Anda di halaman 1dari 4

ASAS DAN KONSEP PROGRAM LATIHAN SUMBER MANUSIADALAM ORGANISASI

Khairunneezam Bin Mohd Noor

Pengenalan

Sebelum ini, program latihan seringkali digambarkan oleh kebanyakan organisasi sebagaisatu aktiviti
yang tidak mendatangkan hasil dan manfaat yang nyata dalam kontekskeuntungan organisasi. Ia
dianggap sebagai suatu bentuk pembaziran sumber masa,wang, dan tenaga kerja yang kononnya boleh
digunakan dan dilaburkan ke arah perkara- perkara yang lain yang lebih mendatangkan faedah. Ada juga
organisasi yangmenganggap latihan sebagai sesuatu yang perlu dilaksanakan sekadar untuk
menghabiskan belanjawan dan peruntukan tahunan oleh pihak atasan. Seolah-olahnya,keberkesanan
latihan itu tidak diukur kepada hasil yang ditunjukkan pekerja selepasmengikuti latihan, tetapi tertakluk
kepada berapa banyak program latihan yang dapatdianjurkan. Natijahnya, kebanyakan organisasi hanya
memperuntukkan belanjawan yangterlalu kecil atau tiada langsung bagi membangunkan program-
program latihan untuk para pekerjanya saban tahun. Namun, mereka ini perlu sedar bahawa pekerja
merupakansatu entiti yang sangat kritikal dalam organisasi, lantaran para pekerjalah yang
menjaditunggak penggerak dan penjana utama operasi dalam sesebuah organisasi. Melalui program
latihanlah, pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai-nilai peribadi seseorang pekerja itu dapat
dipertingkatkan selaras dengan tuntutan perubahan-perubahan yang berlaku dalam ruang lingkup
kerjaya mereka (Hellriegel, Jackson dan Slocum, 1999).Untuk itu, artikel ini akan membincangkan secara
umum tentang asas dan konsep program latihan sumber manusia yang diharap dapat memberi input-
input asas kepadasemua pihak agar memahami peri pentingnya program latihan dalam organisasi.

Definisi Latihan

Menurut Oxford Advanced Learner’s Dictionary (2003), latihan ditakrifkan dalam dua pendefinisian.
Pertamanya, latihan sebagai proses pembelajaran kemahiran-kemahiranyang diperlukan seseorang
untuk melaksanakan tugasnya. Keduanya, latihandidefinisikan sebagai proses persediaan untuk turut
serta dalam satu-satu pertandingansukan dengan membuat persediaan fizikal. Dalam konteks
perbincangan artikel ini, pendefinisian yang pertama akan digunapakai kerana latihan yang dilaksanakan
dalamsesebuah organisasi lebih terfokus kepada proses pembelajaran yang diwujudkan untuk
memantapkan kemahiran-kemahiran individu bagi memudahkan individu tersebutmelaksanakan
tugasnya

Menurut Rozhan (2002), latihan ialah segala usaha yang dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan
kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasnya atau memainkan peranan yang telah ditetapkan
organisasi. Latihan tertumpu kepada usaha menyediakan pekerja secara khusus bagi tugas yang telah
diberikan kepadanya, dan lebih berorientasikan masa kini. Cascio (1995) pula mentakrifkan latihan
sebagai program- program yang direkabentuk untuk meningkatkan prestasi di tahap individu,
kumpulan,dan organisasi. Peningkatan prestasi bermaksud wujudnya perubahan yang boleh diukur
dalam pengetahuan, kemahiran, sikap, dan tingkah laku sosial. Pendefinisian yang agak similar diberikan
oleh M.B. Muda (2003) terhadap latihan iaitu ia terdiri daripada program terancang yang direkabentuk
untuk memperbaiki prestasi individu, kumpulandan organisasi.Mondy, Noe dan Premeaux (2002)
menegaskan bahawa latihan adalah proses seseorang pekerja belajar untuk mendapatkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai atau sikap yangdiperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas dengan efektif pada
masa kini. Mohd Hizamdan Zafir (2002) menyatakan bahawa latihan merupakan prosedur terancang
yang diikutioleh seseorang bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran bagi tujuan
dankepentingan tertentu. Pendefinisian Ibrahim (1997) terhadap latihan dalam organisasi pula adalah, ia
merupakan satu program pembelajaran yang dirancang untuk mengubah

sikap dan memperkayakan pengetahuan dan kemahiran agar prestasi kerja mereka
dapatdipertingkatkan. Latihan juga difahami sebagai proses pembelajaran yang berhubungkaitdengan
tugas yang dilakukan pada masa kini (Ivancevich, 1999).Latihan seperti yang ditakrifkan oleh Robbins
dan Coulter (1999) pula adalah:“

Process of learning a sequence of programmed behaviors and theapplication of knowledge. It gives


people an awareness of the rulesand procedures to guide their behaviors.”

Daripada beberapa definisi tentang latihan yang telah dipetik daripada para sarjana dalam bidang
pengurusan, terutamanya di bidang pengurusan latihan dalam organisasi, kita boleh membuat satu
gagasan pentakrifan yang holistik terhadap konsep latihan sepertimana berikut:

1.Latihan merupakan satu proses pembelajaran yang sistematik dan terancanguntuk para pekerja dalam
sesebuah organisasi;2.Latihan mempunyai prosedur-prosedur pelaksanaan tersendiri yang
bertujuanuntuk mengurangkan jurang prestasi kerja semasa pekerja dengan prestasi kerjayang
diharapkan oleh organisasi;3.Latihan bertujuan mempertingkatkan dan menambah nilai
pengetahuan,memantapkan kemahiran kerja dan mengubah sikap (KSA-

knowledge, skills and attitude)

yang diperlukan oleh pekerja;4.Latihan kebiasaannya berorientasikan keperluan dan kepentingan jangka
pendek atau kesan atau perubahan diharapkan akan berlaku sejurus selepas seseorang pekerja tamat
mengikuti satu-satu program latihan.
Latihan Sebagai Satu Fungsi Pengurusan Sumber Manusia

Program latihan ataupun Pembangunan Individu (

 Individual Development 

) diiktiraf sebagai salah satu domain utama dalam Pengurusan Sumber Manusia oleh organisasi
TheAmerican Society Of Training And Development (ASTD). Ini bermaksud, latihanmerupakan salah satu
aktiviti yang perlu diberikan penekanan sama rata oleh sesebuahorganisasi dalam konteks pengurusan
sumber manusia selain daripada pengurusan aktivitiseperti pembayaran gaji dan upah,
perhubungan industri, pemilihan dan penempatan pekerja, dan lain-lain lagi. Peri pentingnya program
latihan digambarkan melalui KitaranSumber Manusia seperti dalam

Rajah 1

 berikut:

Rajah 1 :

 Kitaran Sumber Manusia

(Sumber: The American Society Of Training And Development)Mengapa ASTD mengiktiraf pembangunan
individu atau latihan itu sebagai salah satufungsi utama yang membentuk kitaran sumber manusia?
Ianya bertepatan dengan apayang dihuraikan oleh Robbins dan Coulter (1999) sebagaimana berikut:

Jadual 1:

Kelebihan dan Kelemahan Latihan Semasa Kerja

KELEBIHANKELEMAHAN

1. Senang dilaksanakan dan murah

2. Pihak pengurusan boleh mengawalsecara langsung kandungan programtersebut

3. Latihan secara teori dan amali dapatdilaksanakan serentak

4. Integrasi antara pekerja dapat dipupuk

5. Pencapaian latihan boleh diukur secaralangsung

1. Masa kerja yang produktif danproduktiviti terpaksa dikorbankan

2. Kos kesilapan mungkin tinggi

z3. Penjanaan idea baru sukar dilakukankerana pengajar merupakan kakitangandalaman organisasi

4. Kemungkinan pekerja yang samamenyertai latihan atau pekerja telahmemahami kandungan latihan
sebelum
berkursus adalah tinggi5. Keberkesanan latihan mungkin minimajika organisasi tidak mempunyai
tenagapengajar yang baik dan berkepakaranuntuk mengendalikan latihan

Jadual 2:

Kelebihan dan Kelemahan Latihan Di Luar Tempat Kerja

KELEBIHANKELEMAHAN

1. Boleh membantu menjana idea-idea baru2. Tumpuan peserta lebih baik jika pihak luar yang
memberikan latihan.3. Para pekerja berpeluang dilatih oleh pakar-pakar yang berkualiti dari luar 4.
Organisasi dapat membentuk jalinanpintar dengan agensi-agensi luar 5. Pekerja tidak berasa tertekan
dengansuasana persekitaran tempat kerjamereka1. Kos yang tinggi2. Kandungan latihan mungkin
berbezadaripada apa yang diharapkan3. Keberkesanan latihan agak rendahkerana sistem yang
diamalkan olehpengendali latihan luar adalah berbezadengan sistem yang menjadi amalanorganisasi4.
Peralatan yang disediakan untuk latihandi luar tempat kerja mungkin tidak selengkap yang dimiliki
organisasi5. Jangka masa kursus tidak dapatdiubahsuai mengikut keselesaan dankemudahan para
pekerja / pelatih

Proses Program Latihan

Latihan sumber manusia adalah satu bentuk pembelajaran formal, berstruktur dansistematik. Tujuan ia
distrukturkan sebegini supaya tiga tahap

Input-Proses-Output

latihan dapat dikawal kualitinya sekaligus memberi impak positif terhadap pembangunanindividu dan
pembangunan organisasi. Proses latihan boleh digambarkan melalui model-model proses latihan yang
banyak digagaskan oleh para sarjana. Model-model inisebenarnya boleh diaplikasikan sebagai panduan
bagi sesebuah organisasi untuk

melaksanakan satu-satu program latihan. Ini adalah kerana model-model ini dibangunkanhasil daripada
kajian dan pengadaptasian daripada program-program latihan yang telahdilaksanakan oleh banyak
organisasi-organisasi multinasional dan organisasi yang ‘

well established’

di seluruh dunia. Antara model-model proses latihan yang telah dibangunkanadalah seperti berikut

Anda mungkin juga menyukai