Anda di halaman 1dari 7

Buat satu perbincangan mengenai perbezaan diantara bidang

pengurusan pentadbiran dengan bidang pengurusan sukan,


Tugasan hendaklah mengupas tentang merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal. Tugasan perlu disertakan dengan contoh serta bukti. Perlu dibuat
sebanyak 1500 patah perkataan. Perlu dihantar sebelum 08.00 pm.

JAWAPAN

Di dalam era pascamodenisasi ini, aspek pengurusan merupakan perkara


yang terpenting di dalam setiap organisasi, tidak kira sama ada organisasi awam
mahupun swasta. Di dalam komuniti dan perkembangan manusia sejagat juga
aspek pengurusan akan diberi keutamaan. Namun begitu, setiap pengurusan bagi
setiap organisasi adalah berbeza dan tidak sama secara keseluruhannya.
Organisasi yang menjalankan tugas dan amanah dengan cemerlang
menggambarkan ketelusan pengurusnya. Sehubungan dengan itu, di sini saya akan
melakukan diskusi berkenaan dengan perbezaan antara pengurusan pentadbiran
dengan bidang pengurusan sukan.

Terlebih dahulu di sini saya akan diskusikan berkenaan dengan bidang


pengurusan pentadbiran. Seperti yang kita ketahui, sektor pengurusan ini sering
dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila menjadi perbualan, terdapat elemen yang
saling mempunyai hubung kait garis panduan dan ianya mencakupi empat elemen
iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal. Aspek pengurusan
umumnya dikendalikan oleh pengurus yang bertindak ‘master-mind’ dan pada satu
keadaan yang lain, pengurus juga akan bertindak sebagai pelaksana. Selaku
‘master-mind’, pengurus bertindak untuk memimpin kelompok subordinat yang akan
bertindak untuk menterjemahkan segala visi, misi dan objektif sesebuah organisasi
dalam bentuk pelaksanaan yang umumnya dijalankan mengikut jadual perancangan
yang telah digariskan. Gaya kepimpinan dan kemampuan yang baik adalah dalam
memanipulasikan kemahiran berkomunikasi yang unik dan tersendiri serta
bagaimana untuk mewujudkan situasi kerja yang baik dan harmoni antara pengurus
dan pelaksana.
Pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan yang melibatkan dua atau
lebih individu mengembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Menurut Leith (1990) pentadbiran melibatkan proses perancangan, pengelolaan,
bimbingan dan kawalan ke atas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan
kerja yang diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian
matlamat-matlamat tertentu. Manakala menurut Daughtrey & Woods (1976) pula
ialah pentadbiran merupakan koordinasi aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang
tersusun. Pentadbiran juga melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan
organisasi, penghasilan dan perhubungan awam.

Di dalam pengurusan pentadbiran, ia dapat didefinisikan sebagai satu proses


sosial dibentuk untuk mendapat kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli
sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling
berkesan (Drucker,1972). Menurut Yuki (1994), pengurusan adalah berorientasikan
kestabilan dimana penguru mengajak individu membuat sesuatu yang lebih
berkesan. Secara holistik, pengurusan dapat ditafsirkan dengan melakukan sesuatu
aktiviti secara cekap dan berkesan melalui manusia yang seperti saya katakan tadi
melibatkan sekumpulan pengurus dalam sesebuah organisasi dan tugas-tugas yang
dilakukan oleh pengurus.

Bagi elemen merancang di dalam bidang pengurusan pentadbiran, ianya


melibatkan skop pengurusan berkaitan dengan menetapkan matlamat dan objektif
orgaisasi, menentukan bagaimana objektif tersebut dicapai, mengumpul dan
menganalisis maklumat dan menentukan tugas yang perlu dijalankan bagi mencapai
matlamat. Perancangan yang berkesan melibatkan proses membuat keputusan
berdasarkan strategi yang hendak dilaksanakan bagi mencapai sesuatu objektif dan
juga penyediaan sistem kawalan agar tindakan pembetulan dapat diambil. Sebagai
contoh, bagaimana cara untuk membuat perancangan dalam bidang pengurusan
pentadbiran ialah dengan memilih matlamat untuk organisasi dan sub-unit,
membentuk program untuk mencapai matlamat dengan cara yang sistematik,
manusia dan masa diutamakan dimana ianya melibatkan kebolehcapaian dan boleh
diterima oleh pekerja, dan sentiasa mengutamakan sumber manusia dan jangka
masa di mana objektif pencapaiannya adalah realistik dan jangka masa adalah
berpatutan.
Elemen kedua dalam bidang pengurusan adalah mengelola. Ianya adalah
berkenaan dengan bagaimana untuk mendapatkan kemudahan, staf, sumber bahan
dan lain-lain dalam bidang pengurusan pentadbiran. Ia juga melibatkan rangka kerja
yang cekap melalui proses penentuan kerja atau pembahagian tugas dalam bidang
pengurusan pentadbiran seperti membahagikan kumpulan kerja dalam bentuk,
susunan atau struktur organisasi tertentu, menentukan struktur kewibawaan dan
mekanisma organisasi, membina dan mendefinisikan kaedah dan prosedur, serta
memilih dan memberitahu staf mengenai sumber yang ada/ tersedia atau yang boleh
diperolehi. Sebagai contohnya, menubuhkan struktur organisasi, menetapkan
hubungan, mewujudkan diskripsi tugas penjawatan, menentukan sumber manusia,
menjalankan orientasi, menjalankan latihan, dan membangunkan kerjaya.
Kesemuanya ini adalah bidang tugas elemen mengelola.

Elemen seterusnya ialah memimpin. Di dalam pengurusan pentadbiran,


elemen memimpin sangat penting dan perlu dititikberatkan. Memimpin bermaksud
mengambil daya usaha dan inisiatif untuk menggerakkan sesuatu, memimpin dan
menentukan hala tuju kepada kumpulan, menentukan jangka waktu dan kos,
mengeluarkan arahan, memberi panduan, dorongan dan ransangan, serta memberi
bimbingan, latihan, teguran dan tunjuk ajar supaya matlamat di dalam sesebuah
organisasi iaitu visi dan misi tertubuhnya organisasi tersebut tercapai. Sebagai
contohnya, di dalam aspek penghasilan tindakan yang perlu dicapai untuk objektif
yang ditetapkan seperti menangani perubahan, menguruskan konflik, menyelaras
kerja-kerja atau tugas (task), motivasi dan juga menurunkan kuasa. Sekiranya
elemen memimpin ini dapat di implement dengan baik khususnya dari pihak
pengurus sendiri, sudah pasti segala tugas dan amanah dapat dilangsungkan
dengan selicinnya.

Elemen terakhir bagi aspek pengurusan adalah mengawal. Mengawal


bermaksud menyelia proses pelaksanaan, membuat pemerhatian dan penceraoan,
membuat penilaian prestasi, membuat laporan mengenai kemajuan, memperbetul
kesalahan dan penyelewengan dan membuat penilaian di peringkat-peringkat
pelaksanaan perancangan. Antara skop tugas di dalam elemen mengawal bagi
aspek pengurusan pentadbiran adalah menentukan kemajuan ke arah pencapaian
objektif sebagaimana yang telah dirancang seperti menyediakan sistem ganjaran
buat kakitangan yang cemerlang di dalam menjalan tugas, membuat tindakan
pembaikan dan pembetulan, melaksanakan aktiviti pengukuran pencapaian
organisasi (benchmark), menetapkan piawai prestasi dan juga mewujudkankan
sistem laporan maklum balas. Dengan ini, sektor pengurusan pentadbiran dapat
berjalan dengan baik dan terurus seperti di dalam perancangan awal penubuhan.

Ditinjau dari aspek bidang pengurusan sukan pula, ianya juga sama seperti
bidang pengurusan pentadbiran cumanya yang berbeza adalah pentadbiran lebih
kepada organisasi awam, manakala sukan lebih kepada persatuan sukan
pertubuhan sukan dan sebagainya yang berkaitan sukan. Definisi sukan dalam
konteks pengurusan sukan adalah dimana mempunyai elemen-elemen seperti
keupayaan fizikal pertandingan, kemahiran, strategi dan peluang serta mempunyai
hasil yang tidak menentu (loy,1986). Menurut Snyder dan Spreitzer (1989), sukan
bermaksud aktiviti fizikal manusia yang kompetitif dan dikawal oleh peraturan dan
diinstitusikan, iaitu mempunyai kurikulum dan peraturan yang dikawal oleh badan
organisasi induk sukan. Secara keseluruhannya, Pitts, Feilding dan Miller (1994)
merumuskan bahawa sukan merupakan sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan
pengalaman atau perniagaan yang berfokus pada kecergasan, rekreasi, sukan atau
kesenggangan.

Pengurusan sukan adalah proses bekerja bersama orang lain dengan


menggunakan sumber secara optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah-
ubah. Pengurus bertanggungjawab memastikan proses pengurusan berjalan lancar,
bertindak menggunakan sumber fizikal dan manusia dengan cekap dan berkesan ke
arah mencapai matlamat organisasi. Menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990),
mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-
kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan,
pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah oraganisasi
atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.
Pengurusan sukan juga ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat
dan kukuh dari segi fizikal dan mental, bersemangat dan berpendirian positif dalam
hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat
secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan
fizikal.
Seperti bidang pengurusan pentadbiran, bidang pengurusan sukan juga
mempunyai empat elemen pengurusan iaitu merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal. Di dalam elemen merancang bagi bidang pengurusan sukan. Ia
bermaksud melibatkan proses menentukan objektifnya.

Yang pertama ialah perancangan operasi yang dirangka secara terperinci


untuk melaksanakan plan strategik. Seterusnya aspek yang ketiga ialah
perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Perancangan ini diklasifikasikan
sebagai rancangan yang melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan
ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Tiada tempoh
masa yang spesifik, ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jika perancangan
itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh masa kurang dari satu tahun ianya
diklasifikasikan sebagai perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya.

Kategori perancangan yang seterusnya ialah perancangan berfungsi.


Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk
mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai. Perancangan jenis bersifat
bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain bagi tujuan untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, perancangan jenis ini ialah
perancangan sumber manusia, perancangan kewangan dan perancangan program
pembangunan atlet sekolah. Untuk perancangan program pembangunan atlet
sekolah tercapai, ianya memerlukan kewangan dan juga sumber manusia bagi
menjayakan rancangan tersebut.

Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan


dan ianya bukannya satu proses yang berasingan. Pengelolaan juga boleh menjadi
sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan
yang lain. Secara kolektifnya, proses dan fungsi pengurusan ialah perancangan,
pengelolaan, pelaksanaan dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus
(managing). Langkah dalam aktiviti pengelolaan ialah menentukan span of
management yang bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satu-satu
kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan.
Jika terlalu sedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan
keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai ketua maka akan hilang
kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai. Langkah yang terakhir
dalam aktiviti pengelolaan ialah mengkoordinasi sumber organisasi. Ianya
merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi.
Koordinasi juga merujuk kepada kaedah penggabungan, integrasi dan keseragaman
di antara kumpulan dan unit-unit lain.

Dalam aktiviti perancangan dan dan pengelolaan, ketua akan bekerjasama


dengan anggota di bawahnya dalam setiap tugasan yang ingin dicapai. Memimpin
adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja
secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Dalam konteks
sebagai seorang ketua, objektif ini bukan hanya disebut dari mulut sahaja, tetapi
ianya menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke arah mencapai
objektif. Kepimpinan juga sentiasa aktif dan mungkin berubah-ubah mengikut
peringkat, kekuatan, atau had tetapi ianya tidak akan tenggelam dan timbul. Ini
bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut, dan jika tiada anggota maka tiada
kumpulan. Keadaaanya sama ada dinamik atau tidak ada langsung. Kepimpinan
juga mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan
tetap secara yang disengajakan. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang
tubuh atau perlembagaan.

Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan


ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap
perancangan. Sebagai pengurus, perlu dipastikan semua tugasan yang telah
diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik. Di sinilah letaknya peranan
pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat kepada
pengurus. Melalui maklumat yang diterima ini ianya nanti akan membantu
pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan penting pengawalan ini
adalah bertujuan untuk menyesuaikan cara kerja kepada sesuatu standard yang
telah ditetapkan.

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah


bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani ini
mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek
akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.
Manakala aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola,
menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk
pertandingan yang lebih formal. Dengan adanya kesemua elemen yang
dibincangkan di atas, ianya akan memberikan kelicinan pada setiap pengurusan
yang dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai