Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan Seni Barat

Seni visual berbentuk catan bermula pada zaman Yunani dengan menggunkan media
fresco atau mozek. Sesuatu catan itu memaparkan peristiwa yang berkaitan dengan adat
istiadat dan agama. Para pelukis dalam Yunani ini terdiri daripada Polygnotos,
Protogenes, Zeuxis dan Appelles. Zaman Yunani purba ini yang juga dikenali sebagai
‘Greek’ melahirkan tokoh-tokoh falsafah agung seperti Socrates, Plato dan Aristotle.
Zaman ini merupakan zaman di mana penyampaian keilmuan dan kesenian dipandang
sebagai tertinggi.

Menurut Socrates,

‘Keindahan dan kemerduan yang terdapat dalam karya seni hanya dapat diwujudkan
apabila penyair (pelukis) itu lagi bernaung di bawah akal budi yang rasional’

Seni itu menurut Socrates ialah kecantikan dan keadilan. Seni adalah luahan idea dan
perasaan. Seni menjelma hasil daripada penjanaan fikiran kreatif untuk mencipta sesuatu
yang lebih cantik, indah dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.

Ini diikuti dengan perkembangan awal Seni Kristian dan seni Byzantin. Seni
Kristian awal dan seni bina merupakan seni yang dihasilkan oleh orang-orang Kristian di
bawah pemantauan gereja. Ini berlaku sekitar tahun 100 hingga 500 TM. Manakala
sekitar tahun 500 TM, seni Kristian mula menunjukkan gaya seni Byzantin di mana
banyak membawa mesej keagamaan dan amat terpengaruh dengan gaya Seni Rome.
Gaya Seni Rome ini merupakan kesinambungan kepada seni Kristian dan seni Byzantin.
Kemuncak seni ini di mana mereka menganggap Maharaja Constantine di
Constantinople yang beragama Kristian Orthodok sebagai tuhan di bumi. Seni visual
yang amat menonjol pada zaman ini ialah seni mozek yang dihasilkan dalam konteks
agama Kristian di Gereja.

Kejatuhan Kerajaan Constantinople kepada kerajaan Turki Uthmaniah


membolehkan Zaman Pertengahan yang dikenali sebagai zaman Medieval mengambil
alih. Zaman ini meneruskan cengkaman gereja terhadap perkembangan seni visual di
Eropah. Perkembangan seni visual hanya terhad kepada manuskrip gereja sahaja
manakala seni bina pula hanya terhad kepada pembinaan gereja sahaja. Seterusnya
muncul pula era Seni Gotik. Tidak banyak perubahan yang dilakukan ketika kemunculan
seni Gotik ini kerana perkembangan seni masih lagi tertumpu kepada kegiatan gereja
dan dakwah-dakwah yang disampaikannya. Kebanyakan seni bina gereja dan figura-
figura yang diukir hanya menceritakan kisah-kisah agama kristian sahaja.

Akhirnya, Itali mengambil peranan dalam perkembangan seni di Eropah.


Kemunculan zaman awal renaisans atau lebih dikenali oleh ahli sejarah sebagai Proto-
Renaisans menunjukkan gaya catan yang berbeza dari zaman sebelumnya. Walaupun
masih dalam konteks agama Kristian, namun penggunaan ruang amat dititik beratkan.
Penggunaan cahaya dan bayang diolah sebaik mungkin bagi menyatakan illusi ruang
manakala figura pula dihasilkan penuh beremosi.

Berikut ini merupakan disenaraikan aliran seni visual mengikut zamannya.

1) Zaman Renaisans (Renaissance) – abad ke-15 dan ke-16


2) Seni Baroque – abad ke-17
3) Seni Rococo – abad ke-18
4) Aliran Neo-Klasik - abad ke-18
5) Aliran Romantisisme – akhir abad ke-18 dan abad ke-19
6) Aliran Realisme – 1860-an
7) Aliran Impresionisme – 1870-an
8) Aliran Post-Impresionisme – 1870-an
9) Aliran Fauvisme - abad ke-19
10) Aliran Ekspresionisme 1950-an
11) Aliran Kubisme – abad ke-20 ( 1900)
12) Aliran Futurisme - 1909
13) Aliran De Stijl – Perang Dunia Pertama (Belanda – 1917)
14) Aliran Dadaisme – Perang Dunia Pertama (Switzerland -1916)
15) Aliran Surealisme – 1920-an
16) Aliran Abstrak Ekspresionisme – abad ke-20 ( 1940-an)
i) Action Painting dan Color Field Painting – 1960-an
ii) Color Field dan Catan Hard Edge – 1960-an
17) Aliran Pop Art – 1950-an
18) Aliran Op Art – 1960-an
19) Aliran Minimalisme – 1960-an
i) Earth Works
20) Seni Conceptual
21) Seni Instalasi
22) Seni Happening dan Perfomance Art – 1950-an dan 1960-an
23) Cetakan Photo-Realist – 1960-an
24) Neo-Ekspresionisme - 1978
25) Fotografi, Filem, Video, dan Komputer – abad ke-21

Perbandingan gaya, teknik dan proses karya bagi setiap aliran

Dalam kerja kursus PSV 3110 ini, saya telah memilih tiga cabang aliran seni untuk
diperdebatkan secara pengurusan grafik dari segi gaya (style), teknik dan proses
penghasilan. Aliran seni yang telah dipilih ialah Aliran Renaisans (Renaissance), Aliran
Romantisisme dan Post-Impresionisme.

Tokoh-tokoh bagi setiap aliran

Dalam setiap aliran seni visual, pastinya mempunyai tokoh-tokoh yang menjunjung aliran
tersebut. Dalam proses untukm mengenali tojoh-tokoh ini, saya telah cuba memuat turun
gambar-gambar mereka. Aliran Renaisans dan aliran Romantisisme contohanya, masih
tidak mempunyai foto setiap pengkarya, yang ada hanya ‘self-potrait’ mereka sahaja
berbeza dengan aliran Post-Impresionisme yang telahpun mempunyai foto.. Di sini,
dikemukakan empat tokoh pengkarya yang terkenal bagi setiap aliran.
Tokoh-tokoh Aliran Renaisans

Deminoc Michelan
Leornad o Raphael gelo
o Da Ghirland Buonarro
Vincci ti
aio

Tokoh-tokoh Aliran Romantisisme

Tokoh-tokoh Aliran Post-Impresionisme

Vincent Paul
van Cezann Georges Paul
Gogh e -Pierre Signac
Seurat
Perbandingan Aliran Dari Segi Gaya (Style)

Terdapat begitu banyak gaya-gaya seni di dunia ini. Setiap gaya memiliki ciri khas
tersendiri yang unik yang menjadi daya tarikannya serta membezakannya dengan gaya-
gaya aliran yang lain. Di bawah ini diperturunkan gaya catan bagi setiap aliran yang telah
dipilih.
Perbandingan dari segi
Gaya (style)

Aliran Renaisans Aliran Romantisisme Aliran Post -


Impresionisme
-Penampilan imitasi atau -Penampilan Emosi
peniruan
-Penampilan formalism
-Karya seni yang cuba
-Seni yang cuba untuk dan emosi
untuk membuat segala-
mewakili seluruh dunia galanya kelihatan lebih -Karya seni berdasarkan
kerana karya berdasarkan cantik dan emosi serta peristiwa setiap hari dan
kemahiran melukis. diadaptasi daripada realiti. memberi tumpuan kepada
-Subjek utama ialah menangkap kesan cahaya
-Penerokaan intusi
penceritaan tentang dan pergerakan.
dalaman pelukis dan
agama Kristian, potret bersifat bebas - Setiap karya
tokoh-tokoh bangsawan
mengandungi kenyataan
dan mitologi. - Mengagungkan sifat-sifat
peribadi pengkarya.
kepahlawanan

Perbandingan Dari Segi Teknik


Aliran Renaisans

-Subjek utama: figura manusia dan imej agama kristian


- teknik utama: Chioroscuro - kesan cerah yang seolah-olah datang
dari luas kanvas dari latar yang gelap dan kesamaran. Menimbulkan
kesan tiga dimensi dalam ruang atmosfera.
- Sfumato: olahan cahaya terang gelap dan teknik kekaburan cahaya
dan penggunaan warna lembut.
- Perspektif Linear: gambaran horizon secara sistematik untuk
mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut
pandangan mengikut aras mata dan perspektif.
- Media: fresco, cat minyak dan tempera

-Contoh catan: Disputation of the Holy Sacrament (1510) oleh


Raphael

Aliran Romantisisme

-Merujuk kepada kemuliaan, sentimen terhadap wira dan kepujian


terhadap sesuatu. Ia tidak merujuk kepada perkataan asal 'romance'
yang mengisahkan percintaan

-Subjek utama: imej sejarah, keindahan landskap, perasaan simpati,


kejujuran dan suasana perang
- Media: Cat minyak
- Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.

