Anda di halaman 1dari 12

FOLIO PENDIDIKAN ISLAM

SYEIKH TAHIR JALALUDDIN


TOKOH PEMIKIR TANAH AIR

NAMA AHLI KUMPULAN:

NO NAMA No matriks

1 Fadhilah Nurain Binti Sabri HT 141014

2 Nur Farah Nabilah Binti Azhar HT 141068

3 Hafeezah Binti Waidi HT 1410

4 Nur ‘Adilah Binti Nordin ‘Ahmad HT 141

ISI KANDUNGAN
NO PERKARA NO MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 3

2 PENGHARGAAN 4

3 RIWAYAT HIDUP 5-6

4 SIFAT PERIBADI 7

5 PENDIDIKAN 7

6 JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG 7

7 MESEJ ISLAH 8

8 CARA MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH 8

9 RINTANGAN YANG DIHADAPI 9

10 SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN 10


PEMIKIRAN

11 PENGHORMATAN 11

12 PENUTUP 12

PENDAHULUAN

2
Terhasilnya folio ini adalah kerana tugasan yang telah diamanahkan kepada semua
pelajar tingkatan 5 Saintifik 2018 yang diamanahkan oleh guru Pendidikan Islam,
ustazah Norzalinah Binti Kasim sebelum semua pelajar tingkatan 5 pulang bersempena
cuti penggal semester 1 tahun 2018.

Semua pelajar tingkatan 5 telah diberikan tempoh selama lebih kurang seminggu untuk
menyelesaikan tugasan ini. Kami diberikan tugasan untuk menghasilkan satu folio
berdasarkan bahagian sirah Pendidikan Agama Islam tingkatan 5 iaitu berkenaan
sejarah tokoh-tokoh pejuang Islam.

Kami melaksanakan tugasan ini berdasarkan 6 tokoh dalam pelajaran tingkatan 5 iaitu
Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, As Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh,
Syeikh Tahir Jalaluddin dan Hamka. Saya telah merujuk beberapa sumber dari internet
dan buku-buku berkenaan untuk melengkapkan maklumat berkenaan tokoh-tokoh
tersebut.

PENGHARGAAN

3
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya kami
dapat menyiapkan folio yang ditugaskan oleh guru Pendidikan Agama Islam saya,
Norzalinah binti Kasim.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
Pendidikan Agama Islam saya, Norzalinah binti Kasim kerana telah memberi segala
tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana telah
membantu kami dari segi kewangan serta memberi sokongan penuh dari segi mental
dan fizikal.

Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan kami dari kelas 5 Saintifik kerana telah menolong dan menyokong kami
sepanjang menyiapkan
folio ini.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik anda semua.

4
SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAH AIR

RIWAYAT HIDUP

Nama : Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin


Lahir : 7 Nov. 1869M di Ampek Angkek, Bukit Tinggi Sumatera Barat
Keturunan : Melayu Minangkabau
Meninggal Dunia: 26 Okt. 1956 di Kuala Kangsar
Dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Baru, Kuala Kangsar

Bapanya seorang ulamak dikenali sebagai Sheikh Muhammad (juga bergelar


Tuanku Muhammad atau Tuanku Cangking); datuknya keturunan bangsawan
Minangkabau bernama Tuanku Ahmad Jalaluddin.Beliau yatim ketika kecil lagi dan
dibesarkan oleh keluarga pihak ibunya.

Sebagai ulamak dan pejuang agama, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin telah
menjelajah ke banyak tempat di alam Melayu-Nusantara termasuk Tanah Melayu,
Sumatra, Singapura dan Kepulauan Riau. Semasa di Sumatra (1348 H./1927 M.) beliau
pernah dipenjarakan oleh penjajah Belanda atas suatu tuduhan palsu, tetapi akhirnya
telah dibebaskan selepas ditahan selama enam bulan.

Beliau mempunyai semangat anti penjajah yang kuat, di samping mempunyai


pendirian yang tegas dan keras dalam hal-hal keagamaan. Inilah di antara aspek

5
peribadinya yang menyebabkan Sheikh Tahir tidak dapat menetap lama di sesuatu
tempat, di samping adanya pergeseran dengan golongan ulamak 'Kaum Tua'.

Beliau menjadi Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping, kemudiannya


terlantik sebagai Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan selama 3 tahun, dalam zaman
pemerintahan Sultan Idris. Walau bagaimanapun, fatwa-fatwa Sheikh Tahir tidak
diterima oleh ulamak golongan 'Kaum Tua'. Beliau berkhidmat dengan negeri Johor
Darul Takzim pada tahun 1335 H. (1914 M.), sebagai Pendidik dan Nazir sekolah-
sekolah agama Johor selama 4 tahun; dan sekali lagi selama 3 tahun (1346-49 H./
1925-28 M.).

Dalam lingkungan masa yang sama, beliau sempat berkhidmat sebagai mudir
(guru besar) Madrasah Haji Muhammad Taib, di Parit Jamil, Muar -- iaitu sebuah
sekolah menengah agama yang memberi pengajaran-pembelajaran Islam yang
menyeluruh sambil menekankan bahawa Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris hendaklah dipelajari untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Dalam dunia pendidikan Sheikh Tahir sentiasa mempunyai pemikiran dan


pandangan yang jauh ke hadapan daripada pemikiran semasa dalam zamannya.
Sheikh Tahir pernah bermastautin di Singapura untuk memberi sumbangan penulisan
dan penerbitan majalah Al-Imam. Beliau berkhidmat di Madrasah Al-Masyhoor Pulau
Pinang sebagai Pendidik dan Pengetua selama 3 tahun (1341-44 H./ 1920-23 M.),
kemudian pulang ke Kuala Kangsar.

SIFAT PERIBADI

6
● Seorang yang menepati masa
● Seorang yang mencintai ilmu
● Seorang yang suka membaca
● Jiwanya sebati dengan semangat jihad

PENDIDIKAN

● Umur 12 tahun dihantar oleh ibubapanya belajar di Mekkah


● Di Mekah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad al-Khatib ( Mufti Mazhab Syafie
di Masjidil Haram)
● Usia 24 tahun beliau menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar dalam bidang
ilmu Falak selama 4 tahun (1314-1318 H. bersamaan 1893-1897 M.)
● Setelah tamat belajar beliau pulang ke Mekah dan mengajar di Masjidil Haram
selama 2 tahun

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG

● Guru di Masjidil Haram selama 2 tahun


● Mudir ( Guru Besar ) di Madrasah Haji Taib Parit Jamil, Muar Johor
● Pendidik dan Pengetua di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang selama 3 tahun
● Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping
● Mufti Negeri Perak selama 3 tahun
● Nazir sekolah-sekolah Agama Johor
● Mufti Negeri Johor.

]
MESEJ ISLAH SYEIKH TAHIR

7
1. Mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berteraskan al-Quran dan as-sunnah
2. Meninggalkan adat lama yang masih dipengaruhi dari agama Hindu
3. Menghindari daripada kongkongan khurafat dan syirik yang menyesatkan
4. Menjauhi perkara negative dari luar khususnya barat
5. Mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan Kifayah

CARA SYEIKH TAHIR DALAM MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH

1. Melalui penerbitan majalah “al-Imam” bersama Syeikh al-Hadi di Singapore


2. Melalui jawatan Mufti di Perak dan Johor yang disandangnya
3. Melalui proses pengajaran sebagai seorang guru di Madrasah al-Mansyhur,
Pulau Pinang dan Madrasah Haji Taib di Johor.

Majalah “al-imam”

RINTANGAN YANG DIHADAPI DALAM MEMPERJUANGKAN IDEA ISLAH

8
1. Mendapat penentangan hebat daripada kalangan ulamak tradisional terutama di
Malaysia
2. Mendapat kekangan daripada pihak penjajah Belanda yang berasa kedudukan
semakin terancam akibat kebangkitan orang melayu
3. Akibatnya pada tahun 1927M, beliau telah dipenjara oleh pihak Belanda selama
6 bulan kerana dituduh menentang Belanda

SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN

Bidang Pemikiran

9
● Berusaha menyalur idea Islah serta maklumat intelektual Islam melalui majalah
al-Imam sehingga mencetus semangat kemerdekaan daripada cengkaman
penjajah
● Berusaha membebaskan umat Melayu dari sebarang unsure penjajahan fizikal
dan pemikiran
● Pelopor gerakan Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan berusaha
membebaskan pemikiran sempit umat Islam

Bidang Pendidikan
● Menubuhkan “Madrasah Al-Iqbal Islamiah” di Singapura bersama rakannya Raja
Ali bin Ahamad bagi memperkembangkan pendidikan Islam
● Menternitkan majalah al-Umm yang telah disebarkan ke seluruh Tanah Melayu
dan Indonesia
● Memegang jawatan sebagai guru dan mudir
● Nazir sekolah-sekolah Agama Johor

Bidang Ilmu Falak


● Pengembang Ilmu Falak di Malaysia
● Digelar AAl-Falaki” disebabkan kemahirannya dalam ilmu Falak

Bidang Sastera
● Merupakan penggiat sastera
● Kemahirannya dalam bidang sastera terserlah dalam penulisannya seperti
majalah al-Imam.

PENGHORMATAN

10
Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari telah kembali ke rahmatullah
pada pagi Jumaat 21 Rabiulawal 1377 (bersamaan 26 Oktober 1956) pada usia 87
tahun, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Baru, Kuala Kangsar, Perak.
Jabatan Muzium Negara Malaysia telah mengistiharkan tempat pemakaman beliau
sebagai makam bersejarah untuk memperingati jasa beliau. Kini Kerajaan Negeri Pulau
Pinang menamakan sebuah Pusat Observatori di Pantai Acheh Pulau Pinang sebagai
Pusat Falak Sheikh Tahir, bagi memperingati peranan dan ketokohan beliau dalam
bidang Falak.

Pusat Falak Sheikh Tahir

PENUTUP

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayahnya,
dapatlah kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami ini. Kami

11
berharap dengan terhasilnya folio ini, kami dapat memantapkan lagi pemahaman kami
berkenaan Syeikh Tahir Jalaluddin .

Jutaan terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung demi menyelesaikan
tugasan ini. Segala bantuan yang disumbangkan amatlah dihargai. Kebanyakan
daripada kita hanya tahu nama beliau tertentu tanpa mengetahui latar belakang dan
sejarah hidup tokoh tersebut.

Walaubagaimanapun, setelah kami menelaah dan mencari maklumat berkenaan beliau


tersebut, kami dapati banyak kelebihan beliau yang tidak diketahui oleh kebanyakan
orang. Terdapat banyak ciri-ciri keistimewaan dalam diri beliau seperti latar
belakangnya, sumbangan terhadap negara dan agama, serta karya-karya yang telah
dihasilkan. Sumbangan beliau harus dihargai dan dijadikan tauladan oleh generasi
muda zaman ini dan akan datang.

12

Anda mungkin juga menyukai