Anda di halaman 1dari 8

SULIT PKES3043

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 2 Tahun 1

PEPERIKSAAN BAWA-PULANG : JUN 2020

KAMPUS : IPGK TEMENGGONG IBRAHIM

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 9 1 2 2 3 4 0 0 5 9

KOD KURSUS : PKES3043


KURSUS : PENDIDIKAN PERSEKITARAN DAN KOMUNITI
MASA : 8 JAM
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi 2 soalan esei, jawab semua soalan:


Soalan esei 1 : (50 markah)
Soalan esei 2 : (50 markah )

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

3. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

4. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

5. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 8 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT PKES3043
ANGKA GILIRAN : 2019122340059 KOD KERTAS : PKES3043
BAHAGIAN A
( 100 markah )

Jawab soalan.

1. Anda telah diamanahkan untuk merancang program bertajuk “Kepentingan


Menangani Pencemaran Bunyi Akibat Pembakaran Mercun Terutamanya
Pada Musim Perayaan”

Perincikan bagaimana pengisian program yang anda cadangkan dapat


memberi impak positif kepada peserta program dan komuniti setempat. (750
patah perkataan).

[50 markah]

2. Pencemaran air akibat daripada pembuangan sisa toksid merupakan masalah


global.

Perjelaskan bagaimana perbuatan tidak bertanggungjawab ini dapat


menjejaskan persekitaran serta bagaimana pihak kerajaan dan komuniti masyarakat
dapat menjalankan tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini. (750 patah
perkataan).

[50 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3043
ANGKA GILIRAN : 2019122340059 KOD KERTAS : PKES3043

SOALAN 1

Dalam dunia era modenisasi ini, projek pembangunan dan kegiatan ekonomi
di dalam sesebuah negara khususnya Malaysia sering menjadi perhatian. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kegiatan pembangunan dan ekonomi yang sedang giat
dilakukan ini semuanya adalah untuk memberi pulangan kepada negara disamping
membawa negara ke arah kemajuan negara dan juga peningkatan taraf hidup
penduduk. Namun demikian, pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut telah
mendatangkan impak yang negatif kepada masyarakat setempat khususnya dalam
kegiatan pembangunan, perlombongan dan industri pembuatan dari aspek
pencemaran bunyi. Secara tidak langsung ianya telah mengganggu kesejahteraan
dan keamanan penduduk setempat. Pencemaran bunyi bukan sahaja melibatkan
industri perkilangan, pembuatan, pemprosesan dan perlombongan malah, ianya juga
berpunca daripada aktiviti pengangkutan seperti bunyi enjin kenderaan, ekzos, hon
dan juga ekonomi pengangkutan seperti kapal terbang dan sebagainya.
Sebagai definisi, pencemaran bunyi dapat ditakrifkan dengan bunyi bising
yang keterlaluan dan boleh menggagalkan fungsi telinga untuk mendengar. Untuk
pengetahuan, pencemaran bunyi adalah apabila bunyi yang dihasilkan itu melebihi
80 desibel (dB). Terbahagi kepada beberapa jenis, pencemaran bunyi mampu
menjadikan seseorang itu pekak kerana kerana gegendang telinga sudah rosak.
Pertama, kebisingan selenjar iaitu kebisingan yang kurang daripada 3 dB. Kedua
kebisingan fluktasi iaitu kebisingan yang berada pada puncak gelombang yang tinggi
dan rendah. Bagi tahap ini, gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat
daripada kebisingan selendar apabila gelombang yang dihasilkan hanyalah 3dB
sahaja dan biasanya didapati daripada bunyi enjin kenderaan dan juga orang
sedang bercakap. Ketiga ialah hentakan impuls dimana ia merupakan bunyi yang
lebih intensiti dalam satu tempoh masa yang singkat seperti tembakan, letupan
ataupun lagaan benda keras. Dan biasanya tahap intensiti bunyi adalah melebihi 80
dB dan kemudiannya akan gelombang bunyi akan menurun.
Berdasarkan cadangan perancangan “Program Kepentingan Menangani
Pencemaran Bunyi Akibat Mercun Terutamanya Pada Musim Perayaan”, kelihatan
program seperti ini adalah perlu kerana sekiranya tidak diberi penekanan semakin
ramai yang mengabaikan kesannya terhadap kesihatan telinga dan juga badan

3 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3043
ANGKA GILIRAN : 2019122340059 KOD KERTAS : PKES3043
individu malah sekiranya program seperti ini tidak dilaksanakan, dilihat masih ramai
lagi penduduk setempat yang masih lagi kurang ilmunya tentang pendidikan alam
sekitar. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan impak positif yang dapat
diperolehi dan dikelnal pasti menerusi program kempen pendidikan pencemaran
bunyi yang akan dilaksanakan terhadap komuniti setempat. Program tersebut akan
dijalankan pada hari Ahad bertarikh 24 Mei 2020 dari jam 8 pagi hingga jam 2
petang.
Di dalam perancangan program tersebut, saya telah kemukakan beberapa
slot pengisian bagi memberi kesedaran kepada komuniti setempat berkenaan
dengan pencemaran bunyi. Slot yang pertama adalah berkenaan dengan ceramah
kesedaran tentang apakah itu pencemaran bunyi. Disampaikan oleh pakar telinga
dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), slot ceramah yang berdurasi
selama satu jam ini akan menceritakan tentang bagaimana telinga berfungsi
menghantar gelombang bunyi ke impul saraf dan kemudiannya dihantar ke otak
untuk menterjemahkan bunyi apakah yang terhasil. Kemudiannya peserta program
akan diberi penerangan dengan lebih mendalam tentang had pendengaran oleh
telinga setiap individu iaitu tidak boleh melebihi 80 desibel (dB). Peserta juga turut
diberikan informasi tentang jenis-jenis pencemaran bunyi yang terdapat di
persekitaran sekeliling mereka yang mereka perlu sentiasa cakna. Oleh itu, perserta
mendapat pengetahuan tentang bagaimanakah telinga berfungsi untuk menterjemah
bunyi yang dihasilkan mengikut had pendengaran bunyi.
Pada slot kedua, peserta akan diberi taklimat mengenai dengan punca-punca
pencemaran memandangkan Malaysia amat signifikan dengan permainan mercun
sewaktu musim perayaan, jadi inilah masanya untuk memberi kesedaran kepada
mereka tentang bunyi mercun sememangnya seronok tetapi akan mengganggu
emosi komuniti sejagat. Slot kedua akan membincangkan tentang punca-punca
pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia, alam sekitar dan juga dari aspek
pengangkutan. Peserta juga turut diberi pendedahan berkenaan dengan impak
pencemaran bunyi terhadap kesihatan dan juga aktiviti seharian. Seperti contoh,
gangguan emosi secara kerap yang diganggu oleh bunyi bising akan menyebabkan
seseorang itu mudah untuk menghidap penyakit darah tinggi dan juga penyakit
jantung. Di dalam slot ini juga peserta diberi penekanan tentang tanggungjawab bagi
setiap komuniti dalam menangani masalah pencemaran bunyi demi keamanan
komuniti sejagat. Peserta juga turut diberi peluang untuk sesi “Q & A” dimana

4 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3043
ANGKA GILIRAN : 2019122340059 KOD KERTAS : PKES3043
mereka boleh menanyakan soalan dan melawat tapak-tapak pameran antaranya
ialah tapak pameran dari pihak hospital dan juga pihak berkuasa tempatan serta
balai polis bergerak. Disini mereka lebih jelas tentang kesan-kesan pencemaran
bunyi yang akan menjejaskan kesihatan mereka. Mereka juga boleh membuat
aduan di balai polis bergerak tentang aktiviti bermain mercun. Ini memudahkan pihak
polis melakukan rondaan untuk menjaga keamanan sejagat Sesi cabutan bertuah
dengan pelbagai hadiah menarik yang disediakan untuk menarik kehadiran lebih
ramai kunjungan ke program ini.
Berdasarkan maklumat slot tentatif di atas berkenaan dengan program yang
akan dijalankan, diharapkan ianya memberi kesedaran kepada masyarakat
setempat tentang betapa pentingnya pencemaran bunyi memberi kemudaratan
kepada kesihatan diri dan mengganggu kelancaran aktiviti harian. Semua perlu ada
sikap tanggungjawab dalam menjaga dan menghormati keamanan sejagat.

SOALAN 2

5 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3043
ANGKA GILIRAN : 2019122340059 KOD KERTAS : PKES3043

Sejak berkurun lama lagi, masalah pencemaran air dan pembuangan sisa
toksik menjadi masalah dan sering menjadi perbualan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pencemaran air yang berlaku akan menjejaskan kesihatan individu dan juga
alam sekitar. Pencemaran air bukan sahaja akan mendatangkan bau yang tidak
menyenangkan, malah juga menganggu pemandangan mata terhadap kebersihan
kawasan persekitaran. Pencemaran dapat ditakrifkan sebagai apa-apa perubahan
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi ataupun
radioaktif pada mana-mana bahagian alam sekeliling melepaskan bahan buangan
sehingga membahayakan kesihatan, keselamatan sama ada pada manusia, flora
dan fauna, mahupun alam sekitar. Memandangkan air merupakan sumber terpenting
dalam kehidupan manusia, punca pencemaran perlu dikenal pasti dan langkah
inisiatif bagi mengatasi masalah ini perlu dilaksanakan untuk mengekalkan
keselamatan penggunanya.
Ditinjau dari perspektif punca pencemaran, pertama ianya berlaku disebabkan
oleh sikap manusia sendiri yang tidak bertanggungjawab. Mereka membuang
sampah-sarap dan bahan kumbahan merata-rata ke dalam sungai. Ini
menyebabkan air menjadi kotor dan tercemar. Sisa-sisa kumbahan yang dialirkan ke
sungai menyebabkan nilai pH air sungai berubah menjadi lebih tinggi. Kejernihan air
juga berkurang kerana campuran bahan kumbahan menyebabkan warna air
berubah menjadi keruh. Pembuangan sisa industri juga turut meningkatkan nilai pH
air ataupun keasidan air. Apabila kadar keasidan air meningkat, ini bermakna air
tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Penebangan pokok di hutan bagi tujuan
komersial juga akan menyebabkan air tercemar. Kesannya kepada alam sekitar
adalah apabila pokok ditebang untuk membina kilang dan rumah menyebabkan
tanah terhakis dan runtuhan tanah akan masuk ke dalam sungai seterusnya menjadi
mendak dan mendakan ini menyebabkan paras air sungai menjadi cetek,
memudahkan banjir kilat berlaku.
Selain itu, pembinaan kilang di tepi sungai menyebabkan pencemaran air
bertambah parah. Hal ini disebabkan oleh sikap pihak yang tidak bertanggungjawab
hanya memandang remeh demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan yang
sebaliknya. Bagi menjimatkan kos, mereka mengalirkan sahaja sisa toksik ke dalam
sungai. Ianya dianggap mudah kerana sekiranya mereka ingin membuang sisa
toksik tersebut ke tempat lain, kos pelupusan adalah tinggi. Jadi hanya untuk

6 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3043
ANGKA GILIRAN : 2019122340059 KOD KERTAS : PKES3043
menjimatkan kos, mereka membuang sahaja sisa toksik itu ke dalam sungai.
Perbuatan ini akhirnya membunuh hidupan akuatik seperti ikan dan tumbuhan laut
dan ini akan menjejaskan sumber protein. Sektor pertanian juga menyumbang
kepada pencemaran air apabila penggunaan baja dan racun perosak dari kawasan
pertanian dibuang ke dalam sungai bahan-bahan buangan ini akan menjejaskan
kandungan oksigen berkurang.
Sungguhpun demikian, beberapa langkah inisiatif perlu diambil bagi
menangani masalah pencemaran air supaya tidak menjadi lebih serius dan tidak
menjejaskan kesihatan manusia sejagat. Apa yang perlu dilakukan oleh pihak
kerajaan adalah seharusnya dengan mempertingkatkan lagi penguatkuasaan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Sebagai contohnya, AKAS 1974
Syeksyen 34 A bahagian 18(b) dan 18 (c) menggariskan kepentingan untuk
mempunyai sistem kawalan yang efektif terhadap air lelehan di tapak pelupusan.
Mengikut seksyen 25 AKAS 1974 juga, sisa pepejal tidak boleh dibuang ke dalam
laut dan badan air. Individu yang disabitkan dengan kesalahan seperti di atas ini
adalah dengan dikenakan hukuman di bawah syeksen 25 (3) Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara kurang tempoh 5
tahun atau kedua-duanya sekali disamping tambahan kurang RM1000.00 bagi tiap-
tiap kesalahan itu diteruskan.
Selain itu, tindakan yang boleh dilakukan oleh masyarakat sejagat dalam
mengatasi masalah ini adalah dengan bersikap lebih bertanggungjawab dalam
melakukan setiap tindakan. Seeloknya langkah yang terbaik adalah dengan
mengamalkan amalan 3R iaitu (Reuse, Reduce, Recycle). Amalkan juga
pembuangan sampah ditempat yang sebetulnya supaya kesan kepada alam sekitar
dapat dikurangkan. Sekurang-kurangnya, jika kita tidak mampu untuk memberi
sumbangan duit dan tenaga kepada pihak kerajaan dan negara, kita boleh memberi
sumbangan kecil dalam aspek memelihara alam sekitar daripada setiap jenis bentuk
pencemaran. Secara tidak langsung, usaha kecil ini mampu menyelamatkan bumi
daripada sakit. Laksanakan juga amalan gotong-royong membersihkan halaman
rumah supaya sentiasa kelihatan bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran
yang boleh menjejaskan kesihatan.
Intihanya, setiap tindakan yang dilakukan perlulah secara ikhlas supaya kita
dapat melakukannya secara berterusan. Tidak perlu menunggu tindakan daripada
pihak berkuasa sekiranya kita mampu untuk berfikiran terbuka dan bersikap

7 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT PKES3043
ANGKA GILIRAN : 2019122340059 KOD KERTAS : PKES3043
tanggungjawab dalam menjaga keselamatan bumi kita daripada pencemaran
terutama sekali pencemaran air. Apabila kandungan air sihat dan kadar oksigennya
adalah berada pada tahap yang baik, kita sekali gus dapat menghindari diri daripada
penyakit bawaan air yang akan menyebabkan kematian sekiranya dipandang remeh.
Sekiranya setiap lapisan masyarakat bersatu padu, masalah ini dapat ditangani
dengan mudah.

8 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai