Anda di halaman 1dari 9

Mikroekonomi

Chapter 1 : Sumber Ekonomi dan Kehendak Manusia


1.1 Konsep Ekonomi
Ekonomi bermakna peraturan isi rumah, iaitu ia mengkaji bagaimana isi rumah
memperuntukkan pendapatan yang diperoleh (walaupun terhad) secara cekap.
Kehendak manusia tidak terhad atau pernah putus. Selepas satu kehendak
dipenuhi, kehendak lain akan wujud. Contoh, seseorang inginkan kereta. Apabila
kemahuannya dipenuhi iaitu dapatkan kereta, maka kehendak lain akan wujud
seperti menginginkan rumah dll

1.2 Sumber Ekonomi


Tanah : Sumber semulajadi yg digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barangan.
Contohnya seperti baranag pertanian, pernternakan
Buruh : Tenaga buruh atau individu yg digunakan dalam mengeluarkan sesuatu
barangan. Terdiri daripada buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak
mahir
Modal : Merujuk kepada peralatan atau keperluan yg digunakan dalam
mengeluarkan sesuatu produk atau barangan. Contohnya, mesin, sumber
kewangan dll.
Pengeluar / Usahawan : Merujuk kepada pihak yg akan merancang pengeluaran
sesuatu barangan dan akan mendapatkan sumber tanah, buruh dan modal untuk
menghasilkan barang akhir

1.3 Kehendak Manusia


Kehendak : Keinginan manusia untuk mendapatkan sesuatu. Tidak semestinya
dipenuhi. Contoh, keinginan untuk mendapatkan kereta mewah, rumah besar dll
Keperluan : Sesuatu perkara yang harus didapatkan oleh seseorang. Wajid
dipenuhi. Contohnya seperti makanan, pakaian dan rumah.
Perbezaan antara kehendak dan keperluan manusia
Keperluan Kehendak
Wajid dipenuhi untuk Tidak wajid dipenuhi
meneruskan hidup
Bukan untuk keselesaan hidup Untuk keselesaan hidup
Mudah dipenuhi Sukar dipenuhi
Terhad Tidak terhad
Tidak ada pilihan (keperluan Banyak pilihan (kehendak adalah
asas adalah sana untuk setiap berbeza2)
manusia)
Contoh : Makanan, tempat Contoh : Kereta mewah, rumah

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 1


Mikroekonomi

ringgal, pakaian, pendidikan & besar, pakaian cantik, pendidikan


perubatan tinggi dll
Kehendak manusia boleh dilihat dari dua perspektif
o Barang : Merujuk kepada barang nampak yang boleh disentuh dan dirasa
sperti rumah, kereta, pakaian dll
o Perkhidmatan : Merujuk kepada barang tidak nampak seperti
perkhidmatan pengangkutan, pendidikan dll

1.4 Barang2 & Perkhidmatan


Barang dan perkhidmatan ini dikenali sebagai BARANGAN.
Berikut adalah kategori barangan
o Barang Percuma : Barangan diperolehi secara percuma seperti udara,
cahaya matahari, air hujan dll tidak melibatkan kos dan penawaran tidak
terhad
o Barang Ekonomi : Barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar dan
memerlukan kos untuk mendapatkannya, penawaran adalah terhad
o Barang Awam : Disediakan oleh kerajaan. Pengguna mungkin dikenakan
sedikit bayaran (sperti tandas awam, perkhidmatan hospital dll) dan kadang
kala tidak dikenakan bayaran (seperti jalan raya, taman rekriasi, lampu jalan
dll) penawaran mungkin terhad
Jenis barangan Penawaran Permintaan Kos
Barang percuma Tidak terhad Tidak terhad Tiada kos
Barang ekonomi Terhad Tidak terhad Melibatkan kos
Barang awam Terhad Tidak terhad Tiada kos /
melibatkan kos

1.5 Bidang Ekonomi


Mikorekonomi
o Mengkaji tingkah laku individu, isirumah (pengguna) dan firma
(pengeluar)
o Perkara yang dikaji
Masalah asas ekonomi iaitu
Apa yang ingin dikeluarkan
Berapa yang ingin dikeluarkan
Bagaimana barangan dikeluarkan
Untuk siapa barangan dikeluarkan
Mengkaji keseimbangan permintaan dan penawaran dalam pasaran

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 2


Mikroekonomi

Pengeluar menentukan tingkat pengeluaran untuk


memaksimumkan keuntungan
Makroekonomi
o Mengkaji keadaan ekonomi secara menyeluruh. Antara perkara yang
dikaji
Fungsi dan kewujudan wang
Fungsi dan perkhidmatan institusi kewangan;
Belanjawan dan hutang negara;
Perdagangan antarabangsa dan sekatan-sekatannya;
Imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran;
Pertukaran mata wang asing.

1.6 Konsep Asas Ekonomi


Kekurangan
o Seperti mana yang telah dinyatakan, kehendat manusia adalah tidak terhad
sedangkan sumber ekonomi adalah terhad. Ini menyebabkan wujudkan
kekurangan sumber untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
o Contoh Sykt A ingin mengeluarkan kereta dan motor.
o Walau bagaimana, buruh mahir (salah satu sumber ekonomi) yang
diperlukan untuk mengeluarkan kereta dan motor adalah terhad
Pilihan
o Apabila buruh mahir adalah kurang atau terhad untuk mengeluarkan motor
dan kereta, maka pengeluar perlu memilih sama ada ingin mengeluarkan
kereta atau motor.
o Pengeluar juga boleh memilih kombinasi kedua-dua motor dan kereta
Kos Lepas
o Kos lepas ialah barangan yang harus dilepaskan untuk mengeluarkan satu
barangan lain.
o Apabila pengeluar membuat pilihan sama ada ingin mengeluarkan kereta
atau motor, maka akan wujud kos lepas.
o Katakan pengeluar memilih untuk mengeluarkan kereta, maka kos lepas
ialah motor. Sekiranya pengeluar mengeluarkan motor, maka kereta adalah
kos lepas bagi motor.

1.7 Keluk Kemungkinan Pengeluaran


Terdapat beberapa andaian yg perlu diketahui sebelum keluk
kemungkinan pengeluar dibentuk. Antaranya ialah
o Ekonomi hanya mengeluarkan 2 jenis barang
o Tingkat teknologi adalah sama

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 3


Mikroekonomi

o Sumber ekonomi adalah tetap


o Ekonomi berada pada tingkat guna tenaga penuh
Berikut adalah penjelasan tentang kos lepas yang semakin
meningkat:
Kombinasi Radio (unit) Televisyen (unit) Kos Lepas
A 10 0 -
B 9 4 1
C 7 7 2
D 4 9 3
E 0 10 4

o Daripada jadual kemungkinan pengeluaran di atas, maka keluk


kemungkinan pengeluaran adalah seperti mana di bawah:-
Radio

10 A
B
8
C
6

4 D

E
Televisyen
2 4 6 8 10

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 4


Mikroekonomi

o A : Semua sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan 10 radio.


Tiada kos lepas wujud
o B : Sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan 9 radio dan 4 TV.
Kos lepas untuk mengeluarkan 4 TV ialah 1 radio. Maksudnya, sekiranya
pengeluarn ingin mengeluarkan 4 unit TV, 1 unit radio harus dikurangkan dari
10 unit ke 9 unit.
o C : Sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan 7 radio dan 7 TV.
Kos lepas untuk menambah 3 unit pengeluaran TV (dari 4 unit ke 7 unit) ialah
2 unit radio. Maksudnya, pengeluar harus mengurangkan 2 unit radio (dari 9
unit ke 7 unit) untuk menambah 3 unit pengeluaran TV.
o D : Sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan 4 radio dan 9 TV.
Kos lepas untuk menambahkan 2 unit TvV (dari 7 unit ke 9 unit) ialah 3 unit
radio. Maksudnya, pengeluar perlu mengurankan 3 unit radio (pengeluaran
dari 7 unit ke 4 unit) untuk menambahkan 3 unit TV.
o E : Semua sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan 10 TV. Kos
lepas untuk meningkatkan pengeluaran TV sebanyak 1 unit (dari 9 unit ke 10
unit) ialah 4 unit radio. Maksudnya, pengeluar perlu mengurangkan
pengeluaran dari sebanyak 4 unit (dari 4 unit ke 0 unit) untuk menambah 1
unit pengeluaran TV (dari 9 unit ke 10 unit)
Berikut adalah penjelasan tentang kos lepas yang malar:
o Berikut adalah jadual kemungkinan pengeluaran:
Kombinasi Basikal (unit) Motor (unit) Kos Lepas
A 8 0 -
B 6 2 2
C 4 4 2
D 2 6 2
E 0 8 2

o Keluk kemungkinan pengeluaran adalah seperti berikut:

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 5


Mikroekonomi

Basikal
(unit)

A
8

B
6

C
4

D
2

E
0 Motor
2 4 6 8 (unit)
o A : Semua sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan basikal
o B : Sumber ekonomi digukan untuk mengeluarkan 6 basikal dan 2 motor.
Kos lepas untuk mengeluarkan 2 unit motor ialah 2 unit basikal. Maksudnya,
pengeluar harus mengurangkan keluaran 2 unit basikal untuk meningkatkan
pengeluaran motor kepada 2 unit
o C : Sumber ekonomi digukan untuk mengeluarkan 4 basikal dan 4 motor.
Kos lepas untuk meningkatkan keluaran 2 unit motor (dari 2 unit kepada 4
unit) ialah 2 unit basikal. Maksudnya, pengeluar perlu mengurangkan
pengeluaran 2 unit basikal (dari 6 unit ke 4 unit) untuk menambah 2 unit
keluaran motor (dari 2 unit ke 4 unit)
o D : Sumber ekonomi digukan untuk mengeluarkan 2 basikal dan 6 motor.
Kos lepas untuk meningkatkan keluaran 2 unit motor ialah 2 unit basikal.
Maksudnya, pengeluar harus mengurangkan 2 unit keluaran basikal (dari 6
unit ke 4 unit) untuk menambah 2 unit keluaran motor (dari 4 unit ke 6 unit)
o E : Sumber ekonomi digukan untuk mengeluarkan 8 motor.

1.8 Perubahan Keluk Kemungkinan Pengeluaran


Terdapat beberapa keadan yang akan menyebabkan perubahan
dalam keluk kemungkinan. Antaranya ialah
o Peningkatan teknologi

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 6


Mikroekonomi

o Peningkatn sumber ekonomi


o Pertambahan populasi
Kesan peningkatan teknologi ke atas keluk kemungkinan
pengeluaran
Radio Radio

TV TV
Rajah A Rajah B
Radio

TV
Rajah C

o Rajah A : Perubahan tingkat teknologi bagi radio dan TV adalah sama


o Rajah B : Perubahan tingkat teknologi bagi radio lebih tinggi daripada TV
o Rajah C : Perubahan tingkat teknologi bagi radio lebih rendah dariapda
TV
Kesan peningkatan sumber ekonomi ke atas keluk kemungkinan
pengeluaran

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 7


Mikroekonomi

Radio Radio

TV TV
Rajah A Rajah B
Radio

TV
Rajah C

o Rajah A : Perubahan sumber ekonomi bagi radio dan TV adalah sama


o Rajah B : Perubahan sumber ekonomi bagi radio lebih tinggi daripada TV
o Rajah C : Perubahan sumber ekonomi bagi radio lebih rendah dariapda
TV
Kesan pertambahan populasi ke atas keluk kemungkinan
pengeluaran
o Pertambahan populasi menyebabkan permintaan terhadap radio dan TV
akan meningkat yang seterusnya akan meningkatkan pengeluaran bagi kedua-
dua barangan seperti mana yang dapat dilihat dalam rajah di bawah

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 8


Mikroekonomi

Radio

TV

Prepared By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 9

Anda mungkin juga menyukai