Anda di halaman 1dari 4

Minggu Praktikum :1

Tarikh : 29. 06. 2021

Tajuk Jurnal : Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR) dalam

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani.

1. Isu Yang Difokuskan :


Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran pada kelas 3 Karisma dan
berikut adalah dapatan saya :-
a. Pandangan ibu bapa terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan pemerhatian saya semasa melakukan perbincangan dengan Guru
Pembimbing saya iaitu Encik Mohd Fauzi Bin Mohmad, beliau menyatakan
kepada saya mengenai tanggapan para ibu bapa terhadap subjek Pendidikan
Jasmani sebagai mata pelajaran elektif dan tidak sepenting mata pelajaran teras.
b. Penyertaan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Saya telah mendapati bahawa kehadiran pelajar pada sesi Pengajaran dan
Pembelajaran Dari Rumah (PDPR) bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani
yang saya jalankan adalah kurang memuaskan dimana kehadiran murid adalah
hanya seramai 11 daripada 23 orang murid yang mengikuti sesi pembelajaran
menerusi google meet.
c. Peralatan yang digunakan ketika sesi PDPR Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan perbincangan saya dan guru pembimbing , ramai murid yang tidak
mempunyai peralatan Pendidikan Jasmani seperti bola, dan raket badminton di
rumah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :


Bagi isu tanggapan ibu bapa terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah
sebagai mata pelajaran yang tidak penting. Ini adalah kerana mata pelajaran ini tidak
termasuk sebagai mata pelajaran teras seperti mata pelajaran Bahasa Melayu,
Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris. Dan bagi mereka, mata pelajaran
Pendidikan Jasmani juga tidak memerlukan pentaksiran. Kesannya, kehadiran murid
untuk kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sepanjang tempoh PDPR adalah
kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan kehadiran semasa sesi PDPR
mata pelajaran teras yang lain.
Selain itu, aktiviti PDPR bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani juga tidak dapat
dijalankan secara berkumpulan seperti biasa kerana kekangan pandemik covid-19.
Kebanyakan ibu bapa mereka juga berada di tempat kerja sewaktu PDPR dijalankan.
Kesannya, sebahagian murid daripada kelas 3 Karisma tidak dapat mengikuti proses
PDPR Pendidikan Jasmani yang saya jalankan dan ini akan menjejaskan
pentaksiran mereka.

Bagi isu ketiadaan peralatan PDPR Pendidikan Jasmani pula, kebanyakannya


berlaku disebabkan oleh keadaan keluarga yang kurang bekemampuan. Selain itu,
ada segelintir ibu bapa yang beranggapan peralatan sukan tidak penting dan tidak
perlu dibeli untuk anak-anak mereka.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :
Menurut Ali Maksum (2008), kekangan yang dihadapi dalam pelaksanaan
pengajaran Pendidikan Jasmani adalah perkara lumrah yang terjadi apabila sesuatu
mata pelajaran tidak diletakkan sebagai mata pelajaran teras. Menurut Mohar
Kassim (2011), Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak dapat
dilaksanakan dengan berkesan disebabkan beberapa faktor kekangan seperti
psikologi murid, sosiologi murid, ibu bapa, persekitaran sekolah dan guru Pendidikan
Jasmani yang mengajar.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :-

i. Menarik minat ibu bapa murid untuk turut sama dengan aktiviti PDPR
Pendidikan Jasmani. Antara inisiatif yang bakal dilaksanakan ialah menarik
penyertaan ibu bapa (terutamanya yang tidak bekerja ataupun BDR untuk
bersama-sama melaksanakan aktiviti pemanasan badan bersama-sama
dengan anak mereka semasa sesi PDPR Pendidikan Jasmani). Aktiviti
pemanasan badan seperti senamrobik berirama dirasakan mampu
mewujudkan minat dalam kalangan penjaga, tambahan pula ianya dilakukan
bersama-sama anak-anak mereka. Kesannya, saya bukan sahaja
berkemungkinan mampu untuk mengubah persepsi ibu bapa terhadap mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dari satu mata pelajaran yang kurang penting
kepada satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, secara tidak
langsung murid akan mendapat pasangan untuk melakukan aktiviti yang
melibatkan kumpulan.
ii. Menggantikan aktiviti permainan kecil secara berkumpulan kepada
permainan kecil secara individu (Individual Teaching Games for
Understanding (TGfU)) sebagai penyelesaian masalah aktiviti berkumpulan
dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan menggunakan dinding dan
lantai sebagai alat membantu dan pasangan murid-murid ini untuk melakukan
aktiviti PDPR Pendidikan Jasmani. Guru pembimbing saya menyatakan
bahawa dinding amat sesuai untuk memantapkan kemahiran terutamanya
yang melibatkan bola. Bak kata beliau “Dinding rakan yang paling jujur. Kalau
kita baling tak kuat, bola tak akan sampai semula kepada kita. Dinding akan
beritahu kita yang kita baling tak kuat”
iii. Menggunakan peralatan yang mudah diperolehi di rumah atau mereka cipta
peralatan dengan benda yang senang diperolehi di rumah. Contoh peralatan
yang boleh direkacipta ialah pemukul bola daripada surat khabar dan bola
kertas. Namun begitu, dalam menghasilkan peralatan yang sesuai, aspek
keselamatan mesti diberikan penekanan utama. Selain itu, saya juga boleh
bertindak membelikan peralatan yang bakal digunakan dalam PDPR yang
bakal saya laksanakan untuk murid-murid. Menurut guru pembimbing saya,
sepanjang tempoh PDPR dilaksanakan, saya hanya perlu meletakkan
barangan yang ingin disampaikan kepada murid saya di pondok pegawai
keselamatan sekolah dan ibu bapa akan mengambilnya di situ.
Memandangkan sekolah terletak di kawasan kampung dan rumah murid
terletak berdekatan dengan sekolah, maka biasanya tiada masalah untuk ibu
bapa mendapatkan barangan untuk PDPR anak-anak mereka

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 Minggu

6. Tindakan Susulan :
Saya mengadakan sesi perbincangan dengan keluarga murid dan juga bersama
guru pembimbing (mengadakan sesi dialog ringkas) mengenai rumusan
pembelajaran pada hari tersebut dan meminta penyertaan sepenuhnya dari para ibu
bapa untuk membolehkan anak mereka dalam melakukan aktiviti berkumpulan bagi
mata pelajaran Pendidikan Jasmani
7. Tarikh dan Tindakan Susulan Dilaksanakan :
06. 06. 2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian
yang telah saya kenal pasti memberikan impak yang positif. Ini dapat dilihat
menerusi bilangan status kehadiran murid yang menyertai sesi PDPR dalam talian
Pendidikan Jasmani menerusi aplikasi Google Meet seramai 70% daripada
keseluruhan murid 3 Karisma.

9. Kesimpulan :
Saya berpuas hati dengan semangat yang ditunjukkan oleh murid-murid 3 Karisma
dan juga ibu bapa yang telah mengubah stigma mereka dimana Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan bukan mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Saya
berpandangan bahawa penglibatan para ibu bapa dalam setiap kelas Pendidikan
Jasmani anak mereka di rumah bukan sahaja mampu memberikan kesihatan yang
baik tetapi dapat menjalinkan hubungan kasih sayang antara ibu bapa, guru dan
murid-murid yang menjalani PDPR secara atas talian.

Rujukan :
Ali Maksum. (2008). Kualitas guru Pendidikan Jasmani di sekolah: Antara harapan
dankenyataan.Fakultas Ilmu Keolahragaan: Universitas Negeri Surabaya.
Mohar Kassim. (2011). Pendidikan Jasmani perlu suntikan baru. Arkib: 27 Jun
2011:Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Anda mungkin juga menyukai