AZMAN

NO. 23, JALAN DAJLIA 15,


01000 KANGAR
PERLIS.
18 Mac 2016

KETUA PENGARAH
MAJLIS AMANAH RAKYAT
KUALA LUMPUR

Tuan,
RAYUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA
Adalah saya NUR AMERRAH AMERRA BT. AZMAN, no. kad pengenalan 970916-095044
merujuk perkara di atas.
2.
Untuk makluman tuan saya adalah pelajar tahun satu (1) Diploma Teaching
English As A Second Language di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Kuala Lumpur. ( No.
Pelajar : PTM 150726319 )
3.
Saya telah memohon Pinjaman Pelajaran Mara dan telah ditawarkan Pinjaman
Boleh Ubah untuk pembiayaan yuran pelajaran sebanyak RM 18,600.00 ( Ringgit
Malaysia Lapan Belas Ribu Enam Ratus ) sahaja untuk tempoh pengajian saya.
4.
Sehubungan dengan itu, saya memohon dan merayu agar saya juga diberi
pinjaman Elaun Sara Hidup sepanjang pengajian saya. Ini memandangkan kos sara
hidup di Kuala Lumpur sangat tinggi, dan jumlah pendapatan kasar bulanan
ibubapa saya hanyalah RM 7329.60 ( Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Tiga Ratus Dua
Puluh Sembilan dan Enam Puluh Sen) sahaja dan menanggung seramai 5 (lima)
orang anak di mana 4 (empat) orang yang masih belajar dan seorang berumur
setahun.
5.
Saya sangat berharap agar permohonan saya mendapat kelulusan dari pihak
tuan.
Sekian. Terima Kasih
Yang benar,

(NUR AMERRAH AMERRA BT. AZMAN)

Anda mungkin juga menyukai