Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami : SMCH/02/02/001(07)
Tarikh : 28 FEB 2020

Pengarah,
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sabah
Kementerian Sumber Manusia
Lot A6.2 & A6.3 Tingkat 6,
Blok A, Bangunan KWSP,
Jalan Karamunsing
88598 Kota Kinabalu

Tuan,

JEMPUTAN MEMBUAT PAMERAN SEMPENA HARI KERJAYA

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling SMJK Chung Hwa,Tenom akan
mengadakan Hari Kerjaya 2020. Dalam program ini, satu pameran mengenai hala tuju kerjaya akan
dijalankan bagi menambahkan pengetahuan para pelajar terutamanya bagi bekas pelajar tingkatan lima.
Program tersebut akan dijalankan seperti berikut :
Tarikh : 05 Mac 2020
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : SMJK Chung Hwa, Tenom

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput tuan untuk membuka ‘booth’ kerjaya. Pihak
kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memenuhi jemputan kami. Untuk maklumat lanjut
boleh hubungi Cik Josepine Mary Velagnani di talian 011-36289654. Segala kerjasama dari pihak tuan
amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

KWOK CHEE YEN


Pengetua
SMJK Chung Hwa, Tenom

s.k : 1.Fail Sekolah


2.Fail UBKSMCH

Anda mungkin juga menyukai