Anda di halaman 1dari 10

1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK



Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 2 Bijaksana
Bilangan Murid : 30 orang
Bidang : Sukatan dan Geometri
Tajuk : Ruang
Masa : 60 minit ( 1:30 hingga 2:30 petang)
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk :
13.2 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)
Standard Pembelajaran : (i) Mengenal pasti bentuk asas bagi bentuk tiga dimensi.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya untuk:
a) Mengenal pasti dan menyebut bentuk-bentuk tiga dimensi (3D)
b) Menyatakan ciri-ciri bentuk tiga dimensi (3D).

2

Pengetahuan sedia ada :
1. Telah mempelajari mengenai bentuk-bentuk 3D semasa Tahun 1.
2. Murid selalu menggunakan bentuk-bentuk 3D di sekeliling dan dalam permainan seperti bola, guli, balon, dadu, kotak kasut, kotak
tisu, botol air, tin minuman, topi hari jadi, dan ais krim.
Nilai : Bekerjasama, fokus, berhati-hati, dan berani
Kemahiran Berfikir : Membanding dan membeza, mengira
Konsep : Bentuk tiga dimensi, bentuk dua dimensi dan pepejal.
Bahan Bantu Mengajar : Model 3 dimensi, objek yang mempunyai bentuk 3 dimensi, carta, kad perkaataan, puppet dan lembaran kerja.







3

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :


FASA

ISI PELAJARAN
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
CACATAN Aktiviti Guru Aktiviti murid

PERSEDIAAN
Pemerha-tian
dan
Analisis
( 5 minit)


Pengenalan bentuk
Bentuk-bentuk 3 dimensi
di persekitaran

a) Guru menunjukkan bentuk-bentuk
tiga dimensi yang ada disekeliling
seperti bola, kotak tisu, tin minuman,
buah dadu, nasi lemak dan topi
harijadi kepada murid.
b) Guru menjana idea murid untuk
menyatakan tajuk pelajaran pada
hari tersebut iaitu bentuk tiga
dimensi ( bentuk 3D).
c) Cadangan komunikasi :
i) Cuba kamu lihat benda-benda yang
ada di hadapan kamu dan
namakannya .

a) Murid melihat objek-objek yang
ditunjukkan oleh guru dan
memberi maklum balas.
b) Murid menyatakan tajuk pelajaran
berdasarkan soalan rangsangan dari
guru.


c) Cadangan komunikasi :
i) Murid menamakan benda yang
ditunjukkan oleh guru satu persatu
iaitu bola, kotak tisu, tin minuman,

Bahan Bantu Belajar
(BBM)
Bola
Kotak tisu
Tin minuman
Buah dadu
Topi harijadi
Nasi lemak


4

ii) Berdasarkan benda-benda tadi,
apakah pelajaran yang kita akan
pelajari pada hari ini ?
iii) Cuba perhatikan betul-betul bentuk
apakah yang boleh kita kaitkan
berdasarkan benda-benda tersebut ?
iv) iv) Bagus dan tahniah anda telah
berjaya menekanya dengan betul.
Bentuk yang kita akan pelajari ialah
3D ataupun tiga dimensi.Tepuk
tangan untuk diri kamu kerana telah
berjaya menjawabnya.
v)
vi) v) Cuba ingat kembali nama bentuk-
bentuk 3 dimensi berdasarkan
benda-benda yang ada dihadapan
kamu sambil menyebut nama
beberapa orang murid.
vii)
buah dadu, nasi lemak dan topi
harijadi
ii) Murid-murid cuba meneka namun
tidak berjaya ( bentuk, segiempat,
segitiga, bulat, segiempat sama)
iii) Beberapa orang murid menjawab (
bentuk 3D)
iv) Setiap orang murid yang disebut
nama memberikan jawapan yang
betul iaitu
Bola sfera
Kotak tisu Kuboid
Tin minuman Silinder
Buah dadu Kubus
Topi harijadi Piramid

Nilai murni :
Berani mencuba.
Fokus

(Lihat lampiran 1)
5


IMAGINASI
Penjanaan idea
Sintesis idea
(12 minit)









a) Menyatakan bentuk-
bentuk tiga dimensi
dan ciri-cirinya.
b) Melekatkan bentuk 3
dimensi dan
menamakannya.









a) Perkukuhkan kemahiran murid
dengan menjalankan aktiviti puppet
show
b) Contohnya :
i) Hai, saya adalah kubus. Saya
mempunyai 6 permukaan rata yang
berbentuk segiempat sama ndan 8
bucu. Seronok dapat berkenalan
dengan kamu. (sambil memegang
bentuk kubus)
ii) Boleh sebut semula apa nama dan
ciri-ciri saya ?.
iii) Guru meneruskan aktiviti puppet
show dengan bentuk tiga dimensi
yang lain iaitu kuboid, kon, selinder,
piramid, dan sfera.
c) Guru melekatkan carta di papan
tulis.
d) Guru meminta murid melekatkan
a) Murid mendengar penerangan guru
secara puppet show dengan
penuh tumpuan
i) Murid memberi maklum balas
kepada guru dan menyebut semula
bentuk yang diperkenalkan oleh
guru tadi iaitu kubus ada 6
permukaan rata berbentuk
segiempat sama dan 8 bucu.
ii) Murid memberi maklum balas
setiap kali guru mengajukan
soalan. Contohnya :
iii) Kuboid ada 6 permukaan rata
berbentuk segiempat tepat dan 8
bucu.
iv) Kon ada 1 permukaan rata
berbentuk bulat dan 1 permukaan
melengkung serta ada 1 1 bucu.
v) Silinder ada 2 permukaan rata
Bahan Bantu Belajar
(BBM)
Puppet
Bentuk-bentuk 3D
iaitu :
Kubus
Kuboid
Kon
Silinder
Piramid
Sfera
Carta
Kad gambar
bentuk 3D
Kad perkataan
bentuk 3D
6













Aktiviti ini boleh juga
dibuat secara
kumpulan
gambar bentuk 3D dan juga nama
untuk setiap bentuk yang dilekatkan
tersebut
e) Aktiviti dijalankan secara kelas di
mana guru memanggil nama murid
secara rawak.
f) Cadangan komunikasi:
i) Ahmad sila ambil satu kad gambar
bentuk 3D dan lekatkan pada carta
ii) Aminah pula pilih kad perkataan
nama bentuk tersebut dan lekatkan
pada carta.
Aktiviti tersebut diulangi sehingga
selesai semua bentuk 3D dan
namanya di lekatkan pada carta.
berbentuk bulat dan 1 permukaan
melengkung tanpa/ tiada bucu.
vi) Sfera hanya ada 1 permukaan
melengkung
b) Murid yang dipanggil akan
melekatkan bentuk atau nama
bentuk di carta yang disediakan.

Nilai murni :
Fokus
Kerjasama
Yakin
Berani mencuba





(Lihat lampiran 2,
lampiran 3, lampiran
4dan lampiran 5 )
7


PERKEM-
BANGAN
Penambah-
baikan

Menilai
(15 minit)

Melengkapkan jadual
dengan ciri-ciri 3
dimensi.
a) Agihkan murid kepada beberapa
kumpulan
b) Setiap kumpulan dibekalkan dengan
satu set bongkah 3D.
c) Minta murid mengira permukaan
rata, permukaan melengkung, sisi
dan bucu bagi setiap bongkah /
bentuk 3D yang dibekalkan.
d) Bincangkan aktiviti yang dilakukan
dalam kumpulan kemudian catatkan
pada jadual di Lembaran kerja 1.
e) Cadangan komunikasi:
i) Sila bergerak ke dalam kumpulan
masing-masing.
ii) Ketua kumpulan sila dating ke
hadapan untuk mengambil set
bongkah 3D.
iii) Perhatikan setiap bentuk 3D yang
a) Murid bergerak ke kumpulan
masing-masing.
b) Ketua kumpulan ke hadapan kelas
untuk mengambil set bonkah 3D.
c) Murid-murid berbincang bersama
kumpulan untuk melengkapkan
jadual di Lembaran kerja 1.

Bahan Bantu Belajar
(BBM)
Bongkah 3D iaitu
kubus, kuboid,
kon, selinder,
piramid, dan sfera.
Lembaran kerja 1
Nilai murni :
Kerjasama dalam
kumpulan
Berhati-hati
Fokus
8

kamu miliki. Perhatikan permukaan
rata, permukaan melengkung, sisi
dan bucu.
iv) Rekodkan pemerhatian kamu di
dalam jadual yang diberikan.
f) Bincang hasil kerja murid.

TINDAKAN
Perlaksana-an

Amalan
berterusan
(18 minit )

Latihan / Penilaian
murid dengan lembaran
kerja.

a) Guru mengedarkan lembaran kerja
2, lembaran kerja 3 dan lembaran
kerja 4 kepada setiap murid.
b) Guru memberi arahan agar murid
menyiapkan tugasan dalam tempoh
18 minit.
c) Guru mengutip hasil kerja murid-
murid.

a) Murid mengambil lembaran kerja.
b) Murid mendengar arahan guru.
c) Murid membuat atau menyiapkan
tugasan yang diberi.
Bahan Bantu Belajar
(BBM)
Lembaran kerja 2
Lembaran kerja 3
Lembaran kerja 4
Nilai murni :
Tekun
Berhati-hati

9


PENUTUP
Mengingat
kembali
(10 minit)

Kesimpulan :
Nyanyian lagu
Bongkah

a) Guru memperdengarkan murid-
murid lagu Bongkah
b) Guru meminta murid menyanyikan
lagu Bongkah
c) Guru bersoaljawab dengan murid
mengenai bentuk-bentuk 3D dan
ciri-cirinya.

a) Murid mendengar lagu Bongkah
sambil melihat lirik lagu yang
dipamerkan oleh guru di papan
tulis.
b) Murid menyanyikan lagu
Bongkah

Bahan Bantu Belajar
(BBM)
Lirik lagu
Bongkah
Laptop
Lagu bongkah yang di
muat turun dari laman
youtube oleh
KASDIM(Lihat
lampiran 6)


Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan pada lembaran kerja dan aktiviti kumpulan. Murid dapat mengenal dan
menamaakan bentuk-bentuk 3D beserta dengan ciri-cirinya.

10



Nilai dan Sikap

Semaikan sikap bekerjasama semasa menjalankan aktiviti kumpulan.

Refleksi

Dibuat selepas habisnya pengajaran dan pembelajaran (PdP).. Guru boleh meletakkan bilangan murid yang berjaya mencapai objektif
pada hari itu dan bilangan murid yang perlu diberi bimbingan.

Anda mungkin juga menyukai