Anda di halaman 1dari 18

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN:

PENDIDIKAN JASMANI


1.1 Pengenalan

Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama
atau silih berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori
pengajaran itu cuba dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk menentukan
kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi
pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Teknik adalah peringkat
pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran.

1.2 Kurikulum Pendidikan Jasmani

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif. Objektif kurikulum ini ialah;
1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.
2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri.
3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri.
6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Aspek penting pengajaran Pendidikan Jasmani ialah;
1. Penglibatan murid secara aktif dan selamat.
2. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.
3. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pemelajaran
telah berlaku.

Tiga tunjang utama kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani ialah;
1. Kecergasan
2. Kemahiran
3. Kesukanan


1.3 Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani

Dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani, guru merancang apa yang
hendak diajar dan bagaimana hendak diajar. Kaedah yang berkesan dapat
membantu pelajar mencapai kemahiran, perubahan sikap yang positif,
mendalami serta meluaskan kefahaman tentang diri sendiri dan orang lain, serta
dapat mempraktikkan dalam kehidupan sebenar.

Terdapat beberapa Pendekatan yang digunakan untuk mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Secara umum terdapat tiga Pendekatan yang disarankan
iaitu :
1. Pendekatan Tradisi
2. Pendekatan Penyelesaian Masalah
3. Pendekatan Gabungan

1.3.1 Pendekatan Tradisi.

Dalam Pendekatan Tradisi, persediaan yang diperlukan ialah;

Guru menentukan dahulu kemahiran.
Guru memberi penerangan dan tunjuk cara
kemahiran (boleh minta pelajar yang mahir membuat tunjuk cara).
Murid akan melakukan kemahiran . (Secara kelas, kumpulan atau
individu).
Guru menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang
dilakukan. Murid melakukan berulang-ulang sehingga menguasainya.

Untuk melaksanakan pengajaran, kaedah yang disarankan ialah Kaedah Kuliah
dan Kaedah Kuliah Demontrasi.

Kaedah Kuliah
Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan
praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua
bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh
diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi
motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru.
Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan
rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika
bergabung dengan teknik lain.


Kaedah Kuliah-Demonstrasi
Pendekatan ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan
Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar.
Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia
menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk
menggambarkan penerangan lisan.



1.3.2 Pendekatan Selesai Masalah

Dalam Pendekatan Selesai Masalah, persediaan yang diperlukan ialah;
Guru menentukan dahulu kemahiran.
Guru memberi penerangan dan tunjuk cara kemahiran (boleh minta
pelajar yang mahir membuat tunjuk cara).
Murid akan melakukan kemahiran . (Secara kelas, kumpulan atau
individu).
Guru menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang
dilakukan.
Murid melakukan berulang-ulang sehingga menguasainya.

Untuk melaksanakan pengajaran, kaedah pengajaran yang disarankan ialah
Kaedah Penemuan dan Kaedah Perbincangan.




Kaedah Penemuan
Menurut Donald C. Orlich ( 1980 ), kaedah ini merupakan satu kaedah yang
bertujuan untuk member peluang kepada pelajar supaya mereka menjadi lebih
produktif dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang
masalah yang berkaitan. Kaedah ini adalah sesuai terutamanya kepada pelajar-
pelajar di peringkat menengah. Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar diberikan satu
atau beberapa masalah. Kemudian mereka diberi peluang dan kebebasan untuk
menyelesaikan masalah tersebut.


Kaedah Dapatan
Ciri-ciri kaedah ini tidaklah berbeza sangat dengan ciri-ciri kaedah
menyelesaikan masalah. Kaedah ini mencabar pelajar supaya mencari jawapan
berdasarkan maklumat yang diberi oleh guru. Guru memberikan maklumat yang
kurang lengkap menganai sesuatu masalah dan pelajar diminta melengkapkan
atau mencari jawapan bagi tugasan yang dikemukakan oleh guru. Peranan guru
dalam kaedah ini ialah untuk member panduan dan bantuan kepada pelajar
ketika mereka mencuba mendapatkan jawapan. Guru perlu berbincang dan
mendorong pelajar supaya berusaha mendapatkan penyelesaian. Kaedah
dapatan ini sangat sesuai bagi mengajar mata pelajaran yang memerlukan
pelajar membuat penyelesaian contohnya mata pelajaran Sejarah. cabaran
yang diberi kepada pelajar menjadikan kaedah ini lebih menarik dan berkesan.


Kaedah Perbincangan
Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan
pelajarnya di dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat
mengenai sesuatu topic yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti
perbincangan diadakan di dalam kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan
secarakelas kumpulan kumpulan kecil, perbahasan, forum dan
sebagainya.kaedah ini menggalakkan pelajar member pendapat dengan cara
sistematik. Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat dilatih mengeluarkan pendapat
yang bernas dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh orang lain.
Selain itu juga, pelajar dapat didisiplinkan supaya mendengar dan menghormati
pendapar rakan-rakan yang lain walaupun tidak sealiran dengan pendapat
sendiri. Kaedah yang menarik terutamanya dari segi penyertaan atau
penglibatan pelajar. Kaedah ini terbahagi kepada dua jenis iaiti perbincangan
formal dan perbincangan tidak formal.


1.3.3 Pendekatan Gabungan
Pendekatan Gabungan adalah penyatukan kebaikan dari kedua-dua kaedah
Tradisi dan Kaedah Selesai Masalah. Penggunaan kaedah ini dapat;

Memberi kelonggaran kepada guru memilih kaedah yang sesuai
dengan situasi tertentu.
Memberi peluang kepada pelajar menggunakan bakat dan kebolehan
sendiri.
Menggalakkan murid berfikir dan menggunakan proses pemikiran
secara lojik dalam menyelesaikan masalah.
Sekiranya murid bingung untuk menyelesaikan masalah, kaedah terus
atau tradisi diteruskan


1.4 Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani

Teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani
haruslah selaras dengan pendekatan dan kaedah yang digunakan.Terdapat
beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Teknik yang dipraktikan mestilah
membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya
yang dikemukakan. Teknik pengajaran dapat dibahagikan kepada 3 kategori
yang utama iaitu :

1. Pengajaran Langsung
2. Pengajaran Tidak Langsung
3. Pengajaran Gabungan


1.4.1 Pengajaran Langsung

Teknik ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau
kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu
aktiviti itu bermula. Teknik ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku
(Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke
dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue,
1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan
dengan cara yang betul. Teknik-teknik pengajaran yang digunakan ialah;


Teknik Tunjuk Cara
Ciri-ciri teknik ini ialah;
Pembelajaran melalui pemerhatian dan pendengaran.
Pelajar cuba membuat dan meniru pergerakan yang dilihat walaupun
berlaku kesilapan.
Guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baik yang mungkin untuk
dicontohi oleh pelajar.
Gantikan dengan pelajar yang berkebolehan sebagai ganti.
Gunakan gambar, slaid, filem dan lain-laian sebagai membantu
penerangan.


Teknik Arahan
Dalam gaya ini, guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia
dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan
gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh
Gallahue( 1995). Ciri-ciri teknik ini ialah;
Kemahiran yang boleh dipelbagai.
Guru menimbulkan suasana yang sesuai dan murid tidak ragu untuk
mencuba.
Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.
Bagi memgalakkan murid mencuba secara sendiri dan lebih kreatif.
Bandingkan dengan pergerakan kemahiran tertentu (permainan atau
acara tertentu).

Kelebihan penggunaan teknik ini ialah;

1. Teknik yang berkesan.
2. Berfokus kepada yang ingin dipelajari.
3. Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi.
4. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur.

Kelemahan teknik ini ialah;

1. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap
pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama
(kesesuai umur kumpulan).
2. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran
daripada proses pembelajaran itu.


1.4.2 Pengajaran Tidak Langsung
Teknik ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran
adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul.
Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan
penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan
pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses
pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.
Teknik pengajaran yang digunakan ialah;

Teknik Bimbingan Individu
Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia
memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan
menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh
guru. Ciri-ciri teknik ini ialah;KNIK BIMBINGAN INDIVIDU
Memerrhati setiap murid untuk mengetahui masalah pembelajaran.
Gunakan beberapa pendekatan untuk membantu murid mencapai
matlamatnya dan matlamat guru.
Gunakan banyak gerak kerja yang berbentuk penyelidikan dan selesaikan
masalah yang timbul dalam program yang dirancang.
Beri peluang untuk melakukan pergerakan dari yang mudah kepada
susah dan kompleks.
Kenalpasti secara cepat bagi menentukan pelajar yang mampu
menguasai kemahiran dalam masa singkat dan memerlukan masa yang
lebih lama.

Kelebihan kelebihan
1. Membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai
peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
3. Memupuk pembangunan arah kendiri

Teknik Mengesan
Ada pelajar yang mengalami masalah dalam mencapai kemahiran. Disebabkan
oleh tekanan emosi, masalah koordinasi, bentuk badan dan fizikal. Guru
hendaklah tahu mengesan masalah tersebut. Kemahiran ini dapat dikuasai jika
guru:
Boleh melakukan kemahiran dengan betul.
Mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan.









KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik
merupakan cara
yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.
Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran
Pendidikan Jasmani.
Antara kaedah yang disarankan ialah :
1. Kaedah Kuliah
2. Kaedah Perbincangan
3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi
4. Kaedah Latihan
5. Kaedah Penemuan
6. Kaedah Projek
7. Kaedah Persembahan Lisan
8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.
Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran
Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu
kedah kuliah dan
keadah kuliah-demonstrasi.
KAEDAH KULIAH
Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan
praktikal. Ia lazim
digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan
praktikal. Penilaian
dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu
kuliah perlu
digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat
berkenaan dengan
matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia
dirancang dengan
rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika
bergabung dengan
teknik lain.
Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani :
1. Pengenalan
Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
Cuba membangkitkan minat
Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk
pelajar di
barisan belakang.
1. Persembahan
Kuat tetapi nada mesra
Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
Huraikan istilah yang digunakan
Bercakap dengan semua pelajar
Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi
dan lain-lain
Ulang butiran penting
Guna lawak jenaka
Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin
1. Penutup
Mengulangi point-point utama
Menggalakkan perbincangan
Meneguhkan point yang lemah
KAEDAH KULIAH DEMONSTRASI
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan
Jasmani.
Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah
ini melibatkan
demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah
ini. Biasanya
demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.
Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam
pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani :
1. Pendahuluan
Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk,
melutu dan
berdiri
Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini
1. Demonstrasi
Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar
Ikut cara dan prosedur yang piawai
Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
1. Demonstrasi dan pengajaran
Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika
ia tidak
diberitahu.
Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.
Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
1. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting
Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
Beri butiran penting
1. Penutup
Ulang butiran penting
Menggalakkan perbincangan
Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran
KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN
Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk
menjalan pengajaran
dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah
membawa satu
objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan.
Gaya atau
kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :
1. Kaedah/Gaya Langsung
2. Kaedah/Gaya Gabungan
3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung
GAYA LANGSUNG GAYA GABUNGAN GAYA TIDAK LANGSUNG
Gaya Arahan
Gaya Tugasan
Limitasi
Penemuan
Terbimbing
Penyelesian masalah
latihan
Bertindak balas
Semak kendiri
Penerimaan beramai
Penerokaan
GAYA LANGSUNG
Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau
kebanyakan daripada
keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini
berdasarkan
Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa
pembelajaran itu
berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang
betul
(Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan
dilakukan
dengan cara yang betul.
KELEBIHAN KELEMAHAN
1. Kaedah yang berkesan
2. Berfokus kepada yang ingin
dipelajari
1. Tidak ambil kira perbezaan individu
(kesesuai perkembangan), anggap
pelajar mencapai tahap
3. Tidak banyak peluang untuk salah
faham dan salah interpretasi
4. Persekitaran pembelajaran yang
berstruktur
pembelajaran dan kemajuan yang
sama (kesesuai umur kumpulan)
2. Lebih mementingkan matlamat atau
hasil pengalaman pembelajaran
daripada proses pembelajaran itu.
GAYA TIDAK LANGSUNG
Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran
adalah lebih daripada
mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga
melalui percubaan,
penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran
Kognitif yang
mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke
luar dan proses
pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.
KELEBIHAN KELEMAHAN
1. Membolehkan pelajar menetapkan
matlamat dengan cara mencapainya
2. Memberi kebebasan kepada pelajar
dan memberi peluang kepada
mereka untuk bertanggungjawab
3. Mengambil kira perbezaan
dikalangan pelajar
4. Memberi peluang kepada pelajar
merasai kejayaan pada tahap
kebolehan sendiri.
1. Memakan masa yang panjang.
Lebih masa untuk cuba-jaya,
bersoal-jawab.
2. Memerlukan guru-guru untuk
berlatih dan bersabar. Guru yang
tidak biasa dengan gaya inisentiasa
menghadapi masalah untuk
menggunakannya secara berkesan.
3. Sukar untuk mengawal kelas
4. Sukar untuk memastikan
kesinambungan dalam pelajaran
GAYA ARAHAN
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia
dilakukan serta
MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini
mungkin
menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-langkah
yang terlibat
adalah seperti berikut :
GURU PELAJAR
1. Mengawal penuh pengajaran
1. Memilih aktiviti
2. Menentukan bagaimana dan bila
3. Mengawal tingkah laku
4. Menilai keputusan
1. Menjimatkan masa untuk
membuat percubaa
2. Individu mendapat kurang
perhatian
Ciri ciri gaya arahan
1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang
kemahran yang akan
dipelajari oleh pelajar .
2. Pelajar berlatih.
3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
4. Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut.
5. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan
bantuan
secara individu atau atau berkumpulan.
6. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta
menilai
perlakuan
Penemuan Terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia
memberi
pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif
tetapi perlakuan
dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh Cari dua cara
untuk
mengimbangkan badan dengan tiga titik
Kelebihan kelebihan
1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai
peluang belajar
mengikut tahapnya sendiri.
3. Memupuk pembangunan arah kendiri
Penyelesaian Masalah
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang
panjang,memahami
masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.Di dalam kelas pendidikan
jasmani,selepas
guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut
langkah-angkah
berikut :
1. Menganalisi dana memahami masalah
2. Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
3. Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat maklumat
4. Membentukkan jawapan yang mungkin
5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif
6. Pilih penyelesaian paling sesuai.
7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.
Kelebihan-kelebihan
1. Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.
2. Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi
3. Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.
Kelemahan kelemahan
1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat guru.
2. Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan
berkesan.Pelajar
yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak
akan
dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.
Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada :
1. Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman
pembelajaran.
2. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose
penyelesaian itu.
Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih
bergantung
kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.

Anda mungkin juga menyukai