Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

CTU241 - FUNDAMENTALS OF ISLAMIC ECONOMICS


________________________________________________________________________

LAPORAN PEMBENTANGAN
TAJUK: KONSEP KEADILAN DALAM TEORI AGIHAN MENURUT
PERSPEKTIF SYARAK
________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:
1. MUHAMMAD HAFIEF BIN HASBI (2021830628)
2. MOHAMAD FITRI BIN MOHAMAD MAHIN (2021612314)
3. ERMIN SHARMIZAN BIN SAPUAN (2021832152)
4. ALAN FIKRI JEVENI BIN ABU BAKAR (2021897172)
5. BAZLI RUZAIN BIN BOLHASSAN (2021237406)
6. ATIQULKHALIQ HALIME BIN ABD HALIM (2021826008)
7. MOHAMAD AFNAN IQBAL BIN WAHI (2021897552)
8. MOHAMAD HAJIB BIN HASSAN (2021629222)
9. ABDUL YAZID BIN ZULKIFLEE (2021616724)
10. ABDUL YAZID BIN ZULKIFLEE (2021616724)

NAMA PENSYARAH:
AZLAN YUSOF PUNDING

1
ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK M/S

1. Pengenalan 3

Teori Agihan dan Teori Keadilan Menurut Syarak


2. - Definisi 3-5
- Konsep

3. Konsep Pengeluaran dan Penggunaan dalam Ekonomi 6-8


Islam

4. Kepentingan Keadilan dalam Teori Agihan Menurut 9-11


Konsep Syarak

5. Teori Agihan dalam Perspektif Islam 11-12

6. Kesan Konsep Keadilan dalam Ekonomi Islam


- Politik 13-14
- Ekonomi
- Sosial

Punca Keadilan Dalam Teori Agihan Menurut


7. Perspektif Syarak Secara Menyeluruh di 14-15
Malaysia

Implikasi Konsep Keadilan Dalam Teori Agihan 15-17


8. Menurut Perspektif Syarak Secara Menyeluruh di
Malaysia

9. Perbandingan konsep teori agihan menurut Islam dan 17-19


Barat

10. Kesimpulan dan Cadangan 19-20

11. Rujukan 21-22

2
Pengenalan

Setiap manusia perlu berurusan dengan berbagai-bagai manusia lain di setiap


lapisan masyarakat secara adil dan saksama, tanpa mengambil kira warna kulit, bangsa,
kewarganegaraan, status ataupun kepercayaan. Agama Islam menuntut umatnya untuk
menjadi adil tanpa mengira keadaan. Tuntutan ini menunjukkan bahawa ajaran Islam
bukanlah hanya satu teori yang tidak diamalkan di alam nyata, melainkan ia adalah
perintah Allah SWT sebagaimana firman Allah didalam Al-Quran yang berbunyi;

“Wahai orang-orang yang beriman,hendaklah kamu semua setiasa menjadi orang-orang


yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran,dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap
adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Surah al-Maidah: 8)

Teori Agihan dan Teori Keadilan Menurut Syarak


Definisi
Teori Agihan

Agihan menurut Islam ialah pengagihan pendapatan dan kekayaan negara antara
faktor pengeluaran dan bukan faktor pengeluaran. Pengagihan kekayaan membandingkan
kekayaan dalam kelas sosial yang berbeza. Perkara ini mungkin mempunyai aspek
pluralisme ekonomi. Agihan kekayaan berbeza daripada pengagihan pendapatan kerana
ia menganalisis pengagihan ekonomi pemilikan aset dalam masyarakat berbanding
pendapatan semasa ahli masyarakat itu.

3
Teori Keadilan

Kata al-'adl dengan segala perubahan dalam Al-Quran diulang sebanyak 28 kali
iaitu berdasarkan pelbagai perkara. Manakala perkataan al-qisṭ pula bermaksud
sebaliknya. Al qisṭ bererti adil, daripada makna ini muncul makna sebahagian. Perkataan
adil lebih dekat dengant takwa.

Dalam al-Quran, kita boleh menemui pembicaraan tentang keadilan, daripada


tauhid kepada kepercayaan tentang hari kiamat, dari nubuwwah (kenabian) kepada
kepimpinan, dan daripada individu kepada masyarakat. Keadilan adalah syarat untuk
penciptaan kesempurnaan peribadi, piawaian kebajikan masyarakat, dan pada masa yang
sama jalan yang paling dekat dengan kebahagiaan ukhrawi. Keadilan dalam al-Quran
tidak membezakan seseorang individu dengan individu yang lain atau satu kumpulan
dengan kumpulan yang lain.

Konsep
Konsep Agihan

Teori agihan menurut perspektif syarak mempunyai beberapa asas untuk


mencapai matlamatnya, antaranya ialah Allah SWT sebagai pemilik mutlak kepada
segala sumber ekonomi. Asas ini bersangkut-paut kepada aqidah kita bahawa kita sebagai
manusia yang hidup di muka bumi ini sebagai Khalifah Allah. Seterusnya, hadd
al-kifayah berhak diperolehi setiap individu. Seseorang individu mendapat hadd
al-kifayah bermaksud seseorang itu mencapai tahap yang memadai untuk menyambung
kelangsungan hidup tanpa perlu berharap kepada bantuan orang lain. Orang yang berharta
perlulah memberi bantuan kepada golongan yang berada di bawah tahap ini dan mereka
berhak mendapatnya. Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Muhammad bersabda:

“Tidak termasuk orang Mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan”
(Riwayat At-Tabrani)

4
Akhir sekali adalah, setiap anggota masyarakat mestilah mempunyai
keseimbangan ekonomi. Islam mengiktiraf adanya perbezaan harta dalam kalangan
masyarakat, namun perbezaan tersebut hendaklah mengelakkan kesalahfahaman dah
persengketaan sebaliknya mendorong ke arah pencapaian kesempurnaan. Untuk matlamat
ini beberapa prinsip telah ditekankan oleh Islam:

1. Kekayaan pribadi tidak dibolehkan kecuali diselesaikan jaminan hadd al-kifayah


sebagaimana yang telah disebut di atas.
2. Sumber ekonomi sesebuah negara tidak boleh dimonopoli oleh kumpulan tertentu
sahaja. Sebagai contoh, jika sebuah syarikat gergasi yang memonopoli sesuatu
sumber, tindakan yang mereka lakukan seperti kenaikan harga sumber tersebut
boleh menjejaskan harga barangan lain di pasaran.
3. Campur tangan kerajaan dibenarkan untuk mengembalikan keseimbangan
ekonomi.

Konsep Keadilan

Menurut pandangan Islam, keadilan amat dititikberatkan kerana pelaksanaan


keadilan dalam pengagihan mempunyai hubung kait dengan kemakmuran seluruh
masyarakat. Jika sebuah kumpulan kecil dalam masyarakat memonopoli kekayaan,
sedangkan kumpulan majoriti menderita kemiskinan, mereka tidak mendapat apa-apa
manfaat. Oleh itu kita dapat lihat bahawa pengagihan yang adil dapat menjamin
kesejahteraan hidup masyarakat. Islam mempunyai teori pengagihan kekayaan yang
tersendiri dan adil. Kepentingan semua orang di setiap lapisan masyarakat terpelihara di
dalam pengagihan sesuatu harta. Islam juga telah mempunyai beberapa asas utama dalam
pengagihan supaya dapat mencapai matlamat di atas. Walaupun demikian, Islam
mengiktiraf perbezaan dalam kekayaan di kalangan anggota masyarakat. Tetapi,
perbezaan tersebut hendaklah tidak begitu jauh dan boleh membantu ke arah pencapaian
kesempurnaan bersama-sama, dan bukannya mendorong kepada salah faham dan
perkelahian.

5
Konsep Pengeluaran dan Penggunaan dalam Ekonomi Islam
Konsep Pengeluaran

Dua perkara telah ditekankan dalam konsep pengeluaran, secara umum,


pengeluaran sesuatu barang serta penggunaan barang yang telah dikeluarkan. Islam
menuntut pengeluaran sesuatu barangan mestilah barangan yang memenuhi keperluan
hidup manusia. Pengeluaran sesebuah barang yang mana bukan keperluan hidup seperti
barangan mewah dianggap tidak bermanfaat malah dianggap sebagai sebuah pembaziran.

Pengeluaran dalam Islam tidak hanya berfokuskan ke arah keuntungan, tetapi mempunyai
matlamat-matlamat lain seperti :

1) Melengkapi keperluan individu dan keluarga yang berada di bawah tanggungan.


Islam menuntut supaya keperluan ini dipenuhi sama ada keperluan daruriyyat,
hajiyyat ataupun tahsiniyyat.
2) Peruntukan untuk keperluan masa hadapan dan generasi masa hadapan. Selain
perbelanjaan semasa, Islam turut menggalakkan peruntukan perbelanjaan untuk
masa hadapan bagi menjamin kelangsungan generasi akan datang. Peruntukan
perbelanjaan ini dikenali sebagai pelaburan, tabungan, takaful faraid dan
sebagainya.
3) Kegiatan produktif seperti khidmat masyarakat dan sumbanagn ke jalan Allah.
Matlamat ini merupakan insentif utama kepada pengeluar untuk sentiasa berusaha
meningkatkan hasil pengeluaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan
mereka. Pengeluar wajib membayar zakat ke atas pendapatan mereka kerana
mereka telah mencapai syarat wajib zakat sebagai ejen khidmat sosial bagi
golongan yang kurang berkemampuan dalam masyarakat.

6
Larangan penting dalam pengeluaran bagi mencapai matlamat di atas :

1) Keluaran yang merosakkan dan mengganggu kesihatan fizikal dan rohani seperti
judi, arak, dadah dan sebagainya.
2) Keluaran yang merosakkan nilai kemanusiaan dan akhlak.
3) Keluaran yang menjatuhkan maruah dan kesejahteraan.
4) Keluaran yang mendorong manusia ke arah dosa dan kejahatan

Oleh sebab itu hanya keluaran yang memanfaatkan dan membawa kesejahteraan
masyarakat yang perlu diperluas pengeluarannya sesuai tuntutan fardhu kifayah.

Konsep Penggunaan

Penggunaan merupakan penutup kepada pengeluaran. Campuran proses pengeluaran


dan proses penggunaan dalam ekonomi dapat menghasilkan manfaat kepada semua pihak
iaitu pihak pengeluar dan pihak pengguna. Pengeluar mendapat hartanya daripada
pertukaran barang keluarannya dengan harga yang dibayar oleh pengguna, manakala
pengguna mendapat faedah barangan yang mereka beli. Secara tidak langsung, kedua-dua
proses ini membantu proses pengagihan kekayaan yang adil dalam masyarakat justeru
membantu menyelesaikan masalah ekonomi yang berlaku di dalam masyarakat. Islam
telah menggariskan beberapa panduan yang boleh disimpulkan seperti berikut:

Penggunaan untuk memperoleh keredhaan Allah SWT dari segi matlamat, cara,
dan perbuatan penggunaan itu sendiri

i) Matlamat Penggunaan
- Untuk mengimbangi keperluan kebendaan dan kerohanian dengan
menjaga batas yang ditetapkan syarak.
- Penggunaan harta yang melanggar batas syarak adalah haram dan
dilarang.(judi, minum arak, membazir, dan sebagainya)
- Sikap kedekut dan tamak juga dianggap menggunakan harta secara haram.

7
ii) Cara Penggunaan
- Penggunaan mestilah secara sederhana iaitu tidak terlalu kikir dan tidak
terlalu membazir.
- Penggunaan mempunyai batas minimum dan maksimum yang wajib
diikuti setiap individu dalam penggunaan.
- Sifat kesederhanaan merupakan sifat yang terpuji. Firman Allah SWT
yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan
tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang
demikian.”
(Surah al-Furqan: 67)

iii) Perbuatan Penggunaan


- Pengguna hanya dibenarkan menggunakan barangan yang mendapat
keizinan Allah SWT sahaja.
- Barangan yang diharamkan oleh Allah SWT sama ada zatnya atau pada
hukumnya diharamkan seperti mengkonsumsi dadah, minum arak,
penggunaan yang bertujuan riya’,menggunakan barangan curi, memakai
emas dan sutera bagi lelaki dan sebagainya.

Tertib keutamaan kepentingan hendaklah dipelihara


i) Bermula dari diri sendiri terlebih dahulu, kemudian keluarga, saudara-mara
terdekat
ii) Mengutamakan perkara daruriyyat, kemudian disusuli perkara hajiyyat, dan
tahsiniyyat.

Dengan mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam dalam
penggunaan, masalah ekonomi seperti kehendak yang tidak terbatas dan sumber yang
terhad dapat dielakkan.

8
Kepentingan Konsep Keadilan Dalam Teori Agihan Berdasarkan Syarak

Kepentingan konsep keadilan dalam teori agihan berdasarkan syarak ialah dapat
melaksanakan kesamarataan dalam pembahagian dari aspek keperluan. Dengan itu,
kesamarataan boleh mengelakkan pergaduhan atau salah faham antara dua pihak
disebabkan ketidakadilan dalam pembahagian. Keadilan dalam Islam merangkumi aspek
sosial, hukum, politik, budaya dan ekonomi. Keadilan bermakna individu atau
masyarakat yang layak mendapat sesuatu, maka ia perlu diberi atau diagihkan mengikut
kelayakan agar amanah yang diberikan itu dapat diurus dengan sempurna. (Nazri
Muslim, 2011). Dalam hidup bermasyarakat, keadilan wajib berlandaskan kebenaran dan
kejujuran. Dengan wujudnya teori agihan seperti zakat yang dapat berkongsi keselesaan
dengan orang-orang yang kurang berkemampuan. Dalam pembahagian harta, kita wajib
melaksanakan faraid untuk mengelakkan pergaduhan dalam pembahagian harta sesama
keluarga. Amanah tersebut diutuskan melalui wasiat ahli keluarga yang meninggal dunia
dan akan diuruskan oleh peguam atau baitumal yang telah diamanahkan. Ilmu konsep
keadilan dalam teori agihan berdasarkan syarak ini wajib dipelajari oleh masyarakat
untuk tidak menimbulkan salah faham sesama Islam dan mengukuhkan ekonomi dari
aspek sosial, hukum, politik, budaya terutamanya ekonomi.

Melalui sumber al-Quran dan hadis, jelaslah bahawa kepentingan dalam


membahagikan hasil bumi ini sesuai dengan keperluan manusia. Manusia diciptakan oleh
Allah SWT beserta dengan hasil bumi yang cukup. Maka, lahirlah manusia yang mampu
memimpin bagi menjaga dan menguruskannya. Tujuan manusia diciptakan telah disebut
dalam al-Quran firman Allah SWT.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak
menjadikan khalifah di muka bumi.”....

(Surah Al-Baqarah : 30)

9
Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 30, manusia
mempunyai kepentingannya dalam menjaga ke semua aspek kehidupan termasuk
menguruskan sumber dan menjaga cara pengagihan.

Teori agihan yang adil mampu mewujudkan masyarakat yang penyayang sesama
mereka. Hal ini mampu mewujudkan keberkatan kepada Allah SWT kerana mereka
sesama manusia saling mengasihi antara satu sama lain. Sifat bakhil yang wujud dalam
diri manusia mampu memberi impak negatif serta kesan sosial yang melampau kerana
tiada sifat bertimbang rasa yang hanya memburukkan keadaan. Keadilan dalam teori
agihan tidak semestinya memerlukan harta namun tenaga dan masa yang digunakan bagi
memberi bantuan sesama masyarakat. Sifat bakhil yang amat dibenci oleh Allah SWT.
Telah bersabda Nabi Muhammad SAW

“Janganlah sekali-kali orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada
mereka daripada kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka.
Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu
akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari Kiamat. Dan keputusan Allahlah segala
warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu
kerjakan.”

(Riwayat al-Bukhari no. 1338)

Oleh hal yang demikian, kepentingan teori agihan ini mampu memberikan
kesedaran terhadap manusia. Kesannya bukan sahaja memburukkan diri dan masyarakat
serta sosial. Namun dapat dilihat gambaran manusia yang bakhil dengan hartanya itu
akan diburukkan juga kelak di akhirat. Bukan itu sahaja, sebagai seorang Muslim,
tanggungjawab menunaikan zakat juga tidak harus dipandang remeh. Sebaliknya menjadi
keutamaan mereka kerana bukan sahaja menjadi sebahagian dalam Rukun Islam namun
kepentingan menunaikan zakat memberi manfaat dalam masyarakat. Zakat sangat
dituntut untuk ditunaikan kerana mampu menyucikan sebahagian harta manusia. Begitu
juga manusia memerlukan ketenangan jiwa, kepentingan menunaikan zakat menyucikan

10
hasil harta lalu diberkati Allah SWT. Allah SWT menuntut menunaikan zakat kerana
pemilikan harta adalah untuk semua manusia, wajiblah manusia adil dalam
membahagiakannya mengikut ketetapan yang telah diaturkan. Orang yang menunaikan
dan menerima zakat akan mendapat manfaat di dunia dan di akhirat. Hal ini telah disebut
dalam al-Quran firman Allah SWT :

“Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka dengan zakat itu membersihkan
kamu dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka.”

(Surah at-Taubah : 103)

Teori Agihan Dalam Perspektif Islam

Terdapat beberapa konsep agihan yang diperkenalkan oleh Islam antaranya adalah
zakat, nafkah, faraid dan lain-lain. Zakat adalah konsep agihan yang paling umum
diketahui fungsinya. Zakat adalah kadar yang telah ditentukan dan diberikan kepada
orang yang berhak menerima dengan syarat yang tertentu. Terdapat 2 jenis zakat iaitu
zakat fitrah dah zakat harta. Contoh zakat harta adalah zakat pendapatan, perniagaan, dan
wang. Terdapat 8 penerima zakat yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu faqir, miskin,
amil, muallaf, hamba, orang berhutang, fi sabilillah dan musafir. Zakat boleh membantu
menghapuskan kemiskinan di samping dapat meluaskan pemilikan harta dan pendapatan
serta mewujudkan keseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat.

Manakala untuk zakat fitrah pula, ia telah diperkenalkan pada tahun kedua hijrah
dimana perintah wajib berpuasa untuk mensucikan orang islam daripada melakukan
perbuatan yang sia-sia dan mengelakkan dari kata-kata yang tidak berguna. Zakat fitrah
berbeza dengan zakat harta kerana zakat fitrah lebih memfokuskan kepada individu
manakala zakat harta memfokuskan kepada harta yang dimiliki. Kaedah pengagihan
zakat fitrah dilakukan oleh pihak yang tertentu seperti baitumal kepada golongan
penerima zakat. Antara dalil yang mewajibkan perintah adalah surah al-baqarah ayat 43
yang bermaksud :

11
“Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat”

(al-Baqarah : 43)

Seterusnya adalah nafkah, nafkah adalah salah satu daripada cara agihan yang adil
dan mengikut perspektif syarak yang telah disarankan oleh islam. Definisi nafqah adalah
mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama
ada isteri,anak, dan orang di bawah tanggungannya. Ia juga termasuk kepada keperluan
tempat tinggal, makanan, pendidikan, keagamaan dan perubatan. Nafqah terbahagi
kepada dua iaitu nafqah yang dan nafqah sunat. Antara contoh nafkah wajib adalah,
nafqah di jalan Allah di mana berfungsi untuk meninggikan agama Islam, zakat dan
nafkah terhadap isteri. Manakala zakat sunat pula adalah sedekah dan lain-lain. Nafkah
wajib boleh dikuatkuasakan oleh kerajaan negara, manakala untuk nafkah yang lain, ia
terpulang kepada hati dan nurani setiap individu dan ketaqwaan mereka Allah swt.

Faraid pula adalah pembahagian harta seorang muslim yang telah meninggal
dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Oleh hal yang demikian,
harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli waris seperti anak, isteri, suami, ibu
dan lain-lain. Dalil yang menyebutkan perintah faraid ini adalah surah an-nisa ayat 11
yang bermaksud:

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak


kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak
perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka
ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu
seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu
bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak
mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka
bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang

12
saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu per enam. (Pembahagian itu)
ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah
dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui
siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang
diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(an-Nisa : 11)

Antara bentuk harta yang dibahagikan kepada ahli waris setelah ditolak segala
pembiayaan seperti hutang pewaris adalah tanah, barang kemas, wang tunai, dan binatang
ternakan. Harta yang ditinggalkan oleh pewaris dibahagikan mengikut perspektif syarak.
Jika suami meninggal dunia maka si isteri layak mendapat 50 peratus daripada harga nilai
rumah yang ditinggalkan oleh si suami.

Kesan Konsep Keadilan dalam Ekonomi Islam

Firman Allah SWT :

“Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Tuhan yang sentiasa menegakkan keadilan, dan para malaikat dan orang-orang yang
berilmu (juga menyatakan perkara yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia; Tuhan yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Ali ‘Imran: 18)

Keadilan dalam Islam melingkupi semua aspek meliputi undang-undang, politik,


budaya, ekonomi dan sosial. Ia akan membentuk seseorang manusia dia punya peribadi
untuk membina masyarakat yang harmoni. Keadilan Islam adalah bersifat sejagat dan
bukan hanya untuk Islam sahaja tetapi juga meliputi seluruh manusia tanpa mengira

13
keturunan, warna kulit dan juga agama. Keadilan yang terjalin akan dapat untuk
menghapuskan segala semua bentuk-bentuk kezaliman yang juga tugas utama yang
diutuskan kepada manusia, Contohnya, dalam kehidupan bermasyarakatan, apatah lagi
masyarakat majmuk di Malaysia, keadilan mestilah berasaskan kepada kebenaran. Islam
sangatlah melarang pembezaan pelaksanaan diantara keadilan dalam masyarakat
disebabkan oleh perbezaan agama yang dianut dan kepercayaan.

Punca Keadilan dalam Teori Agihan Menurut Perspektif Syarak Secara


Menyeluruh di Malaysia

Perbezaan antara ekonomi islam dan ekonomi konvensional adalah ekonomi


islam merujuk kepada perundangan islam. Ini adalah perkara asas yang membezakan
ekonomi daripada ekonomi moden atau konvensional. Perkara ini berlaku kerana ilmu
ekonomi moden hanya tercetus dari akal pemikiran manusia semata-mata. Islam amat
mementingkan ekonomi dengan kehidupan dunia dan juga kehidupan akhirat. Perbezaan
yang ketara antara sistem ekonomi islam dan sistem ekonomi moden adalah prinsip dan
ciri-ciri ekonomi yang tersendiri.

Islam menolak sama sekali prinsip bahwa sumber yang ada dunia adalah terhad.
Islam berpandangan bahawa sumber adalah anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah
S.W.T kepada manusia adalah mencukupi keperluan untuk menjamin kelangsungan
kehidupan manusia itu sendiri. Kekurangan sumber bukanlah sifat semulajadi sumber
tersebut, akan tetapi hanyalah berpunca daripada sifat dan pengurusan manusia yang
tamak, dan kurang ilmu pengetahuan. Allah S.W.T telah mengurniakan berbagai jenis
sumber di muka bumi.

Kesimpulannya, punca keadilan dalam teori pengagihan menurut syarak wujud


kerana sifat manusia yang fokus hanya kepada sudut harta dan kebendaan semata-mata.
Islam amat menekankan kesederhanaan dalam ekonominya, islam amat mementingkan
untuk memelihara keseimbangan diantara golongan yang kaya dan golongan miskin. Di
dalam ekonomi islam,penolakan penindasan ke atas golongan yang lemah adalah

14
ditegaskan oleh syarak. Ekonomi moden yang bersifat kejam dan tidak adil dalam
pengagihan mengakibatkan berlakunya penindasan kepada golongan yang lemah kerana
sistem ekonomi moden hanya menumpukan kepada kekayaan individu.

Implikasi Konsep Keadilan Dalam Teori Agihan Menurut Perspektif Syarak Secara
Menyeluruh di Malaysia

Pengagihan sesuatu yang sangat penting dan ia mempunyai kebaikan-kebaikan bagi


keseluruhan masyarakat. Dari perspektif Islam ia tentang cara pendapatan dan kekayaan
negara diberikan kepada faktor pengeluaran dan juga bukan faktor pengeluaran. Daripada
perspektif moden ia adalah bagaimana pendapatan dan kekayaan negara diberi di antara
pelbagai faktor-faktor pengeluaran yang dapat menjana sumber kekayaan tersebut.
Matlamat-matlamat pengagihan ialah untuk mengurangkan perbezaan jurang pendapatan
yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat ataupun komuniti.

Contohnya, di Malaysia iaitu meningkatkan kuasa beli rakyat dan dalam satu
masa juga ingin menghapuskan jurang pendapatan dan kekayaan antara wilayah, kaum,
kelas dan juga rantaian bekalan yang melampau. Matlamat-matlamat pengagihan dalam
ekonomi Islam seperti, setiap individu mendapat hak masing-masing dengan sama rata,
tidak hanya menumpukan harta kepada sesuatu golongan tertentu sahaja.

Zakat ialah kadar tertentu yang akan diberikan kepada yang rakyat yang
memerlukan ataupun berhak menerimanya dan mempunyai syarat-syarat tertentu juga
bagi penerima. Contoh golongan masyarakat yang akan menerima zakat ialah fakir,
miskin, amil, muallaf, hamba, orang berhutang, Fi Sabilillah (tentera yang tidak
menerima gaji daripada kerajaan) dan musafir. Peranan bagi zakat ialah untuk
menghapuskan kemiskinan, meluaskan pemilikan harta dan pendapatan dan mewujudkan
keseimbangan ekonomi di dalam kalangan masyarakat dan ia juga boleh membersihkan
jiwa individu dari sifat-sifat yang buruk seperti tamak dan Allah pernah berfirman

15
“Dan dirikanlah kamu akan solat serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul
Allah; supaya kamu beroleh rahmat”

(Surah An Nuur : ayat 56)

Terdapat kepentingan bagi pengagihan iaitu pengagihan sebagai sesuatu yang amat
penting kerana ia memberikan impak kepada kebajikan manusia secara langsung.
Mempunyai 2 etika penting iaitu adil dan ihsan. Bagi adil ia mengandungi hak seseorang
diserahkan secara adil dan saksama, memberi sesuatu pada yang berhak untuk
menerimanya. Bagi ihsan pula ia mengandungi golongan kaya memberi kasihan kepada
golongan miskin, mengeratkan jurang diantara orang yang berada dan orang yang miskin.

Selain itu juga agihan pendapatan ia juga satu gerakan yang dilakukan oleh
kerajaan untuk memindahkan pendapatan daripada seseorang kepada yang memerlukan.
Tun Dr Mahathir pernah berkata, pembangunan dan juga kekayaan ini perlu diagihkan
secara lebih adil supaya semua rakyat jelata boleh merasainya. Kesan bagi yang selalu
melakukan etika pengagihan ialah berlakunya riba ia tidak akan diterima pakai dalam
ekonomi Islam. Riba adalah sesuatu sistem yang mengenakan bayaran tambahan dalam
ekonomi konvensional, ia sangat dilarang di dalam ekonomi Islam. Contohnya, jika kita
berhutang bayaran tambahan akan dikenakan jika kita lambat bayar.

Salah satu implikasi konsep keadilan dalam teori pengagihan ialah agar masyarakat
berlaku adil dalam melakukan sesuatu. Dengan adanya konsep keadilan masalah
kemiskinan akan dapat dibendung. Contohnya, hak orang-orang miskin diutamakan maka
masalah golongan gelandangan akan dapat dielakkan sekaligus mengimbangi ekonomi
negara. Allah pernah berfirman :

16
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi
bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran,
dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil
pelajaran”

(Surah An-Nahl: ayat 90)

Dengan selesainya masalah gelandangan, maka ekonomi pun akan dapat ditingkatkan.
Contohnya, aktiviti berjual beli akan lebih kerap berlaku di negara ini. Seterusnya,
implikasi dari segi pengagihan untuk memberi masyarakat yang tidak berkemampuan
peluang untuk menyara hidup. Contohnya, melalui baitulmal golongan yang tidak
berkemampuan akan diberi bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan
kecil-kecilan. Selain itu, dapat melahirkan individu yang berwawasan. Sebagai contoh,
dengan sumber dari baitulmal kerajaan akan dapat membina institusi pendidikan seperti
sekolah,kolej,madrasah dan universiti. Dengan adanya institusi pendidikan ini akan
melahirkan generasi muda yang berkualiti untuk masa hadapan negara.

Perbandingan Konsep Teori Agihan Menurut Perspektif Islam dan Barat

Kesan konsep keadilan dalam teori agihan menurut perspektif Barat secara
menyeluruh di Malaysia ialah kerajaan Malaysia akan berkembang maju dengan adanya
agama islam yang membantu mereka dalam pelbagai perkara. Hal ini demikian kerana
negara bukan Islam mempunyai lebih ramai orang yang miskin dengan ketidakadilan
mereka dalam agihan dan tidak ada yang dapat membantu mereka dalam konsep agihan
yang jujur. Orang barat tidak mengambil kisah tentang orang miskin kerana mereka tidak
mempunyai agama yang kuat seperti Islam. Islam mengajar kita untuk bertimbang rasa
dan memberi pelbagai cara untuk membantu orang yang miskin . Islam juga membantu
umat mereka untuk lebih berdisiplin dalam pelbagai perkara. Banyak orang kaya di Barat
juga tidak mahu membantu orang miskin di negara mereka malah meleceh-lecehkan
orang miskin seperti negara Amerika Syarikat, Jerman, Kanada dan lain-lain.

17
Antara kesan konsep keadilan dalam teori agihan menurut perspektif barat secara
menyeluruh di Malaysia ialah rakyat tidak berada dalam kesusahan. Hal ini demikian
kerana terdapatnya zakat yang akan membantu rakyat yang kurang berupaya dari segi
kewangan dan lain-lain. Islam mewujudkan zakat untuk menggalakkan orang kaya untuk
bersedekah kekayaan dan pendapatan mereka kepada orang miskin untuk membantu
mengurangkan jurang perbezaan antara yang satu dengan yang lain. Untuk mengelakkan
orang yang berupaya mengambil zakat dengan sengaja, wujudnya golongan-golongan
yang diiktiraf untuk mengambil zakat dan golongan tersebut adalah fakir, miskin, amil,
muallaf, ar-riqab, al-gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil.

Selain itu, kesannya ialah orang kaya tidak akan mengeksploitasikan kekayaan
mereka untuk diri mereka sahaja tetapi akan bertimbang rasa dengan orang yang miskin
dengan bersedekah kepada mereka. Sekiranya kita mengambil contoh dari negara barat,
ramai orang kaya tidak memberi sedekah kepada orang miskin kerana mereka
berpendapat bahawa orang miskin tidak mempunyai usah untuk mencari kerja langsung
dan ia merupakan sebab mereka menjadi miskin.Justeru itu, terdapat orang miskin yang
tidak mampu untuk berkerja lagi kerana kesihatan mereka dan sesungguhnya Allah
SWT memberi ujian kepada umat islam untuk tabah dalam semua hal termasuk dengan
golongan orang miskin walaupun mereka tidak mempunyai duit untuk makan.Islam
mengajarkan bahawa kekayaan itu di kuasa Allah SWT dan rezeki yang dikurniakan
oleh mereka itu daripada Allah SWT. Ini untuk mengajarkkan kepada umat islam bahawa
kekayaan yang mereka peroleh ialah daripada Allah SWT dan justeru itu mereka perlu
berbahagi kekayaan mereka kepada orang yang berkemampuan. Hal ini demikian kerana
semua umat islam mempunyai rezeki mereka sendiri yang ditentukan oleh Allah SWT.
Hal itu dijelaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud :

“....Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya


dengan tidak dikira.”

(Surah Ali ‘Imran, ayat 37)

18
Konsep adil dalam pengagihan memberi banyak kesan kepada rakyat. Menurut
Islam baitulmal memainkan peranan yang penting dalam adil melakukan pengagihan.
Meningkatkan taraf hidup rakyat adalah salah satu kesan positif yang dibuat melalui
baitulmal. Contohnya, dengan adanya bantuan daripada baitulmal, pihak kerajaan akan
meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menggunakan sumber daripada baitulmal untuk
membina institusi pendidikan. Membina institusi pendidikan seperti madrasah, universiti,
sekolah dan kolej akan meningkatkan ilmu pengetahuan bagi golongan remaja untuk
mewujudkan peluang pekerjaan. Baitulmal juga ada menyediakan bantuan kewangan
untuk meningkatkan pendapatan kepada golongan masyarakat yang melakukan aktiviti
pertanian dan perdagangan. Dengan bantuan kewangan yang diberikan oleh baitulmal
tersebut, ianya akan memudahkan masyarakat yang mempunyai pendapatan yang rendah
untuk menaik taraf hasil daripada pertanian dan perdagangan mereka.

Kesimpulan dan Cadangan

Sebagai kesimpulan, keadilan sebagai suatu kewajiban bagi suatu masyarakat


Muslim untuk menegakkannya dengan lebih baik untuk individu dan juga masyarakat
dengan tujuan menghapuskan semua ketidakadilan dari masyarakat, menciptakan suatu
keseimbangan dalam semua lapisan kehidupan dan membebaskannya dari ekstremis,
sehingga semua sektor masyarakat mendapatkan hak dan tanggungjawabnya. Keadilan
sebagai hal yang penting bagi kaum Muslim, bukan sahaja untuk menyambut Islam
kepada keadilan sosial, juga untuk memahami sepenuhnya implikasi yang
bercabang-cabang. Pada peningkatan wakaf wang di kalangan masyarakat, dana yang
dikumpulkan bermanfaat untuk meningkatkan keadilan sosial. Konsep keadilan sosial
dimaknai sebagai proses yang memberikan masyarakat mencapai sesuatu kekuasaan yang
lebih stabil dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Dari segi individu pula, kita sebagai umat Islam perlulah bersikap adil antara satu
sama lain dan bersabar dalam apa-apa keadaan supaya kita tidak terjerumus dalam
golongan yang pemarah dan juga firman Allah SWT:

19
“Dan jika kalian membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kalian membalas
dengan kejahatan yang sama seperti mana yang telah ditimpakan ke atas kalian, dan jika
kalian bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi
orang-orang yang sabar. (126); Dan bersabarlah (wahai Muhammad); dan tiadalah
berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah
kamu berduka cita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah kamu bersempit dada
disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (127); Sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berbuat kebaikan. (128).”

(Surah al-Nahl: 126-128)

Dari segi kerajaan pula, kerajaan perlulah memantapkan lagi struktur organisasi
dengan orang yang berkelayakan tinggi supaya mereka mampu untuk membina sebuah
negara yang mampu untuk memberikan perubahan yang drastik terhadap ekonomi dan
juga sosial di antara rakyat. Sebagai contoh, pelantikan menteri kewangan dalam
sesebuah negara haruslah berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut dan bukan
melantik sesama diri ataupun penglibatan orang dalam. Perkara seperti ini sangatlah tidak
adil untuk orang yang berusaha untuk memajukan negara.

Akhir sekali, masyarakat yang aman dan harmoni dilahirkan apabila mereka
bersatu padu untuk menjaga satu sama lain. Oleh itu, cadangannya adalah kita perlulah
membantu antara satu sama lain dari segi ekonomi, keselamatan, dan kehormatan
masing-masing tanpa mengira agama dan bangsa supaya apabila berlakunya sesuatu
masalah, keadilan antara satu sama lain dapat dicapai dan masyarakat aman dan damai
dapat dibina.

20
Rujukan

1. Ahmad, S. (2001). Masalah Asas Ekonomi dan Penyelesaiannya Menurut Islam. Kuala

Lumpur; Universiti Malaya.

2. Al-Quran Karim

3. HR al-Bukhari

4. HR at-Tadbrani

5. Agama Islam Junjung Tinggi Keadilan | Harian metro. (n.d.). Retrieved December 9,

2022, from

https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/370653/agama-islam-junjung-tinggi-keadilan

6. EJOURNAL. (n.d.). Retrieved December 9, 2022, from https://ejournal.um.edu.my/

7. Wikimedia Foundation. (2022, August 24). Agihan Kekayaan. Wikipedia. Retrieved

December 9, 2022, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Agihan_kekayaan

8. Mahyuddin Khalid Follow Dosen. (n.d.). Pengagihan Menurut Ekonomi Islam. Share

and Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved December 9, 2022, from

https://www.slideshare.net/emkay84/mei-pengagihan-ekonomi-islam

9. Arif, M. (2022). Filsafat Ekonomi Islam. Merdeka Kreasi. (Hussin, Apa Maksud

Wakaf, Jenis & Cara Wakaf Hartanah di Malaysia 2021)

10. Wikimedia Foundation. (n.d.). Faraid. Wikipedia. Retrieved December 9, 2022, from

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Faraid#:~:text=Menurut%20istilah%20syara'%2C%20fa

raid%20adalah,dll%2C%20menurut%20hukum%20Islam

21
11. Yusof, Adil Mengikut Perspektif Islam 2021

12. Nawawī Imam, & al-Mubarak, A. E. (2012). Riyadhus Solihin. Perniagaan Jahabersa.

13.MD Nor Salmah Jan, N. A. (2017). Bustan al Salatin Panduan kepada Pemerintahan

Islam yang Adil oleh Golongan Pembantu Raja

14. Agih Kekayaan sama rata | Harian metro. (n.d.). Retrieved December 9, 2022, from

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/454101/agih-kekayaan-sama-rata

15. Kutipan Dan Agihan zakat Malaysia baharu: ISU, Cabaran Dan Harapan. (n.d.).

Retrieved December 9, 2022, from

https://www.researchgate.net/publication/330924400_Kutipan_dan_Agihan_Zakat_Mala

ysia_Baharu_Isu_Cabaran_dan_Harapan

16. Pemilikan Sempurna Pemilikan Sempurna Merupakan Al Milk Tam Menunjukkan:

Course hero. PEMILIKAN SEMPURNA Pemilikan sempurna merupakan Al Milk tam

menunjukkan | Course Hero. (n.d.). Retrieved December 9, 2022, from

https://www.coursehero.com/file/p7md1h6/PEMILIKAN-SEMPURNA-Pemilikan-semp

urna-merupakan-Al-Milk-tam-menunjukkan/

22

Anda mungkin juga menyukai