Anda di halaman 1dari 2

Ruj.Kami : KVP.JB.

600-6/5 ( )

Tarikh : Mac 2020

Kolej Komuniti Pasir Gudang


No. 61, Jalan Kijang,
Taman Scientex,
81700 Pasir Gudang,
Johor.
(u.p :Ketua Unit Pendidikan Berterusan)

Tuan,

PERMOHONAN MENGANJURKAN BENGKEL PENYEDIAAN LAMAN WEB

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami ingin memohon pihak tuan untuk menganjurkan Bengkel
Penyediaan Laman Web di Makmal Siber 2 , Kolej Vokasional Perdagangan. Bengkel ini adalah
bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan serta memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang
pengurusan perniagaan tentang E-dagang terutamanya laman web.

3. Berikut merupakan maklumat berkaitan kursus tersebut :

Tarikh : 11 Mac 2020 ( Rabu )


Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 Tengah hari
Bil. pelajar : 29 orang pelajar Program Pengurusan Perniagaan
Bil. guru : 2 orang
Guru : Puan Lim Ka Booi ( 012-5611023)
Puan Farhah binti Jaffar (017-7779815)

4. Sehubungan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami. Diharapkan
pihak tuan juga dapat melampirkan tentatif dan keperluan kursus. Segala kerjasama dan sokongan
amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

(HJ. YUSUF BIN MAT DAUD)


Pengarah
Kolej Vokasional Perdagangan,
Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai