Anda di halaman 1dari 12

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

86

BINTANG FALAK KELANTAN- PAPARAN AWAL INTIPATI PEMIKIRAN TOKOH
PM Zakaria Mustaffa
1


Abstrak
Falak atau astronomi memainkan peranan penting dalam sosio-budaya orang Melayu
sejak kedatangan. Kehidupan harian untuk beribadah menuntut mereka mengetahui ilmu
tersebut untuk mempastikan ibadah dapat memenohi syarat seperti mengetahui
masuknya waktu. Suasana seperti ini tidak terkecuali bagi masyarakat Kelantan yang
dikenali dengan serambi Mekah. Ulama tempatan yang mendalami hukum-hukum Fiqh
merasa terpanggil untuk mendalami ilmu tersebut, menulisnya kembali dalam bahasa
ibunda dan tak kurang juga yang mengajar kepada generasi baru seperti usaha yang
dilangsungkan oleh Sekolah Maahad Muhammadi, Kota Bharu yang mana kebanyakan
lepasan sekolah ini lebih mengenali peralatan rubu mujayyab. Dalam tulisan ini,
beberapa orang tokoh dari Kelantan akan dipaparkan bersama dengan bidang tumpuan
kajian mereka iaitu Abd. Rahman Mohd Salleh, Abdul Rahman Husin, Umar al Kaladiyah,
Ismail Abd. Majid dan Mufti Hj. Nor, Sy. Abd. Rahim al Kalantani dan Syeikh Muhammad
Daud al Duriani.
Katakunci: Rubu Mujayyab, Kelantan, Waktu Solat, Takwim, Kiblat, Hilal


Pendahuluan
Perintah allah SWT kepada manusia beriman sebagai tanda ketundukan kepadanya bukan sahaja
melaksanakan ibadah bahkan mereka perlu sempurnakannya dengan mempelajari ilmu. Ibadah khususiah
seperti sembahyang, zakat, puasa, haji tidak pula dapat dilaksanakan seperti dikehendaki pencipta tanpa ilmu
fardu kifayah seperti Astronomi, Sains, Akauntan, Matematik, Pengurusan dan lain-lain. Keadaan yang sama
tetap tidak terkecuali bagi umat Islam termasuk Asia Tenggara. Ramai tokoh-tokoh Falak muncul dipelbagai
tempat di Alam Melayu termasuk dibumi yang terkenal dengan serambi Mekah, Kelantan Darul Naim.
Mereka memberanikan diri menerjah ilmu yang bukan mudah untuk dikuasai kalau tiada kesungguhan dan
komitmen yang kuat. Hasil didikan guru dalam luar Negara (Mekah) lahirlah tokoh yang mampu
menyelesaikan masalah ibadah tempatan bahkan di Malaysia khususnya pada abad ke 20 M.

Tokoh-tokoh Falak di Kelantan

Dato Haji Mohd Nor bin Ibrahim (1905-1987)
Salah seorang ulama Kelantan yang terkemuka dan dianggap tokoh paling masyhur selepas Tok Kenali.
Dilahirkan pada 20hb. Ogos 1905 di Kota Bharu, beliau adalah anak kepada Haji Ibrahim Yusuff, Mufti
Kerajaan Kelantan antara 1928-1941.Setelah menamatkan persekolahan awalnya di Madrasah
Muhammadiah Majlis Agama Islam Kelantan, beliau melanjutkan pelajaran ugamanya di Mekah pada tahun
1923. Bidang ilmu yang beliau pelajari meliputi bukan sahaja ilmu-ilmu agama tradisional seperti usuluddin,
fiqh, hadith, qiraat dan tafsir, tetapi juga ilmu-ilmu falak . Guru-guru beliau di Mekah antara lain ialah Tok
Senggora, Syeikh Nuh Jamaludin Kelantan, Syeikh Mohd. Nor Patani, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani.
Jawatan beliau yang pertama selepas pulang ke Kelantan ialah menjadi Qadhi Besar Kelantan pada tahun
1937. Pernah memangku jawatan Mufti Khas antara 1hb. September 1941 hingga 28hb. Oktober 1944, iaitu
sehingga jawatan berkenaan dihapuskan. Antara 1949 hingga pertengahan 1965, beliau menjadi guru
termasuk mengajar Ilmu Falak) di Jami Merbau al-Ismail (kemudiannya Maahad Muhammadi) dan sekaligus
mengajar di Masjid Muhammadi. Selang waktu antara pertengahan 1965 hingga April 1968, beliau habiskan
di Masjid Negara Kuala Lumpur, berkhidmat di Kelas Tahfiz al-Quran yang baru ditubuhkan sekarang (Dar-al-
Quran) dan menyusun tafsir pimpinan ar-Rahman yang terkenal itu. Dilantik menjadi Mufti pada 1hb. Mei
1968 berikutan kematian sahabatnya Dato Haji Ahmad Maher. Jawatan ini beliau sandang sehingga ke akhir
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

87

hayatnya pada 13hb. Februari 1987. Lebih dari seorang ulama, beliau adalah seorang hafiz dan ahli falak
yang terkenal,penulis dan orang mampu berbahasa Inggeris. Kemasyhuran beliau lebih banyak terserlah
dalam bidang-bidang qiraat, falak, tafsir dan usuluddin, ketimbang bidang fiqh sebagaimana layaknya seorang
Mufti.
2
. Sumbangan pemikiran beliau dalam Ilmu Falak boleh ditatap melalui buku berjodol Pilihan Mustika
Pada menerangkan Kiblat dan Ketika pada tahun 1931.
3


Haji Ab.Rahman Haji Hussain (1945-2006)
Haji Ab. Rahaman Hussain telah dilahirkan pada 11 September 1945, di Kg. Padang Pak Amat Pasir Putih,
Kelantan. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Hjh Halijah bt. Mohd.Nor dan telah dikurniakan seramai 12
orang cahayamata yang terdiri dari 6 orang puteri dan 6 orang putera.

Beliau telah terdidik sejak kecil dengan suasana agama yang kukuh menerusi didikan kedua ibubapa
pondok masjid al-Muhammadi Kota Bharu. Beliau meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi sehingga
tamat darjah 9 pada tahun 1966. Kegigihan beliau dalam meningkatkan ilmu pengetahuan membawa
kejayaan diperingkat SPM dan HSC sebagai calon persendirian.

Beliau menuntut ilmu Falak sejak tahun 1961 hingga 1980an bermula di peringkat awal pengajian
ketika di Maahad Muhammadi sehingga masuk ke alam pekerjaan. Beliau telah mendapat bimbingan dari
beberapa orang tokoh ulama dan falak di antaranya ialah Hj. Mohd. Saleh b. Hj. Daud, Dato Hj. Mohd. Nor b
Hj. Ibrahim (Mufti Kerajaan Kelantan), Dato Hj. Ismail Yusof (Mufti Kerajaan Kelantan), Hj. Mohd. Khair Taib
dan Hj. Ab Rahman Hj. Salleh.
4


Beberapa jawatan beliau sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan bermula pada tahun 1967
sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab (Sekolah Agama Rakyat), kemudian di Maahad
Muhammadi Kota Bharu, Penyelia Agama di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negari Kelantan, Pegawai Dakwah
Negeri Kelantan dan jawatan terakhir di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai Ketua
Penolong Pengarah Dakwah negeri Kelantan pada tahun 1997 sehingga bersara pada 1 Oktober 2000. Selepas
beliau bersara terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sebagai pendakwah bebas dan
memimpin Persatuan Falak Syarie Malaysia sehingga ke akhir hayatnya.
Abd. Rahaman Hussain merupakan tokoh falak terkenal terutamanya di Kelantan kerana nama beliau sering
terpapar di kalendar dan diari agensi kerajaan negeri Kelantan kerana menghitung waktu solat dan taqwim
Hijrah. Selain itu beliau sering diundang menyampaikan ceramah berkaitan agama dan falak. Beliau berjasa
dalam memimpin Persatuan Falak Syari Malaysia (PFSM) sebagai Yang DiPertua selama 14 tahun sejak dari
Oktober 1992 hingga ke akhir hayatnya, September 2006. Beliau mengambil alih tampok kepimpinan PFSM
selepas Dr. Abdullah Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua yang pertama. Beberapa kursus dan
seminar Falak diadakan sepanjang pimpinan beliau bagi mengembangkan ilmu Falak dalam masyarakat. Di
antara seminar yang dianjurkan oleh PFSM atau bersama dengan agensi lain ialah ;
Seminar Falak Syarie Negeri Kelantan pada 9 RabiulAwal 1418H / 14 Julai 1997M di Balai Islam Kota
Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syari Malaysia.
Seminar Penghayatan Ilmu Falak Menjelang Alaf Baru Negeri Kelantan, pada 25 - 27 RabiuAkhir
1420H / 7 - 9 Ogos 1999 M di B alai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan
Persatuan Falak Syari Malaysia.
Seminar Penghayatan Ilmu Falak Syarie Pada Era Teknologi Maklumat pada 18 - 19 Safar 1422 H / 12
-13 Mei 2001 M, di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Anjuran Majlis Agama
Islam Negeri Sembilan dan Persatuan Falak Syari Malaysia.
Seminar Penghayatan Ilmu Falak Syari Pada Era Teknologi Maklumat : Peluang dan Cabaran pada 24-
25 Muharam 1423 H / 7 8 April 2002 M di Air Keroh dVillage Resort, Ayer Keroh Melaka, anjuran
Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Mufti Melaka dan Persatuan Falak Syari Malaysia.
Seminar Penghayatan Ilmu Falak, Kaedah Istinbat Hukum mengenai Rukyah dan Hisab anjuran
Jabatan Mufti Kedah, Darul Aman pada 28 Ogos 2003
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

88

Seminar Falak Syarie, Ilmu Falak dan Pemantapan Aqidah, pada 24 Rejab 1425 H / 9 September 2004
M di Bilik Senat UKM Bangi Selangor, anjuran Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM dan
Persatuan Falak Syari Malaysia.
Beliau juga turut membentangkan beberapa kertas kerja di seminar yang dianjurkan oleh PFSM atau agensi
kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. Di antara kertas kerja yang penah dibentangkan seperti :
Ilmu Falak Menjelang Alaf Baru; di Seminar Falak Syarie Negeri Kelantan pada 9 RabiulAwal 1418H /
14 Julai 1997M di Balai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan
Falak Syari Malaysia.
Istilah Falak SyarI Dalam Penentuan Waktu Ibadat ; di Seminar Falak Syari di zaman penerokaan
angkasa lepas pada 4 5 JamadilAkhir 1411 H / 22 23 Disember 1990 di Pusat Islam Kuala Lumpur,
anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Persatuan Falak Syari Malaysia dan
Persatuan Al-Quran Universiti Islam Antarabangsa.
Ilmu Falak Syarie Di Malaysia: Penyesuaian Antara Tuntutan Moden Dan Tradisional, di Seminar
Falak Syarie pada 19 September 2005, di Dewan Muktamar 1, Pusat Islam UiTM Shah Alam, Selangor,
anjuran Pusat Pemikiran Islam (CITU), UiTM Shah Alam.
Taqwim Menurut Justifikasi Syara ; di Seminar Keunggulan Taqwin Islam pada 13 14 Ogos 2005 di
Kompleks Taman Seni Islam anjuran Jabatan Mufti Selangor.
Kepentingan Arah Kiblat Dalam Kehidupan Umat Islam: pada 19 20 JamadilAkhir 1427 H / 15-16
Julai 2006, di Pusat Konvensyen Kolej Islam Antarabangsa Selangor, anjuran Jabatan Mufti Selangor
dan Konvensyen Kolej Islam Antarabangsa Selangor.
Asas Penetapan Idul Adha Dari Sudut Syariah, pada 29 RabiulAkhir 1424 H / 30 Jun 2 Julai 2003, di
Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Usaha mengembangkan ilmu falak ke dalam masyarakat adalah salah satu perjuangan Persatuan Falak Syari
Malaysia. Penglibatan beliau dalam usaha mengembangkan ilmu falak, boleh dilihat melalui penglibatan
beliau dalam kerja-kerja sukarela di antaranya ialah;
Yang DiPertua Persatuan Falak Syarie Negeri Kelantan (1998-2006)
Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, JAKIM (1991 2006)
Ahli Majlis Penasihat Planetarium Negara (1999 2006)
Ahli Jawatankuasa Penubuhan Balai Cerap Negara Langkawi (2003)
Amat mahir dalam penggunaan Rubu Mujayyab sejenis alat yang dijalankan dalam masyarakat Islam suatu
masa dahulu untuk menentukan waktu solat fardhu, arah kiblat, mengukur ketinggian objek, mengetahui
zodiak dan hitungan trigonomeri. Oleh itu, beliau sering dijemput mengajar penggunaan alat tersebut di
Jabatan Mufti Selangor dan Akademi Pengajian Islam Nilam Puri.
Akhirnya Ab. Rahaman bin Hussein telah pulang menemui Yang Maha Esa pada tanggal selasa 3 Ramadhan
1427 H / 26 September 2006 jam 4.00 petang di Hospital Machang, Kelantan.
5

Haji Ab.Rahman Salleh (1930-2010)
Dilahirkan pada tahun 1930, dan mendapat pendidikan agama yang awal di Mekah dan di Kelantan sendiri.
Beliau merupakan tenaga pengajar ilmu falak semasa ilmu falak menjadi sebahagian kurikulum dalam sekolah
agama di Kelantan. Pernah dilantik sebagai penasihat bahasa Arab bagi buku teks yang diterbitkan bagi
kegunaan sekolah-sekolah agama di Kelantan. Jawatan terakhirnya ialah pengelola peperiksaan sekolah
agama di Kelantan. Namun Ustaz Abd. Rahman Salleh sering merendah diri, tidak suka menonjolkan diri
yang menjadikan beliau kurang dikenali di luar negeri Kelantan. Beliau juga terkenal sebagai pakar penulisan
khat. Antara nama samaran dan gelaran bagi setiap tulisan khatnya ialah Abu Faiz dan al-Khatat. Beliau
pernah memenangi tempat ketiga Pertandingan Seni Khat ASEAN tahun 1989. Menurut Haji Abd. Rahaman
Hussien ( anak saudara serta anak murid kepada Ustaz Abd. Rahman Salleh), kebanyakan tulisan khat di
Masjid Sultan Hassanal Bolkiah, Negara Brunei Darussalam merupakan hasil seni Ustaz Abd. Rahman Salleh.
Antara buku ilmu falak ialah
a) Qawaidul Miqat dalam tiga jilid. Jilid pertama terbitan tahun 1959 M, kedua tahun 1961
dan ketiga tahun 1963. Ketiga-tiga buku ini dalam bahasa Arab dan diterbitkan oleh Majlis
Agama Islam Kelantan. Kandungannya mengenai ilmu miqat dengan tumpuan kepada
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

89

kaedah hitungan waktu solat dan arah kiblat menggunakan sukuan sinus dan jilid ketiga
berkaitan hitungan takwim Islam. Sebuah buku terbitan Tinta Publisher yang bertajuk Ilmu
Miqat: Hitungan Waktu dan Takwim dan pengarangnya Abdul Rahman Salleh @ Al-Khatat
keluaran 2012 menepati apa yang diulaskan oleh Dr. Baharuddin Zainal.
b) Jadwal Istikhraj as-Saah bil Rubu Mujayyab tahun 1960. Jadual ini sebenarnya maklumat
parameter hitungan sudut jam Matahari yang terdiri daripada nilai badc qutr, asal mutlak,
nisf al-fadlah dan mail matahari mengikut tarikh Afranji (Miladi) dan tarikh buruj. Maklumat
ini dipaparkan khusus bagi kegunaan negeri Kelantan, pengguna hanya perlu melakukan
operasi aritmetik dengan sukuan sinus untuk mendapatkan waktu solat bagi negeri
Kelantan.
c) Jadwal al-Mirathil as-Syari. Jadual ini mengandungi 30 jalur waris dengan nisbah faraid
masing-masing. Kedua-dua jadual ini (Jadwal Istiqraj dan Jadwal al-Mirathil) menjadi hiasan
di ruang tamu rumahnya, di Banggol Kulim, Machang Kelantan.
6



Syeikh Umar Nuruddin (1867-1946)
Lahir di Kampung Atas Banggol, Kota Bharu pada 18 J. Awal 1284 bersamaan 17 Seprtember 1867. Bapanya
berkebolehan sebagai tukang emas, lalu Sultan memilihnya untuk mengukir Bunga Emas untuk dihantar ke
Siam kerana Kelantan ketika ini berada dibawah pengaruh Siam . Bapanya sendiri yang kuat berpegang
kepada ajaran Islam dan berdarah satria meluangkan masa untuk mendidik anaknya mengaji al Quran
disamping guru-guru lain seperti Hj. Abdul Manan Atas Banggol. Ketika berumur 10 tahun beliau berjaya
mengkhatam al Quran. Oleh keinginan yang tebal terhadap pendidikan agama sianak dihantar ke Pondok Haji
Awang Gemok atau Haji Awang Alim (Haji Awang Muhammad Zain) atau dkenali juga tempat tersebut
sebagai Surau Kemboja untuk mempelajari Bahasa Arab. Beliau meneruskan pengajian agamanya dengan
Tuan Guru Haji Ismail HajiMahmud Atas Banggol, Kota Bharu sehingga umurnya mencapai 18 tahun.
7

