Anda di halaman 1dari 8

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF DENGAN BETUL DAN KEMAS

DENGAN MENGGUNAKAN ‘KIT FUN FINGER’

Rosemini binti Abdul Salam, Zanariah binti Mat Isa & Syamsiah@Mek Som binti Samad

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Abstrak

Kemahiran menulis adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap
murid dalam pembelajaran bahasa selain dari kemahiran mendengar,
bertutur dan kemahiran membaca. Masalah tulisan yang tidak kemas boleh
menggangu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
dijalankan bertujuan membantu meningkatkan kemahiran menulis huruf
dengan betul dan kemas dalam kalangan murid prasekolah. Subjek kajian
terdiri daripada dua orang murid yang dikenalpasti mempunyai masalah
menulis huruf. Data diperoleh melalui pemerhatian, senarai semak dan
analisa dokumen. Intervensi yang dilakukan ke atas murid prasekolah dengan
memperkenalkan ‘Kit Fun Finger’. Dapatan kajian membuktikan bahawa
berlaku perubahan tulisan murid dari segi teknik menulis huruf dan
kekemasan tulisan. Murid menjadi lebih berkeyakinan dan bermotivasi untuk
menulis. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah. Secara
keseluruhannya penggunaan Kit Fun Finger ini dapat menunjukkan kesan
positif terhadap murid dalam menulis huruf disamping mampu menimbulkan
keseronokan dalam pembelajaran.

Kata kunci: kemahiran menulis, betul, kemas, ,positif, keseronokkan.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya merupakan seorang guru prasekolah di IPG Kampus Sultan Mizan, setiap tahun
saya akan berdepan dengan masalah tulisan murid yang kurang kemas dan teknik menulis huruf
yang tidak betul. Melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, murid seolah-olah tidak begitu mengendahkan tentang kekemasan
huruf yang ditulis dari segi saiz huruf yang tidak seragam besar kecil. Manakala teknik menulis
huruf juga diabaikan. Terdapat dalam kalangan murid yang menulis huruf dengan cara yang
tidak betul seperti menulis huruf a dengan membentuk huruf o kemudian diikuti oleh garis satu.
Mereka lebih cenderung untuk menulis huruf sesuka hati tanpa menghiraukan tentang teknik
menulis huruf dengan betul. Sikap murid yang tidak mengendahkan kekemasan tulisan ini akan
memberi kesan tulisan mereka. Ini akan menyebabkan sesuatu perkataan atau ayat yang ditulis
sukar dibaca dan menyukarkan guru untuk menyemak kerja murid. Menurut Levine (1987)
tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan
seseorang.

Pelbagai kaedah digunakan bagi menangani maslah ini antaranya teguran secara lisan tentang
kesalahan menulis huruf. Namun masalah yang sama juga berlaku. Selain itu kaedah latih tubi
dalam buku bergaris empat juga digunakan bagi menyelesaikan masalah tulisan yang kurang
kemas ini. Namun kaedah ini memakan selama 6 bulan untuk dilihat keberkesanan kekemasan
tulisan murid. Selain itu murid juga akan menunjukkkan reaksi yang negatif seperti seperti cepat
bosan, enggan menulis, menulis dengan lambat dan mengganggu rakan semasa aktiviti menulis
dilaksanakan. Sekiramya ianya tidak diatasi di peringkat awal masalah ini akan berpanjangan ke
arus perdana. Kelemahan murid dalam menguasai kemahiran ini memberi impak yang negatif

1
terhadap perkembangan pembelajaran murid. Murid akan jadi lemah dan tidak berminat dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu (Abdul Rasid dan Zulkafli ,2008).

Ekoran daripada itu,saya terpanggil untuk menjalankan kajian ini dalam usaha untuk membantu
murid untuk membaiki atau menyelesaikan masalah mereka. Saya berazam untuk membantu
murid menulis huruf dengan betul dan kemas dalam suasana yang menyeronokkan. Kajian
tindakan ini saya namakan “Menulis huruf dengan cara yang betul dan kemas dengan ‘Kit Fun
Finger’. Teknik ini menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri, belajar melalui bermain
dalam suasan yang menyeronokkan. Selain itu aktiviti pembelajaran berbentuk hands on yang
memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan bahan juga diaplikasikan dalam kit ini.

Fokus Kajian

Berdasarkan refleksi tersebut, didapati bahawa murid tidak dapat menulis huruf dengan betul
dan kemas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini boleh memberi kesan kepada
pembelajaran murid di arus perdana. Seramai dua orang murid yang mempunyai masalah tulisan
kurang kemas dipilih dalam kajian ini.

Fokus kajian yang akan dijalankan memberi penekanan kepada menulis huruf mudah kepada
huruf yang susah. Hal ini penting bagi memberi motivasi kepada murid untuk terus menulis
huruf dengan cara yang betul. Kaedah menulis huruf yang betul sudah tentu akan dapat
meningkatkan keyakinan kendiri murid dalam pembelajaran. Oleh itu kajian ini diharapkan
dapat membantu murid menulis dengan betul dan kemas dan seterusnya membantu dalam
menghasilkan kecemerlangan dalam pembelajaran.

Objektif Kajian
Objektif Am

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran dua orang murid
prasekolah menulis huruf dengan betul dan kemas dengan menggunakan ‘Kit Fun Finger’

Diharapkan dengan teknik yang diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat menulis huruf
dengan cara yang betul dan kemas serta membina keyakinan diri yang positif. Seterusnya dapat
mengikuti pembelajaran dengan baik apabila berada di arus perdana.

Objektif Khusus
1. Menguasai koordinasi pergerakan mata dengan tangan mengikut arah yang betul.
2. Menulis huruf kecil dengan cara yang betul.
3. Mengenal pasti abjad.
4. Menunjukkan sikap positif iaitu sabar, berdikari, berkeyakinan.

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi kajian ini melibatkan seramai dua orang murid prasekolah. Kesemua
murid sasaran ini adalah murid yang mempunyai masalah menulis huruf dengan betul dan
kemas. Hal ini akan dapat membantu mereka mengatasi masalah tulisan dan sekaligus dapat
membina kendiri yang positif .

2
Tindakan Yang Dijalankan

Tinjauan Masalah

Memeriksa Hasil Kerja Murid


Setelah memeriksa hasil kerja murid, saya dapati dua orang murid ini tidak dapat menulis huruf
dengan betul dan kemas. Saya juga dapati murid tersebut tidak menulis dengan teknik yang
betul. Kesalahan menulis huruf yang dilakukan seperti menulis huruf g dan huruf p. Kepala
huruf g dan p biasanya diletakkan pada sebelah atas. Begitu juga teknik menulis huruf a, ada
murid yang menulis huruf a dengan cara membuat bentuk bulat dahulu kemudian baru ditulis
satu garis tegak pada bahagian kanan.

Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, saya dapati murid yang tidak boleh menulis huruf dengan betul dan
kemas menjadi kurang beryakinan dan berminat untuk meneruskan pembelaran dan pengajaran.

Senarai semak
Data awal diperolehi dengan membuat senarai semak tentang kekemasan tulisan murid. Murid
akan diminta menulis semula 17 huruf. Hasil dari senarai semak di rumuskan seperti jadual
dibawah:

Bilangan kesalahan menulis huruf yang dilakukan oleh setiap murid adalah seperti jadual
berikut:

Bil Murid Bilangan kesalahan


1 Murid A 10/17
2 Murid B 9/17

Tindakan yang Dijalankan

Tindakan yang saya lakukan untuk menangani masalah ini ialah memperkenalkan ‘Kit Fun
Finger’. Kit ini bertujuan untuk membolehkan murid menulis huruf dengan teknik yang betul
dan kemas dalam suasana yang menyeronokkan. Tempoh masa diambil bermula pada 3 April
2017 hingga 17 April 2017 kira-kira selama 2 minggu. Murid akan menggunakan kit ini selama
15 minit sehari untuk melihat hasil pencapaian murid. Menurut Mohd Zuri & Adnan (2009),
tempoh masa 15 minit adalah jangka masa minimum kanak-kanak berumur 6 tahun memberi
tumpuan terhadap sesuatu aktiviti.

Aktiviti 1: Latihan Pra Tulisan menggunakan Jaring PomPom


Murid melakukan latihan pra tulilsan dengan menggunakan Jaring PomPom dan kad imbas titik
abjad mengikut kategori huruf mudah kepada huruf yang susah. Huruf abjad dikategorikan
kepada 6 jenis iaitu huruf bertiang garis lurus (l,I,t,k), huruf garis lurus & condong (v,w,x,z),
huruf duduk & melengkung (o,e,c,s), huruf duduk & bertiang (a,d,b,p,q), huruf gabungan garis
(r,n,m,h,u) dan huruf melengkung & berekor (j,y,g,f) diubahsuai daripada kajian Wan Norhayati
& Wan Mayhizan (2012) dan Graham (2009). Aktiviti ini dijalankan bagi melatih kemahiran
motor tangan murid dan membiasakan murid dengan bentuk-bentuk huruf.

Aktiviti 2: Teknik menulis huruf dengan cara yang betul menggunakan kad imbasan.
Murid diperkenalkan dengan teknik menulis huruf mengikut kategori huruf mudah kepada huruf
yang susah. Teknik menulis huruf tersebut ditunjukkan dengan arah anak panah pada kad imbas
huruf. Aktiviti ini bertujuan untuk menunjukkan memberi pendedahan tentang teknik menulis
huruf yang betul disamping membina keyakinan diri murid.

3
Aktiviti 3: Menulis huruf pada papan gel.
Murid akan diperkenalkan dengan papan gel. Cara penggunaannya ditunjukkan. Murid akan
menulis huruf pada papan gel bergaris empat menggunakan hujung jari. Sekiranya berlaku
kesalahan semasa menulis huruf murid boleh memadamkan tulisan tersebut dengan mudah.
Murid akan melakukan aktiviti latihan menulis huruf bermula dari huruf mudah ke huruf yang
susah mengikut kategori huruf. Kad huruf kecil disediakan sebagai panduan kepada murid.

Aktiviti 4: Menulis huruf pada buku bergaris empat.


Murid akan melakukan aktiviti menulis huruf kecil pada buku bergaris empat. Murid akan
menulis semula huruf mengikut contoh huruf yang diberikan oleh guru.

Pelaksanaan Tindakan
Objektif 1
Menguasai koordinasi pergerakan mata dengan tangan mengikut arah yang betul. Beberapa
aktiviti telah dilaksanakan bagi merealisasikan objektif berkenaan iaitu:

Aktiviti : 1
Murid melakukan latihan pratulisan dengan memasukkan pompom di dalam jaring dengan
berbantukan kad imbas titik huruf.

Refleksi aktiviti ini murid seronok dan teruja memasukkan pompom ke dalam jaring. Namun
begitu murid masih juga melakukan kesalahan dalam membentuk huruf. Walaupun terdapat
kesalahan dalam membentuk huruf pada peringkat awalnya namun kesalahan tersebut dapat
dikurangkan apabila berlaku latihan pengulangan.

Objektif 2
Menulis huruf kecil dengan cara yang betul.

Aktiviti 2:
Teknik menulis huruf dengan cara yang betul menggunakan kad imbasan.
Guru akan menunjukkan teknik menulis huruf dengan betul megikut kategori huruf mudah
kepada huruf yang susah menggunakan kad imbas huruf. Murid akan melakukan aktiviti
menulis huruf di udara, di lantai dan di belakang kawan. Kategori huruf adalah seperti di bawah:

4
Berdasarkan aktiviti ini masih terdapat murid menulis huruf dengan arah yang tidak betul. Hasil
dapatan aktiviti di atas dapat dirumus seperti jadual dibawah:

Bil Murid Kesalahan teknik menulis huruf


1 Murid A huruf duduk & bertiang
(a,d,b,p,q), huruf gabungan garis
( r,n, m, h,u)
2 Murid B huruf duduk & bertiang
(a,d,b,p,q), huruf melenkung dan
berekor (j, y,g,f)

Refleksi dari aktiviti ini kesalahan yang dilakukan oleh murid disebabkan oleh kekeliruan
tentang arah menulis huruf. Hal ini berpunca daripada mereka tidak dapat melihat dengan jelas
huruf yang telah ditulis di di udara, di lantai dan di belakang kawan.

Objektif 3
Menulis huruf kecil dengan cara yang betul.

Aktiviti 3: Menulis huruf pada papan gel.


Latihan menulis huruf pada papan gel berbantukan kad imbas mengikut kategori huruf yang
mudah kepada yang susah. Bermula dengan kategori huruf yang bertiang dan bergaris lurus

Refleksi aktiviti ini ialah berlaku perubahan dari segi teknik menulis huruf. Murid seronok
menggunakan papan gel ini. Kedua-dua murid telah menunjukkkan peningkatan dari segi
penulisan huruf. Bilangan kesalahan murid menulis huruf dapat diminumkan. Hal ini dapat
dilihat melalui senarai semak di bawah:

5
Aktiviti 4
Aktiviti menulis huruf pada buku bergaris empat.
Murid akan melakukan aktiviti menulis yang sebenar menggunakan buku bergaris empat. Murid
akan meniru huruf yang telah ditulis oleh guru. Aktiviti ini dijalankan bagi melihat
keberkesanan murid menggunakan ‘Kit Fun Finger.

Analisis Dokumen Pra dan Post

6
Perbandingan pencapaian murid dalam analisa dokumen Pra dan Post setelah menggunakan ‘Kit
Fun Finger’ selama 3 hari adalah seperti berikut:

Kesalahan menulis huruf


Bil Nama Pelajar Pra Post
(3/4/2017) (5/4/2017)
1 Murid 1 10/16 2/16
2 Murid 2 9/16 1/16

Rajah 1 : Keberkesanan penggunaan Kit ‘Fun Finger


Hasil dapatan menunjukkan bahawa kit ‘Fun Finger’ berjaya menjimatkan masa
penguasaan kemahiran menulis huruf dengan betul dan kemas. Murid 1 berjaya menulis huruf
dengan kemas selepas menggunakan Kit ‘Fun Finger’ selama 3 hari (3/4/2016 – 5/4/2016).
Manakala murid 2 pula berjaya menulis huruf dengan betul dan kemas selepas menggunakan
Kit ‘Fun Finger’ selama 2 hari (3/4/2016 – 4/4/2016).

7
Cadangan untuk Kajian Seterusnya
Sepanjang kajian ini dijalankan banyak pengalaman yang telah saya perolehi terutamanya
semasa pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan “Kit Fun Finger” murid telah
menunjukkan perubahan sikap yang positif iaitu murid telah menguasai kemahiran menulis
huruf dengan betul dan kemas. Kit ini banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri,
dan kefahaman murid tentang teknik menulis huruf dengan betul. Kit ini juga menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

Kajian ini perlu dikembangkan lagi skop yang lebih luas terutamanya berkaitan dengan teknik
menulis nombor dan menulis huruf jawi. Hal ini kerana, saya dapati masih ramai murid yang
keliru tentang teknik menulis dengan betul kedua-dua kemahiran tersebut.

Bibliografi

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di
Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun
2008
Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Kamaruddin Husin (2010). Psikologi Pembelajaraan, Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn.
Bhd.
Lau Pik Ling (2010) : Kesan senaman “brain gym” terhadap kekemasan tulisan Bahasa Cina
murid-murid Tahun Lima (2010)Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2010, Jilid 4,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,
Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.
Mohd Zuri & Adnan (2009), Ciri dan puncabBerlakunya ADHD dalam kalangan kanak-kanak.
http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP2009-1/2.pdf
S Graham (2009) Want to Improve Children Writing Don’t Neglect their Handwriting
www.aft.org/sites/default/.../graham.pdf.
Wan Norhayati & Wan Mayhizan (2012), Teknik Lakaran Bebas dalam Meningkatkan
Kemahiran Awal Tulisan Murid Prasekolah, Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP
Institut Pendidikan Zon Timur 2013, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu
Yusof Bin Hj. Mahlie & Walter Alvin Jiniti (2010) Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2010,
Jilid 4, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak

Anda mungkin juga menyukai