Anda di halaman 1dari 3

7.

0 REFLEKSI

7.1 Aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan selama lima hari saya
melaksanakan amalan PBS di SK Seri Bukit Panjang. Aktiviti tersebut
dijalankan adalah berdasarkan kepada soalan-soalan yang diberikan
berdasarkan tema “Murid dan Alam Belajar”. Berikut merupakan soalan-
soalan yang diberikan bagi memenuhi skop tugasan PBS Fasa 1 kali ini :

a. Lukiskan pelan susun atur bilik darjah dan huraikan


kesesuaiannya mengikut kaedah PdP semasa.

JADUAL WAKTU & JADUAL


CARTA ORGANISASI PAPAN PINTAR BERTUGAS

PINTU
HADAPAN

MEJA GURU

PINTU
BELAKANG

SUDUT
BACAAN
SUDUT MATA PELAJARAN PAPAN KENYATAAN

RAJAH 1.0 : SUSUNAN KELAS ABAD KE-21


Rajah 1.0 tersebut menunjukkan keadaan susunan kelas mengikut
pembelajaran abad ke 21. Pembelajaran abad ke-21 lebih memfokuskan
keadaan belajar secara berkumpulan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
pembelajaran secara berkumpulan melibatkan kemahiran komunikasi antara
murid. Ini akan meningkatkan keupayaan individu untuk lebih yakin sewaktu
melontarkan pandangan. Sebagai contohnya, di dalam rajah 1.0, meja murid
diletakkan secara berkelompok. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan
para murid untuk belajar di dalam kumpulan di mana di dalam satu kumpulan
juga terdapat gabungan murid yang lemah dan murid yang bijak. Murid yang
bijak akan membantu murid yang lemah untuk memahami topik yang
dipelajari selain guru bertindak sebagai fasilitator.

Pembelajaran abad ke-21 juga menerapkan penggunaan elemen


Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana,
seiring dengan arus pemodenisasi yang menggunakan teknologi moden di
dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, murid-murid dapat
didedahkan dengan kemahiran asas TMK seperti Microsoft Office Words,
Excell, Powerpoint dan sebagainya. Secara tidak langsung, aplikasi TMK ini
juga dapat mengurangkan kadar buta IT dalam masyarakat generasi muda
kini. Justeru, penggunaan papan pintar atau dikenali sebagai smart board
sebagai bukti pengaplikasian TMK di dalam PdP yang dalam pada masa
sama menarik minat murid untuk meneroka alam belajar dengan lebih
seronok.

Seterusnya ialah bahagian sudut bacaan, carta organisasi, jadual


bertugas, dan sudut mata pelajaran juga merupakan salah satu elemen
penting di dalam penyusunan kelas abad ke-21. Sudut bacaan merupakan
tempat dimana murid-murid boleh melakukan aktiviti membaca atau
pembelajaran kendiri (Independent Self Learning) di luar waktu PdP ataupun
sekiranya guru tidak masuk ke dalam kelas. Oleh itu, sesi pembelajaran
masih berjalan walaupun tiada guru di dalam kelas. Carta organisasi pula
merupakan satu aspek penting dalam setiap organisasi. Pelantikan
jawatankuasa kelas perlulah direkodkan dan dipaparkan untuk pengetahuan
guru yang masuk ke kelas tersebut. Jadual bertugas pula merupakan satu
rutin yang perlu dilaksanakan oleh murid-murid setiap kali sebelum proses
PdP bermula. Ini adalah bagi memastikan keadaan kelas sentiasa bersih don
kondusif untuk sesi pembelajaran. Manakala sudut mata pelajaran pula
merupakan satu bahagian info penting bagi setiap mata pelajaran yang
ditampal dan dikemas kini untuk tujuan pembacaan warga kelas.

b. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh


murid.
Antara badan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid
adalah seperti yang berikut :
i. Papan Kenyataan
ii. Sudut Bacaan
iii. Papan Pintar
iv. Sudut Mata pelajaran

c. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber


pembelajaran berasaskan TMK?
Tidak, kerana kemudahan TMK seperti computer dan
sebagainya sangat terhad dan jaringan internet pula tidak mencukupi.

d. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif


dalam setiap aktiviti pembelajaran?
Sewaktu melakukan tinjauan di kelas, saya lihat guru-guru
membahagikan murid-murid ke dalam kumpulan untuk melakukan
aktiviti. Dari situ, saya dapat melihat murid-murid berkomunikasi
sesame rakan mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu, saya juga dapat melihat adanya komunikasi dua hala di
mana guru-guru memberi peluang kepada murid-murid untuk
melontarkan pandangan terhadap topik yang dibincangkan.

Anda mungkin juga menyukai