- Contoh Karya: Liberty Leading the People (1830)


oleh Eugene Delacroix

Aliran Post-Impresoinisme

-Teknik: gabungan warna yang mementingkan kepada kajian


bentuk sesuatu benda, ekspresi emosi melalui gabungan warna
dan bersifat individu seperti gambaran perasaan takut,
tegang dan misteri
- Teknik 'Divisionisme' iaitu campuran warna secara optik
-Menggunakan teknik ;broken-colour' iaitu titik-titik warna dan
juga garisan pendek-pendek yang berwarna, palitan warna.
-Media: Cat minyak
- Contoh karya: Starry Night (1889) oleh Vincent van Gogh

Perbandingan Dari Segi Proses


Aliran Renaisans Aliran romantisisme Aliran Post- Impresionisme

-Figura sebagai pemusatan -Penggunaan garisan luar -melukis sebagai pernyataan


tumpuan karya. yang terang. dan simbol diri
-Penumpuan kepada kadar -Tema karya tertumpu -perspektif, bentuk dan
banding dan anatomi. kepada kisah warna adalah yang baru dan
-Menggunakan kesengsaraan,kejatuhan tidak mengikut orang lain
perspektif,ruang dan unsur gereja dan pemerintahan -warna terang dan gelap
seni. beraja. adalah pancaran dari gerak
-Penggunaan 'Linear -Warna yang digunakan hati spontan pelukis.
Perspective' atau garisan ialah warna yang -figura -figura lebih tersusun
perspektif kusam,suram dan kelam dan statik, komposisi lebih
menggambarkan bersifat geometri
-Perspektif 'Aerial' kesengsaraan,kezaliman
menunjukkan kesan ruang yang berlaku pada zaman -pengolahan kadar banding
dan jarak itu. tidak menepati perspektif
-Anatomi figuratif lebih tepat yang betul
- Penggunaan warna yang
dan betul. kelam dan murung
-Catan digambarkan seperti menimbulkan karya yang Contoh karya:
keadaan sebenar. lebih dramatik
Potrait of Felix Feneon
-Latar belakang catan (1890)
menggunakan lanskap dan -Mementingkan ketepatan
bangunan gambaran dari segi oleh Paul Signac
perasaan, emosi dan
suasana perang
Contoh karya:
Philosophy 1509 - 1511 Contoh karya:
oleh Raphael Raft of the Medusa (1818 -
1819)
oleh Theodore Gericault

Kesimpulan
Setelah meneliti ketiga-tiga aliran dari segi gaya, teknik dan proses, dapat disimpulkan
bahawa setiap karya seni sememangnya mempunyai pendekatan yang berbeza. Dari
segi gaya, aliran Reinasans membawakan gaya imitasi atau peniruan di mana hampir
kesemua hasil karya pada zaman ini diungguli oleh agama Kristian, baik dalam catan
mahupun arcanya. Setiap objek mestilah sesempurna mungkin, ini kerana catan dan arca
yang dihasilkan adalah berlandaskan kitab Bible. Konsep kehidupan yang di utarakan
dalam karya-karya Renaisans ini hanyalah berkisar di sekeliling golongan bangsawan
sahaja.

Berbeza dengan aliran Romantisisme, aliran ini berpusat kepada mengagung-


agungkan pemimpin seperti raja yang memerintah sesebuah negara. Aliran
Romantisisme lebih jujur dalam mengaplikasikan konsep kehidupan di mana kesan
kesuraman dan penderitaan hidup dapat dilihat dalam hasil setiap karyanya. Gaya Gothik
yang diaplikasikan dalam karya Romantisisme, yakni penggunaan warna-warna gelap
menambahkan lagi kesuraman karya tersebut yang membawa mesej bahawa setiap
peperangan akan mengakibatkan pederitaan hidup.

Agak berbeza dengan aliran Post-Impresionisme kerana aliran ini mula


menunjukkan pemberontakan dari jiwa setiap pengkarya. Walaupun masih menunjukkan
asas figura yang tepat tetapi ia mula dijajah dengan konsep alam sekeliling yang
berasaskan geometri yang akhirnya membawa aliran ini ke arah aliran kubisme.
Penggunaan warna yang berani yakni warna terang merupakan keterbalikan bagi
pegangan aliran sebelumnya. Aliran ini juga memberi kredit kepada unsur seni garisan
kerana karya yang dihasilkan menggunakan teknik ‘pointilisme’ (titik-titik) dan garisan
pendek yang putus-putus, yang dijalin sehingga membentuk imej.

Sebagai kesimpulan, setiap aliran seni visual mempunyai keistimewaan yang


tersendiri, di mana ianya menggambarkan cara hidup dan cita rasa semasa pada zaman
tersebut. Berdasarkan hasil karya sebegini, kita sebagai generasi alaf baru dapat
mengkaji sejarah kehidupan manusia melalui karya-karya yang dihasilkan.

Anda mungkin juga menyukai