Anda di halaman 1dari 2

TEORI MENTALIS

Dipelopori oleh Noam Chomsky (1959) Menganggap bahawa pemerolehan bahasa sebagai satu proses

pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Sejak dilahirkan kanak-kanak telah mempunyai alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device / LAD ) yang membolehkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi menguasai bahasa.
Berpendapat manusia mempunyai kompetensi ( rumus yang ada

dalam mental manusia) dan prestasi (aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia) bahasa.

Penggunaannya dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)


Murid seharusnya dapat mengatasi bahasa dengan sempurna kerana

mereka mempunyai LAD. Guru mengajar bahasa secara deduktif. Tatabahasa diajar secara langsung dan berstruktur supaya murid dapat menguasai rumus tatabahasa secara kreatif ( hasil ayat-ayat baharu ). Beri murid berfikir supaya dapat membina konsep dan makna. Murid didedahkan dengan bahan sebenar. Mementingkan kemahiran membaca dan menulis tanpa mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Latihan yang dibina perlu melatih murid membentuk kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Memberi kesedaran kesilapan murid secara terus dan galak murid memperbaiki kesilapan.

Anda mungkin juga menyukai