Haji Omar mengambil keputusan mendirikan rumahtangga semasa 18 tahun (1885) dengan Che Aishah binti
Abdullah. Beliau memilih pekerjaan untuk saraan keluarga dengan bekerja sebagai peniaga kain dari
Singapura. Beliau berulang alik antara Singapura dan Kota Bharu. Namun kepuasan terhadap ilmu belum
tercapai lalu pada 1887 (1305H) dan secara kebetulan isterinya meninggal dunia pada 1304H beliau
mengambil keputusan untuk pergi mendalami ilmu ke Mekah.
Sekembali dari Mekah pada Rabu 18 Safar 1317H dan pada 27 R. Awwal 1317 beliau sekali berkahwin
dengan Khadijah binti Muhammad Taib. Beliau mendapat 3 orang iaitu Fatimah, Ibrahim (Imam Tumpat) dan
Aishah. Oleh kerana isterinya meninggal, beliau berkahwin lagi dengan Cik Wook/ Aishah binti Yusuf dari
Kubang Pasu, Kota Bharu pada malam Jumaat 15 R. Akhir 1325H. Perkahwinan kali ini dianugerahkan 6 orang
anak iaitu Muhammad (ayah Abdullah Nakula), Haji Mahmod Sungai Keladi, Abdullah, Ahmad Fadhil, Mustafa
dan Hafsah.
Di Mekah beliau berguru selama 12 tahun dengan Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al Fatani
8
, Haji
Wan Ali Kutan, Tuan Abd. Mutalib Tuan Faqih Kota, Syeikh Ahmad bi Asad al Dahhan, Syeikh Muhammad
Khayyat, Syeikh Said Yamani , Syeikh Hasbullah, Syeikh Umar Bajunid, Syeikh Nik Mat Kecik al Fatani, Tok
Senggora, Daud al Fatani dan lain-lain. Hasilnya beliau mahir dalam ilmu Falak, Fiqh, Usul Fiqh, Nahu, Saraf,
Balaghah dan Qiraat. Sezaman dan pernah bersahabat dengan tokoh Falak Pulau Pinang, Abdullah Pahim.
9
.
Guru-guru Falak beliau semasa menuntut di Mekah ialah Syeikh Ahmad Khatib, Syeikh Muhammad bin Yusof
al Khayyat dan Syeikh Abu Bakr Syatta
10

Dari segi pekerjaan beliau mulai mengajar di Masjid Besar Kota Bharu pada hari Isnin 3 Zulkaedah 1322H
dengan perintah Sultan Muhammad ke 4. Rekod kehadiran pelajar turut dicatit yang secara tidak langsung
diketahui murid datang dari pelbagai negara seperti Patani, Palembang, Pahang, Legor, Minangkabau, Jawa
dan lain-lain. Beliau mengajar tafsir, Hisab, kitab Iqna, Minhaj al Abidin dan lain-lain. Pada hari Khamis 20
Syaaban 1331 beliau memilih untuk menetap di Kampung Sungai Keladi dan mendirikan surau dan pondok
serta melaksanakan pengajaran agama disana. Pada 7 R. Akhir 1335 bersamaan 30 Januari 1917 beliau
dilantik sebagai pengarang dan penterjemah kitab di Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

90

Karya beliau ialah:
1) al Durr al Naqiy fi makrifat al Arqam al Hindi (1909)
2) Jalan Sejahtera (1917)
3) Jambangan Melayu (1917)
4) Pengenal Kesucian (1921)
5) Aqd al Falah (1922),
6) Tazkirat al Awwam (1923)
7) Pelajaran membahagi pesaka (1923)
8) Miftah al Talim (1924)
9) Shams al Fathiah (1926).
10) Zahratul Waridiyah dan Terjemahan Tafsir al-Khazin (belum cetak)
11


Antara muridnya Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan, seorang ulama yang terkenal di Rembau
Negeri Sembilan (1907-1997) yang pernah menghasilkan Taqwim Solat (1954)
12
. Di Melaka, Abdul Wahid bin
Osman dari Sungai Udang pernah menjadi salah seorang murid Haji Umar Sg.Keladi.
13


Dato Haji Ismail Yusoff (1915-1988)
Di antara kehebatan beliau ialah mampu mencipta takwim Masihi yang unik yang boleh digunakan
selama 41 tahun mulai tahun 1963 hingga tahun 2004. Takwim ini berbentuk bulat dan dicetak di
atas dua helai kertas kad dan dijual dengan harga 50 sen sebuah. Wang hasil jualan takwim
digunakan untuk membina Maktab Pengajian Islam.
14
. Ketika memegang jawatan Mufti ke 10 antara
lain tugasnya:
i) Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan
ii) Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggaraan Waktu Solat


Wan Musa bin Daud dikatakan pakar dalam ilmu Falak iaitu generasi pertama dari keluarga Wan Nuh dari
Kampong Pauh Kumbang, Kutan, Pasir Pekan.
15
Namun tidak disebut sudut kepakarannya.

a) Haji Ismail al Hamidi seorang guru agama Madrasah Hamidiah, Padang Lepai, Kadok, Kota Bharu
pernah mengarang kitab Bantuan Anak Bangsa pada Menyatakan Kiblat dan Masa. Kitab ini di cetak
oleh Percetakan al Ahliah. Siap di tulis pada 5 Shawal 1377H/25 Februari 1958 dan pernah diberi
pendahuluan oleh Ismail Yusof (Mufti Kelantan). Kitab ini membincangkan tentang Rubu Mujayyab.
Mengandungi 33 muka surat bertulisan jawi yang diakhiri dengan isi kandungan kitab. Kitab di
bahagikan kepada 13 pelajaran.

Penumpuan utama dalam kitab Shams al Fathiah
Ciri-ciri umum kitab
1. Nama kitab: Shams al Fathiah: Berkenaan dengan Amal Jaibiyah (selepas ini disebut Shams al
Fathiah) boleh diterjemahkan sebagai Matahari Pembukaan berhubungan operasi Jaibiyyah (Sain)
2. Dimulakan dengan Bismillah,pujian bagi Allah dan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w..
3. Sebuah kitab yang membicarakan ilmu Miqat dan Qiblat dengan menggunakan peralatan Rubu
Mujayyab untuk negeri Kelantan (hal.102). Namun begitu tidak disertakan gambar/lakaran peralatan
tersebut
4. Mengandungi pendahuluan, 20 tajuk kecil dan penutup.
5. Muka suratnya dicatit bersambung dari kitab Miftah al Talim yang dibicarakan sebelum ini iaitu
dimuka pertamanya dicatit sebagai mukasurat 34. Namun pada halaman 35 (jawi) terdapat
permulaan halaman bertulisan latin dibahagian atas dengan angka 3.
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

91

6. Kitab ini ditulis semasa pemerintahan Sultan Ismail Ibn al Marhum al Sultan Muhammad yang ke 4
dan bahagian akhirnya dicatit tarikh selesai disusun pada hari Khamis 18 Zulhijjah pada waktu Zohor
tahun 1343H. serta ditutup dengan pujian dan doa hidayah kesejahteraan untuk pelbagai pihak.
7. Kitab ini masih bertulisan tangan dan mengandungi 78 halaman. Kitab ini siap ditulis pada 1925 dan
dicetak pada 1926. Lebih tepat lagi ianya dicetak (cetakan yang pertama) oleh Majlis Ugama Islam
dan Istiadat Melayu Kelantan pada 6 Rejab 1344H/19 Januari 1926
16
. Ustaz Ismail Awang
menyatakan pada 19 Julai 1925.
17
Dalam kitab yang digunakan penulis kitab ini disiapkan
penyusunannya pada hari Khamis 18 Zulhijjah 1343H/ 9 Jun 1925, bersamaan tahun Hijrah tetapi
lebih kemudian dari kitab Miftah al-Talim.

Kandungan kitab
1. Pada bahagian pendahuluan dibincangkan tentang ilmu Miqat
2. Pada bahagian pengenalan dibicarakan tentang alat Rubu Mujayyab (Sukuan Sinus)
3. Dibawah tajuk kenyataan pengarang membahagikan kepada 20 huraian
a. Kaedah mendapatkan ketinggian atau Irtifa matahari
b. Kaedah mendapatkan kadar Qaws Irtifa
c. Kaedah mendapatkan mail (deklanasi) matahari dan ghayah al irtifa
d. Kaedah mendapatkan latitude/ urd al balad
e. Kaedah mendapatkan bud al qutr
f. Kaedah mendapatkan asl haqiqi
g. Kaedah mendapatkan nisf al fudlah
h. Kaedah mendapatkan asl al muaddal, al dair dan fadl al dair
i. Kaedah mendapatkan irtifa melalui maklumat fadl al dair
j. Kaedah mendapatkan mendapatkan zill daripada irtifa dan sebaliknya
k. Kaedah mendapatkan al dair antara Zohor dan Asar dan al Dair antara Asar dan jatuh matahari
l. Kaedah mendapatkan kadar masa Syafak dan Fajr
m. Kaedah mendapatkan kadar masa matahari di bahagian timur dan barat
n. Kaedah mendapatkan irtifa yang tiada simt
o. Kaedah mendapatkan hissah bagi simt dan tadilnya
p. Kaedah mendapatkan simt bagi tipa-tiap irtifa
q. Kaedah mendapatkan simt al qiblah
r. Kaedah mendapatkan arah mata angin
s. Kaedah mendapatkan matali al Falakiyah, al Baladiyah dan al Waktu.
t. Kaedah mendapatkan segala planet
4. Penutup
5. Dimasukkan jadual garisan latitud dan longtitud bagi negeri di Timur seperti Mekah, Madinah, Mesir
dan beberapa negeri di Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Tanah Melayu
sendiri
6. Dibahagian akhir dimasukkan waktu sembahyang Fardu (Isya, Subuh, Zuhur, Asar), Imsak dan Syuruk
yang sebanyak 6 halaman didasarkan kepada Buruj Hamal (1) di selarikan dengan Sunbulah (6),
Thawr (2) dengan Asad (5), Jawza(3) dengan Saratan (4), Mizan(1) dengan Hut (6), Aqrab (2)
dengan Dalwu(5) serta Qaws (3) dengan Jadiy(4).
7. Dimasukkan juga jadual untuk memudahkan operasi al Dair (di Kelantan) bagi yang ingin
membetulkan jam berdasarkan Buruj Hamal (1) dan Mizan(7) yang setara dengan Sunbulah (6) dan
Hut (12)

Penggunaa Bahasa dan Tulisan
i) Penggunaan istilah Arab. Contohnya
Markaz (hal.41)
Jaib al-tamam (hal. 41)
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

92

Khat al-mashriq (hal.41)
ghayat al irtifa (hal. 63),
nisf qaws al-nahar (hal.63),
tamkin (hal.63),
al-dair (hal.63),
urud (hal.64),
buruj shamaliah (hal.64),
qamat (hal.64),
hissat al-fajr (hal.66),
khit (hal. 66),
murri (hal.66) dan lain istilah Falak yang sering digunakan pengarang sepanjang penulisannya.

ii) Perkataan yang memberi makna lain pada hari ini. Contohnya
Dihantarkan (hal.43)
dicabutkan (hal. 65)

iii) Ejaan jawi samada digabungkan. Contohnya
dengandialah (hal. 63)
atau berbeza dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Contohnya
minit (min, nun, ya, ta marbutah) (hal.63),
bulatan (ba, waw, lam,ta, nun-hal. 65),
itu (alif, ya, ta marbutah-hal.43)

iv) Bahasa tempatan (loghat Kelantan). Contohnya
Juring (hal. 43)
sanya (hal.63) bermaksud bahawasanya,
jatuh matahari (hal.65),
naik matahari (hal.66)
v) Salah ejaan
Terakas (sebaliknya) (hal. 49)
vi) Kesalahan bahasa
Pada mengetahuikan (hal. 49)
18


Analisa terhadap pemikiran tokoh
Taqwim- Abdul Rahman Salleh, Ismail Yusuf, Ab. Rahaman Hussain
Abdul Rahman Salleh menumpukan penulisan pada takwim Hijri dan Miladi. Pada dasarnya beliau
memulakan tulisannya dengan perkara am berkaitan takwim seperti bila bermula, bilangan hari dalam
setahun dan bulan pada kedua-dua kalendar seperti berikut:-
a)Bulan Hijrah
Bilangan hari/tahun basitah= 345 hari
Bilangan hari/tahun kabisah= 355 hari
Bilangan hari/ bulan= 30 hari hitungan tunggal/29 hari hitungan berpasangan kecuali bulan Zulhijjah pada
hitungan kabisah
b)Bilangan hari dalam tahun Miladi = 365 (B- Basitah) dan 366 hari bagi tahun Kabisah (K). Dalam sebulan
terdapat 30 dan 31 kecuali bulan Februari 28 hari (B) atau 29 hari (K).
Jadual Bilangan Hari Sebulan Dalam setahun
Tahun Hijri dan Miladi
Hari dlm
sebulan
Nama Bulan Jumlah hari dr
awal tahun
Hari dlm
sebulan
Nama Bulan Jumlah hari dr
awal tahun
30 Muharram 30 31 Januari 31
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

93

29
30
Safar
R.Awwal
59
89
28
31
Februari
Mac
59
90
29
30
29
R.Akhir
J.Awwal
J.Akhir
118
148
177
30
31
30
April
Mei
Jun
120
151
181
30
29
30
Rejab
Shaaban
Ramadhan
207
236
266
31
31
30
Julai
Ogos
September
212
243
273
29
30
29
Shawal
Zulkaedah
Zulhijjah
295
325
354
31
30
31
Oktober
November
Disember
304
334
365

Jadual Tahun dan Bulan Hijri-Miladi
Tahun Hijri Bulan Hijri Tahun Miladi Bulan
Miladi(B)
Bulan Miladi
(K)
1 2 3 4 5 6 7
B K B K 0 90 180 60
150 30 120
15
8 13
16 29
21


Muharram

Shawal
6
17 12
23

Januari

Oktober
Januari
April
Julai


1 2 3 4 5 6 7
2
10
18
26

J. Akhir

Z.Kaedah
1
7 24
18

Mei

Okt

2 3 4 5 6 7 1
7
23
15

Safar
Rejab
2
3 8
19

Ogos

Mei

3 4 5 6 7 1 2
4
12
20
28

R. Awal

Z. Hijjah
3
14 20
25

Februari
Mac
Nov

Februari
Ogos

4 5 6 7 1 2 3
1
9
17
25


Shaaban
9
15 4
26


Jun


Mac
Nov

5 6 7 1 2 3 4
6
14
22
30

R. Akhir
Ramadhan
10
21 16
27

Sept
Dis

Jun

6 7 1 2 3 4 5
3
11
19
27


J. Awwal
5
11 28
22

April
Julai

Sept
Dis

7 1 2 3 4 5 6
19


Rubu Mujayyab -Penulisan oleh Abdul Rahman Salleh, Umar Nuruddin, Ab. Rahaman Hussain dan Ismail
al Hamidi
Dalam buku Ilmu Miqat Abdul Rahman Salleh menjelaskan fizikal alatan Rubu Mujayyab yang mengandungi:
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

94

a)Pusat: Lubang yang merupakan pusat sukuan, benang dipasangkan untuk hitungan dan pengukuran sudut.
b)Lingkungan: Dibahagikan kepada 90 darjah di kanan dan di kiri. Di Awal lingkungan kecil 30 darjah (Awal
Qaus) terletak buruj Aries atau Libra, pada kedudukan 30 hingga 60 darjah tempat buruj Taurus atau Kanser
dan pada kedudukan 60 hingga 90 darjah tempat buruj Virgo atau Sagitarius. Sementara lingkungan
dibawahnya terletak buruj Kancer atau Kaprikon pada 90 hingga 60 darjah, 60 hingga 30 darjah terletak Leo
atau Aquarius dan seterusnya diikuti oleh buruj Virgo atau Pisces pada 30 darjah berikutnya.
c)Sittin: garisan lurus yang turun dari pusat hingga keakhir pusingan yang dibahagi kepada 60 darjah,
dinamakan jaib al mabsut.
d)Jaib alTamam: garisan lurus yang turun dari pusat hingga awal lingkungan yang dibahagikan kepada 60
darjah, dinamakan jaib al-mankusah.
e)Dairah al Mail: Lingkungan dengan jejari 24 unit Sittini dan Jaib al Tamam.
f)al Hadafatan: Tempat digunakan untuk mengukur baying atau sasaran sesuatu objek.
Peralatan lain untuk membuat pengukuran perlu pada benang yang diletakkan pada pusat, Muri (simpulan)
diikat pada benang dan juga shakul yang digantung pada hujung benang.
20


Ab. Rahman Hussain mahir dalam penggunaan Rubu Mujayyab yang boleh menghasilkan waktu solat fardu
dan arah kiblat. Alat ini juga digunakan untuk mengukur ketinggian objek seperti gunung, mengetahui waktu,
mengetahui zodiak dan hitungan trigonometri. Kemahiran itu beliau pernah manafaatkan dalam kuliah
berkaitan Rubu di Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Akademi Pengajian Islam Nilam Puri
21



Waktu Solat- Abdul Rahman Salleh, Umar Nuruddin, Ismail Yusuf
Abdul Rahman Salleh menggunakan rubu mujayyab sebagai asas untuk mendapat waktu solat
22
. Jadual
garisbujur dan garislintang disediakan untuk mengetahui kedudukan bandar-bandar dan pekan di Malaysia
(35 tempat) termasuk Kota Bharu, Kelantan. Jadual perbezaan garisbujur bandar dan pekan mengikut sistem
wasatiyah turut disediakan untuk 5 bandar dan pekan. Tempoh tamkin bagi setiap waktu adalah 2 minit
23

untuk Zohor, Asar, Maghrib dan Isya sebagai ihtiat. Lima waktu sembahyang disamping waktu syuruk.
Waktu maghrib dan Fajar
Syeikh Nuruddin ada menukilkan dalam kitabnya berhubung masa syafak dan Fajar
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

95

Berkata Nabtini ghaib syafak yang merah (mega merah) pada rasad yang aimmah bagi ini ilmu dengan turun
matahari kebawah ufuk kadar tujuh belas darjah. Dan naik Fajar Sadiq apabila ada antara matahari dan ufuk
itu sembilan belas darjah intaha daripada syarah Abrashi. (hal.66)
Jadual Latitud dan Longtitud
Syeikh Umar Nuruddin Ismail menyenaraikan kedudukan negeri dan Negara tertentu khususnya negeri yang
berada di Utara Khatulistiwa

Bil Negeri Longtitud Latitud
1 Mekah 21 30
2 Madinah 76 40 24 40
3 Taif 77 20 21 20
4 Jeddah 76 10 21 25
5 Mesir 65 25 30 00
6 Suez 70 00 30 00
7 Kelantan 136 00 06 00
8 Terengganu 136 50 05 35
9 Pahang 137 00 03 15
10 Perak 133 05 05 35
11 Pulau Pinang 130 35 05 25
12 Kedah 133 10 06 35
13 Patani 135 00 06 45
14 Senggora 134 10 07 00
15 Bangkok 133 40 14 10
16 Kemboja 143 00 22 00
17 Singapura 138 00 02 00
18 Melaka 139 40 02 30
19 Johor 141 00 02 00
20 Selangor 134 35 03 45
21 Palembang 141 50 02 35
22 Bentan 143 30 06 50
23 Ceribon 145 35 06 45
24 Semarang 148 30 07 45
25 Surabaya 150 50 04 50
24


Kaedah Munajjimin- Ab.Rahaman Salleh
Penggunaan jadual Falak berdasarkan rujukan buruj boleh dikenal pasti melalui penggunaan tatanda unit
buruj ( ) atau darjah ( ) pada nilai koordinat pada unsur pergerakan yang dijadualkan. Nilai koordinat
menggunakan rujukan buruj tidak melebihi angka 30, buruj akan memasuki buruj berikutnya. Setiap buruj
juga mempunyai angka yang menunjukkan turutannya dari buruj Hamal. Dalam naskhah Sullam an-Nayiraini,
susunan turutan ini dan angka buruj mengikut angka jummal al-hawwaz, sebagaimana berikut; Hamal ditulis
dengan ( ) simbol bagi sifar atau ditandakan sebagai titik (.) Thur ( ) = 1, Jauza ( )= 2, Saratan ( )= 3,
Asad ( )= 4, Sunbulah ( )= 5, Mizan ( )= 6, Aqrab ( )= 7, Qaus ( )=8, Jadi ( )= 9, Dalwu ( )= 10, dan
Hut ( )= 11. Data kedudukan cakerawala menggunakan epok pula boleh memberikan nilai koordinat atau
unsur pergerakan antara angka sehingga 36 .
25


Buruj- Abdul Rahman Salleh, Umar Nuruddin
Matahari merentasi 12 laluan meliputi buruj-buruj yang berjarak 30 darjah. Enam buruj berada di Utara iaitu
Hamal, Thur, Jauza, Sharaton, Asad, Sunbulah. Enam lagi berada di bahagian langit Selatan iaitu Mizan, Aqrab,
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

96

Qaus, Jadi, Dalwu dan Hut
26
. Abdul Rahman Salleh turut menyesuaikan buruj ini dengan bulan Masihi
(Miladi) seperti berikut:
Bulan Masihi US Buruj
Februari 9 Dalwu (Aquarius)
Mac 9 Hut (Pisces)
April 9 Hamal (Aries)
Mei 9 Thur (Taurus)
Jun 9 Jawza (Gemini)
Julai 9 Sharaton (Kanser)
Ogos 8 Asad (Leo)
September 8 Sunbulat (Virgo)
Oktober 8 Mizan (Libra)
November 8 Aqrab (Scorpion)
Disember 8 Qaws (Sagitarius)
Januari 8 Jadi (Capricorn)

Contoh mendapatkan kedudukan darjah hari 28 April:
Us April = 9 burujnya ialah hamal
Tarikh 28 haribulan
Jumlah 37
Jumlah hari bulan sebulan 30
Baki 7 yang lalu dari buruj hamal iaitu Thur
Oleh itu 28 April darjah burujnya 7 Thur
27


Kesimpulan
Bidang yang diceburi oleh beberapa tokoh dari negeri Kelantan ini bukan sahaja mampu melengkapkan
tuntutan syariah rumpun umat Islam dalam lingkungannya namun akhir-akhir ini berdaya mengembangkan
sayapnya ke negeri sekitar negara Malaysia. Usaha demi usaha dilakukan oleh individu, institusi pendidikan
dan dakwah yang digembelingkan untuk menarik masyarakat menceburkan diri dalam bidang Falak.
Transformasi pendidikan ilmu ini giat dikembangkan dengan menggunakan kaedah saintifik termasuk
kalkulator, computer, software tertentu yang lebih tepat perhitungan, kenampakan dan mudah disebarkan.
Sokongan untuk mendirikan sebuah balaicerap oleh pemerintah turut menjadi keutamaan dalam meletakkan
ilmu ini cemerlang seperti catatan sejarah silam disamping setara dengan negeri lain di Malaysia.




Catatan Akhir
1
Universiti Teknologi MARA Puncak Alam
2
www.jpn.edu.my, lihat juga Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, (2003) Sumbangan Dato Haji Muhammad Nor bin Haji Ibrahim
Kepada Bidang Tafsir dan Pengajian Al-Quran. Al-Bayan Journal of Al-Quran & al-Hadith, 1 . pp. 81-106. lihat Mohamad Kamil
Hj Ab Majid, Dato Haji Muhamad Nor Ibrahimdlm. Ismail Che Daud (1996), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung (2).
3
Hj. Ab.Rahaman bin Hj Hussain, Ilmu Falak Syarie di Malaysia: penyesuaian Antara Tuntutan Moden dan Tradisional, di
Dewan Muktamar 1, Pusat Islam, UiTM, Shah Alam dalam Seminar Ilmu Falak Syarie pada 19 September 2005/ 15 Syaaban
1426H anjuran CITU, UiTM. Hal. 11
4
Kassim bin Hj. Bahali, Sumbangan Mohd. Khair Taib dan Ab. Rahaman Hussain dalam perkembangan Ilmu Falak di Malaysia,
Seminar Falak Sempena sambutan dua dekad Persatuan Falak Syarie Malaysia, 13-14 Julai 2007, UNITEN, Kajang, Selangor
5
Tulisan Nur Izzati Binti Abu Bakar , Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya, http;//mufti.penang.gov.com.my, lihat juga
Kassim Bahali (2006), Sumbangan Mohd. Khair Taib Dan Ab. Rahaman Hussain Dalam Perkembangan Ilmu Falak Di Malaysia.
Kertas Kerja Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan 20 Tahun Persatuan Falak Syarie Malaysia. Universiti Tenaga Nasional,
Bangi.

6
baharzai.blogspot.com.
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

97


7
Ismail Che Daud, (1988),Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung(1), cetakan pertama, Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu,
Kelantan. Hal. 278
8
Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak Syeikh Tahir
Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim-perintis Ilmu Falak Moden Anjuran Jabatan Mufti Negeri pulau Pinang dan Unit
Penyelidikan Falak & Sains atmosfera, USM, Pusat Islam, USM
9
Sila lihat www.semanggol.com
10
Dr. Baharuddin Zainal, Menggelintar Budaya Intelek Ilmuan Falak Alam Melayu Kertas kerja dalam Seminar Penghayatan
Ilmu Falak 2008M, Auditorium Kompleks Falak al-Khawarizmi Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka pada 26 Julai 2008M/23
Rejab 1429H.
11
Ismail Awang dalam majalah Pengasuh bilangan 420 keluaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Disember 1976
12
http://madrasahbongek.blogspot.com, http://www.yadim.com.my dan Wan Muhammad Saghir Abdullah, dalam kertas kerja
memantau 70 tahun aktiviti tuan guru haji Ibrahim Bongek Acheh-hubungan Keilmuan dengan Syeikh Ahmad al-Fatani pada 17
Feb. 2007/29 Muharram 1428H
13
http://almaturidiyyyah.blogspot.com
14
Ahmad Faisal Abdul Hamid, Dato Haji Ismail Yusof: Sumbangannya terhadap perkembangan Islam di Kelantan, Tesis Jabatan
Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, 22. Hal. 15. Lihat juga Abdul Razak Mahmod (1996), Dato Haji Ismail
dalam kenangan.
15
www.wannuh.com
16
Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak Syeikh Tahir
Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim-perintis Ilmu Falak Moden
17
Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung, cetakan pertama 1988, Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu,
Kelantan. Hal. 289
18
Hj. Umar bin Ismail Nuruddin, Shams al Fathiah
19
Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal. 70
20
Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal 6-7
21
Kassim Hj. Bahali, Sumbangan Mohd. Khair dan Ab. Rahaman Hussain dalam perkembangan ilmu Falak di Malaysia, Seminar
Falak, UNITEN, Kajang pada 13-14 Julai 2007
22
Dimaklumkan ukuran yang diperolihi melalui Rubu untuk mengira Bud al Qutr, Asl al Mutlaq, Nisf al Fudlah, Ketinggian
matahari dan lain-lain sila lihat Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal. 17-20
23
Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal.18-20
24
Hj. Umar bin Ismail Nuruddin, Shams al Fathiah, hal. 83-84
25
Abdul Rahman Husin, (2012) Ilmu Miqat-Hitungan Waktu dan Takwim, K. Lumpur, Tinta Publisher, hal. xvii-xviii
26
Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal. 8
27
Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal. 9

Anda mungkin juga menyukai