Anda di halaman 1dari 24

TAJUK: PERANCANGAN KORPUS BAHASA

Definisi
Perubahan dalam bahasa itu sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi, pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan penggunaannya termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus dan kesusasteraan.

Asmah Haji Omar (1985)

Perancangan korpus bahasa tidak lain daripada pembinaan bahasa kerana perancangan bahasa ini meliputi penciptaan istilah-istilah baharu, perubahan-perubahan yang dilakukan dalam sistem ejaan dan morfologi, pengambilalihan sistem tulisan baharu, dan sebagainya.
Usaha perancangan korpus bahasa termasuklah aktiviti pengayaan kosa kata umum dan ilmu melalui pembentukan istilah baharu, penyusunan kamus pelbagai jenis, penyempurnaan sistem ejaan Rumi dan Jawi, sebutan baku, penyelidikan dan pendokumentasian korpus bahasa pada peingkat nasional dan dalam pelbagai sektor kehidupan masyarakat.

Ismail Dahaman (2007)

Ferguson (1968)

Terdapat tiga komponen penting iaitu pengabjadan, pemodenan dan pembakuan apabila bahasa vernakular dirancang untuk membentuk bahasa baku.

Ronald Wardhaugh (1998)

Perancangan korpus bahasa termasuk pembinaan ortografi, sumber-sumber baharu kosa kata, kamus, kesusasteraan dan penggunaan bahasa.

Dirumuskan bahawa
Perancangan korpus bahasa melibatkan unsurunsur seperti pemilihan dan perancangan aksara, penyusunan ejaan, pemantapan tatabahasa, penggubalan istilah, penyeragaman sebutan baku, pembakuan kosa kata dan penyusunan kamus, pembakuan ungkapan, penyelarasan laras bahasa, penyelarasan wacana bahasa, penulisan hasil karya kesusasteraan, dan pengajaran bahasa pertama dan bahasa kedua.

1. Peristilahan Dalam Kerangka Perancangan Bahasa Melayu

Asmah Haji Omar (2000) menyifatkan istilah Bahasa Melayu merupakan pengisi kepustakaan ilmu abad ke-21.
Antia (2000) mengatakan bahawa perancangan bahasa berorientasikan pengurusan peristilahan amat penting kerana peristilahan dan Bahasa Untuk Tujuan Khusus (BUTK) sebagai komuniti akademik mempunyai kontak yang agak terhad.

Peranan Peristilahan
Sebagai label (linguistik dan bukan linguistik) dalam bidang khusus, peristilahan mempunyai peranan sebagai pemeroleh, penyimpan, pencipta, penghubung, perwakilan, pemindah ilmu dalam bidang khusus.

Peristilahan sebagai bidang ilmu menamakan


konsep menghasilkan istilah baharu menyimpan dan menyebarkan istilah melancarkan komunikasi dalam bidang khusus selalunya dikaitkan dengan perancangan bahasa.

Komuniti peristilahan lebih banyak menumpukan kepada subjek bidang khusus yang mengkaji ilmu tentang unit, struktur, representasi, evolusi dan pemerolehan pengetahuan. Komuniti perancangan bahasa pula melihat:
evolusi ini berterusan dalam masyarakat dan pilihan bahasa oleh pakar bidang sudah beralih daripada Bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Walaupun terdapat rungutan tentang ketidakupayaan Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu namun usaha badan perancang bahasa di Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan akta yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, perlu dianggap penting.

Peristilahan
Membantu pengguna bahasa memberikan makna kepada bentuk istilah tertentu. Kelahiran glosari istilah atau kamus istilah merupakan usaha mengorganisasikan pengurusan peristilahan secara tersusun. Membantu penilaian istilah yang dihasilkan. Penyelesaian kepada masalah ketaksaan dalam komunikasi. Proses kemas kini yang dinamik dalam peristilahan. (Pemiawaian lima tahun sekali) Memerlukan bank data peristilahan yang sentiasa dikemas kini dan dihubungkan dengan semua badan peristilahan di dunia. Penyebaran dijanakan dengan adanya teknologi dan perisian terkini.

Pada peringkat awal perkembangan peristilahan, terdapat kelemahan dari segi kepakaran dan kemudahan bagi menggerakkan kegiatan peristilahan. Sepanjang tahun 1959-1975, terdapat tiga pedoman pembentukan istilah yang telah dihasilkan:

Pedoman Membentuk Istilah Baharu (1961) Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP (1971) Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya (1971).

Usaha yang dijalankan oleh DBP


Penubuhan jawatankuasa istilah - menghasilkan istilah dalam bidang pentadbiran dan urusan kerajaan yang meliputi nama kementerian, jabatan, pejabat, pangkat, jawatan, nama surat, dan borang. Kegiatan peristilahan semakin pesat apabila pada tahun 1983, semua institusi pengajian tinggi menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Peristilahan semakin penting apabila kegiatan penterjemahan bidang sains juga semakin berkembang.

Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPI)


Menjadi penanda bermulanya zaman pembentukan istilah selepas 1975. Diisytiharkan pemakaiannya oleh Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia serentak mulai 30 Ogos 1975. Kaedah-kaedah dalam pedoman ini dapat digunakan sebagai panduan untuk membentuk istilah dalam apa juga bidang ilmu Digunakan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI) di dalam DBP dan juga di luar DBP. Disemak semula pada tahun 1992. Hasilnya, Pedoman ini menerima tambahan sebagai pelengkap dan ketentuan pembentukan istilah sahaja.

2. Perkamusan Dalam Kerangka Perancangan Bahasa Melayu

Kosa kata yang terkumpul merupakan rakaman penggunaan bahasa yang digunakan pada ketika bahasa tersebut dirakamkan. Mempunyai sejarah yang panjang. Kamus Melayu paling awal Kamus MelayuCina (terdiri daripada 482 entri yg dkumpul antara 1403M 1511M)

Tahun 1521
Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata Orang Islam.

Tahun 1623
Muncul kamus Melayu yang lebih baik. Kamus Belanda-Melayu yang berjudul Vacabularian ofte Woord-boek naer ordre vanden Alphabet int DuytschMaleysch ende Maleysch-Duytsch. Kamus ini disusun oleh Casper Wiltens dan Sebastianus Dankaerts.

Sejak Tahun 1950


Dua kamus yang dihasilkan, iaitu
- Kamus Am Bahasa Melayu (Kamus Modern Bahasa Indonesia, 1954 ) - Kamus Melayu (Kamus Umum, 1952).

Selepas tahun 1950, muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-institusi formal yang berusaha menyusun kamus:
- Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Bahasa Indonesia.

3. Sistem Ejaan Dalam Kerangka Perancangan Bahasa Melayu

Sistem Ejaan Rumi dalam Bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan.
1812

Sistem Ejaan Marsden Sistem Ejaan Ophuisjen Sistem Ejaan Wilkinson

1901

1902

Selepas 1904

Sistem Ejaan Zaba

1943

Sistem Ejaan Fajar Asia Sistem Ejaan Suwandi Sistem Ejaan Kongres Sistem Ejaan Malindo

1947

1956/ 1957
Selepas
1959

1967

Sistem Ejaan (Rumi)

Kesimpulan
Perancangan Bahasa Melayu perlu mempunyai iltizam yang tinggi dan pelaksanaannya juga dilakukan dengan rasa keyakinan bagi meletakkan tarafnya sebagai salah satu bahasa ilmu di dunia ini.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai