Anda di halaman 1dari 1

Pemotong Kayu Yang Jujur Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua

dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki denganmenebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanyaisterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.Suatu hari, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokokuntuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapatmenemani si suami kerana sakit.Si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur sehinggalah diakepenatan.Tibatiba, genggamannya semakin lemah lalu terlepaslah kapakkesayangannya itu dari tangannya lalu terjatuh ke dalam sungai yang dalam. Si tuasangat sedih dan menangis mengenangkan nasibnya.Maka bersimpatilah pari-pari di langit melihat kegundahan si tua tersebut laluturunlah ia dan bertanya, "wahai orang tua, kenapa bersedih hati?".Dengan nada perasaan takut dan terkejut, si tua menceritakan apa yang telahberlaku."Baiklah, aku akan membantumu mencari kapak kamu yang terjatuh itu"kata Si pari-pari. Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selangbeberapa minit, Si pari-pari timbul dengan membawa kapak emas lalu dihulurkankepada si tua.Dengan sedih si tua menjawab, "bukan, ini bukan kepunyaan hamba, tidak mampuhamba memiliki kapak emas ini".Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersamakapak perak. Si tua juga tidak mengaku kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itumenerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.Maka apabila terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulahkapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagaibalasan kejujurannya, kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan kepada situa.Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya di rumah, si tuamenceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengankejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri si tua itu pun sihat

Anda mungkin juga menyukai