Anda di halaman 1dari 1

TARIKH : 8 JUN 2022

NO RUJUKAN : JBDP/06

KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT,


Balai Bomba dan Penyelamat, Kota Raja,
Jalan Gedung Raja Abdullah,
41000 Klang, Selangor

TUAN,
PER: PERMOHONAN KEBENARAN MENYEWA DEWAN BAGI SESI TAKLIMAT KERJAYA
PELAJAR LEPASAN SPM/SPMV

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin memaklumkan pada pihak tuan bahawa kami bakal mengadakan satu sesi
taklimat kerjaya khas untuk para pelajar lepasan SPM/SPMV.

Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar serta ibubapa berkaitan peluang kerjaya
dalam sektor kerajaan dan informasi mengenai jurusan-jurusan yang terbaru dalam industri pengajian tinggi. Di
samping itu, bagi para hadirin yang berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi di institusi kami, mereka juga
berpeluang untuk mendapatkan informasi lebih lanjut secara percuma. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 9 JULAI 2022


Hari : SABTU
Masa : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG
Tempat : DEWAN JABATAN

Tuan/Puan, Tarikh yang dinyatakan diatas kemungkinan bertukar selaras dengan tarikh keputusan SPM
dikeluarkan.
Kerjasama dari pihak tuan amatlah diharapkan dan diucapkan dengan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila
hubungi saya Shahrin di talian 016-2006151.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

-------------------------------------------------
SHAHRIN
UNIT PEMBANGUNAN SISWAZAH
KOLEJ ANTARABANGSA NEWTON
016-2006151

NEWTON INTERNATIONAL COLLEGE No.20, Lorong 1/137C, Batu 5, Jln Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai