Anda di halaman 1dari 3

Sejarah dan Latar Belakang Aplikasi Tiktok

Tiktok merupakan perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian China yang dimiliki oleh

Lisya. Medium ini juga telah diasaskan pada tahun 2012 oleh Mr Pab yang berpangkalan di

Indonesia. Aplikasi ini juga telah dilancarkan pada tahun 2017 untuk kegunaan ios dan

Android di pasaran luar China. ByteDance telah melancarkan Douyin untuk pasaran China

pada September 2016 dan seterusnya telah melancarkan aplikasi Tiktok. Aplikasi Tiktok dan

Douyin sebenarnya mempunyai fungsi yang sama antara satu sama lain, tetapi mereka

menjalankan pelayan berasingan bagi mematuhi sekatan penapisan China.

Fungsi Aplikasi Tiktok

Fungsi tiktok adalah dapat digunakan untuk membuat tarian pendek, lipsync, komedi, video

bakat, penjualan produk dan sebagainya. Aplikasi ini membantu pengguna untuk membuat

video muzik pendek dan lipsync 3 hingga 15 saat dan video gelung pendek 3 hingga 60 saat.

Aplikasi ini juga sangat popular di Asia, Amerika Syarikat dan negara yang lain. Pada

Oktober 2018, Tiktok merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Amerika

Syarikat. Sehingga tahun 2018, aplikasi China ini yang pertama telah didapati lebih daripada

150 pasaran dan terdapat 75 bahasa yang boleh digunakan. Pada tahun 2019, Tiktok telah

diisytiharkan sebagai aplikasi mudah alih ketujuh yang paling banyak dimuat turun pada

dekad 2010-an iaitu dari tahun 2010 hingga 2019.

Penggunaan Tiktok sebagai medium penyampaian sastera


Aplikasi tiktok dapat digunakan untuk perkongsian karya-karya sastera elektronik dalam

bentuk gambar mahupun video pendek. Sebagai contoh, terdapat ramai penulis yang terkenal

di platform ini seperti penulis yang bernama Mustaqim Jiwa dengan menggunakan nama

pengguna @mustaqim.jiwa di aplikasi Tiktok. Nama pena beliau adalah Jiwa. Jiwa telah

menghasilkan beberapa buah buku puisi yang diterbitkan di bawah Nukilan Biruni Trading
dan telah dijual melalui aplikasi Tiktok dan platform lain seperti di ‘shopee’. Buku-buku yang

dihasilkan adalah bertemakan galau dan ‘healing’ yang bertajuk 'Memasang Sayap Yang

Patah' dan 'Teruntuk Langit Yang Bercanda'. Selain daripada buku, Jiwa turut menggunakan

aplikasi Tiktok sebagai tempat untuk meluahkan penulisannya. Penulisannya di Tiktok juga

berbentuk galau dan ia dihantar dalam bentuk video pendek yang menggunakan latar

belakang lagu sedih untuk mendapatkan emosi sedih atau galau daripada penonton atau

pengguna Tiktok. Video pendek yang dihasilkan juga akan dilakukan setiap. Antara contoh

penulisan Jiwa adalah “Tak salah jadi orang baik. Tapi kadang jadi baik, pun perlu tahu

batasnya”. Jiwa juga berkomunikasi dengan pembaca melalui 'story' di Tiktok atau membalas

setiap komen pengguna Tiktok yang komen di videonya di mana pembaca boleh menanyakan

soalan dan meminta motivasi daripada Jiwa sendiri. Antara contoh penulisan puisi yang

ditulis oleh Jiwa adalah “berharap kepada menusia adalah mencipta air mata baru yang paling

disengajakan” yang ditulis dalam salah satu bukunya iaitu buku ‘Teruntuk Langit Yang

Bercanda’.

Antara penulis lain yang terkenal di Tiktok ialah Iddin Ramli. Beliau menggunakan nama

pengguna @iddinramli di aplikasi Tiktok. Beliau telah menghasilkan penulisan-penulisan

yang bertemakan motivasi diri dan ketenangan diri. Beliau telah Berjaya menghasilkan tiga

buah buku puisi yang bertajuk ‘Patah Sayap Sebelum Sembuh’, ‘Noktah Yang Memujuk’ dan

‘Berakhirnya Mendung Kelabu’. Beliau juga menggunakan aplikasi Tiktok untuk

mempromosikan bukunya dan sebagai tempat untuk meluahkan penulisannya. Beliau

menggunakan video pendek dan latar belakang lagu sedih dalam videonya untuk

mendapatkan emosi sedih dan ketenangan diri daripada pengguna Tiktok. Video beliau juga

akan dihasilkan setiap hari. Pengguna Tiktok boleh memberi komen di ruangan komen

videonya untuk bertanyakan sesuatu mengenai penulisannya. Antara contoh penulisan puisi

yang ditulis oleh Iddin adalah “adakalanya kita perlu terluka untuk lebih menjaga. Kita perlu
banyak tersungkur untuk lebih bersyukur” yang ditulis dalam salah satu bukunya iaitu buku

‘Patah Sayap Sebelum Sembuh’.

Kesimpulannya, dengan penggunaan aplikasi Tiktok dapat menarik minat pembaca terhadap

karya sastera elektronik. Hal ini demikian kerana, karya ini mudah untuk diakses melalui

mana-mana media sosial dan mudah untuk dibaca dimana-mana sahaja. Selain itu, aplikasi ini

juga mudah untuk berkomunikasi antara penulis dengan pengguna. Hal ini demikian kerana,

masyarakat kini lebih gemar untuk melayari media sosial pada masa kini terutamanya

golongan muda.

Anda mungkin juga menyukai