Anda di halaman 1dari 5

TEKS CATATAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bagi


memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan
bacaan ummul kitab Al-fatihah.

Yang Berusaha En Mohd.Apandi b.Omar Baki Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Pulau Serai

Yang dihormati, En Mohd Rafiz b.Abd Rahim, YDP PIBG SK Pulau Serai

En Saidi b.Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En.Che Mohd Zaibidi b.Che Ngah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En.Mohd Aripen b.Muda Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

En.Baharudin b.Ismail Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Para ibu bapa penjaga, barisan pendidik serta semua murid Tahun 6 SK
Pulau Serai yang dikasihi sekalian.

Kuntum Melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita sama-sama dapat berkumpul pada
pagi yang begitu indah ini untuk sama-sama menjayakan MAJLIS
PELANCARAN PROGRAM 40 HARI MENJELANG UPSR 2017.
Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
ibu bapa penjaga serta seluruh murid Tahun 6 SK Pulau Serai ke program
pada hari ini. Semoga dengan berkat kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
ke program kita pada pagi ini akan menambahkan lagi semangat dan
keazaman bagi seluruh murid-murid TAHUN 6 2017 untuk lebih cemerlang
dalam peperiksaan UPSR yang akan dihadapi tidak lama lagi. Buat
pengetahuan ibu bapa dan penjaga sekalian, program yang dijalankan pada
pagi ini merupakan salah satu daripada program kecemerlangan UPSR yang
dirangka bagi memastikan peningkatan prestasi murid-murid tahun
6 dalam peperiksaan UPSR. Program ini merupakan anjuran Unit
Bimbingan & Kaunseling SK Pulau Serai.

DOA
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Sobari b.Bakar. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

***********
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al
Fadil Ustaz Sobari b.Bakar atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR


Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan lagi
dengan ucapan oleh yang berusaha En.Mohd Apandi b.Omar Baki Guru
Besar SK Pulau Serai. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En.Mohd Apandi B.Omar Baki,Guru Besar


SK Pulau Serai atas ucapan beliau sebentar tadi.

UCAPAN YDP
Aturcara majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan oleh yang
dihormati En.Mohd Rafiz b.Abd Rahim YDP PIBG SK Pulau Serai seterusnya
merasmikan PROGRAM 40 HARI MENJELANG UPSR 2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En.Mohd Rafiz b.Abd Rahim atas ucapan
perasmian beliau sebentar tadi.

IKRAR & AKUJANJI MURID TAHUN 6

Hadirin yang dimuliakan, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu


UPACARA BACAAN IKRAR DAN AKUJANJI MURID-MURID TAHUN 6 SK
Pulau Serai 2017. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan ini
menjemput _Adik _________________________ untuk mempimpin bacaan
ikrar dan akujanji. Murid-murid diminta berdiri.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian


memimpin bacaan ikrar akujanji sebentar tadi.
GIMIK PELANCARAN -Pihak
pengurusan
Hadirin sekalian, ucapan sudah ikrar pun sudah perlu bersama
Kini tiba masanya, upacara gimik pelancaran. di pentas @ x
Majlis dengan penuh sukacita menjemput dan mempersilakan yang
berusaha En.Mohd Apandi bin Omar Baki, Guru Besar SKPS mengiringi Yang
dihormati En.Mohd Rafiz bin Abd Rahim YDP PIBG SK Pulau Serai naik ke
pentas bagi menyempurnakan gimik pelancaran. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Begitulah tadi sempurna sudah gimik Majlis Pelancaran Program 40 Hari


Menjelang UPSR SK PULAU SERAI TAHUN 2017.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En Mohd Rafiz


b.Abd Rahim di atas kesudiaan menyempurnakan gimik sebentar tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL 6A / MIN D

Aturcara majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan lagi dengan
penyampaian Sijil 6A dan MIN D. Bagi menyempurnakan acara dipersilakan
_______________________ mengiringi _____________________________
untuk penyampaian sijil. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Mendahului penerima sijil ialah murid dengan pencapaian 6A / MIN D iaitu


1.
2.

Seterusnya ,penerima sijil bagi murid dengan pencapaian 6A /MIN D,


dipersilakan:
1.
2.

Tahniah dan syabas diucapkan.


MOTIVASI KAIN RENTANG

Hadirin yang dimuliakan, kita sudah tiba ke hujung acara. Selepas ini semua
ibu bapa dan guru akan menurunkan kata-kata motivasi dan semangat buat
anak-anak kita yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi melalui tinta di
atas lembaran kain rentang yang sudah tersedia.
PENUTUP

Sebelum kita bersurai sudi kiranya dengarkan beberapa rangkap PANTUN


ILMU dari saya:

Padi segemal kepuk di hulu,


Sirih di hilir merekap junjungan,
Kepalang duduk menuntut ilmu,
Pasir sebutir jadikan intan.

Ramai orang membeli jamu,


Di bawah pokok cuaca redup,
Bersungguh-sungguh mencari ilmu,
Ilmu dicari penyuluh hidup.

Ramai orang menggali perigi,


Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari tak akan rugi,
Buat bekalan dunia akhirat.

Terang bulan di malam sepi,


Cahya memancar kepangkal kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.

Ke hulu membuat pagar,


Jangan terpotong batang durian,
Cari guru tempat belajar,
Supaya jangan sesal kemudian.

Air melurut ke tepian mandi,


Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Hadirin sekalian,
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada
pagi ini. Saya mewakili jawatankuasa kerja program serta seluruh warga SK
Pulau Serai memohon maaf atas segala kekurangan atau kesilapan
sepanjang menjayakan program ini.
Sekian .Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi
wabarakatuh
MAJLIS PELANCARAN
PROGRAM 40 HARI
MENJELANG UPSR

Anda mungkin juga menyukai