Anda di halaman 1dari 6

NAMA : NOOR AFDZIHA BINTI KHAIRUDDIN

OPSYEN : 4 PISMP PJ 3

1. PENGENALAN

Di dalam dunia ini, terdapat banyak bidang yang telah diterokai oleh tokoh-tokoh
pada zaman dahulu. Hal ini menyebabkan, bidang tersebut masih diguna pakai
oleh masyarakat pada zaman kini untuk memajukan diri mereka di dalam
kehidupan harian. Bidang atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “​niche​”
dimaksudkan dengan pengkhususan seseorang pada satu-satu perkara. Ianya
dapat dimaksudkan juga dengan seseorang memfokuskan kepada sesuatu
perkara yang mampu memajukan diri mereka ke arah yang lebih baik bagi
menjalani kehidupan harian. Oleh hal yang demikian, di atas terlalu banyak
bidang yang terdapat di dunia ini, ianya mempunyai bahagian pengurusan yang
tersendiri bagi menggerakkan bidang yang mereka ceburi.

Menurut Mohd Saleh Aman (2005), pengurusan bermaksud proses


bekerja bersama orang lain dengan menggunakan sumber optimum dalam
persekitaran yang sentiasa berubah. Secara operasinya, pengurusan bermaksud
“mencari cara atau menyelesaikan kerja”. Pengurusan ini terdiri daripada
pengarahan ​dan ​pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau
lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan
kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu ​matlamat​. Ia seringkali dikaitkan
dengan merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, teknologi
serta juga sumber alam semula jadi. Di samping itu juga, ianya juga boleh
merujuk kepada seorang atau sekumpulan manusia yang menjalankan fungsi
pengurusan. Oleh hal yang demikian, bagi setiap bidang akan wujudnya bidang
pengurusan bagi memastikan setiap apa yang dirancang akan berjalan dengan
lancar. Ianya juga berkait rapat dengan kepimpinan yang perlu ada di dalam
satu-satu bidang agar bidang tersebut tidak mengalami masalah yang sukar
untuk dikawal tanpa seorang ketua bagi memberikan jalan penyelesaian yang
terbaik.

2. DEFINISI

Di setiap bidang pengurusan yang ada, sudah semestinya terdapat fungsi-fungsi


utama bagi sesuatu bidang itu ditubuhkan. Oleh hal yang demikian, setiap
bidang pengurusan tersebut akan menerangkan fungsi-fungsi yang berbeza dari
segi pengelolaan, kepegawaian, perancangan serta kepimpinan. Di dalam
penyataan yang diberikan, ianya tertumpu kepada pengurusan sukan serta
pengurusan pentadbiran. Pengurusan sukan adalah adalah satu bidang usaha
profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan
sukan. Pengurusan sukan juga merupakan satu program persediaan akademik,
profesional yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi sebagai satu bidang
yang wajib. Dapat kita simpulkan bahawa, pengurusan sukan merupakan satu
bidang yang hanya berkaitan dengan sukan kerana ianya lebih memfokuskan
kepada bahagian sukan sahaja.

Menurut Kelly, Blanton & Bertel (1990), pengurusan sukan ini dapat
didefinisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan
dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan
budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau
jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan. Menurut
Mohd Khairi & Borhanuddin (2005), pengurusan sukan adalah satu proses
menyeluruh yang bertujuan menstrukturkan segala aktiviti yang dikehendaki oleh
sesuatu badan sukan. Pengurusan sukan ini juga wujud di dalam dua bentuk
iaitu ​pertama, pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana
wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan. Kedua,
pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik profesional
yang ditawarkan ke institusi pengajian tinggi sebagai suatu bidang yang wajib.
Sukan ini juga merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan,
kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke
dalamnya.

Selain daripada bidang pengurusan sukan, bidang pengurusan


pentadbiran juga merupakan antara bidang yang perlu ada di dalam suatu
organisasi seperti bidang pendidikan, perindustrian dan banyak lagi. Akan tetapi
pengurusan pentadbiran ini seringkali dikenali di dalam bidang pendidikan
seperti di sekolah yang mana merupakan aspek penting yang perlu diberi
perhatian ​kerana menurut kajian-kajian yang telah dijalankan di Malaysia,
pembolehubah pengurusan seperti kepimpianna guru besar adalah pengaruh
utama dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik murid.
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau
pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses
pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat
menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran, ia berlaku
sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta
organisasi formal dan juga yang tidak formal. Sekiranya menginginkan sesuatu
pengurusan yang lancar, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya
memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

3. PERBEZAAN

Bagi bidang pengurusan sukan dan pengurusan pentadbiran, ianya merupakan


dua bidang yang berbeza daripada aspek pengelolaan, kepegawaian,
kepimpinan serta pengawalan. Setiap bidang ini mempunyai fungsi-fungsi yang
berbeza yang mana pengurusan sukan hanya tertumpu kepada bahagian sukan
sahaja. Manakala, bagi pengurusan pentadbiran pula tertumpu kepada
perkhidmatan di dalam sesebuah organisasi yang mana ianya bukan
memfokuskan kepada keuntungan. Sudah semestinya setiap bidang pengurusan
itu mempunyai fungsi-fungsi yang mana bertujuan untuk menggerakkan satu
bidang yang sentiasa memerlukan tenaga kerja daripada bidang pengurusan.
Antara empat komponen yang perlu ada di dalam suatu bidang
pengurusan adalah pengelolaan, perancangan, kepimpinan serta pengawalan.
Bagi perkara yang perlu ada di dalam komponen perancangan yang ada di
dalam pengurusan sukan adalah seperti masa yang ditetapkan iaitu jadual
latihan, pra pertandingan dan pertandingan. Selain itu juga, di dalam komponen
perancangan ini juga adalah setiap perancangan untuk menjalankan sesuatu
aktiviti mestilah mengambil tahu tentang bilangan peserta yang ingin menyertai.
Di samping itu juga, di dalam komponen ini juga mestilah ditetapkan belanjawan
yang diperlukan seperti penetapan atlet semasa kejohanan, keperluan atlet
semasa kejohanan dan banyak lagi.

Di bahagian komponen yang kedua pula adalah bahagian pengelolaan


adalah bagaimana cara untuk mengelola sesuatu kejohanan dengan lancar.
Ianya berkait rapat dengan pengelolaan terhadap pegawai yang ianya lebih
memberikan tumpuan kepada jawatan atasan seperti pegawai, juri, penjaga
masa dan sebagainya. Pengelolaan ini memerlukan fokus yang lebih kerana
ianya juga bergantung kepada alatan yang digunakan ketika kejohanan. Hal ini
kerana, di setiap kejohanan, setiap sukan yang dijalankan mestilah mempunyai
alatan yang lengkap dan tidak rosak bagi memastikan tiada kecederaan yang
berlaku kepada peserta.

Komponen yang seterusnya adalah kepimpinan yang mana merupakan


salah satu komponen yang penting di dalam setiap bidang pengurusan kerana
ianya adalah ketua bagi memastikan setiap komponen menjalankan tugas
masing-masing bagi memastikan setiap apa yang dirancang adalah tepat dan
lancar. Oleh hal yang demikian, kepimpinan ini memerlukan ahli pasukan yang
tidak mengambil sikap sambalawe semasa menjalankan tugas yang telah
diberikan.

Komponen yang terakhir adalah komponen pengawalan yang mana


bertanggungjawab untuk mengawal selia tugas komponen kemahiran
pengurusan yang lain. Bahagian pengawalan ini juga bersedia memberi bantu
mula dan bantuan terapi kepada atlit yang mengalami kecederaan semasa
latihan atau pertandingan dengan menyediakan fisioterapi dan pegawai
perubatan.

Berbeza pula dengan pengurusan pentadbiran, bidang ini lebih


menumpukan kepada pentadbiran di bahagian pejabat ataupun di sekolah.
Komponen kedua-dua pengurusan ini adalah sama iaitu yang pertama adalah
perancangan. Perancangan bagi pengurusan pentadbiran ini memerlukan
perancangan yang sistematik bagi memastikan setiap apa yang dirancang
berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, perancangan dari segi menentukan
sesuatu peraturan di dalam mahupun di luar bilik darjah. Hal ini kerana, setiap
peraturan yang ingin diberikan mestilah mempunyai rancangan yang tidak
menyebabkan suatu pentadbiran itu menjadi kucar-kacir.

Di samping itu juga, komponen yang kedua adalah pengelolaan yang


mana di dalam bidang pengurusan pentadbiran setiap apa yang dilakukan atau
dirancang mestilah dikelolakan dengan baik agar ianya tidak mengganggu apa
yang telah dirancang. Sebagai contoh, pengelolaan yang diberikan semasa
merancang aktiviti yang melibatkan kakitangan sekolah serta murid-murid yang
berada di sekolah tersebut. Ianya mestilah berjalan dengan lancar dan tidak
memberikan kesan ke atas perancangan yang dijalankan.

Seterusnya, di dalam bidang pengurusan pentadbiran ini juga akan


adanya kepimpinan yang mana sekiranya kita berada di sekolah, ketua
kepimpinan kita adalah guru besar yang mana merupakan salah satu ketua yang
akan dijadikan contoh kepada setiap individu di dalam setiap komponen. Oleh
hal yang demikian, guru besar di sekolah mestilah memainkan peranan yang
penting di dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.
4. PENUTUP

Kesimpulannya, di setiap bidang yang kita akan ceburi, sudah tentu wujudnya
satu bidang pengurusan yang mana berfungsi untuk memastikan setiap apa
yang dirancang di dalam satu organisasi adalah berjalan dengan lancar dan tidak
memberikan kesan selepas perancangan tersebut dijalankan. Oleh hal yang
demikian, wujudnya “post-mortem” atau dipanggil kajian sejurus selepas aktiviti
dijalankan bagi menambah baik segala apa yang telah dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai