Anda di halaman 1dari 6

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM

BENTUK LAZIM BAGI MURID TAHUN 2 MENGGUNAKAN KAEDAH RUMAH PANT

NOR AZIA BINTI MISRAN


DR. YAHYA BIN OSMAN
Institut Pendidikan Kampus Ipoh
[ norazia_misran@yahoo.com ]

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu saya dalam menambah baik amalan
pengajaran saya supaya dapat meningkatkan penguasaan murid dalam topik Operasi
Penolakan Dengan Mengumpul Semula Dalam Bentuk Lazim dengan menggunakan kaedah
Rumah PANT. Lima orang murid dari tahun Dua Cemerlang telah dipilih sebagai responden
bagi penyelidikan ini selepas ujian diagnostik dan temu bual dijalankan. Kaedah Rumah PANT
ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara
berperingkat dari konkrit iaitu PANT atau Petak Asas Nilai Tempat seterusnya keperingkat
abstrak iaitu dalam bentuk lazim. Untuk menilai keberkesanan intervensi dijalankan, data
dikumpul melalui kaedah semakan lembaran kerja, ujian pra dan pasca, pemerhatian dan
temu bual. Kaedah triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan
keesahan data yang dikumpul. Hasil analisis data menunjukkan pencapaian responden
meningkat selepas kaedah Rumah PANT diperkenalkan. Secara kesimpulannya, kaedah
Rumah PANT ini dapat membantu responden menjalankan operasi penolakan mengumpul
semula dalam bentuk lazim dengan yakin.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Operasi tolak diajar selepas operasi tambah. Operasi tolak berhubung dengan pengasingan
atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak
merupakan proses menterbalikkan operasi tambah atau songsangan kepada operasi tambah
(Mohamad, 2011). Murid-murid yang baru melepasi saringan Linus Numerasi, amat lemah
dalam pembelajaran matematik terutamanya melibatkan soalan pengumpulan semula
dalam bentuk lazim. Berdasarkan pemerhatian hasil kerja murid, saya mendapati ramai
murid tidak dapat menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula.
Masalah timbul apabila satu atau lebih digit pada nombor pertama adalah lebih kecil
daripada digit yang sepadan dengannya pada nombor kedua. Hal ini menunjukkan murid
kurang faham konsep pengumpulan semula. Menurut Mohamad (2011), kanak-kanak perlu
diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan menghafal sesuatu konsep.
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) perlu diperbagaikan dengan kaedah dan teknik
mengajar agar pengajaran yang dijalankan berkesan, menarik, menjimatkan masa dan
tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan (Mok, 2009). Justeru,
saya menyedari bahawa pembentukan konsep pengumpulan semula secara konkrit dan

bermakna adalah perlu untuk membantu murid melakukan penolakan yang melibatkan
pengumpulan semula terutamanya dalam bentuk lazim.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian saya untuk memperkembangkan pemahaman konsep mengumpul semula
dengan penggunaan bahan konkrit dalam kalangan murid yang menghadapi masalah dalam
membuat penolakan. Bagi mewujudkan pembelajaran yang bermakna, saya memilih kaedah
Rumah PANT. Saya berharap kemahiran dan keyakinan murid dalam menyelesaikan
penolakan yang melibatkan pengumpulan semula yang kukuh dapat

dibina

serta

dipertingkatkan.
Soalan kajian saya ialah (1) Adakah kaedah ini dapat membantu murid-murid dalam
menguasai kemahiran penyelesaian hasil tolak sebarang dua nombor hingga tiga digit yang
melibatkan pengumpulan semula? (2) Sejauhmanakah kaedah Rumah PANT dapat
meningkatkan pencapaian murid-murid dalam menjawab soalan tolak dengan mengumpul
semula dalam bentuk lazim?

TINDAKAN YANG DIAMBIL


Program intervensi dijalankan sebanyak empat sesi intervensi. Dalam sesi pertama,
pengajaran fokus kepada pembinaan konsep nilai tempat. Murid diberi penegasan cara
menulis nilai tempat dalam bentuk lazim

__

ra
1

pu
5
8

sa
3
9

Rajah 1: Cara menulis nilai tempat.


Sesi kedua ialah pengenalan penolakan menggunakan kaedah Rumah PANT. Mula-mula
murid diperkenalkan dengan nilai PANT

Rajah 2: Satu petak kecil


petak besar
PANT mewak

Rajah 3: Satu jalur PANT


mewakili 1 puluh

Rajah 4: Satu
PANT mewakili

1 ratus
Kemudian, murid dibimbing menolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim
menggunakan PANT dan murid menulis dalam bentuk lazim pada rumah yang disediakan.
Murid-murid dibimbing mengenal PANT seratus, sepuluh dan sa. Semasa sesi intervensi
kedua ini, murid diberi penegasan tentang konsep menolak terutamanya yang melibatkan

pinjaman dari rumah puluh ke rumah sa dan dari rumah ratus ke rumah puluh dan ke rumah
sa atau sebaliknya. Sesi kedua ini merupakan sesi yang terpenting kerana murid-murid
dapat memahami konsep penolakan dengan mengumpul semula. Sesi ketiga murid diberi
peluang menolak menggunakan kaedah Rumah PANT secara latih tubi sehingga mereka
faham dan mahir. Pada sesi keempat pula, murid-murid dilatih menyelesaikan soalan operasi
tolak dalam bentuk lazim tanpa bahan konkrit iaitu PANT. Murid hanya boleh menyelesaikan
soalan tolak menggunakan rumah nilai tempat.
METODOLOGI
Kumpulan sasaran
Saya telah memilih lima orang murid dari kelas Dua Cemerlang yang berumur lapan tahun
sebagai kumpulan sasaran melalui ujian diagnostik. Kelas ini merupakan kelas terakhir
dalam tahun dua di sekolah tersebut. Murid-murid ini juga baru sahaja melepasi saringan
linus numerasi. Pencapaian akademik murid-murid ini juga lemah dan kurang memuaskan
kerana kebanyakan murid dalam kelas ini gagal dalam peperiksaan. Oleh itu, mereka
dikategorikan murid tahap rendah atau bawah.
Cara mengumpul data
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra
dan pasca, pemerhatian dan temu bual. Ujian pra dan pasca digunakan untuk melihat tahap
pencapaian murid dalam menyelesaikan soalan tolak dengan mengumpul semula dalam
bentuk lazim sebelum dan selepas kaedah ini diperkenalkan. Ujian pra dilaksanakan
sebelum sesi intervensi manakala ujian pasca dilaksanakan selepas sesi intervensi selesai
dijalankan. Kaedah pemerhatian untuk mengesan tahap pemahaman murid mengenai
kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Saya melakukan pemerhatian melalui
semakan latihan yang diberi semasa sesi intervensi. Selain itu saya juga menjalankan
pemerhatian melalui senarai semak. Sepanjang sesi intervensi dijalankan, saya membuat
pemerhatian tentang beberapa item yang telah ditentukan terlebih dahulu untuk melihat
tahap kemahiran murid-murid sasaran. Kaedah temu bual dijalankan bagi mengetahui
penerimaan murid sebelum dan selepas kaedah Rumah PANT diperkenalkan. Sesi
temubual ini juga saya rakamkan dan dibuat dalam bentuk transkrip. Transkrip ini saya
rumuskan untuk mengetahui sama ada kajian berkesan untuk membantu
menguasai

kemahiran

dan

meningkatkan

pencapaian

murid-murid

melakukan penolakan dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim.


ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

murid-murid

sasaran

dalam

12
10

10
8

Markah

10

10

9
7

6
Ujian Pra
Ujian Pasca

4
2

2
1

0
M1

M2

0
M3

M4

M5

Murid Sasaran

Rajah 5: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca


Berdasarkan Rajah 5, sebanyak lima orang murid kumpulan sasaran telah menunjukkan
peningkatan markah dalam ujian pasca. Ini menunjukkan kaedah Rumah PANT telah
berjaya meningkatkan pencapaian kumpulan sasaran dalam penolakan dengan mengumpul
semula dalam bentuk lazim.
Pemerhatian
Hasil analisis pemerhatian menunjukkan bahawa murid pada mulanya tidak mahir menolak
dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim serta kurang berkeyakinan semasa
menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk
lazim. Namun, keadaan berubah selepas habis sesi intervensi dijalankan, kemahiran murid
menolak semakin meningkat dan lebih berkeyakinan untuk menyelesaikan soalan penolakan
dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim.
Temu Bual
Hasil analisis temu bual sebelum kaedah ini diperkenalkan menunjukkan bahawa murid
tidak berminat dengan operasi penolakan kerana menganggap ia sesuatu yang sukar.
Namun selepas intervensi dijalankan, perubahan dapat dilihat di mana murid lebih ceria
semasa temu bual dijalankan. Murid juga lebih berkeyakinan menjawab soalan yang diberi
dan kelima-lima

menyatakan mereka minat kepada operasi tolak kera ia mudah atau

senang.
Semakan Latihan
Hasil semakan latihan pada sesi intervensi menunjukkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan
oleh murid dalam ujian diagnostik telah dapat diperbetulkan. Latihan juga diberikan selepas

intervensi dijalankan. Hasil semakan latihan yang diberikan semasa sesi intervensi, di dapati
berlakunya peningkatan jawapan betul murid sasaran secara berperingkat-peringkat iaitu
beransur maju. Ini menunjukkan bahawa kemahiran menolak dengan mengumpul semula
murid-murid sasaran semakin meningkat.

DAPATAN KAJIAN
Soalan kajian 1: Adakah kaedah ini dapat membantu murid-murid dalam
menguasai kemahiran penyelesaian hasil tolak sebarang dua nombor hingga tiga
digit yang melibatkan pengumpulan semula?
Hasil pemerhatian melalui senarai semak dan semakan latihan kerja murid semasa sesi
intervensi menunjukkan bahawa kaedah ini dapat membantu murid-murid sasaran saya
meningkatkan kemahiran menolak sebarang dua nombor hingga tiga digit yang melibatkan
pengumpulan semula. Ini terbukti dengan peningkatan jumlah jawapan betul dalam latihan
yang diberikan semasa sesi intervensi dijalankan.
Jadual 1:
Keputusan Lembaran Kerja.
Bil

Nama
Murid

1.
2.
3.
4.
5.

M1
M2
M3
M4
M5

Intervensi

Intervensi

Intervensi

Intervensi

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Jawapan Betul
1 / 10
8 / 10
0 / 10
6 / 10
3 / 10

Jawapan Betul
3 / 12
5 / 12
3 / 12
8 / 12
4 / 12

Jawapan Betul
10 / 12
12 /12
8 / 12
12 / 12
9 / 12

Jawapan Betul
12 / 12
12 / 12
11 / 12
11 / 12
12 / 12

Soalan kajian 2: Sejauhmanakah kaedah Rumah PANT dapat meningkatkan


pencapaian murid-murid dalam menjawab soalan tolak dengan mengumpul
semula dalam bentuk lazim?Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca (Lihat Rajah
5) menunjukkan prestasi kelima-lima orang murid telah meningkat selepas kaedah Rumah
PANT diperkenalkan. Markah murid 1 telah meningkat daripada 0% kepada 70%. Markah
murid 2 telah meningkat daripada 20% kepada 100%. Manakala murid 3 pula telah
meningkat daripada 0% kepada 90%. Markah murid 4 telah menunjukkan peningkatan
daripada 10% kepada 100%. Markah murid 5 juga menunjukkan peningkatan daripada 20%
kepada 100%. Hasil semakan latihan juga menunjukkan kesilapan yang dilakukan sebelum
sesi intervensi telah berjaya dikurangkan dan diperbetulkan.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, penggunaan kaedah Rumah PANT telah menunjukkan kesan yang
positif dalam pembelajaran penolakan dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim.
Kaedah Rumah PANT ini berjaya membantu murid-murid yang menghadapi masalah untuk
menguasai kemahiran menolak yang melibatkan pinjaman atau mengumpul semula serta
meningkatkan

pencapaian

murid

dalam

menyelesaikan

soalan

penolakan

dengan

mengumpul semula dalam bentuk lazim. Kaedah ini juga diharap dapat membantu guru
Matematik dalam pengajaran topik penolakan.

BIBLIOGRAFI
Mohamad Hasrul Daud. (2011). Konsep operasi tolak bagi murid Tahun 1. [Versi Elektronik].
Diperoleh pada 23 Ogos 2014, dari
http://mathprimary.blogspot.com/2011/03/konsep_operasi_tolak_bagi_murid_Tahun_1.h
tml
Mok, S. S. (1996). Pengajaran matematik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Sdn. Bhd.
Mok, S. S. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai