Anda di halaman 1dari 11

Golongan Kata

(Kata Kerja)
NOR AIDA NABIELA
Kata kerja
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi
binaan atau konstruksi frasa kerja.
Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh
disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu,
objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.
Beberapa contoh ayat yang mengandungi predikat
frasa kerja adalah seperti yang berikut:

I. Ali tidur.
II. Adik Fatimah bermain di padang
III. Pemandu itu membelok ke kanan
IV. Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang
Penggolongan Kata Kerja

Tanpa
Aktif tak pelengkap
Kata transitif
kerja Berpelengkap
Kata aktif Aktif
kerja Kata transitif
kerja
pasif
Kata kerja aktif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam
ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek
asal sebagai judul atau yang diterangkan.

Kata kerja aktif terbahagi kepada dua jenis, iaitu :


i) Kata kerja aktif tak transitif
ii) kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya.

a) kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap


Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut seperti :

1. Semua orang pulang.


2. Adik saya masih tidur.
3. Padi sedang menguning.
4. Pemuda itu tersenyum.

Kata kerja aktif tak transitif boleh diikuti oleh unsur keterangan yang
berfungsi memberikan maklumat tambahan seperti :

1a) Semua orang pulang pada waktu petang.


2a) Adik saya masih tidur di serambi.
3a) Padi sedang menguning di sawah.
4a) Pemuda itu tersenyum seorang diri.
b) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

-Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk


menyempurnakan maksud ayat.

-Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang


mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh kata kerja aktif tak transitif berpelengkap :
1) Keadaan bapanya beransur baik.
2) Mereka tidak berbuat jahat.
3) Mereka tinggal di kampung Paya.
4) Dia menjadi guru.

Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil


menjadi tidak sempurna.
1) Keadaan bapanya beransur.
2) Mereka tidak berbuat.
3) Mereka tinggal.
4) Dia menjadi.

Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap tidak boleh dipasifkan.


1) Baik diansurkan oleh keadaan bapanya.
2) Jahat tidak dibuat oleh mereka.
3) Di Kampung Paya ditinggal oleh mereka.
4) Guru dijadikan oleh dia.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap
boleh terdiri daripada beberapa jenis,
iaitu kata adjektif, frasa sendi nama, dan
kata nama.
Kata adjektif Frasa sendi nama Kata nama sebagai
sebagai pelengkap sebagai pelengkap pelengkap

Kata kerja aktif tak Kata kerja aktif tak Kata nama boleh
transitif boleh diikuti transitif boleh diikuti menjadi pelengkap
oleh kata adjektif oleh frasa sendi nama pada kata kerja aktif
seperti baik, lemah, yang membawa tak transitif yang
miskin, dan pengertian tempat menerima imbuhan
sebagainya sebagai yang berfungsi sebagai ber--kan dan kata
pelengkap. pelengkap. kerja menjadi dan ada.
i) Lukanya beransur i) Keluarga Encik Ali i) Kami tidur
baik. berasal dari berbantalkan
ii) Badannya menjadi Pahang. lengan.
lemah. ii) Kami tinggal di ii) Ali menjadi guru
iii) Suasana mesyuarat Pangsapuri Seri sandaran.
itu menjadi tegang. Bayu. iii) Pak Samad ada
iii) Mereka menetap di sawah di kampung.
kampung ini.
Kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek
yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

i) Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah


ii) Saya menjawab surat itu.
iii) Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya.
iv) Kami membaiki kereta kesayangan ayah.

Selain imbuhan meN-(kan/i) yang wujud dalam kata kerja transitif


aktif, awalan ter-juga boleh hadir dalam kata kerja demikian,
seperti terlanggar, terminum, terpijak dan tertelan.

-Bas persiaran itu terlanggar tembok rumah Ali.


-Pekerja itu terminum racun seranggan.
-Saya terpijak tangannya.
-Dia tertelan biji nangka.
Kata Kerja Pasif
Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses
transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat
pasif.

i) Kawasan sekolah sedang dibersihkan oleh murid-murid.


ii) Surat itu telah saya jawab.
iii) Tugasnya tidak diabaikan oleh pegawai itu.

Kata kerja pasif boleh mengandungi awalan ter-,


misalnya: terkarang, termaktub, terbina, dan ternampak.

i) Perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan.


ii) Istana Raja Melaka terbina dalam masa dua bulan.
iii) Asap kapal itu tidak ternampak lagi oleh mereka.
Kata Kerja Transitif Kata Kerja Transitif
(ayat aktif) (ayat pasif)
Mengaturkan Diaturkan
Membelah Dibelah
Mencampakkan Dicampakkan
Mendenda Didenda
Mengekori Saya ekori
Menggaulkan Kami gaulkan
Mengharungi Anda harungi
Menjahit Kujahit

Anda mungkin juga menyukai