Anda di halaman 1dari 25

PUSAT TAMADUN MELAYU DI KELANTAN

DAN SUMBANGAN TOKOH ULAMA TOK


KENALI DALAM BENTUK PENULISAN
DISEDIAKAN OLEH :

1. NOR HALIZA BT AB HAMID (JIE170034)


2. ZAINURUL AFIFAH AMALIN BT
ZAKARIA(JIE170028)
3. MOHD ZULFARIS AIMAN B. ABDUL
RASID(JIE170012)
4. AMER HAKIMY BIN ZULKEFLI (JIE170036)

DR MOHD TAUFIK ARRIDZO B MOHD BALWI


Pengenalan
● Menurut S. Othman Kelantan (1987), sastera Islam bertujuan untuk memancarkan ilmu
pengetahuan secara akliah, memancarkan nur keimanan yang memberangsangkan untuk
berbuat kebajikan kepada manusia dan menebarkan kasih sayang kepada semua makhluk
lain.
● Penulisan sastera banyak menerapkan unsur keindahan dalam sesuatu karya bagi
menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T . Sastera berunsurkan Islam ada dua
kategori.
● Pertama, karya-karya sastera yang ditulis oleh orang tetapi masih terdapat unsur-unsur
tertentu yang sama dengan pengajaran islam.
● Kedua, karya-karya yang dihasilkan oleh orang Islam tetapi masih ada yang tidak mengikuti
ciri-ciri yang ditetapkan, kecuali hanya beberapa aspek kecil yang tidak berlawanan dengan
Islam. Walaupun tidak ada pengajaran Islam di dalamnya.
● Pengkaji memilih tokoh ulama iaitu Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai
Tok Kenali (1868 – 1933) .
● Kajian ini telah menggariskan dua objektif iaitu; mengenalpasti dan menganalisis pusat-pusat
tamadun Melayu di Kelantan dan sumbangan dalam bidang penulisan yang dipelopori oleh
Tok Kenali.
● Memilih pusat tamadun di Kelantan kerana berpendapat negeri Kelantan; terkenal dengan
pusat-pusat pengajian agama Islam, sangat sinonim dengan kekuatan dari segi agama Islam ;
ramai para ulama yang lahir dan menetap di Kelantan bagi menimba ilmu dan menyebarkan
dakwah.
● Menurut Abu Bakar Hamzah (1964), tamadun ialah sesuatu yang lahir dan berkembang
bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir
daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa skala
(material).
● Roberti Haini pula, tamadun ialah suatu cara hidup mengenai sesuatu rangkaian terdiri
daripada fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-undang dan
rangka dasar politik.
● Kemunculan Islam yang membawa kepada kemunculan tamadun Islam bagi
memelihara dan memulihkan serta menghormati hak-hak asasi manusia yang telah
dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya di dunia dan makhluk lain
ciptaan-Nya.
● Kaedah pemerolehan iaitu; proses menggunakan pelbagai sumber rujukan sama ada
primer @ sekunder dari Perpustakaan UM dan Perpustakaan APM, UM bagi
mendapatkan bahan seperti buku-buku, tesis dan sebagainya, dan melayari laman
sesawang.
● Kaedah penganalisisan data pula melalui maklumat diperolehi, pengkaji telah
menganalisis pusat-pusat tamadun Islam di Kelantan dan sumbangan dalam bidang
penulisan yang dipelopori oleh Tok Kenali sepanjang perkhidmatannya.
Biodata Tokoh
● Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah
seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung, guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran

umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara
khususnya, di awal abad ke-20.
● Dikatakan seorang pembangun pemikiran umat Islam di dunia kerana menerusi
pengajaran kepada murid-murid di Alam Melayu, pemikirannya menerusi majalah “
Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah
“Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan.
● Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali,
(1058-1111M.
● Lahir di Kampung Kenali, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M).
● Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Tok kenali mula belajar dengan datuknya,
Encik Salleh (Tok Leh) iaitu membaca kitab suci Al-Quran dan tulis-menulis.
● Menyambung pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat
pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab dan kemudian
menyambung pelajaran-pelajarannya di Tanah Suci Makkah.
● Pada tahun 1911M (1329M), beliau membuka pondok Kenali.
● Merupakan guru di Masjid Besar Al-Muhammadi, yang menjadi pusat pengetahuan agama
terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.
● Usia kira-kira 65 tahun, Tok Kenali akhirnya menghadap ilahi iaitu pada Ahad 19 November
1933M, berikutan keuzuran.
● Tok Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tok
Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu
Dapatan Kajian

Sumbangan
Pusat Tamadun Tokoh Dalam
Bidang Penulisan
Pusat Tamadun
Kelantan merupakan pusat pengajian Islam dirantau Nusantara sejak
kemerosotan kerajaan Islam Aceh pada akhir abad ke-17 masihi

Selepas kejatuhan Aceh, Kelantan telah menjadi destinasi utama para pelajar
Islam yang ingin meluaskan ilmu pengetahuan agama.

Negeri Kelantan yang juga digelar Serambi Mekah dan merupakan negeri yang
terkenal dengan pengajian pondok. Penuntutnya datang dari pelbagai tempat
seperti Kampar, Sumatera, Kemboja, Patani dan juga dari negeri-negeri
Semenanjung Malaysia

Kelantan telah menjadi pusat penting dalam perkembangan islam dalam bentuk
tulisan ilmiah dari pertengahan akhir abad ke-19 Masihi dan awal abad ke-20
masihi

Penduduknya terkenal dengan pegangan Islam yang kuat dan telah melahirkan
ramai ulama yang terkenal antaranya Tuan Tabal, Tok Kenali, Tok Selehor, Tok
Pulai Chondong dan Tok Kemuning.
Tok Kenali cuba mempertahankan negeri Kelantan yang terkenal di kalangan masyarakat Islam
pelusuk Nusantara dengan menjana serampang dua mata satu menjurus kepada pengajian
agama Islam dan kedua menjurus kepada minda masyarakat dalam aspek politik, pendidikan,
ekonomi dan sosial.

Dalam konteks perkembangan agama di Kelantan Tok Kenali muncul sebagai seorang ulama
berwibawa dalam bidang nahu Arab dan amat disanjung tinggi oleh masyarakat Islam seluruh
Semenanjung Malaysia

Demi memartabatkan ilmu-ilmu Islam ini langkah pertama yang diperjuangkan oleh Tok Kenali
ialah dengan membuka kelas pengajian atau kuliah agama secara terbuka di Pondok Kenali.

Dengan adanya sistem pengajian atau kuliah pondok ini Tok Kenali memperkenalkan
pengajaran-pengajaran asas ilmu fardhu ain seperti ilmu tauhid,fiqh, hadis, tafsir dan tasawuf.
Sumbangan Tokoh Dalam Bidang Penulisan
a) Pembinaan Pondok

❖ Tuk Kenali sebagai ulama’ Islam yang sentiasa di bawa masyarakat dalam pembangunan negeri
Kelantan kepada kemajuan yang berteraskan Islam.
❖ Tok Kenali telah memperlihat cara, strategi dan pendekatan tersendiri untuk membangunkan dan
memajukan negeri Kelantan, iaitu melakukan usaha-usaha dan mengambil tindakan membina
sekolah, membangun infrastruktur bagi membantu kegiatan ekonomi rakyat seperti pembinaan
jalan dan seterusnya pembukaan tanah.
❖ Dari ketiga-tiga langkah itu, Tok Kenali melihat soal pembangunan minda masyarakat dengan ilmu
dan pendidikan moral dengan akhlak perlu diutamanakan lebih dari yang lain.
❖ Berdasarkan inilah Tok Kenali menolak cadangan Dato’ Perdana terhadap pembesaran jalan dan
gedung perniagaan di Kenali kerana perkara ini walaupun penting merupakan pelengkap atau
penyempurnaan sedangkan pembangunan asas adalah pembangunan minda dengan ilmu
pengetahuan dan akhlak.
❖ Berdasarkan pembangunan asas adalah pembangunan minda dengan ilmu pengetahuan dan
akhlak.

❖ Hakikat ini dapat dibuat kesimpulan dari jawapan-jawapan Tok Kenali bersasaskan ungkapan

berikut, “Kelantan perlu dimajukan dengan ilmu lebih dulu. Bila ada tempat ilmu ( pondok), maka
orang ramai dan di kala itu akan banyaklah rumah-rumah gudang ( kedai)”.

(Tokoh Ulama’ dan Pemikiran Nusantara, 2012:105-105)

❖ Petikan pernyataan di atas membuktikan bahawa Tok Kenali adalah ulama’ Islam Kelantan yang

meletakkan dan memperkenalkan pendekatan baru memajukan sektor pendidikan agama Islam

melalui penubuhan sistem persekolahan agama di Kelantan, di samping mengekal sistem

pondok yang telah sedia ada berjalan dan berkembang di seluruh Kelantan pada waktu itu.
b) Penulisan cerpen

❖ Ketokohaan dan sumbangan Tok Kenali dalam bidang sastera adalah berbentuk cerita lisan yang

bersifat didaktif yang dipengaruhi oleh suasana masyarakat Timur Tengah.

❖ Justeru kerana minatnya dalam bidang sastera maka Ceritara Raja Muda pernah dimasukkan

dalam koleksinya.

❖ Penglibatan beliau dalam bidang sastera adalah seiring dengan beberapa orang pengarang yang

berwibawa seperti Syed Syeikh al-Hadi, Abdullah Rahman, Yusuf Midin, Za’aba dan sebagainya.

❖ Kebanyakan cerpen Tok Kenali pendek-pendek iaitu antara 300 hingga 500 perkataan, hanya

cerpen Kadhi Yang Pintar dan Helah Yang Bijak agak panjang sekitar 1000 hingga 1500 perkataan.
❖ Kesemua cerpen Tok Kenali berteraskan ajaran Islam dengan dihiasi ayat-ayat al-Quran, hadis

dan syair-syair Arab. Dengan demikian cerpen-cerpen Tok Kenali bertemakan Islam.

❖ Antologi cerpen Tok Kenali yang mengandungi 22 buah cerpen pada identifikasinya

memperkatakan hal-hal yang berlaku di sekitar alamiah, pendidikan dan kebudayaan yang

cenderung untuk menguatkan pengajaran ilmunya.

❖ Tok Kenali juga mempunyai ketokohan dan keahlian dalam menghasilkan syair antara syair-

syair beliau yang terkenal ialah:


1. Syair Bersahabat:
2. Syair Pendidikan:
Ertinya:
Ertinya:
Kawannilah kamu dengan orang-orang yang
terkemuka, Apabila anak tidak dijadikan bahagia,

Nanti kamu turut besar jiwa, Gusar pendidiknya dan sia-sialah pengharap,

Jauhilah kamu mengawani orang yang rendah, Lihatlah Musa Samiri didikan Jibril tercelaka kufur,

Nanti pangkat kebesaran jatuh terdedah. Sedang Musa didikan Firaun menjadi rasul.
3. Syair Harta:
4. Syair Akhirat:
Ertinya:
Ertinya:
Lancarnya puisi Hassan dan indahnya tulisan Ibnu
Maqalah, Aku bersumpah dengan pendiri langit tanpa lipat,

Cerdas pula Luqman al-Hakim dan zuhudnya Tuhan memilih seutama-utama Rasul dari keluarga
Ibrahim Adham, Luay,

Semuanya itu bila terkumpul pada orang muflis, Tiadalah kamu dicelahi kerana gemarkan akhirat,

Maka kepandaian tidaklah lagi berharga. Sungguhnya dia adalah perhiasan dunia bagi yang
hidup sesudah hidup.
Kebanyakan syair yang disampaikan
5. Syair Sebab Akibat: semasa beliau mengajar atau
menyampaikan kuliah ilmu-ilmu
Ertinya: Islam kepada para muridnya dengan
tujuan dapat memperkayakan
Sesiapa menyingkirkan orang lain dan dia akan
perbendaharaan ilmu pengetahuan.
tersingkir

dan sesiapa menyusahkan orang lain dia akan


terhina.
c) Ketua Pengarang Majalah Pengasuh

❖ Dalam usaha mambangkitkan kesedaran masyarakat orang Melayu Islam, Tok Kenali dengan
persetujuan Dato’ Perdana Menteri Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Melalui institusi ini dibangunkan madrasah Muhammadiah dari sudut pendidikan.

❖ Tok Kenali sebagai Ketua Pengarang kepada Majalah Pengasuh dimana keluaran bilangan
pertama telah direalisasikan pada Julai 1918.
❖ Majalah Pengasuh adalah satu daripada majalah terawal penerbitannya bermula sebelum
merdeka, akan tetapi terus kekal penerbitannya hingga ke hari ini.
❖ Diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, iaitu institusi yang
dikuasai oleh kaum tua, tetapi majalah yang diterbitkan menunjukkan kupasan isu-isu untuk
pembaharuan atau reformasi yang kuat didukung oleh kaum muda.
❖ Majalah Pengasuh di bawah pimpinan Tok Kenali berperanan penting untuk memberi

kesedaran beragama dan membasmi sifat kelemahan orang Melayu disamping dimuatkan

berita rencana politik dan fatwa-fatwa semasa agama.

❖ Kesedaran Tok Kenali mungkin dicetuskan oleh gerakan islam moden, gerakan Wahabi di Saudi

Arabia dan reformasi di Mesir memang beliau merasakan bahawa kesedaran perlu

disampaikan kepada umat Islam.

❖ Kesungguhan Tok Kenali dalam mempelopori bidang penulisan ini telah dapat menghasilkan

ramai angkatan pengarang kitab agama Melayu dan Arab yang mempunyai kedudukan yang

baik dalam masyarakat Islam di seluruh Rantau Nusantara.


❖ Antara barisan pengarang terkenal dari kalangan murid-muridnya ialah Tuan Guru

Haji Muhammad Salleh Tok Kenali, Tuan Guru Haji Salahuddin, Tuan Guru Haji

Abdullah Tahir, Syeikh Uthman Jalaluddin Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi Tuan

Guru Haji Ahmad mahir Tuan Guru Haji Yaakob Ismail dan sebagainya.

❖ Dengan adanya majalah Pengasuh, beliau dapat menyedarkan masyarakat Islam

betapa penting dan perlunya peranan pendidikan dan media cetak untuk

menyebarkan ilmu pengetahuan serta ajaran Islam kepada masyarakat.


d) Memberi pengajaran dan fahaman mengenai kitab-kitab Arab dan Melayu

i) Bidang Ilmu Bahasa Arab

❖ Tuk kenali telah memberi pemhajaran dan fahaman dalam bidang ilmu bahasa Arab
terutamanaya Nahu dan Sarafnya.
❖ Beliau menggunakan kitab-kitab dari peringkt permulaan, seterusnya membawa kepada
peringkat menengah dan ke peringkat yang lebih tinggi. Kitab ini bermula dari Matn Al-
Aajirrumiyyah,sampailah kitab Usymuni dan Mughhi Al-Labiib karya Ibnu Hisyam.
ii) Bidang Tauhid

❖ Tuk Kenali telah memberi pengajaran dan kefahaman mengenai tauhid dalam kitab,
iaitu bermula dengan kitab Matn Al-Jauharah At-Tauhid karya Iman Ibrahim Al-Laqaani
dan Matn As-Sanusiyyah karya Imam Muhammad bin Yusuf As-Sanusi, kemudian kitab
‘Aqiidah An-Naajiin karya Tuan Minal, iaitu Zainal ‘Abiddiin bin Muhammad Al-Fataani
Al-Azhari dan seterusnya membawa kitab-kitab yang lebih besar yang mengupas hal
I’tiqaad golongan-golongan firqah dalam islam.
iii) Bidang Ilmu Sains

❖ Salah satu sebuah tulisan beliau ialah Majalah Pengasuh, iaitu di dalamnya Tuk Kenali telah
menyatakan

“adapun segala makhluk itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu yang
pertama ialah tiada nyawa seperti langit, bumi, bukit dan lain-lain. Kedua ialah
yang yang bernyawa, iaitu terbahagi kepada tiga bahagian, pertamanya bangsa
yang berakal yang sunyi dari hawa nafsu iaitu malaikat, yang keduanya ialah
berakal serta ada hawa nafsu, iaitu manusia dan jin dan yang ketiganya ialah
yang bernafsu sahaja iaitu segala binatang. Oleh itu, bangsa yang bahagian
kedua (manusia) itu, jika ia taat terlebih afdhal daripada bangsa dari bahagian
yang pertama (malaikat) dan jika dia (manusia dan jin) derhaka, maka lebih
rendah daripada bangsa yang ketiga ( binatang)”.

(Sumbangan Tuk Kenali Kepada Dunia Ilmu 1981: 8)


iv) Bidang Ilmu Firasat.

❖ Ada berpendapat bahawa Tok Kenali memang mengetaui ilmu Firasat, iaitu
berpengetahuan tentang watak atau kebolehan seseorang berdasarkan bentuk-bentuk
muka dan perwatakan dimana diceritakan pada suatu hari apabila sahaja beliau melihat
seseorang murid baru, maka beliau berkata “Anda layak mempelajari kitab Arab’.
❖ Makalah kepada murid lain beliau berkata “ anda layak mempelajari ilmu kitab jawi
sahaja.
❖ Ini menunjukkan bahawa Tok Kenali seorang yang pandai melihat seseorang melalui
cara batinya, iaitu firasat tentang seseorang tersebut dengan hanya melihat wajah dan
perilaku yang ditonjolkan oleh seseorang itu.
Kesimpulan
❖ Kesimpulannya Tok Kenali merupakan tokoh Islam yang telah banyak memberi sumbangan
terutamanya dalam bidang penulisan.
❖ Sumbangan tersebut amat bermakna kepada orang lain untuk digunakan dalam kehidupan
seharian mereka dan menjadikan mereka orang yang lebih berilmu.
❖ Penulisan yang lebih ditekankan ialah penulisan berkaitan agama islam kerana bagi beliau agama
islam merupakan tunjang belakang kepada orang islam.
❖ Penulisan Tok Kenali lebih tertumpu kepada beberapa tempat, akan tetapi Kelantan merupakan
pusat yang paling utama yang telah diberi tumpuan kepada beliau.
❖ Beliau telah memilih Kelantan kerana beliau merupakan seorang anak jati Kelantan, iaitu Tok
Kenali dilahirkan di Kelantan dan beliau juga di besarkan di Kelantan.
❖ Jelaslah bahawa Tok Kenali seorang yang mementingkan ilmu penulisan dan penulisannya telah
banyak memberi sumbangan kepada orang lain terutama orang Kelantan untuk dijadikan
tauladan yang baik kepada mereka.
Bilbiografi
Abdullah Al-Qari Haji Sallaeh, (2006). Kekerahmatan Tuk Kenali. (Master’s Thesis). Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh. (1937). 20 Sikap Dan Pandangan Tuk Kenali. Kota Bharu:
Pustaka Asa.

Abu Bakar Hamzah (1964). Sejarah Kebudayaan Islam. Kelantan Malaysia: Pustaka Aman.

Idris Awang dan Ahmad Zaki Ibrahim, (2012). Tok Kenali: Tokoh Ulama & Pemikir Nusantara.

Kelantan: Malaysia: Yayasan Pembangunan Interlek Kelantan.

S. Othman Kelantan (1987). Arah Pemikiran Sastera Malaysia. Bangi : Selangor: Penerbitan
UKM

Muhammad Yusuf Ahmad, (2019). Cendekiawan Islam: Ulama Tersohor Di Kelantan: Wikapedia,
Ensiklopedia Bebas https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Yusuf_bin_Ahmad

Anda mungkin juga menyukai